30 May 2012

Pemenang 1st GA- 1 Bulan di Dunia Blogger adalah....

Salam....

Berakhir sudah Giveaway pertama saya - 1 bulan di dunia blogger. Percubaan pertama dan..
yeeeaaayyyyyy!!!!!!!! saya mendapat 4 penyertaan dari sahabat-sahabat maya saya, dan seorang sahabat separuh maya/separuh real..Cik Bib..heheh.. Terima kasih yer korang-korang... Walaupun tempat hadiah kekurang 2, takpe laaa.... Saya anggap itu lumrah dalam penganjuran GA... Tak semua orang berminat nak sertainya kan...? Hihih.

Sebagai kesimpulan, olahan entry yang diberikan oleh peserta-peserta sangat memuaskan hati saya dan en.suami, apa yang dimaksudkan di dalam entri-entri tersebut sememangnya berkaitan dengan tajuk GA ini iaitu, 1 Bulan di Dunia Blogger.

So, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta-peserta GA saya sekalian...
Setelah diteliti, dikaji, dianalisa, diperiksa, dan dibuat semakan berkali-kali bersama-sama en.suami dan ditambah sedikit gangguan dari nanak yang comel itu.... Kata sepakat telah dibuat untuk menabalkan bahawa........ jeng..jeng...jeng.........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Semua peserta GA saya adalah pemenang!!!!!! Tiada pengalah.... En.suami mengesyorkan tak yah la meletakkan nombor kepada mereka-mereka berempat atau dalam erti kata lain takyah membeza-bezakan tahap kebest-an entry mereka-mereka itu......sebab setiap entry itu mempunyai nilai yang tersendiri, ikhlas dari hati dan sanubari..... Terima kasih ye kamu-kamu semua... Saya amat menghargainya!!

Jadi, hadiah berikut ikhlas dari saya untuk kamu-kamu semua; memang berniat untuk beli hadiah nie kat Universal Studio Singapore.. Memandangkan penyertaan hanya 4 orang, so hanya 4 orang je la yang dapat....:-p  Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini......



Kepada: 


Silalah pm detail-detail kamu, Nama penuh/Alamat surat menyurat yang lengkap/no phone (Jika tidak keberatan) ke dianaeusoff@gmail.com untuk memudahkan saya mengepos hadiah tersebut. Saya tunggu....

Tengah gigih menulis entry berkaitan lawatan saya ke Universal Studio Singapore!... tunggu yeee... Sekadar untuk berkongsi cerita, pahit manis pengalaman saya ke sana....

Babai...

25 May 2012

Apabilaazambercerita 1st Giveaway - 1 Bulan di Dunia Blogger


* Ini sticky post entry.... Akan melekat sehingga 25 Mei 2012
Untuk entry yang baru sila scroll ke bawah...Terima kasih..!


Salam...

Alhamdulillah…. Genap sebulan saya berkecimpung di dalam dunia blogger..... Setiap hari “Azam” saya bercerita…. Tentang apa yang dimakan diminum, dibuat….:-) Ia umpama Diari kehidupan saya…. 

Alhamdulillah juga kerana ke”Azam”an saya semakin menebal dalam diri saya dari sehari ke sehari…. Selama sebulan saya mengawal pengambilan makanan... Syukur pada Allah, saya sudah merasai perkembangan-perkembangan positif dalam diri saya.. :-)

Sempena dengan kegembiraan ini, saya berbesar hati untuk melancarkan satu giveaway:



Dengan rasminya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan..

Tarikh mula : 11 Mei 2012  Tarikh tutup : 25 Mei 2012
Keputusan akan diumumkan pada 31 Mei 2012


Syarat-syarat WAJIB penyertaan:




 1.    Menjadi follower  blog ini.
2.    Dalam setiap entry yang dibuat mestilah:
     2.1     Banner giveaway dicopy di entry masing-masing dan di link balik ke entry ini.
     2.2     Buatkan satu entry kreatif yang simple berkenaan tajuk giveaway :
             “Apabilaazambercerita 1st Giveway-1 bulan di Dunia Blogger” 
             -Satu perenggan pun dah memadai... Kalau lebih, pun takpe..
3.    Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blog yang lain dan harap-harap biarlah mereka-mereka itu tahu..:-)
4.  Tinggalkan komen penyertaan anda di entry ini ok, beserta link ke entry itu...senang untuk saya dan en.suami buat lawatan balas nanti.....  :-)


