30 June 2013

Jom menang Set bekas IKEA!

Ini sticky post sehingga 30 june 2013. Untuk melihat entry terbaru..sila lah scroll ke bawah ye... Terima kasih!

Assalamualaikum...

GA anjuran SusunaturSioca, dah tentu saya akan joint... walaupun sedikit lambat, pasti saya joint gak... support kawan-kawan... =)

Nak joint? Klik banner di atas ye...?

Done follow -Susunatursioca
Done follow -Siocakecil
Follower ke 10 - Kedaisioca

Dapat bekas Ikea ni pun best jugak... Harap-harap ada rezeki... =)

Boleh la menyusun atur bahagian lauk-lauk basah dalam peti dengan lebih organize lagi.. menggunakan bekas ini.. hihi

=)




GA : Jom Bersihkan Rumah

Assalamualaikum....

Hari ini, saya nak joint satu GA lagi anjuran Hidupku Rumahku Terurus. Cuba nasib lagi.. Kali ini "GA : Jom Bersihkan Rumah".


Semua syarat-syarat penyertaan sudah saya patuhi ye Mama Lynd.. =)

Apa yang saya nak bersihkan tu..?

Dalam banyak-banyak bahagian rumah.. sebolehnya semua bahagian saya titik beratkan  soal kebersihan. Dari ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur nanak, bilik kain [bilik seterika, bilik jemur baju bajan dan bersekali dengan ruang penyimpanan dokumen, file, juga buku-buku], dua toilet dan juga dapur yang bersekali dengan ruangan mendobi. 

Tapi kadang-kadang masa membataskan usaha nak menampakkan keadaan sentiasa bersih. Jadinya tetap la ada masa tak nampak bersih sangat pun..hihi..biasalah....

Untuk penyertaan GA kali ini, saya nak kongsikan kerja membersihkan sebahagian peti sejuk dan juga membersihkan sebahagian kabinet yang menempatkan barang masakan saya. Kedua-dua kerja pembersihan ini sudah tentu lah di bahagian dapur.

Semalam kami ke Aeon Jusco Anggun Rawang, jalan-jalan cuci mata. Bila dah melalui Daiso memang tak sah arr kalau tak singgah, beli barang seketul dua... Saya sangat lah suka ke tempat-tempat sebegini. Boleh dok berjam-jam pusing-pusing tengok barang yang comel-comel, pelik-pelik tu. Kalau boleh semua nak beli ggrrrr...geram!

Dah lama terfikir nak beli bekas baru untuk kerja pembersihan di dua bahagian yang saya sebut di atas.  Memang dah lama sungguh, tapi asyik tertangguh-tangguh.. bila dah lama sangat memang lupalah. 

Apa yang saya beli?

3 biji bekas petak bertudung putih  untuk menukar 3 biji balang kuih raya berbentuk bulat, yang saya isikan tempoyak, cili giling dan juga bawang kisar.



Takde apa-apa masalah pun balang kuih raya yang dah berkurun saya gunakan tu. Cuma mungkin sebab dah lama berkeadaan begitu, dan sekarang saya inginkan sedikit kelainan dan keadaan penyimpanan yang seragam. Kalau perasan balang kuih raya tu tak seragam kan? 

Stok bawang kisar dah habis, maka bekasnya kosong saja begitu dulu. Sebelum Ramadhan wajib restok nanti...huhu..

1 biji bekas petak bertudung putih yang boleh ditutup buka di atasnya, untuk menggantikan bakul bawang yang saya gunakan sebelum ini.



Bakul bawang yang saya gunakan itu juga sudah lama berjasa pada saya. Cuma sedikit bermasalah apabila, habuk memerangkap di bawah bakul [walaupun sudah dialas tisu]. Selain dari penggunaan bakul yang sedikit makan space. Bila sudah ditranfer ke bekas baru..nampak sedikit jimat ruang di situ. Nak ambil  bawang tidak lah menjadi masalah sebabnya bekas boleh dibuka di atas.. Nampak lebih kemas juga kan?

Maka, selesailah 2 perkara yang dah lama saya nak buat, tapi asyik tertanggu aje. Satu kerja pembersihan juga kan...? Menukarkan sesuatu barang untuk menjadikan fungsi barangan itu bertambah baik dan menjadikan keadaan baru itu sedap mata memandang.

