Assalamualaikum..
Harini abang dan papa sampai rumah sedikit lewat.. menyinggah tapau makanan katanya.. abang nak pizza giant. Naikkan abang kat rumah, papa terus berkejar ke tempat kerja balik.. ada kerja urgent perlu diselesaikan malam ini juga.
Mama kena handle anak-anak sendiri la malam ni.. 😊
Papa takde biasanya abang mudah diuruskan... anak manja papa la katakan..
Siap mandi
Siap pakai baju
Siap solat ikut mama
Siap baca iqra'
Siap homework
A : Mama.. saya nak main mainan dan tengok tv, please...?
M : Tak boleh.. abang boleh pilih satu sahaja, nak main mainan atau nak tengok tv. Pilih hanya 1
A : Alaaaaa...
M : Ya!
A : Mama... saya nak main mainan and Elyass nak tengok tv. Pleaseeeee.....?
M : ............. (Pandai alasan dia bagi.. nak juga dua-dua..)
A : Boleh mama? Saya main mainan and Elyass tengok tv?
M : Tak boleh.. Elyass kene ikut apa yang abang buat, kalau abang main mainan, Elyass main mainan... kalau abang tengok tv..Elyass tengok tv juga..
A : Okk.... (nada kecewa sambil buka pintu bilik mainan..-abang pilih main mainan)
Kalau papa takde.. biasanya Eusoff boleh mengikut arahan.. tapi kalau papa ada, biasanya dia akan bertegas juga nakkan apa yang dia nakkan.. dia tahu papa akan berikan apa yang dia nak..
Sekarang tengah main mainan dua beradik tu... tv memang tak dibuka. Kejap lagi dah boring main mainan mesti mintak tv pulak.. confirm..😅😅
Ok betul!
Setengah jam je dalam bilik main mainan dua beradik ni.. skrg dah mintak nak tengok tv dah pulak...😅😅
Abang oh abang... dapat juga dua-dua yee.. cuma bukan dalam masa yang sama jer.
Banyak dah "akalan" dia..
Showing posts with label Mainan Eusoff. Show all posts
Showing posts with label Mainan Eusoff. Show all posts
27 July 2016
31 January 2016
Maafkan abang adik.. abang tumpang main kejap je!
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog kecil ini. Hujung minggu yang sedikit boring untuk Eusoff dan Elyass sebab papa kena bekerja...
Mujurlah abang Eusoff ada adik, Elyass.. dan Elyass ada abang, Eusoff.. ada geng nak bermain.. ada geng untuk kejar mengejar.. ada geng nak bergaduh-gaduh rebutkan mainan.
Mainan abang tengah main juga la yang paling-paling menarik di mata Elyass.. Menarik sungguh!! Sampai tahap abang stress teramat sangat kadang-kadang tuu... tak tahu nak lari mana dah nak susun-susun mainan nak main ni!
Salah satu keadaan saat paling tenang untuk abang dapat main adalah bila adik Elyass tidur.. wahhhhhh... memang boleh sakan la bermain tanpa gangguan.. umpama donia ini ana yang punyaaaa... hohohoho
Siap boleh numpang-numpang main kat badan si adik lagi... leh lompat-lompatkan superhero atas perut adik lagi... wah..wah...wah!
Maafkan abang ye adik... abang tumpang main kejap aje..
Abang nak gunakan saat ini dengan sebaik-mungkin.. peace yo..
:)
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog kecil ini. Hujung minggu yang sedikit boring untuk Eusoff dan Elyass sebab papa kena bekerja...
Mujurlah abang Eusoff ada adik, Elyass.. dan Elyass ada abang, Eusoff.. ada geng nak bermain.. ada geng untuk kejar mengejar.. ada geng nak bergaduh-gaduh rebutkan mainan.
Mainan abang tengah main juga la yang paling-paling menarik di mata Elyass.. Menarik sungguh!! Sampai tahap abang stress teramat sangat kadang-kadang tuu... tak tahu nak lari mana dah nak susun-susun mainan nak main ni!
Salah satu keadaan saat paling tenang untuk abang dapat main adalah bila adik Elyass tidur.. wahhhhhh... memang boleh sakan la bermain tanpa gangguan.. umpama donia ini ana yang punyaaaa... hohohoho
Maafkan abang ye adik... abang tumpang main kejap aje..
Abang nak gunakan saat ini dengan sebaik-mungkin.. peace yo..
:)
20 September 2015
School bus Lego
Asslamualaikum..
Hari Raya Aidiladaha dah nak menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.. Tak sabar dah rasa kami sekeluarga nak balik kampung...