 


Pengadilan penyertaan: 
      

1.    Saya dan en.suami yang akan mengadili penyertaan (Bolee kan..?)
2.    Entry yang paling kreatif dan menarik perhatian saya dan en.suami akan diangkat sebagai   pemenang…hoyeyyyy!!
3.    Setiap keputusan adalah muktamad…


Hadiah-hadiah menunggu kepada:



1.    Pemenang Pertama
2.    Pemenang Kedua
3.    Pemenang Ketiga
4.    Tiga (3) pemenang saguhati

Ingin tahu hadiah apa hadiah itu...nanti saya update kedian ye... Insya Allah sesuatu best dan ramai yang suka....Termasuklah saya... :-)



Tq...

23 May 2012

Lagi 2 hari...

Salam...

Lagi dua hari bermakna berakhirlah 1st GA saya.. Pada yang belum joint..kalau rasa nak joint sempat lagi nie...huhuhu Setakat ini penyertaan hanya 4 orang... Terima kasih kepada mereka-mereka ini kerana menyokong GA anjuran saya... At least, ada penyertaan daripada tak ada langsung. :-)

Mereka-mereka itu adalah :
Jom...!! Ada lagi kekosongan 2 tempat hadiah.... mana tahu kan....hadiah tersebut milik anda..? **huhu..promote! Gegege..

21 May 2012

FM Magnetic gang sudah sampai...

Salam...

Pepagi lagi saya dapat call dari kawan reception, satu envelope pos laju untuk saya ada sampai....:-)... Seronok nyer, bende yang saya tunggu-tunggu dah sampai... Secara officialnyer saya sudah menjadi ahli Fridge Magnetic Malaysia.... I Love FM!

Ini lah dier....


Ini lah FM Gang...
Business card Mymagnetic berbentuk FM


Kalau ade sape-sape berminat jugak untuk menjadi geng.., bolehla joint kat sini atau kat sini. Ada sikit bayaran untuk dapatkan FM gang tu.. Murah je RM13 je pun termasuk kos pengeposan..

Saya sudah dapatkan....kamu-kamu bile lagi? :-)

17 May 2012

Nanak mama sudah besar.....

Salam..

Perkara-perkara yang membuatkan saya rasa nanak saya, yang berumur 1 tahun 7 bulan itu sudah besar...

Mama : Nanak mama sayang mama/papa tak?
Nanak : Senyum sambil ngangguk..time mood ok..

Mama : Nanak mama kiss mama/papa..please...
Terus kiss....dan.... "mmuuuahhh"...setepek air liur....hehehe

Mama : Nanak mama salam mama/papa.
Terus salam...(jika mood baik..)

Mama : Nanak mama nak susu tak..
Nanak : Senyum "Nak..."

Lepas papa siapkan susu.... terus jalan masuk bilik, tunggu ngan sabar, papa angkat masuk buai... Dah abis minum susu... "Nah" hulur botol suruh simpan.. & turun buai balik...
(Begitu la kebiasaannya cara minum susu pada waktu malam sahaja) melainkan ngantuk terus aje laa tido disitu...

Kalau nanak rasa nak makan/minum (Sebelum mama/papa offer).... pergi kat pintu dapur sambil tangan tunjuk kat daput "Nak...nak..."

Kalau mama tengah siap-siap masak kat dapur perati jee.... kang nanti dah siap masak time nak menghidang atas meja makan..nanak la orang pertama panjat kerusi.... dan "Nak...nak.."

Kalau atuk call dan nak cakap ngan nanak,
Mama  : Nanak mama, atuk nak cakap nie.. Loud speaker kan phone
Nanak  : "Anak..!!" Sambil geleng-geleng kepala.. (Taknak... maksudnya)
Tergelak besar atuk dengar cucu dah boleh cakap...

Mama  : Nanak mama, mama nak solat, nanak nak solat tak?
Sambil senyum... jap nanti dengan pergerakan angkat takbir "Awwahuabbar" tangan peluk dada, dan terus meniarap...huahuahuahuahuahua (Dalam sebutan elok kita orang dewasa (Allahu Akhbar)-bermaksud Allah Maha Besar

Kalau tengok zikir dalam tv Oasis... terus keluar mulut dier "Awwahuabbar". Dier ingat itu adalah solat...

