Assalamualaikum..
Entry jalan-jalan cari pasal…=p
Sabar je laa… ada sesuatu yang tak best terjadi dan membuatkan mood
jalan-jalan kelaut di awal nya, namun Alhamdulillah, bila redha menerima qada’
dan qadar Allah.. akhirnya mood on balik macam biasa =)… Apa berlaku?
Kereta
kami dilanggar lori kat Hentian Taiping Utara, mujur tak parah. Sikit sangat je
dugaan yang Allah berikan.. Tu pun dah melatah lebih… erk…
Kali ini kami ke Penang lagi.. 2 hari 1
malam pada 01 June 2013 baru-baru ni. Tujuan utama adalah menghadiri kenduri perkahwinan saudara mara belah en.suami,
dan tujuan palingg utama lagi dah tentulah jalan-jalan. Walaupun singkat benor percutian.. tapi takpe…
kami aim tempat-tempat yang tak sempat kami pergi masa percutian ke Penang yang
lepas. Entry Percutian Jan 2013 :Penang.
Qayyum bergurau senda ngan Abg Eusoff @ Kenduri kahwin, Penang |
Percutian bekerluarga lagi la best berbanding percutian sekeluarga kecik
kami aje… konvoi beramai-ramai bersama Kak Ngah Rohaiza dan sekeluarga besarnya.
Memang sangat best dan happening. Walaupun melalui highway ke Utara
sikit sebanyak mencabar kesabaran sebab jalan adalah jem sesangat.. Pergi dan balik!
Malam nyer kami ke Penang naik feri. Naik feri malam-malam ni tak nampak sangat la panorama indah di tengah laut. Tapi layan angin sejuk malam-malam sambil bergambar syok gak!
Antara tempat yang memang kami nak pergi sangat-sangat adalah,
Restoran Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling. Finally kami merasa jugak makan nasi kandar kat sini,
walaupun terpaksa beratur panjang tak hagak! Sampai Kat restoran ni dalam pukul 10.15
mlm…berator sampai pukul 11.00 mlm.. tu pun belom boleh beli lagi… Ada lah dalam 30 orang
lagi kat depan kami ni… Orang yang sambung berator kat belakang dah bertambah panjang
dah pulak!
Menunggu sambil tidur.... =) En.suami tidur sambil pegang air..hahha |
Makan larut malam le kami beramai-ramai malam ni. Adehhh.. Mujurlah ada dikalangan kami yang
akal panjang sikit kan..bukan cubaan potong barisan tau..no..no..no.. =p Cuba
bagitahu mamak restoran yang kami ada bawak warga tua.. kesian lak kene menunggu lama..
[memang tak tipu ar, abah, apak ngan Makngah memang dah masuk kategori itu]
Memang nasib kami baik dan mamak tu nak tolong bungkus terus nasi kandar yang kami
order..Yeayyyy…dapatlah kami awal dari yang sepatutnya.
Tapi merasa gak arr.. beratur pannnnjjaaaannng….
Mmmm.. sesuai betul dengan nama kedaikan..?
Ni dia yang
menjadi idaman qalbu dari percutian hari tu lagi…. Memang sedap hingga menjilat jari! Rasa
tak cukup arrr… len kami memang kami akan terjah sini lagi dan beratur pannnnnnjjjjjaaaannng lagi..hihihi..
Keesokannya, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, sempat lagi ke Pasar Chowrasta, kalau ke sini tak sah tak beli jeruk.. dan tak lupa barang wajib beli, fridge magnetic.
Suka bergambar kat kedai pintu warna warni tu..cantik dan menarik! |
Percutian singkat yang sangat best, walaupun diduga dengan tragedi di awalnya.
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan ujinya dengan kesusahan" - Riwayat Al Bukhari
Update 06 June 2013..
WW kat blog kengkawan di SINI... saya jumpa satu berita terkejut perihal jambatan ke-2 Pulau Pinang runtuh.. Penyambung susur keluar jambatan ke-2 Pulau Pinang itu yang runtuh sekitar jam 7.05 petang tadi.
Ya Allah.... sewaktu ke Penang tempoh hari saya memandang ke arah jambatan ke-2 Pulau Pinang yang dalam pembinaan... dalam hati terasa kagum jambatan panjang merentasi laut yang luas saujana mata memandang.
Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....
best gak kan cuti2 kita walaupun jem...pas ni kita ke negeri lain lak ye....tp penang nak gi lg sbb xdpt mkn pasembor yg sedap di padang kota lama kan.....
ReplyDeleteBest...=) insya allah..ada rezeki lebih kita jalan2 lagi ye ngah....
ReplyDeleteTu ah kecewa tau tak dapat merasa pasembor.. Sangat2 lah sedap...mmmm... Jam..pun jam ahh..demi dapat makan makanan best2 kat pinang kan...? =)
next year la kita gi lagi terus gi langkawi pun ok kan....ujung thn ni mcm ni cuti2 terengganu la....
ReplyDeleteHa...nak cuti-cuti Terengganu tak yah cari homestay bagai la... Tidur aje rumah saya Ngah...jimat.... =)
Delete