26 September 2012

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum...
 
Received satu email dari rakan sekerja... Ingin kongsikan di blog ini sebagai pengetahuan bersama, semoga beroleh manfaat daripadanya. Insya Allah...

Sumber : Google

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw  bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada  malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh  malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil  nyawanya, maka  malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN  KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang  amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh  syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan  dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat  daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan  rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG  KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia  mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah  pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia  merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang  sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan  diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA  sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita  di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka  datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu  mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin  tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT  SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu  menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka  segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu  menabir muka dan kepalanya dari bahaya api  tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG  LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Allahuaklam....


25 September 2012

22 Oktober 1948 ~ 15 September 2012 : Al-Fatihah

Assalamualaikum...

10 hari sudah berlalu...tapi terasa baru sekejap tadi menatap muka arwah untuk yang terakhir kalinya.. Senyuman..belaian..kata-kata nasihat..teguran..rajuk..tangis..tawa.. semua sudah menjadi kenangan nan abadi antara SAYA dan EMAK tersayang.


22 Oktober 1948 ~ 15 September 2012 : Al-Fatihah
Alhamdulillah.. Allah tabahkan hati saya, walaupun pemergian emak tetap ada esak tangisnya.... Saya redha akan ketentuan Allah... Dia lebih sayangkan arwah...dan menjemput arwah dikala usia 63 tahun.. Sama dengan usia kembalinya kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Sangat cantik aturan Allah... :-)
10 hari pemergian arwah, hati saya masih lagi terasa rindu teramat...sangat-sangat rindu.... Rindu yang tak dapat saya bayangkan atau terangkan dengan kata-kata semata.... Tak dapat jugak dibayangkan dengan perbuatan juga....
"Mak.. rindunya adik pada mak... Rindu ingin memeluk erat tubuh emak, rindu ingin cium pipi emak, rindu ingin bergurau senda dengan emak... rindu segala-galanya tentang emak... Ya Allah... Rindunya aku pada insan yang bergelar EMAK ini" 
Semoga bacaan Yassin & Al-Fatihah yang tak putus-putus dari suami, anak menantu dan cucu-cucu semua,  Allah sampaikan untuk arwah emak tersayang.... Insya Allah.

Untuk sahabat-sahabat semua,
Sekiranya kalian terbaca entry saya ini, tolong sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah emak saya, FATIMAH BINTI SENIK (Nama ibu arwah) .. Semoga roh emak saya sentiasa tenang di sana.... Amin..

Al-Fatihah....

12 September 2012

UAI @ Surau Casmaria Apartment

Assalamualaikum...
Untuk pertama kalinya saya dan en.suami berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh persatuan penduduk rumah kami, Casmaria Apartment pada 09 September 2012, ceramahnya sejurus selepas solat maghrib. [Majlis sebelum-sebelum nie biasanya tak berkesempatan sebab balik kampung, ada hal, dan macam-macam alasan lagi..errkk]
Apa yang menariknya..penceramah untuk majlis ilmu ini ialah insan yang paling diminati oleh en.suami, iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Penceramah yang menggunakan loghat pekat Terengganu, loghat ibunda saya.. :-p Kami memang sudah sedia maklum akan fenomena UAI ini... sangat luar biasa.. dan kami memang yakin dan pasti, malam ini Apartment Casmaria bakal diserbu oleh ramai orang yang suka/kagumi akan UAI ini.


Sumber Photo : Google
Pihak persatuan penduduk, telah bersiap sedia menyediakan pelan aliran kenderaan keluar masuk bagi penduduk/pelawat, agar takkan berlaku jam yang teruk, atau pelawat sesuka hati menggunakan parking penduduk! Terima kasih kepada pihak persatuan dan juga pasukan Rela yang berkhidmat menjaga aliran trafik.. :-) Mujur balik petang tuh...parking kami tak digunakan oleh sape-sape, kalo tak geram ler jugak kan....hihhi..
Ceramah yang berdurasi 3 jam, sempat kami dengar 2 jam terawal sahaja... Nanak dah mula buat perangai..taknak dipegang..dan berlari sini sana. Mama dan papa dah tak leh nak concentrate pada apa UAI cakapkan. So, kami decide balik aje la daripada nanak merengek-rengek tak nak dipegang/didukung oleh kami..


