31 March 2015

Resepi Puri Epal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semakin hari ke sehari, semakin seronok pulak menjalani kehidupan sebagai mama beranak-2. Semakin boleh sesuaikan diri dengan keadaan.. berikan kasih sayang yang saksama untuk abang dan adik.

Alhamdulillah juga sudah 2 bulan mama Elyass berpuri secara consisten. Manisnya bila melakukan sesuatu untuk kebaikan anak. Semoga niat ikhlas ini sentiasa diredhai-Nya.

Sape nak tahu pasal macam mana nak buat puri epal..?

Berlambak kot kat dalam internet cara pembuatannya.. just pergi kat google, type resepi puri epal.. bersusun keluar resepinya dan cara pembuatannya.. Lagi best tengok kat youtube, lagi jelas.

Untuk kenang-kenangan; saya nak tepek juga disini,  cara saya menyediakan puri epal untuk si kecil Elyass..

Jom cuba untuk si kecil anda...!!



1. Sediakan epal yang nak di purikan. Pastikan basuh bersih-bersih sebelum dipotong.
2. Kupas kulit epal.
3. Epal tadi dipotong dadu mengikut selera masing-masing
4. Steam epal tadi. Bagi yang tiada steamer, rebus dengan air sedikit pun sudah memadai.
5. Masukkan ke dalam blander. Masukkan sedikit air/jus epal hasil dari steam/rebus.
6. Blend sehingga betul-betul halusssss..

Puri anda sedia untuk diberikan kepada si kecil anda.
Lebihan yang lain boleh dimasukkan ke dalam tray ice cube untuk disejuk bekukan. Insya Allah boleh tahan lama.

Senangkan? 

Alhamdulillah.. Elyass suka sangat-sangat. Tak caye...?? Haa.. tengok video pendek ni..

video

Babai...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015