Assalamualaikum...
Nak update cerita pasal nanak saya, Khilfi Eusoff... Alhamdulillah dah 2 tahun 9 hari nie..makin menunjukkan peningkatan dari semua segi... ketangkasan, percakapan, tingkah laku, pemakanan..., Alhamdulillah tumbesaran sempurna sesuai dengan peningkatan usia.
Jumaat baru nih [19Okt2012] kami bawak nanak pergi check-up.. kami terlepas pandang sepatutnya nanak perlu diberi cucukan imunisasi pada usia 13 bulan [Untuk cucuk Chickenpox, sudah beres, tinggal lagi satu cucuk yang terlupa iaitu Pueumococcal aje belum] dan satu imunisasi untuk umur 18 bulan [DTP+Polio+Hib], tidak lah terlalu lambat untuk diberikan pada usia 24 bulan.. Erkkk.... maaf ye sayang.... Berkunjung lagi la kami ke Klinik Kanak-Kanak Serena.. Macam biasa, suasana yang santai dan doktor yang best! Serta ramai yang dah menunggu sedari 6.00pm.
Eusoff terpaksalah diberikan 2 cucuk imunisasi serentak, 1 yang sepatutnya diberi waktu 13 bulan dan 1 cucuk yang terkini. Kesian dia... melalak tak ingat.. Mujur la awal-awal mase menunggu giliran tu kami biarkan aje dia menunjukkan aksi gagah berani, aksi macho, aksi lagak ngeri, aksi hero segala..kihkihkihkih.. Masuk aje bilik Dr. Serena, dan segala yang gagah berani tadi semua hilang.... Melalak tak ingat walaupun doktor beri gula-gula [kot la kurang sikit menangis, menamuk tu kan] Tapi tak berkesan langsung....
Abisnya.... 2 cucuk imunisasi kene jugak diberi...kanan dan kiri ponggongg... hihiih.... kecian...
No comments:
Post a Comment