Assalamualaikum...
Tetiba rasa rindu kat ayahanda di kampung. Walaupun sudah menjadi kewajiban tiap-tiap malam menelefon ayah bertanyakan khabar.. rindu ini tetap bertamu di hati. Rasa rindu meronta-ronta untuk bersama-sama ayah tika usianya makin lanjut di mamah usia.
Ya Allah kau peliharakanlah ayah tersayang, murahkan lah rezekinya, sihatkanlah tubuh badannya, permudahkan segala urusan hidupnya... Kau rahmatilah, Kau berkatilah hidup ayah....
Adik sayangkan ayah sangat-sangat!
Adik sayangkan ayah sangat-sangat!
Tidak dilupa ayah mertua juga. Semoga sentiasa dipayungi rahmat kesejahteraan hidup, diberikan kesihatan berpanjangan, rezeki yang sentiasa dimurahkan Allah, dipermudahkan segala urusan hidupnya.
Na sayangkan abah!
Buat en.suami, Selamat hari bapa.. Terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik untuk nanak kita, Khilfi Eusoff.
Kami sayang papa selamanya...
AYAH
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati.
sebak pulak baca entry ni. T___T
ReplyDeletedoakan semuaaa yang terbaik untuk ibubapa kita yee. nadia tak sanggup nak buat entry sedihhhhh.
Sedih.... Percaya tak akak buat entry ni sambil mata bergenang ngan air mata...?
ReplyDeleteYe dik..sama-sama kita doakan yang terbaik untuk ibu dan bapa kita.
Bagi mereka yang masih ada ibu dan bapa, berbaktilah sementara mereka masih ada... =)