Mama  : Nanak mama, tolong mama simpan mainan kat dalam bilik mainan..
Ambil mainan pastuh campak aje kat dalam bilik..ok laaa... Sekurang-kurangnya menolong.. pastu kata "Dahhh.."

Mama : Nanak mama, tolong mama buang sampah kat tong sampah kat dapur
Ambil sampah berkenaan dan terus meluru ke dapur, tapi kat pintu dapur je..dan terus campak!! "Dahh.."

Kalau nanak nak main kat mana-mana tempat dalam rumah yang memang tak boleh dier nak main sebenarnya, jerit aje...."CICAK!!" Nanak akan lari dengan lajunya dari tempat itu gaye pelari pecut handalan tapi dengan muke ketakutan....kahkahakahakkaha..

Mama : Nanak mama, ambilkan mama remote
Nanak : Ambil remote, dan hulur remote "Nahh.."

Mama : Nanak mama, nak tengok Hi-5 tak..?
Ngangguk dan berlari-lari amik remote dan naik sofa duduk sambil menunggu mama on tv citer kegemaran Hi-5.

Part menari-nari.... turun sofa, tiru gaya tarian Hi-5... Lagi best bile mama ngan papa joint de club..memang bergegar la rumah jiran bawah...huahuahu.. :-p

Mama : Nanak mama, nak mandi tak..?

Nanak : Senyum sambil mengangguk "Tak...tak.." sambil tarik-tarik baju. (Bukak maknanya)
Kalau papa tengah mandi, sebok dier pergi ketuk pintu bilik mandi dan jerit "Tak....tak..!!!!" Biasanya nanak suka mandi ngan papa dier...heheh

Kalau dah siap mandi, saya tanya..mana baju nanak, terus pergi kat drawer baju dier.. dan ambil aje mana-mane baju yang dier nak..kekadang 2-3 pasang..bawak keluar bagi mama... Adushhh....bersepah lagi... :-)


En.suami siap-siap pakai baju, pergi pintu nak bukak pintu "Uwwaaaaaaaaaaaaa!!!" (Nak mengikut maknanya)

Kalau memang nak keluar pun... dah siap-siapkan nanak:
Mama  : Mana shoes nanak?
Terus pergi kat kotak kasut....bukak dan ambik kasut... "Nah.." suruh mama pakaikan.

Kalau kat dalam kereta, dah sampai kat tempat yang dituju:
Mama : Mana shoe nanak?
Terus sebok carik-carik shoe bawah sit..kegelisahan takut mama/papa tinggal... dah jumpa, "Nah.." suruh mama pakaikan.

Lalu kat Petronas, terus tunjuk "Nak...." Suka pergi Pump station Petronas! Kalau dapat masuk beli-beli lagi seronok dan gumbira, jelas nampak kat riak muke..! Tahu nak beli apa? Bola/belon yang ada batang boleh pegang tuh... Setakat nie kat rumah dah ade 7 bijik bola dan 3 bijik belon... Pantang nanak mintak..en.suami ikutkan aje... Kalau saya jeling....slow-slow beliau letak... (mujur faham kan encik) kekekkek..
(Petronas aje yang dia minat... Esso, shell Bhp dll...tak dilayan....:-)

Paling nanak suka lagi lalu kat tol... Kalau dah tidur pun, boleh tersedar bile lalu kat tol... Sambil hulur tangan (gaye nak bayar duit) "Nahh... " Pastu "babai.." sambil mengipas-ngipas tangan kat juru tol.. & sambung tido!! Hahahhaa.... lawak kan..
Saya selalu cakap kat nanak, kalau nak jadi engineer yang buat highway+tol..dipersilakan.. tapi kalau bercita-cita nak jadi penjaga tol, sila lupakan!! Mama tak izinkan..ngeh...ngeh...ngeh.... 

Jalan-jalan lagi...kalau ternampak taman mainan tak kisah la...yang baru, (warna-warni riang ria) atau lame (Gaye warna pun dah pudar...) mesti nanak "Nak..nak..nak..!!!!" Sambil tunjuk-tunjuk... Kalo tengok muka time tuh...sangat la mengharap papa/mama berenti jap kasi dier main kat taman mainan tersebut...

Jalan-jalan nampak kucing, terus panggil "taaat" (Cat) atau dalam bahasa sendirian berhad dier "Baba'uh" mungkin bermaksud kucing kot.... kikikik...macam-macam nanak saya nie..

