13 March 2015

Nama saya Kashfi Elyass!

Assalamualaikum....

Sekarang waktu rehat.... jadinya ambik peluang nak menulis kejap.. Nak lepas rindu. =p
 
Khilfi Eusoff sudah 4 tahun 5 bulan. Bulan Oktober nanti genaplah dia 5 tahun. Dah besar dah pun... Bila dah beradik kami panggilkan dia abang.. dia pun dah gelarkan diri dia "saya" atau kadang-kadang nama dia sendiri "Eusoff". Masa bergerak sangat pantasss... tak sedar anak-anak pun dah membesar!
 
Saya belum pernah bercerita perihal adik Eusoff kat sini kan?. Kat fb pun memang takde update apa-apa pun, gambar apatah lagi..memang takde.

Tapi di blog terasa rindu nak menulis.. nak bercerita. Dah pasang niat satu hari nanti nak kembali ke sini.
 
Terasa sayang perihal perkembangan baby baru ni..satu apa pun tak bertulis. Sayang sebab kenangan pembesaran dia berlalu tanpa ada catatan macam abang Eusoff dulu.
 
Saya nak start menulis la kalau ada kelapangan. Boleh ye..? =)
 
Baby baru saya namanya KASHFI ELYASS
 
Alhamdulillah bulan ni adalah bulan ke 7 hidup dia di muka bumi ni. Cepat masa berlalu. Tak terkejar saya..sedar-sedar Elyass dah melepasi banyak fasa...
 
1. Menangis dengan teruk sekali sehinggakan pengsuh tak nak jaga dia.. Terpaksalah saya menggagau malam-malam buta dalam hujan mencari pengasuh baru untuk dia.

2. Konflik memberi fully bf dan akhirnya terpaksa mencari fm.

3.  Elyass dah mula meniarap

4. 6 bulan -masa untuk makan Elyass

5. Elyass dah mula mengangkat badan untuk merangkak

.........

Banyak.....

Slow2 saya nak menulis.. semoga dipermudahkan.

Bukan nak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.. tapi untuk perkongsian kepada siapa yang berminat nak baca, dan yang penting sebenarnya untuk catatan memori kenangan pembesaran anak-anak tersayang..

Nak kenal Kashfi Elyass tak....??

Kashfi Elyass Bin Kamarul Azam - 5 hari

Gambar terbaru Insya Allah akan menyusul nanti..

Terima kasih kerana sudi membaca.. Babai..


5 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Salam kenal aunty..

      Delete
    2. Waalaikumussalam..

      Salam kenal aunty..

      Delete
  2. tahniah dah bertambah sorang lagi. Rindu lama tak baca celoteh diana

    ReplyDelete
  3. =)
    Seronoknya akak rindu celoteh kite... hehe...

    Alhamdulillah..bertambah sorang, bermaksud bertambah rezeki Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015