Dengan budget yang ciput, sekadar RM20.00 keadaan ruang ini bertukar menjadi bertambah elok.

Barang lama jangan dibazirkan. Tetap saya simpan dulu sehingga satu masa nanti pasti ada gunanya. =)



25 June 2013

Saya pun pandai bermulut itik =)

Assalamualaikum...

Anakanda, Khilfi Eusoff Kamarul  Azam sekarang dah 2 tahun 8 bulan. Kami dah jarang memanggil dengan panggilan "baby" sebab terasa dah kurang sesuai.. =) Kadang hanya memanggil dengan nama, samada nama penuh "Khilfi Eusoff" ataupun nama pendeknya sahaja "Eusoff" Kebiasaannya kami memanggilnya "nanak" Jarang-jarang sekali try nak ajar panggil "Along".. Nanak cam malu-malu... Mama ngan papa pun cam malu-malu kuceng gakss.... hehehehe.. =p

Mulut nanak sekarang dah makin, makin, makin petah bercakap. Seronok melayan budak dah pandai cakap. Sebab segala percakapannya dah boleh difahami, walaupun pelat-pelat. Dah pandai menyanyi jugak! So comel...

Kekadang rasa nak geget-geget mulut pandai tu.. hihiihi. 

Untuk kenangan di kemudian hari.. nak tunjuk kat sini.. Nanak pun dah pandai bergambar dengan gaye ini... MULUT ITIK....


Tak tahu lah mana dia  belajar... dua tiga hari kalo bergambar suke nau memuncungkan mulut camtuh... Rasa comel kot... kihkihkih



Besar nanti tak tau la camne nanak saya ni..
Doa seorang mama dan papa, haruslah Khilfi Eusoff menjadi anak yang baik untuk kami dan untuk semua...

Tak melawan cakap.... 
Tak meninggikan suara
Tak mencebik bila dimarahi... 
Tak memuncungkan bibir bila tak berpuas hati
Tak..tak.. & tak... =)

Insya Allah..

Amin...Amin...Ya Rabbilalamin....


24 June 2013

Berusaha ajar nanak tidur bilik sendiri

Assalamualaikum...

Fuhhh...Hidup seharian tersangat lah sibuk.. Tak menyempat nak up entry. Lebih-lebih lagi entry perihal perkembangan tumbesaran nanak.. Banyak dah ketinggalan.. Insya Allah nanti, bila ada masa terluang tetap jugak nak share kat sini  untuk bacaan santai kawan-kawan semua disamping kenangan kami untuk masa mendatang.

Perkembangan terbaru nanak.. Sudah makin besar!! Membesar bagai juara! Nak berdukung pun mama dah tak larat. Berat terbaru baru ni pergi timbang nanak dah 15 Kilo. Ooohhhh patut lah berat sesangat. Sangat-sangat lah mama tak larat nak mendukung nanak sekarang. So, tentu-tentu lah papa yang jadi mangsanya..hihihi

Sekarang kami tengah usaha untuk ajar nanak tidur bilik sendiri.. =p

Mungkin dah sampai masa untuk asingkan tempat tidur nanak dari mama dan papa. Bilik sendiri dah ada...katil sendiri pun dah ada.. bilik pun mama dan papa dah hias comel-comel untuk nanak tercinta.. tinggal lagi masuk tidur aje...

Ingat senang ke nak kasi nanak tidur situ elok-elok aje..tengah mata terbuka? 
Tak dapatnyer.... 

Baring-baring sekali ngan nanak kat situ sambil baca-baca buku... ataupun tutup lampu... baring sambil ajar-ajarkan nanak doa..? Dengan harapan nanak akan lelap disitu..
Dah buat dah..tetap  tak berhasil.. tetap merengek tunjuk nak tidur bilik papa mama jugak.. 

Mungkin  tak  selesa beralih tidur tempat baru.. 

Taktik kami sekarang... kasi nanak tidur sampai lena dulu... dah betul-betul diulit lena... masa tu baru angkat masuk bilik dia... Sendal bantal-bantal kat tepi..takut jatuh katil kan... pasang kipas, pasang lampu.. dan kami tinggalkan nanak di situ, di bilik tidurnya sendiri dengan pintu bilik tidak ditutup..

