Assalamualaikum..
Awal Jun baru-baru ni, hari tidak sihat anak-anak. Bemula dengan abang Eusoff, demam, batuk dan selsema, tapi masih bertahan ke sekolah. Demam malam je.. siangnya elok seperti biasa.
Lepas tu virus merebak ke Elyass.. demam batuk dan selsema, tambah satu lagi SAKIT MATA. Demam, batuk dan selsema, sebelum-sebelum ni Elyass memang dah pernah merasa. Cuma untuk sakit mata memang ini adalah kali pertama.
Balik dari kerja, Khamis 04 Jun 2015, pengasuh bagitahu, mata Elyass bertahi dari pagi. Elyass sakit mata katanya... Kesian sungguh Elyass masa tu, memang layu sungguh... melepek, mata tak segar.. berair dan bertahi tapi tak merah sangat.. Malamnya demam yang terlampau panas, campur lagi dengan hachhumm tak sudah.
Pagi Jumaat 05 Jun 2015, mama terpaksa emergency leave, bawa Elyass ke klinik. Masih tinggi demamnya. Dapat ubat, antibiotik, demam, batuk dan selsema, ubat mata titik (untuk titik siang), ubat sapu mata (untuk malam).
Tapi Kashfi Elyass ni, walaupun sakit, tetap aktif.. cuma kalau lepas makan ubat dia kurang aktif dan tertidur. Mungkin kesan ubat buatkan dia mengantuk agaknya.
Tak seronok bila anak-anak sakit. Rasanya seri rumah tu kurang, ceria tu hilang....
cuaca pun x menentu skang ni, diana.
ReplyDeleteanak2 aida pun baru sihat.
nak kena maintain la kesihatan diorang.
betul tu, anak2 x sihat, seri rumah hilang sama sekali :(