Assalamualaikum…
Hihihihihi….Kikikikikiikikikikiik… gelak
guling-guling..golek-golek..
Nak kata tidur tak basuh kaki.., semalam kami tidur awal..
siap sembahyang Isyak terus tidur, maksudnya saya dah basuh kaki masa nak ambil
air sembahyang tuu…
Nak kata tidur tak baca doa…, baca…. Setiap kali nak tidur
Eusoff akan bacakan doa tidur…. Dan kami berempat akan aminkan sama-sama..
Tapi naper saya mimpi ngeri sungguh di 8 Ramadhan…kikikiki
[Ngeri tapi gelak-gelak..boleh??]
Alkisah mimpi ngeri saya;
En.suami nak berkahwin lain.. [Nauzubillahiminzalik] Dalam
mimpi tu, memang saya beri kebenaran pon dia nak kawin.. Kawin pulak dengan kawan
sendiri.. Adehhh.. lagi satu bulan je dari tarikh dia nak kawen tu.. tetiba
dari ikhlas beri kebenaran… saya rasa bakal kehilangan pulak… dan hati
tiba-tiba kata tak boleh terima pulak…
Saya dah bersedih..menangis semahu-mahunya… buat-buat sakit
sebab nak tunjuk ke en.suami yang saya memang tak boleh dia kawin lagi. Keadaan
masa tu macam dah tak boleh nak batal sebab semua dah prepare.
Sampai la penghujung mimpi… nak lepaskan geram yang
mencengkam jiwa sebab memang tak nak dia kawin lain… saya jerit, Jangan ambil
Azam saya!! Jangan ambil Azam saya!! Jangan ambil Azam saya!!
Terus tersedar dari tidur.. tengok jam pukul 04.30 pagi…
Aiss.. mimpi ngeri rupanya..
Jenguk dia kat sebelah… masih lena tidurnya..
Gerak bangun untuk bersahur.. dan share mimpi ngeri dengan
dia.. Tergelak dia dengar mimpi ngeri saya.. Dia kata “Bestnyaaa…” ceeesssss…..
hihi
Sayang dia sangat-sangat.. sayang sungguh-sungguh.. Sayang
yang tak boleh digambar pun!
Janganlah mimpi menjadi realiti… tak sanggup!
Sekian cerita mimpi ngeri saya….
adoi la hai... aida x pernah mimpi gitu :)
ReplyDeletetakut gaks ekk...
minta2 jauh la...
Sebelum-sebelum ni memang tak pernah.. tapi tetiba termimpi lak... hahaha
DeleteNauzubillah.. mintak dijauhkan lahh..
Saje berkongsi di sini.. sekadar bacaan lawak sahaja..