Mama  : Nanak ada cat kat sane tuhh..!!
Nanak  : "Aner??" sambil mencarik-carik (Soalan tuh....dalam erti kata kita nie, mane?)

Setiap hari, lepas ambik mama kat office... Masuk aje mama dalam kereta terus "Tak...tak..." sambil tarik baju mama...hahahhaha...faham-faham sendiri je la bukak ape..ngeh..ngeh..ngeh.. :-)

Perkataan-perkataan glamor nanak setakat ini:

- Tak -Bukak
- Aner - Mana?
- Taat/Baba'uh - Cat
- Nah - Ambil nih..
- Dah - Sudah
- Anak - Taknak
- Nak - Nak/Mahu

1 tahun 7 bulan lalu...
1 tahun 7 bulan kini... (oppss..cekci sket..)

Alhamdulillah...sudah besar dan pandai anak saya..Terlalu banyak perkembangan setakat ini...Kalau digali-gali, banyak lagi yang boleh dikenalpasti!

Ya Allah.... semoga anak kecil ini membesar dengan penuh rahmat dah berkat-Mu... Amin....


15 May 2012

Tentang hari yang sebok itu @ Imigresen Wangsa Maju..

12 May 2012 ari tuu... (Sabtu), hari yang sebok + letih sangat....sebabnya..hari tu, kitorang pergi Imigresen Wangsa Maju nak buat pasport nanak... Memang dah plan nak keluar awal pagi, sebab bimbang la ramai orang kan... Dalam pukul 7.00am kitorang keluar.. (dah rasa awal sangat dah tuu..) Alhamdulillah jalan tak jam pun....mungkin sebab hari Sabtu kan...orang ramai tak bekerja, dan masa nie la masing-masing nak bermalas-malasan di rumah, menghabiskan masa dengan keluarga... Lancarrr je perjalanan ke Imigresen Wangsa Maju... Hati pun rasa gembira... sebab mesti kitorang dapat nombor awal sebab dah keluar awal...kan..? lalalalla...

Sampai je kat sane.... mak ooiiii...astaga mak enon.....!!!! Ramai orang dah berbaris panjang menunggu nombor giliran!! Padahal masa tuh baru 7.30am! Ramai sangat-sangat lee..... Panjang sampai kedai mamak hujung dah pun (Anggaran selang 8 buah kedai lain kot)... Mase tuh dah rasa... sempat tak nak buat nanak punye pasport ari nie... Gaye barisan yang panjang ni..cam tak sempat aje... mula laa..hati rase tak keruan sebab malas dah nak datang lagi esok ari kalau la ari nie tak sempat... Kalau tahu cam nie... siap solat subuh tadi, terus aje kitorang datang...kekekek (Semangat sangat la kan...??) Nak wat camne...memang dah sampai... so beratur je laaa... tunggu giliran.... slow...lak geraknye..cam ulat bulu gayenye..

En.suami pergi carik parking dulu...dan saya, dengan mendukung nanak yang berat 11kg tu....beratur je laaa..menunggu giliran... Penat mendukung, saya kasi dier jalan sendiri lak.. Mujur dia ok aje...peluk kaki saya aje memanjang...mungkin dia takut sebab terrrlalu ramai orang yang dia tak kenal..

Tetiba, ada sorang akak India nie, die business kedai gambar kat tepi-tepi imigresen tuu... Dia tanya, anak nie umur berapa? Saya jawab la 1 tahun 7 bulan... Dia bagitahu untuk baby umur dua tahun dan ke bawah tak perlu beratur panjang-panjang, boleh terus ke kaunter 2 iaitu kaunter baby, OKU dan warga tua untuk dapatkan nombor giliran.... Wahhhh!! Ini sudah bagus...tak perlu la saya beratur panjang-panjang macam nie... 