Nanak dan papa balik dari ceramah UAI

Nangis nak air kotak...air mata pun meleleh lagi tu...
   
 Alhamdulillah.. dalam tempoh 2 jam dapat la sikit ilmu yang bermanfaat buat kami. Semoga kami berkesempatan lagi untuk menjointkan diri ke majlis-majlis ilmu lain.. Insya Allah.
Sumber : www.iluvislam

10 September 2012

Jom Konvoi ke Lekir 07 Julai 2012

Assalamualaikum...


Marathon mempublishkan entry-entry lama yang amat! Sayang kot jika dibiarkan macam tu sahaja.. Orang kata kenangan untuk tahun 2012, haruslah diceritakan di sini untuk tatapan nanti di hari tua...kan......... :-p
Ini bukan pertama kali saya berpeluang menjointkan diri bersama-sama dengan konvoi office en.suami… Dah berkali-kali sepanjang bergelar isteri kepada beliau.... Dan sepanjang berkali-kali tuh….arrangement konvoi memang best!!  Teratur dan tersusun sekali… Bagus betul mereka ini.
Yang terbaru, saya mengikuti konvoi ke majlis sambut menantu rakan office en.suami pada 07 Julai 2012. Lokasinya adalah Lekir, Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Konvoi sebanyak 6 biji kereta memang tidak memboringkan.



Sudah selesai makan tengah hari dan bergambar seketika bersama pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua, kami meneruskan perjalanan yang telah dirancang.
Orang kata, alang-alang sudah sampai di Perak Darul Ridzuan, moh le kite ke Menara Condong Teluk Intan. First time saya ke sini! First time jugak untuk nanak saya itu!

"Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ini sememangnya Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina pada tahun 1892 dan dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Keong sempena memperingati sumbangan En.Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut

FAKTOR KECONDONGAN
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkan condong sedikit ke arah barat laut"


-Sumber : Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (klik untuk tahu lebih lanjut!)


Memandangkan kami sampai ke sini waktu tengah hari, keadaan sangat-sangat la panas. Sempat la bergambar di Menara Condong ini..., masuk ke dalam Menara untuk melihat-lihat keadaan dalamnya, membaca cerita-cerita sejarah berkaitan Menara ini..  Selepas itu kami menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Saya sikit kecewa, sebab tak kesampaian untuk membeli Fridge Magnetic / key chain Menara Condong Teluk Intan!! :-(







Destinasi seterusnya adalah, pantai Bagan Nakhoda Omar, Kuala Selangor.. Masa nie dah dalam perjalanan balik ke batu Caves. Singgah makan kat kedai makan tepi laut. Pekena mee udang, nasi goreng udang, kerang bakar dan banyak lagi la.... Pas tu duduk-duduk jap tepi pantai melihat matahari terbenam... Masya Allah... Sungguh indah kekuasaanMu..






Sangat menyeronokkan apabila seharian penuh diisi dengan berjalan-jalan kenali tempat orang…. Berubah la rutin jadual harian yang biasanya samaaaaa sahaja!

07 September 2012

Daun Ajaib [ciptaan Allah yang maha kuasa]

Assalamualikum....
 
Semoga kawan-kawan blogger mahupun bukan blogger [pembaca setia blog-blog di alam maya] sentiasa sihat hendaknya. Diberi kesihatan yang baik yang berpanjangan, Insya Allah.
Hargailah masa sihat sebelum hadirnya masa sakit... kannn...?? :-)
 
Kat sini saya nak share satu email yang saya terima dari kawan seoffice tentang satu daun ajaib [ciptaan Allah yang maha kuasa]. Terasa sayang jika tidak dikongsi bersama akan ilmu bermanfaat yang amat berguna ini. Kat luar sana ramai yang kurang bernasib baik menderita sakit kanser. Mungkin entry ini dapat manfaat kepada mereka.  
 
