Assalamualaikum...
Korang biasanya berapa kali beli lauk-pauk, kering basah
segala dalam sebulan? Saya biasanya beli sekali je sebulan… jarang-jarang sangat
2 kali sebulan… dan kalau 3 kali sebulan memang tak langsung lah…apa lagi kalo 4
kali sebulan… memang taakkkk laa =p
Biasanya beli barang-barang dapur kat Giant je…
Tapi semenjak dua menjak ni..bila merasakan beli barang
dapur cam mahal sangat…troli tak penuh pun..harga dah cecah RM150++.. jadinya
berkira-kira la kami suami isteri nak mencube beli barang dapur kat NSK pulak..
Memang ramai yang syorkan beli kat situ sebab murah harganya berbanding Giant…
Bila dah cube, memang murah!…
So, start dari ari tu..kami membeli barang dapur kat NSK
je.. Memang jauh sikit dari rumah, berbanding Gaint yang sebelah rumah je
pun…tapi takpe…harga kat NSK lebih menjimatkan… lebih berbaloi-baloi…
Ok stop cerita pasal NSK.. Sebenarnya nak cerita perihal
susun atur selepas membeli belah barang dapur. Itu sebenarnya tujuan utama… =)
Kalo takat beli barang seketul dua… tak lah susah mana nak
menyimpan, menyusun atur kat dapur tu. Tapi kalo dah selambak,
berplaktik-plastik, memang lah ambik masa untuk menyusun atur.
Jom kita mulakan dengan lauk-pauk basah –ayam, ikan, sotong,
udang
Sebelum menyusun atur lauk pauk ni, perlu lah disiang
dulu…buang perut, darah, lemak segala… cuci dengan asam limau biar hilang
lemak-lemak melekat..barulah kita boleh simpan. Untuk saya, simpan dalam satu
bekas yang memang khas untuk simpanan barang-barang basah. Biasanya, bila dah
susuh elok-elok ikut group masing-masing dalam bekas tu, ayam sebahagian, ikan
sebahagian, udang, sotong lak sebahagian.. saya akan biarkan seketika, air yang
ada pada lauk pauk basah tadi menyejat ke bawah.., saya buang dulu air tu… dan
barulah masukkan ke dalam ice box! Settle bab lauk-pauk basah!
Next…
Nugget, fries, fish ball, fish cake, sausage
Saja biarkan sahaja semua ni dalam packaging masing-masing.
Maknanya saya tak pindah masuk semua ni dalam bekas lain. Sebab? Saya
sebenarnya kurang gemar nak tengok icebox penuh dengan bekas-bekas segala… Lain
orang lain kesukaannya kan?
Cuma untuk susun atur semua barangan ni…saya amat telitikan
susun aturnya mesti dalam keadaan yang tersusun. Bermaksud.. dari plastik
besar, kecil sikit, kecik lagi…dah paling last adalah yang paling kecil.
Biasanya barang makanan ini bertahan dalam 2-3 minggu,
beberapa kali masak.. Ye lah duduk bertiga.. sekali menggoreng berapa ketul je la
sangat pun.. Kalau dah dibukan packagingnya pun…saya tetap kekalkan bende ni
dalam plastic asal.. Dan tutupkan dengan kepitkan aje menggunakan penyepit
IKEA. Susunan perlu juga selaras macam tadi.. itu perlu..baru lah nampak kemas tersusun
kan…… =)
Next,
Sayur-sayuran.. Sekali beli biasanya saya tak beli banyak.
Kekadang cukup cuma kobis sebiji, lobak merah sebatang, labu sebiji kecil, lada
kecil, lada besar, limau nipis, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup. Tu je…
kuantiti yang dibeli pun tak banyak. Kalau dah abis biasanya ulang beli
sikit-sikit kat kedai runcit sebelah rumah je..
Untuk susun atur barang-barang ini:
Saya letakkan semua barangan ke dalam satu bekas. Bekas yang
dibeli kat IKEA. Lupa lak harganya..tapi sangat bermanfaat bagi siapa-siapa yang
suka satu-satu barang itu diasing-asingkan bahagiannya dalam satu bekas yang
sama. Saya guna untuk menyusun barangan ini.
Bagi saya ianya sangat praktikal! Sebab apa, kalau nak
memasak saya akan mengeluarkan satu bekas ini dan semua ada kat situ..tak yah
berulang-ulang bukak tutup ice box!
Next,
Barang-barang kering seperti bawang merah, bawang putih,
kicap, minyak masak, maggie, mee hoon, sardin
Susunan seperti berikut:
Untuk bahagian bawah, saya tempatkan bahan-bahan masakan.
Bawang merah, bawang putih ditempatkan dalam satu bakul. Saya lapikkan dengan
tisu..taknak bagi habuk jatuh kebawah. Kat bahagian ni jugak saya tempatkan minyak
masak, kicap pekat manis, kicap masin, sos tiram, cuka,
Tapi bagi yang berpenyakit tak suka Nampak bersepah, tak
suka Nampak tak kemas… tak suka letak barang ikut suka hati,.. kene lah gigih
sikit.
Penat memang jangan cakap arr… kekadang balik membeli
belah…tu rasa nak baring terus je! Penat kot…
Tapi kalo kata dah memang perangai jenis tak leh nak biar
barang-barang yang dibeli terus masuk icebox mahupun kitchen cabinet cam gitu je……
penat-penat pun..gigih bersingsing lengan nak menyimpan barang-barang belian
kat tempat yang sepatutnya.
Walaupun en.suami dan nanak dah dibuai mimpi… mama tetap lah
kat dapur menyusun atur barang-barang belian tadi…
Gigih la sangat… =p