Persediaan untuk sambutan kecil-kecilan birthday abang Eusoff masih in progress. Sedang menyiapkan party pack je dah.. yang lain-lain rasa takde apa-apa dah. Ala kadar apa adanya sahaja. Insya Allah sebelum balik beraya nanti saya share cerita party pack yang ala kadar serta berbudget kecil itu.
Hujung minggu Eusoff dan Elyass yang sangat kesian.. Mama kerja, terpaksa ke office di hari weekend demi mengejar masa untuk menyiapkan kerja-kerja. Minggu depan nanti kerja sehingga Rabu sahaja.. tak terkejar untuk siapkan jika buat hari bekerja sahaja. Jadi jom lah pulun di hari weekend mana yang sempat, sambil hati menangis mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan kat rumah bersama papanya. :)
Untuk ganjaran abang Eusoff sebab baik duduk dengan papa masa mama kerja, mama dan papa belanja Lego!
"School bus"
Macam biasa lego dari Mr. DIY lagi. Banyak je mainan lain kat sana, tapi Eusoff tetap pilih Lego juga. Ok je Lego pun.. Sel-sel otak mama akan berhubung! Heheheheh.. Lego ni leceh sikit.. Namun, mama gigih juga buat untuk abang Eusoff.
Part paling mencabar sebenarnya, gangguan dari si kecil Elyass. Jadi, sebelum itu kena tidurkan sikecil ini dulu, baru boleh fokus pada Lego abang Eusoff.
"Mama, baby kacau!" -Abang Eusoff
Hasil yang dah siap, bukan abang Eusoff je teruja, mama pun sama.. yeayyy....
Puas hati rasanya boleh berikan sebuah bas sekolah yang pada asalnya,part-part lego yang sangat kecil jer!
Tak sempat nak ambik gambar abang Eusoff yang sangat teruja dengan bas sekolah ni. Muka yang excited sungguh! Siap je terus mintak nak main.. hehhe
Mama papa tumpang seronok, bila anak-anak seronok.
Maka jadilah beronok-ronok :)
Hari Raya Aidiladaha dah nak menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.. Tak sabar dah rasa kami sekeluarga nak balik kampung...
Persediaan untuk sambutan kecil-kecilan birthday abang Eusoff masih in progress. Sedang menyiapkan party pack je dah.. yang lain-lain rasa takde apa-apa dah. Ala kadar apa adanya sahaja. Insya Allah sebelum balik beraya nanti saya share cerita party pack yang ala kadar serta berbudget kecil itu.
Hujung minggu Eusoff dan Elyass yang sangat kesian.. Mama kerja, terpaksa ke office di hari weekend demi mengejar masa untuk menyiapkan kerja-kerja. Minggu depan nanti kerja sehingga Rabu sahaja.. tak terkejar untuk siapkan jika buat hari bekerja sahaja. Jadi jom lah pulun di hari weekend mana yang sempat, sambil hati menangis mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan kat rumah bersama papanya. :)
Untuk ganjaran abang Eusoff sebab baik duduk dengan papa masa mama kerja, mama dan papa belanja Lego!
"School bus"
Macam biasa lego dari Mr. DIY lagi. Banyak je mainan lain kat sana, tapi Eusoff tetap pilih Lego juga. Ok je Lego pun.. Sel-sel otak mama akan berhubung! Heheheheh.. Lego ni leceh sikit.. Namun, mama gigih juga buat untuk abang Eusoff.
Part paling mencabar sebenarnya, gangguan dari si kecil Elyass. Jadi, sebelum itu kena tidurkan sikecil ini dulu, baru boleh fokus pada Lego abang Eusoff.
"Mama, baby kacau!" -Abang Eusoff
Hasil yang dah siap, bukan abang Eusoff je teruja, mama pun sama.. yeayyy....
Puas hati rasanya boleh berikan sebuah bas sekolah yang pada asalnya,part-part lego yang sangat kecil jer!
Tak sempat nak ambik gambar abang Eusoff yang sangat teruja dengan bas sekolah ni. Muka yang excited sungguh! Siap je terus mintak nak main.. hehhe
Mama papa tumpang seronok, bila anak-anak seronok.
Maka jadilah beronok-ronok :)
16 September 2015
Fire Birgade Lego di Hari Malaysia
Assalamualaikum..
Selamat Hari Malaysia 16 September 2015. Memandangkan jerebu yang nampak tidak berkurang kat luar sana, pagi ni abang Eusoff dan Elyass beraktiviti di dalam rumah je. Mungkin keluar juga dalam tengah hari.. memenuhi jemputan khatam Al-Quran dan Aqiqah rakan sekerja en.suami.
