08 June 2013

IKEA family

Assalamualaikum…

Bagi mereka yang suka menghias rumah dengan apa jenis konsep sekalipun, IKEA merupakan 1 stop centre untuk setiap idea dan konsep yang anda inginkan. Melangkah ke IKEA diibaratkan melangkah ke satu ruang syurga perhiasan dunia… melihatkan cara susun atur, penggunaan perabot-perabot yang sangat memikat hati, ditambah lagi idea dekorasi yang cukup owesome! Menjadikan idea dekorasi di situ, idaman qalbu setiap pengunjung.

Meleleh air liur saya melihatkan idea-idea fresh yang dipersembahkan. Harap-harap impian menyusun atur kediaman yang dah lama digambarkan dalam fikiran akan terlaksana nanti bila dah berumah sendiri.

Bukan bermakna di rumah sewa tak boleh merealisasikannya… Cuma sedikit terbatas. Ye lah.. sebagai contoh kalau dah keinginan nak pasang full wordrobe di bilik kain untuk kurangkan kesesakan mata melihat pakaian bergantungan, mampu ke nak realisasikan di rumah sewa. Ohh.. sudah tentulah tidak kan..?

Insya Allah akan tiba satu hari nanti… Saya yakin akan rezeki Allah itu..

Bercakap mengenai IKEA, korang dah menjadi FAMILY IKEA? Kami  sudah! Walaupun sudah agak terlalu lambat... =p Tapi takpe.. janji sekarang sudah ada..


Apa kelebihan menjadi FAMILY IKEA?

1. Keahlian tetap seumur hidup
2. Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
3. Peroleh mata bonus untuk menebus baucer
4. Peroleh 3x mata bonus pada bulan hari lahir anda [urusniaga pertama sahaja]
5. Nikmati minuman percuma dan hidangan FAMILY berdiskaun di Restoran
6. Jemputan ke acara-acara ahli
7. Dan banyaklagi!!

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Layari www.IKEA.com.my/FAMILY untuk maklumat lanjut.

Bagaimana cara untuk menjadi ahli FAMILY IKEA?


Sertai secara percuma!

Setelah pendaftaran dilakukan, anda serta merta boleh menikmati harga lebih rendah ke atas produk terpilih di gedung IKEA, termasuklah hidangan berdiskaun dan 1X kopi percuma.

Hanya belanjakan RM200 dalam setahun dan anda akan ditukarkan menjadi ahli tetap seumur hidup serta dapat menikmati faedah penuh IKEA FAMILY.

Nak tahu lebih detail?  Klik SINI


4 comments:

  1. Sepupu che mid keje di Ikea... memang hampir semua barangan dalam rumah di barangan Ikea la kan.. cara dia decorate dan susun atur pun nampak lain dari yang lain.. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah che Mid... Kalau pandai menyusun atur kediaman lebih lagi menggunakan barangan IKEA yang memang semua nampak gempak dan hebat tu..memang cantik la rumah...

      Kalau rumah cantik, weekend tak keluar pun takpe..
      Duk rumah suda....hihihi

      Tetiba rasa nak ke IKEA lak..=p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015