(Buat pengetahuan kamu-kamu semua, kalau nak wat pasport kat sini, kalau kamu-kamu tergolong dalam 3 kategori itu, pergi aje ke kaunter 2 (kaunter express) jangan berbaris panjang-panjang kat luar tu,membazir masa dan tenaga aje... dan lagi satu tak yah la susah-susah nak gi amik gambar sehari sebelum kamu nak wat pasport... Datang je..tanpa gambar, kang nanti raaaammmaiii yang akan tanye... "Dah ada gambar belum??" "Nak buat gambar pasport ke kak?" "Kat sini boleh amik gambar pasport, package kitorang boleh guide isi borang untuk apply pasport, nak buat tak??"... )


Beratur la saya di kaunter ke 2, kosong tau kaunter tuu... hoyeww..hoyewww....
Pegawai imigresen tu check la form saya complete ke tidak... Tetiba beliau tanya..."mana surat beranak anak awak?" Saya jawab laa...."kan Mykid dah ade... tak perlu la kan surat beranak lagi...?" Beliau jawab lagi..."Tak boleh! Kalau tak ade surat beranak anak, original dan salinan, urusan permohonan tidak boleh diteruskan puan!!" Uwaaa...saya rasa cam nak menangis ajeee.... penat-penat saya beratur panjang..... dapat kaunter express... saya maha gembira dah... tetiba timbul lagi masalah baru....nak kena attaced surat beranak nanak pulak!!!! Adooiilaa.....

En.suami kate die balik je la rumah ambik surat beranak nanak... En.suami pun dah malas nak datang balik esok nak buat benda nie... Saya setujukan aje.... Maka balik la beliau dengan mendrive 140km/jam (menurut kata beliau lahh) :-p

Saya ingat nak buat muka kesian kat en.imigresen tuu..nak mintak nombor giliran dulu...bimbang kot nombor giliran habis, kalau dah habis, sia-sia aje usaha en.suami berkejaran balik Batu Caves.... Siap pesan kat nanak, buat la perangai..ikut la nak nangis ke...nak mengamuk kee...janji en.imigresen kesian dan bagi la nombor giliran kat kite.....heheh (Sampai macam tuh sekali ko..)

Usaha saya berbaloi...en.imigresen kesian kat saye.... Saya cakap leklok gaya yang sangat berhemah...dan nanak lak kebetulan baru lepas menguap...mata berair, gaya baru lepas nangis.... hoyeyyyy saya dapat nombor giliran walaupun borang permohonan belum lengkap... Terima kasih encik....jasamu ku kenang.... :-)

No. giliran bertuah 2060..
En.suami sampai, kitorang menunggu nombor giliran dipanggil je laa... Ramai jugak laa yang terpaksa balik dulu datang len kali sebab nombor giliran sudah habisss.... Sia-sia aje kan beratur dari pagi...dah penat-penat kene datang balik lain hari.... Mujur saya buat treat macam tuh tadi, kalo tak mesti saya pun macam mereka-mereka itu agaknya..... Alahai..sangat mengecewakan......



Urusan nak buat tak la lama sangat...

1- Penyerahan documen permohonan (tak sampai 10 minit)
2- Pembayaran (tak sampai 5 minit)
3- Penyerahan pasport (tak sampai 10 minit)

Tapi, sebab ramai orang, nak tunggu giliran tu la yang jadi lama sangat.....

Nanak lak dah tengah hari nie, buat perangai...mungkin sebab dah boring....ngantuk.... rimas ramai orang dan sebagainya lagi.... Pujuk-pujuk kan aje laa..sebab nak tak nak..kene settle benda nie hari ini jugak...

Nanak ngan aunty Azie yg buat pasport jugak..
Saya bergilir-gilir la dukung nanak ngan en.suami.... Last-last krooohh dah pun..hikhikhik..lega saya...


Dalam kol 1.30pm cam tuh...siap jugak passport nanak nie... Siyes penat menunggu..dari pagi..sampai tengah hari.. hohoho..mujur anak sorang... kalao ramai agaknye...jenuh la nak menuggu sambil nak melayan anak-anak yang macam-macam keranah tuuu... Adeehhh..tak sanggup rasanya saya....


Dah siap tu...perut dah rase berkeroncong sangat....Singgah kedai mamat hujung bangunan mengisi perut dulu...sebelum ke destinasi seterusnya!


Nota "Azam" Saya : Alhamdulillah..siap jugak akhirnya... Nanak dah boleh jalan jauh sikit dah dengan mama dan papa..... :-)

14 May 2012

“SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN”

Salam..

Blogwalking....blogwalking...blogwalking... akhirnya saya terjumpa satu segmen nie...yang dinamakan "Segmen Blogwalking & Follower Diari Farisha Bulan Jun" Elok jugak saya joint kan..., sebab saya pun sedang ingin menambah kenalan... Sama-sama la kita menjalinkan ukhuwwah sesama kita.. Alhamdulillah...