Jadi pagi ni, aktiviti kami membina Lego Fire Brigade. Lego yang dah dibeli beberapa hari yang lepas, namun hari ni baru berkesempatan untuk buat. Buat sama-sama dengan abang Eusoff. Abang tolong mama cari part-part lego.. mama sambung-sambung.
Besar sikit lagi mana tahu abang Eusoff boleh buat sendiri kan..? Insya Allah.. boleh!
Comel kan bila dah siap sepenuhnya? Sayang kalau bercerai part-part lego nih. Memang pesan banyak, banyak, banyak kali kat abang, jangan rosakkan. Nanti kalau dah rosak, mama tak nak baiki dah! (Ala-ala mengugut gitu..kihkihkih)
Abang jawab, "Baik mama!"
Memang, dia sangat berhati-hati mainnya.. main pun kat atas meja, katanya kalau main kat bawah baby kacau!.... hehhe memang pun!
Elyass melingkar je kat kaki abang, jenguk-jenguk apa lah abang main kat atas, sambil keluar masuk bawak mainan kesana, sini, kejap-kejap tarik baju pulak.. kejap-kejap wayar charger hp.. kejap-kejap fokus tv.. kejap-kejap berdukung papa.. kejap-kejap menangis.. kejap-kejap mintak susu dengan mama.. kejap-kejap gosok mata, gaya nak tidur... dah sekarang dah lelap di ribaan papa. Fuhhhh.. banyak aktiviti Elyass!
Begitu lah berlalunya sepagi Hari Malaysia kami..
Kepada semua pembaca blog kecil ini.. kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Malaysia!
30 April 2015
Instrument Lego –Drum set
Assalamualaikum..
Bila dah kate tetiba terasa ada hobi baru… -permainan lego, pantang weekend je memujuk en.suami pergi Mr. Diy Jusco AU2. Minggu lepas dia sibuk dengan kerja-kerja ofis.. tak terlayan permintaan macam-macam isteri dan anak-anak. Ok..nebermind.
Minggu ni, balik dari majlis makan-makan keluarga.. Terus tuntut janji.. nak beli lego lagi. Alhamdulillah tertunai hasrat nak menambah koleksi lego Eusoff. Kali ini beli Instrument Lego- Drum set. Eusoff seronok.. mama pun seronok sama!
Balik rumah tak menyabar-nyabar nak buat.
Lego Drum set yang ini kurang susah berbanding piano set. Ambik masa nak pasang tak lama. 40 minit je kot. (Malu kalau orang terer main lego baca nih..hihi) Start en.suami panaskan makan malam.. sampai la diorang dah siap makan.. siap lah juga lego ni.. terer tak..terer tak mama Eusoff??
Dah siap 2 jenis.. semangat tambah berkobar-kobar la pulak…. Mmmm… Ini kah yang dinamakan hobi?? Hahaha
Bila dah kate tetiba terasa ada hobi baru… -permainan lego, pantang weekend je memujuk en.suami pergi Mr. Diy Jusco AU2. Minggu lepas dia sibuk dengan kerja-kerja ofis.. tak terlayan permintaan macam-macam isteri dan anak-anak. Ok..nebermind.
Minggu ni, balik dari majlis makan-makan keluarga.. Terus tuntut janji.. nak beli lego lagi. Alhamdulillah tertunai hasrat nak menambah koleksi lego Eusoff. Kali ini beli Instrument Lego- Drum set. Eusoff seronok.. mama pun seronok sama!
Balik rumah tak menyabar-nyabar nak buat.
Lego Drum set yang ini kurang susah berbanding piano set. Ambik masa nak pasang tak lama. 40 minit je kot. (Malu kalau orang terer main lego baca nih..hihi) Start en.suami panaskan makan malam.. sampai la diorang dah siap makan.. siap lah juga lego ni.. terer tak..terer tak mama Eusoff??
Dah siap 2 jenis.. semangat tambah berkobar-kobar la pulak…. Mmmm… Ini kah yang dinamakan hobi?? Hahaha
16 April 2015
Berkongsi hobi – Permainan LEGO
Assalamualaikum..
Weekend aritu, en.suami ajak jalan-jalan cari barang. Kami 3
beranak follow je lah.. Ajak ke Daiso, memang lah tempat favourite saya!