Memula rasa bimbang dan rasa tak lengkap tanpa dak kecik tu disisi.. tapi nak tak nak  memang kami perlu ajar  sekarang untuk tidur asing... memandangkan nanak dah makin membesar. Katil bersaiz queen tu dah terasa sempit tidur bertiga..

Alhamdulillah elok je tidur.. sampai lah tengah-tengah malam / pagi-pagi buta, [tak pastilah dalam pukul berapa] dak kecik tu elok je berjalan masuk bilik panjat katil. Baring di antara mama dan papa.. hahahah.. Tahu dah cari ape.... =) Elok plak tak menangis... lepas-lepas ni tak tahu la camne... mungkin ikut keadaan la kot nyer kan..?

Sekarang still lagi gigih mama dan papa mengangkat nanak tengah-tengah malam masuk bilik dia, dengan harapan satu hari nanti nanak boleh terima keadaan ini yang dia perlu tidur di biliknya sendiri.. Insya Allah..

Semoga kami pun tetap cekal dan gigih dalam usaha ini... Insya Allah.. =)




Alahaiiii...kesian pun ada.... 




16 June 2013

Selamat Hari Bapa 2013

Assalamualaikum...

Tetiba rasa rindu kat ayahanda di kampung. Walaupun sudah menjadi kewajiban tiap-tiap malam menelefon ayah bertanyakan khabar.. rindu ini tetap bertamu di hati. Rasa rindu meronta-ronta untuk bersama-sama ayah tika usianya makin lanjut di mamah usia.

Ya Allah kau peliharakanlah ayah tersayang, murahkan lah rezekinya, sihatkanlah tubuh badannya, permudahkan segala urusan hidupnya... Kau rahmatilah, Kau berkatilah hidup ayah....

Adik sayangkan ayah sangat-sangat!



Tidak dilupa ayah mertua juga. Semoga sentiasa dipayungi rahmat kesejahteraan hidup, diberikan kesihatan berpanjangan, rezeki yang sentiasa dimurahkan Allah, dipermudahkan segala urusan hidupnya.

Na sayangkan abah!


Buat en.suami, Selamat hari bapa.. Terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik untuk nanak kita, Khilfi Eusoff.

Kami sayang papa selamanya...



AYAH
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan 
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan


Tak dapatku bayangkan hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau  curahkan
Tersemat di hati.




09 June 2013

Budak dalam kotak

Assalamualaikum..

Lama tak bercerita pasal Khilfi Eusoff dan Khalish Aiman. Dua beradik yang saling lengkap melengkapi. Kekadang baik sangat-sangat... kekadang bergaduh sakan.. Adehhh... =p Semakin hari semakin besar dan makin panjang akal.

Ni cerita balik kampung Terengganu yang terbaru baru-baru ni. Sewaktu Pok Su mereka bertunang.

Dalam riuh rendah kami berborak sakan.. dua beradik ni ada agenda sulit tersendiri. Elok je sepakat....  senyap-senyap menjayakan misi yang satu ni..

hihiih... misi comel  dua beradik..

Misi yang sangat success...! Mereka boleh tersenyum lebar meraikan kejayaan ini..



Comelnyer mereka, bersempit-sempit di dalam sebuah kotak kecil.. =)

08 June 2013

IKEA family

Assalamualaikum…

Bagi mereka yang suka menghias rumah dengan apa jenis konsep sekalipun, IKEA merupakan 1 stop centre untuk setiap idea dan konsep yang anda inginkan. Melangkah ke IKEA diibaratkan melangkah ke satu ruang syurga perhiasan dunia… melihatkan cara susun atur, penggunaan perabot-perabot yang sangat memikat hati, ditambah lagi idea dekorasi yang cukup owesome! Menjadikan idea dekorasi di situ, idaman qalbu setiap pengunjung.

Meleleh air liur saya melihatkan idea-idea fresh yang dipersembahkan. Harap-harap impian menyusun atur kediaman yang dah lama digambarkan dalam fikiran akan terlaksana nanti bila dah berumah sendiri.