Nak joint macam saya, klik gambar ok :-)

Antara syarat-syarat penyertaan :
1- Wajib mempunyai blog - Saya ada!
2- Wajib menjadi follower blog Farisha - Saya sudah!
3- WAJIB buat entry di blog anda dengan tajuk “SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN” dan backlink blog anda di ruangan komen kat bawah. - Dah buat...nanti saya comment ye... :-)
4- Gambar dah copy.... Tengok kat atas!


Nota Untuk Farisha : Sila la blogwalking di blog saya menjadi follower juga...Senang-senang joint la GA saya ye.... :-)


13 May 2012

Selamat Hari Ibu...

Selamat hari ibu untuk emak saya…
Saya dah telefon beliau, dan dah ucapkan ucapan yang paling syahdu itu
Selamat Hari ibu, emak.. Semoga Allah panjangkan usia emak… Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan emak dalam membesarkan adik selama ini
Terasa ada air hangat mengalir di pipi.. Ya…. Terlalu tersentuh apabila melontarkan ucapan yang maha syahdu sebegitu kepada emak saya yang saya tinggalkan beratus-ratus kilometer di kampung….
Terima Kasih adik…” Balasan ringkas dari emak
Dan sepi…… (Saya tahu, emak pun merasai kesedihan itu.. dan mungkin juga ada air mata kesedihan yang bergenang di kelopak mata beliau..)
Jika saya berada di hadapan emak pada saat dan ketika itu…sudah tentu saya peluk erat-erat tubuhnya... Terlalu berjasa beliau dalam membesarkan saya dan anak-anaknya yang lain.. Terima kasih emak…. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa emak… 



Untuk arwah emak mertua…
Al-Fatihah untuk arwah…


Hanya dua tahun lebih saya sempat menjadi menantu untuk arwah… Tahun 2009, 2010. Dalam sambutan hari ibu pada dua tahun itu sempat saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” untuk arwah… Tak terkata gembiranya arwah kerana menerima ucapan dari menantu dan satu-satunya “anak perempuan” yang arwah ada.
Janji Allah itu pasti! Arwah emak dijemput oleh-Nya pada Januari 2011.. Selepas 4 bulan bergelar seorang “Wan”…kepada nanak saya…cucu yang memang sangat ditunggu-tunggu oleh arwah….dan pada tahun itu dan juga tahun ini, hanya doa sebagai ganti ucapan hari ibu….
Ya Allah.., kau rahmatilah roh arwah emak…. Semoga tenang di alam sana. Terima kasih kerana melahirkan anak yang amat baik itu, (en.suami)… Kerana didikan emak yang terbaiklah melahirkan anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya kini.. Alhamdulillah…


 ***********************************************************************

Untuk diri saya..

Selamat hari ibu Diana..

Semoga Allah memberi saya kesabaran, kekuatan dalam membesar cinta hati saya dan en.suami, EUSOFF.. Insya Allah....


10 May 2012

Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara

Klik untuk penyertaan...Make sure sebelum 10 Jun 2012 :-)

Hadiah pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM

Hadiah kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM

Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang


07 May 2012

Doa pelembut hati dan pendinding diri..

Berguna jugak untuk nanak saya...

Baca Surah Ta-Ha Ayat 1 hingga 5
Hembuskan pada umbun kepala anak semasa tidur atau pada hidungnya semasa dia menarik nafas
    Photo kredit to Google
    Semoga nanak lembut hatinya...
    Amin..

Reunion 2012 @ Mid Valley

Salam,

Semalam (06 Mei 2012), group saya dan en.suami, zaman belajar universiti dolu-dolu ade buat reunion kecil-kecilan kat Mid Vally atau lebih tepat lagi "Reunion Mengejut".... Dah lama tak jumpa, bila dah berkumpul nie, boleh la bertanya khabar masing-masing sambil menikmati lunch...Best leh jumpa balik kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa... Macam-macam nostalgia lama diceritakan balik... wahh..sungguh memori.... Gelak besar kitorang bile mengingatkan kisan lampau yang memang tak matang lagi mase tuh... Ye laa...zaman student-student kan....