Barang yang en.suami cari ada. So, berlama-lama lah kami kat situ, sebab barang
yang dia cari dalam jumlah yang banyak lah juga. Tapi, takde banyak barang pun
yang saya berkenan. Pelik bin ajaib! =p
Akhirnya ambik juga satu pack tisu basah untuk mop lantai,
stok kat rumah dah abis. Eusoff ambik juga satu mainan.
Lepas keluar dari Daiso, rasa teringin plak ke Mr.DIY. Ini
pun tempat favourite saya. Kadang masuk tak beli apa-apa pun, tapi rasa puas
dapat jenguk-jenguk saje.. Lain macam sungguh rasa puas tu! Pelik bin ajaib!
Lagi.. =p
Kat situ, Eusoff dapat satu mainan LEGO, RM17.50. Saya beli 3 ikat penyangkut baju. Tu je..
Baguskan kalo tiap-tiap kali ke Daiso, Mr.DIY macam ni
kan..? Selamat sikit poket en.suami.. Kalau
kat sini ada Kaison, dah tentu saya terjah juge.. tapi takde.. so jimat le
masa.
Nak cerita perihal mainan yang Eusoff beli di Mr.DIY
sebenarnya. Mukaddimah panjang nau-nau..
PERMAINAN - LEGO
Sebelum-sebelum ni dah berpuluh-puluh mainan LEGO yang kami
dah beli kata bang Eusoff. Tapi jarang yang dapat kami buatkan hingga menjadi
objek yang sepatutnya. Kalau yang senang untuk dipasang tu.. biasa ada lah yang
menjadi. Kalau yang susah tu.. biasanya dah buka plastik, terus je hilang
sikit-sikit bahagiannya.. last-last kutip-kutip masukkan satu bekas- LEGO yang tak pernah menjadi! kihkihkih
Tp yang kami beli kali ni, LEGO Instrument -Piano, semangat saya lain macam sikit. Bermula
rasa kesian kata bang Eusoff, tiap kali beli LEGO tak pernah menjadi seperti di gambaran luar kotak tu.. Lama-lama
naik syok pulak memikir-mikir mana nak sambung..mana nak sambung lego nih.
Beli LEGO yang
dulu-dulu, Mesti abang Eusoff hampa, bukak kotak kenapa tak pernah dapat macam
kat gambar luar kotak?? [Dalam hati dia
ada terlintas soalan macam tu mana nak tahu kan…] So, kali ni memang saya
cuba untuk gigih. Elyass dah handover kat papa, suruh jaga.. sebab mama nak
wujudkan LEGO Instrument –Piano
depan mata abang, seperti digambarkan di kotak luar.
Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh!
Dah la rabun, main pulak LEGO kecik-kecik yang amat. Gigih sungguh saya, sambil jarang-jarang
sekali kena jawab soalan abang Eusoff “ Mama, LEGO piano dah siap..?”
Tunggu ye abang..sikit je lagi..sikit je.. (Padahal baru
assemble tapak piona yang mule-mule..)
Wahhhh.. menguji minda sungguh buat benda alah nih! Lagi
senang buat puri Elyass kot.. =p
Alang-alang dah buat…biar le siap sepenuhnya kan.. Kesian
plak nak menghampakan harapan abang Eusoff. Jarang-jarang sekali dak kecik
Elyass merangkak keluar bilik.. Saje letteww papa lepaskan tu……
Selepas berhempas pulas assemble LEGO abang Eusoff dari pukul 2.30pm ~ 8.00pm, berenti kejap-kejap
untuk mandi, solat, layan Elyass, layan abang Eusoff, layan papa, makan…
akhirnya siap jugak!!! Wahhhhhhhhhh… tepuk untuk diri sendiri okehh..
Rasa puas menyiapkan sebuah LEGO Instrument-Piano untuk abang. Nikmat puas tu lain macam
rasanya. Lagi nikmat dari window shopping di Daiso, Mr.DIY mahupun Kaison….
Serius!!
Bila melihat abang Eusoff tersenyum gembira, melihat sebuah
piano kecik comel di depan mata! Bertambah-tambah puas dan nikmat..
Tetiba rasa macam dah bertambah satu hobi baru saya –LEGO!
Dah start-start survey display rak kat ikea ko… hahahhahahha
(tak hagak-hagak..baru dapat assemble 1 jenis LEGO je pun…) muahahahhaha… [Gelak jahat..cittt]
Mama dan abang Eusoff boleh share hobi dah.. Best! Best! Best!
Rasa nak pergi Mr. DIY je laaaaa….mmm…mmm….mmmm
Bai!
05 April 2015
Berlapang Dada & Berlapang Mata
Assalamualaikum....
Selamat berhujung minggu..