Bukan bermakna di rumah sewa tak boleh merealisasikannya… Cuma sedikit terbatas. Ye lah.. sebagai contoh kalau dah keinginan nak pasang full wordrobe di bilik kain untuk kurangkan kesesakan mata melihat pakaian bergantungan, mampu ke nak realisasikan di rumah sewa. Ohh.. sudah tentulah tidak kan..?

Insya Allah akan tiba satu hari nanti… Saya yakin akan rezeki Allah itu..

Bercakap mengenai IKEA, korang dah menjadi FAMILY IKEA? Kami  sudah! Walaupun sudah agak terlalu lambat... =p Tapi takpe.. janji sekarang sudah ada..


Apa kelebihan menjadi FAMILY IKEA?

1. Keahlian tetap seumur hidup
2. Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
3. Peroleh mata bonus untuk menebus baucer
4. Peroleh 3x mata bonus pada bulan hari lahir anda [urusniaga pertama sahaja]
5. Nikmati minuman percuma dan hidangan FAMILY berdiskaun di Restoran
6. Jemputan ke acara-acara ahli
7. Dan banyaklagi!!

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Layari www.IKEA.com.my/FAMILY untuk maklumat lanjut.

Bagaimana cara untuk menjadi ahli FAMILY IKEA?


Sertai secara percuma!

Setelah pendaftaran dilakukan, anda serta merta boleh menikmati harga lebih rendah ke atas produk terpilih di gedung IKEA, termasuklah hidangan berdiskaun dan 1X kopi percuma.

Hanya belanjakan RM200 dalam setahun dan anda akan ditukarkan menjadi ahli tetap seumur hidup serta dapat menikmati faedah penuh IKEA FAMILY.

Nak tahu lebih detail?  Klik SINI


07 June 2013

Pandai tunjuk ekspresi marah dah sekarang

Assalamualaikum..

Nanak dah besar sangat dah sekarang… Makin membesar, sihat dan semangat! Balik kampung semua tegur Eusoff dah makin sihat.. Makannya berselera yang amat. biarpun nasi kosong berkuahkan kicap.. Mana tak membesar bagai juaranya kan..? Lagi-lagi sampai la sekarang ni tak putus lagi pun menyusu dengan mamanya ni.. Sumber tenusu yang sangat berzat dan berkhasiat. [Satu bende yang dah buntu memikir nak stopkan menyusu badan camne ni..]

Bila dah besar makin best lak menyakat dak kecik nih. Lagi-lagi time nanak kusyuk tengok Boboiboy!! Memang bikin panas ar kalau nyakat dia waktu tayangan perdana Boboiboy…. 

Ni satu adegan yang sempat saya capture. Masa ni papanyer takde.. saya berdua aje dengan nanak. Memang lawak sungguh.. nampak je muka senyum menggoda tu. Realitinya mama nyer nih kene marah tahu…?! Tergolek-golek saya gelak.. walaupun kene marah kaw-kaw punyer. Package ngan "no..no..no.." haahha.. Sampai nanak hilang kesabaran dan dia buat tak tahu aje kat mamanyer nih…Dalam hati mungkin berkata-kata, “ikutlah mama nak buat ape… bolayan ar.. nengok Boboiboyyakkk lagi best..!!”

Ngah kusyuk tengok Boboiboy yakkk..

Omakaiiii....flash hp mama.. tanjat boboiii..heheh
Kacau tau mama nih...

Tension tahap gaban ngan flash hp mama
sampai tutup muka.. Padahal celah-celah jari
tengok Boboiboy.. elehh..

Stop mama!! please... =P

Arrrggggg...tension sangat dah...haiishhhh..
Hilang konsentrasi tengok Boboiboy..

Cubaan menutup camera hp mama.... ceeehhh..

Malas layan mama sambil garu kepala
yang tak gatal..

Sambung tengok Boboiboy lagi best..hihi

Marah mama macam mana pun.. nanak tetap sayang mama.. sayang ketat-ketat.. erat-erat..

Kan..kan? Kan? Eusoff kan..? hiiihiii..



05 June 2013

Percutian Jun 2013 : Penang

Assalamualaikum..