Sampai kat Mid Valley dalam kol 12.45pm... Fuhh..ramai nyer orang...risau lak saya memangdangkan nanak nie kalau dapat keluar die tak nak dipegang... Lagi selesa agaknya boleh berjalan sendiri... So, kitorang bagi la kesempatan dulu untuk dia mengexplore tempat yang baru pertama kali dijejak dalam hidup dia ini... Nampak sangat teruja...berlari ke sana, ke sini... Lagaknya macam "kawasan ini ana yang punya...!! hahahhaha"  Sangat penat nak mengejar nanak yang memang kalau berlari, berdessssuuup peginya.... Berpeluh gak saya dan en.suami nak mengejar... Takpe la nanak oiii... boleh mama membakar kalori.. :-p

 

Kitorang semua siap berkumpul semua dalam kol 01 lebih... (Selepas tersesat-sesat mencari tempat yang nak berkumpul) Dah jumpa semua...terus bergerak ke Food Court untuk mengisi perut yang dah berkeroncong, lalalalala... 

Sambil makan sambil borak-borak.... Nanak lak nampak macam segan silu gitu ngan uncle2 dan auntie2... Biasa laa...baru jumpa, kalau dah mesra nanti dengan mama dia pun dah tak nak... melekat je ngan orang yang melayan dia....



Dah siap mengisi perut, masing-masing mengatur haluan masing-masing buat sementara waktu, solat zohor dulu.....! Time-time sebok nak cepat-cepat nie, nanak lak uuukk..jenuh mencari tempat tukar lampin baby... Ye laaa... Mid Valley kan besar..., ramai orang lak tuh... Kene tunggu giliran lak..sebab amat  mengecewakan, tempat tukar lampin baby ada satu bilik sahaja..sedangkan parents yang menunggu ramai nyeeeee...

Siap solat zohor, jalan-jalan cuci mata jap..... Jalan-jalan sambil survey mana port seterusnya untuk berehat seketika bersama kit kat...:-p Destinasi sudah dijumpai, sepakat untuk minum-minum di Coffee Bean...! Boleh duduk-duduk, minum-minum, sambil borak-borak lagi.... Belum abis lagi bercerita rupanya...ye laaa lama tak jumpa tuhh...

Minum-minum aje...memandangkan perut masing-masing masih kenyang... Saya ade beli tat telur kat Jusco...leh la makan-makan kat sini...huhu.. En.suami minum ais blended...saya? Ohh..kalau dulu, itu laaa..minuman yang mesti tidak dilepaskan kalau minum-minum kat sini...tapi hari ini saya hanya mengorder ais kosong ajeee... Alhamdulillah..tahan lak selera saya sekarang ini..... Tak de telan air liur pun.. maknenyer saya tak terliur la tuhh!




Sedang asyik borak-borak, gelak-gelak..nanak membuat onar di coffee Bean, sebab saya bagi minum ais blended ape perisa ntah....ter uwweeekkk la di situ! Adooiillaaa..... nanak-nanak...mungkin ais blended itu tidak sesuai untuk tekak nanak...maafkan mama yeee... Berkejar la kami suami isteri  mencari tempat salin baby ..... Jauh nyer....berlari lagi kami.... Terbakar lagi kalori!!...hahaha Saya suka..saya suka... Kepada kawan-kawan.... jangan la kamu-kamu berhasrat untuk extend kalo dah ade rase nak kawen ye... jangan lee takut, adat lee..kalo dah ade anak cam nie... Alah bisa, tegal biasa...Onar cam nie akan ada di mana-mana...gegege :-p

Kalau muka mcm nie tanda ngantuk...

:-) Comel... muke feeling  ngantuk..

Garu-garu kepala yang tak gatal agaknye....:-p

Pandang kiri...

Pandang kanan...

Menguap dahhh pun...

Mata dah layu..

Dah muntah... nampak gaye macam dah penat sangat...akhirnya terlena di pangkuan mama.....ngantuk sangat dah gayenye... cian dia....

Majlis berakhir dalam kol 6.00pm... Seronok sekali-sekala dapat berkumpul bersua muka.. Kalau semua dapat datang lagi best.... Next reunion...jom buat kat Kelantan.. menghadiri majlis pernikahan achik!...katanya lagi 2 tahun...lambatnyer lagi la next reunion kita nampaknye....heheh... terima kasih kepada penganjur... Len kali anjur lagi...

Daaa....


04 May 2012

Ya Allah...jadikan aku seorang yang sabar... Amin..

Ya Allah..
Padamu ku memohon, tanamkanlah sifat sabar ke dalam diriku...
Dalam segala perkara yang ku lakukan...

Kredit to : www.darussyifa.org

Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015