Apa-apapun...kita manusia hanya mampu ikhtiar dan merancang, hanya Allah yang mampu menyembuhkan...apatah lagi  mengambil balik nyawa yang hanya pinjaman sementara.
 
 
"I decided to share this with you guys. I was introduced this leaf by a
friend from Taiping, Perak. In Taiping, there are quite a number of cancer
patients recovered from cancer after taking this leaf, including last stage
of cancer and doctor already confirmed he/she only left few months life,
they all hopeless and tried whatever people recommended to them, surprising
after trying on the leaf, really can recover. Among them, some just took few
days, some a month, some few months depends on the seriousness and the
volume of the leaf that one taken! Sound very unbelievable, right!
 
Now getting more and more people in Taiping knew about this, and it slowly
spread to other states, that’s why now you and me also know about this!
Haha! and a lot of people started to plant it at their home, including me
after knowing it! there are some reporters from various newspaper publishers
interviewed the people who successfully recovered from cancer after taking
the leaf in Taiping, the news was published in papers early of this month
(in perak section only)
"I understand that the leaf is not only meant for cancer, it can heal cyst ,
tumor, etc – in fact, any type of ailment, in my opinion it actually good
at boosting our body immune system, when our own immune system is strong,
then it can fight and kill all virus and bacteria in our body!
You guys can search more infor from internet about this leaf."
Scientific name: Clinacanthus nutans
English name: Drooping Clinacanthus
Malay name: Daun Kalingsir
Indian name: Dandang Gendis
Chinese name: 优遁草
 Pictures: there are two type 1) small leaf 2) big leaf
 


 
 
Ok..entry berkaitan daun ajaib sudah dipublish, dengan senang hati saya dah boleh delete email dari rakan office saya itu.. Alhamdulillah.... biar bermanfaat untuk semua, Insya Allah.. 

06 September 2012

Sepetang @ I.K.E.A, Mutiara Damansara

Assalamualaikum....
Sejuknya hari nie...cuaca mendung...ditambah lak kat dalam office nie aircond sejuk yang amat. Dapat tidur nih syurganya rasa...[syurga dunia aje laa..]
Selasa lalu, 04 September 2012, balik dari kerja en.suami ajak jalan-jalan kat Ikea... I like..i like..i like..!!
Sehari sebelum tu kitorang ada terima katalog baru Ikea untuk tahun 2013 terus ke post box kami. Uiiiii..bestnyer sebab dah lama tunggu katalog Ikea. Nak ambik kat sane macam tak best la plak.. terasa cam mencuri sebab tak silap saya katalog kat sana hanya untuk pinjaman sahaja. Dah habis membeli, masa nak belah kena pulangkan balik. :-p

Kalau katalog baru barang lak confirm la banyak yang baru dengan design yang baru. Haa sebab tu la en.suami beria ajak saya ke sana... :-) Ushaaa line katanya....Terima kasih encik! Encik terbaieekkkk laa.. :-p [bodek kuat..ngeh..ngeh...ngeh..]

Katalog yang dah khatam banyaak kali..ngeh..ngeh..ngeh..

Nak tengok katalog versi online...leh klik sini.. http://www.ikea.com/my

IKEA entrance...

Memandangkan en.suami kata kami pergi ni cuma nak usha line dulu...so, langkah kami melalui Ikea showroom tu laju-laju aje...memandangkan masa pun dah maghrib.. Teruja jugak la tengok banyak dah bende baru untuk tahun 2013 nanti yang dipamerkan. Geram..geram..je rasa...huhuuh... Semua cantik dan menarik, memang deboomm...
Sampai part-part kegemaran...memang langkah saya lambat-lambat sikit :-) En.suami faham...:-) Sedang kata nak usha line aje... takde maknanya saya tak ambik ape-ape... Ade la dua, tiga barang saya ambik dan masuk troli...huahuahuahahah... En.suami senyum aje... tanda faham lagi.. hihi
Dah abis meround showroom, berenti solat maghrib jap kat surau IKEA. Ramai orang time-time maghrib tu, Alhamdulillah...Walaupun datang untuk membeli/cuci mata, tanggungjawab kepada Yang Maha Esa itu tidak dilupa... Saya tunggu turn dengan sabar... Nanak behave aje duduk tepi.. muka segan-segan kene auucakk ngan aunty sebelah... :-)
Dah siap solat en.suami kata dinner kat restoran Ikea aje laa... Keluar kang, lambat lak nak mencari tempat makan..