Entry jalan-jalan cari pasal…=p Sabar je laa… ada sesuatu yang tak best terjadi dan membuatkan mood jalan-jalan kelaut di awal nya, namun Alhamdulillah, bila redha menerima qada’ dan qadar Allah.. akhirnya mood on balik macam biasa =)… Apa berlaku? 


Kereta kami dilanggar lori kat Hentian Taiping Utara, mujur tak parah. Sikit sangat je dugaan yang Allah berikan.. Tu pun dah melatah lebih… erk…

Kali ini kami ke Penang lagi.. 2 hari 1 malam pada 01 June 2013 baru-baru  ni. Tujuan utama adalah menghadiri kenduri perkahwinan saudara mara belah en.suami, dan tujuan palingg utama lagi dah tentulah jalan-jalan. Walaupun singkat benor percutian.. tapi takpe… kami aim tempat-tempat yang tak sempat kami pergi masa percutian ke Penang yang lepas. Entry Percutian Jan 2013 :Penang.

Qayyum bergurau senda ngan Abg Eusoff
@ Kenduri kahwin, Penang

Percutian bekerluarga lagi la best berbanding percutian sekeluarga kecik kami aje… konvoi beramai-ramai bersama Kak Ngah Rohaiza dan sekeluarga besarnya. Memang sangat best dan happening. Walaupun melalui highway ke Utara sikit sebanyak mencabar kesabaran sebab jalan adalah jem sesangat.. Pergi dan balik!

Malam nyer kami  ke Penang naik feri. Naik feri malam-malam ni tak nampak sangat la panorama indah di tengah laut. Tapi layan angin sejuk malam-malam sambil bergambar syok gak!


Antara tempat yang memang kami nak pergi sangat-sangat adalah, Restoran Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling. Finally kami merasa jugak makan nasi kandar kat sini, walaupun terpaksa beratur panjang tak hagak! Sampai Kat restoran ni dalam pukul 10.15 mlm…berator sampai pukul 11.00 mlm.. tu pun belom boleh beli lagi… Ada lah dalam 30 orang lagi kat depan kami ni… Orang yang sambung berator kat belakang dah bertambah panjang dah pulak!

Menunggu sambil tidur.... =) En.suami tidur sambil pegang air..hahha

Makan larut malam le kami beramai-ramai malam ni. Adehhh.. Mujurlah ada dikalangan kami yang akal panjang sikit kan..bukan cubaan potong barisan tau..no..no..no.. =p Cuba bagitahu mamak restoran yang kami ada bawak warga tua.. kesian lak kene menunggu  lama.. [memang tak tipu ar, abah, apak ngan Makngah memang dah masuk kategori itu] Memang nasib kami baik dan mamak tu nak tolong bungkus terus nasi kandar yang kami order..Yeayyyy…dapatlah kami awal dari yang sepatutnya.

Tapi merasa gak arr.. beratur pannnnjjaaaannng…. Mmmm.. sesuai betul dengan nama kedaikan..?

Ni dia yang menjadi idaman qalbu dari percutian hari tu lagi…. Memang sedap hingga menjilat jari! Rasa tak cukup arrr… len kami memang kami akan terjah sini lagi dan beratur pannnnnnjjjjjaaaannng lagi..hihihi..


Keesokannya, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, sempat lagi ke Pasar Chowrasta, kalau ke sini tak sah tak beli jeruk.. dan tak lupa barang wajib beli, fridge magnetic.  

Suka bergambar kat kedai pintu warna warni tu..cantik dan menarik!

Percutian singkat yang sangat best, walaupun diduga dengan tragedi di awalnya.


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan ujinya dengan kesusahan" - Riwayat Al Bukhari





Update 06 June 2013..

WW kat blog kengkawan di SINI... saya jumpa satu berita terkejut perihal jambatan ke-2 Pulau Pinang runtuh.. Penyambung susur keluar jambatan ke-2 Pulau Pinang itu yang runtuh sekitar jam 7.05 petang tadi.

Ya Allah.... sewaktu ke Penang tempoh hari saya memandang ke arah jambatan ke-2 Pulau Pinang yang dalam pembinaan... dalam hati terasa kagum jambatan panjang merentasi laut yang luas saujana mata memandang.

Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015