Queue tunggu turn order makan..

So, menu kami adalah..
Swedish meatball (20ketul) -RM17.00

Kecil-kecil comel aje meatball dia... cukup la nak ngap 1 ketul semulut.. tapi kalau hadap sorang memang menyandar la... kenyang sangat-sangat la kot!! Sebab t beli 1 aje..

Vegetarian Pasta with tomato sauce (1 pinggan) -RM5.00
Vegetarian Pasti ni ok laa... tapi kami suami isteri masukkan semua ni, ke dalam lebihan kuah meatball yang super delicious tuh... lagi best! Dari makan seadanya seperti gambar di atas.. terasa biasa-biasa sahaja..

Cake (1 biji) -RM3.50


Kek ni dibeli untuk nanak...pepandai dia aje pergi ambik.. dan letak dalam tray..pandai kan.. Pastuh tak nak kongsi ngan mama ngan papa... Makan sorang je sampai abis.. sedap aje gayanya sebab cup kertas pun digegetnya nak mam..
Mineral Water (1 botol) -RM1.00
See...makan kek sorang-sorang..

Beli satu hidangan setiap satu dan kami kongsi bertiga. Nanak kecil tu makan banyak mana la sangat kan... So, mama dan papa la menghabiskan makanan  berdua sahaja...kecuali kek, Alhamdulillah. kenyang dan sedap..... :-) -Azam saya untuk kurus...?? Tetap membara..!! Makan kene berpada-pada...

Pastuh sambung round-round kat Ikea level bawah... isi sikit lagi troli kasi membukit sikit... dan lepastu kami beredar dari situ. Eusoff sangat seronok jalan-jalan kat sini sebab bedroom kanak-kanak sangat comel diorang decorate.. Banyak lak mainan-mainan dalam bilik tu.. Memang akan menarik minat kanak-kanak kecil. Syabas dan tahniah la untuk IKEA team!

Gambar-gambar berikut saya tepek untuk kenang-kenangan... :-)





 


Eusoff tukar pampers..

Oleh papa..

Beratur beli ais cream untuk nanak..

Yeaayyy..caye dapat ais cream..

Daa...

05 September 2012

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah]

Assalamualaikum...

Ahad lepas 02 September 2012, saya dan en.suami ada buat majlis makan-makan sikit bersempena dengan Syawal 1433 Hijrah. Ingat nak ajak rakan-rakan blogger..tapi, memandangkan ini hanya majlis kecil-kecilan sahaja.. segan la plak nak menjemput. Insya Allah..ada rezeki lebih tahun depan lak ke.. kan..? :-)

Alhamdulillah, majlis separuh hari berlangsung dengan success... Amboi..nak success bagai..hihih..

Rezeki yang ada eloklah dikongsi pada semua. Jadi cara terbaik perkongsian adalah buat makan-makan, jemput rakan taulan dan saudara mara. Dapat juga mengeratkan silaturrahim dan mendekatkan mana-mana yang dah rasa jauh tu.... Masa ni juga dapat la bertentang mata dengan jiran tetangga yang kadang-kadang seminggu sekali bersua muka. Mana-mana yang tak pernah berkesempatan datang ke rumah tu...masa ni boleh la datang berkunjung tanpa segan silu... Semua boleh di majlis sebegini. Alhamdulillah...

Tak banyak gambar pun yang sempat diambil, memandangkan tuan rumah sebok melayan tetamu kan... Dapat la sekeping dua untuk diabadikan di blog kesayangan ni... Cukup memadai dari tiada langsung kan... Muka tuan rumah pun takde... huhu..sedih..

Sebahagian je menu.. menu belah sana tak sempat ambil gambar

Menu yang tersedia, Nasi minyak, Laksa utara dan roti jala sahaja.. Semua main order aje... Nak masak, maklum sahaja la... budak-budak baru belajar.... :-)

Sila la menjamu selera..

Eusoff sebok mintak minum air tetamu..

En.suami tekun dekar Andak bercerita, Eusoff entertain Kak Nor..

Faris anak Noor Fatanah (kawan zaman hingusan)


Andak sekeluarga

Nanak dan aunty ziela & Zaihan..

Tu je la beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Waktu ambil nie pun dah penghujung majlis...orang dah tak ramai sangat.. Nak ngambil gambar awal-awal majlis memang tak sempat arr... tefon ke mana, tuan tefon ke mana.. hehe.. Sebok entertain tetamu la katakan.. Haaa...nak sambung lagi satu bende yang saya tak tahu kemana pergi sepanjang majlis... Nanak saya pun saya dah tak tahu kemana...hahahahha....

Tapi Alhamdulillah... majlis berlangsung meriah.. Dan kebanyakkan jemputan ramai yang datang..yang tak datang tu mungkin dapat banyak jemputan dalam satu masa.. so kene la pilih-pilih undangan.. Dan ada juga, tak datang sebab masa yang sama rumah mereka pun buat majlis makan-makan juge..... Ada gak yang balik kampung sebab minggu tu kan cutinya panjang sekali dengan cuti Merdeka 31 Ogos... dan..dan..dan..

Alhamdulillah lagi... saya dan en.suami berkesemptan menjamu rakan-rakan dan saudara mara sempena Syawal ini.. Majlis makan-makan seperti ini bukanlah sesuatu benda yang wajib dilakukan namun, jika berkemampuan tidak ada salahnya....

Jangan pula majlis makan-makan seperti ini dibuat untuk dijadikan kebanggaan [Nauzubillah, Jauhkanlah aku dari sifat bangga dan bermegah-megah ya Allah].. Kalau dah ada niat macam tuh...dah dapat dose! Fikir-fikirkan lahhh... :-)






04 September 2012

Jalan-jalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah..

Assalamualaikum...
Salam syawal 1433 Hijrah..

Boringkan.....hihih... tak nak bagi blog kesayangan sepi.., jom saya story pasal cerita percutian saya sekeluarga untuk tahun 2012 ini..

Saya godek-godek folder gambar kami sekeluarga, dan jumpa la gambar percutian kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ok, sayang jika tidak dicoretkan di sini.. sebagai kenangan indah untuk tahun 2012. Bayangkan lagi 3-4 tahun.. nanak dah pandai membaca, bolehlah nanak baca blog mama dia kan...dan dia boleh la tahu dah baaaanyak tempat yang dia dah pergi masa kecil.. :-)

Sebenarnya terjadinya percutian ke Melaka, apabila kami suami isteri, dan nanak serta keluarga belah en.suami merancang untuk melawat baby baru Abang Ngah Yol di Melaka. Itu perancangan asalnya! Untuk rekod entry ini, percutian ini bertarikh 06 Februari 2012.

Bila dah beredar dari rumah Abang Ngah & Kak Ngah, kami  sebulat suara telah bersetuju untuk jalan-jalan di Bandaraya Melaka, menikmati  panorama yang indah itu. Saya suka akan bangunan-bangunan bersejarah di Melaka. Duduk lama kat sini pun takpe.... :-) Bandaraya Melaka sangat cantik dan bersih... En.suami lagi la double sukanya..sebab beliau amat-amat la sukakan sejarah. Ibaratnya pergi ke Melaka, seperti mengulangkaji balik tentang Sejarah Kesultanan Melaka gitu..... hihi

Saya tepek gambar untuk kenangan;

Saya, nanak, k.ngah, aisyah dan haziq..

Berkenan kat payung kecil nie...

Papa dan nanak di Menara Tamin Sari




Di Muzium Setem Melaka.


Di hadapan Kota A'Farmosa








Itu sahaja.... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015