Ahad yang diisi dengan aktiviti santai anak beranak.. Dulu situasi ni saya tak boleh tengok.. Sakit dan serabut mata.. Mesti sikit-sikit je mainan yang dibenarkan keluar dari bilik mainan. Entah kenapa..penyakit kot.....
Sekarang ni saya cuba untuk berlapang dada, berlapang mata.. Abang Eusoff sudah besar, Elyass pun dah nampak gaya nak joint abang Eusoff main sekali.
Apa lah erti hidup anak-anak tanpa mainan.. walaupun ada, tapi disekat-sekat main..sebab takut rumah bersepah.. Insya Allah lepas ni, Sabtu dan Ahad adalah hari pelepasan mainan boleh keluar bilik ikut semahu kalian.
Mainlah sayang-sayang mama... Sebab esok rutin harian kamu sudah kembali seperti biasa..
Malam nanti semua mainan wajib kembali ke tempatnya =)
Deal??
23 October 2013
Buang mainan rosak untuk keselamatan intan payung tersayang
Assalamualaikum...
Hasrat yang membara dari Jumaat minggu lepas sudah terlaksana malam ni.. =)
Gara-gara kejadian yang tiba-tiba berlaku kat Khilfi Eusoff.
Dapat call dari en.suami, Khilfi Eusoff luka di bahagian atas mata kanan, dah besar panjang ni nanak dah pandai naik sofa, buat terjun tiruk dari sofa rumah ibu pengasuhnya. Saat terjatuh tu, kebetulan kat tangan nanak tengah pegang robot mainan yang boleh bertukar jadi kereta. Mainan tu dah rosak pun, hilang tayar sebelah... tangan robot pun dah tercabut. Ada bahagian yang tajam pada mainan tu. Mata Khilfi Eusoff luka sebab tercucuk mainan yang tajam tu ler.... Alhamdulillah tak kene betul-betul pada mata.. Nauzubillah..
En.suami call dalam pukul 10.00 pagi hari Jumaat tu. Terkejut sungguh saya tapi tak leh nak buat apa, sebab takde kereta. Terus call pengasuh Eusoff dan dia kata tak yah bimbang, sebab luka kecil je.. berdarah sikit dan bengkak sikit tempat yang luka. Dia dah bersihkan luka, letakkan ubat.. Waktu tengah bercakap dengan pengasuh Eusoff tu..memang luluh hati saya dengar Eusoff menangis kuat yang amat... menangis sakit... boleh jadi jugak menangis takut ubat...hihihih
Pengasuh Eusoff dah tak bagi kami benarkan Eusoff bawa mainan.. bimbang hal macam ni terjadi lagi.. Bahaya.... agaknya dia pun tak nak tanggung risiko, jika berlaku perkara macam ni lagi...
Rentetan dari hal ini lah..maka malam ni saya berjaya mengasingkan sejumlah besar mainan Eusoff yang telah rosak, kereta hilang tayar.. robot tercabut kepala, tangan kaki segala, mainan yang dah pecah sikit-sikit pun..... mainan-mainan kecik, halus-halus juga.. yang tak tahu apa bende mainan dah pun.... Paling penting mainan-mainan tajam yang boleh membahayakan nanak kasi asing semua untuk dibuang.
Daripada dua biji bekas mainan ini...
Dapat satu plastik mainan yang dah rosak.. tunggu masa untuk dibuang besok pagi..
Sudahnya nampak surut lah sikit mainan Eusoff yang sebelum tu menimbun-nimbun. Perancangan nak mengasing mana yang dah rosak untuk dibuang tu memang dah lama, cuma takde masa. Bila dah jadi kes macam ni memang tak nak tunggu dah. Jadi ape-ape kat anak kesayangan tu.. sesal sepanjang hayat kan..?
Sebelum ni saya pernah berkongsi nanak luka di bahagian bawah mata kanan di sini, Sediakan payung sebelum hujan untuk intan payung tersayang.
Aiiiii.... semua kes tang mata ni..bimbang sungguh saya.
Harap-harap takde lagi dah jadi bende macam ni.. takut wehhhhh...
Makin besar nanak potensi nak dapat sakit makin besar jugak...al-maklumlah makin lasak!
=p
14 October 2013
Guli :: Rara
Assalamualaikum.....
Dulu masa kecil-kecil korang pernah tak main guli? Cara permainannya, dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Ada lagi mainan lain yang menggunkan guli sebagai benda paling penting dalam permainan tu. Yee..permainan congkak! Dan banyak lagi lah sebenarnya permainan yang menggunakan guli!
![]() |
Ni "rara" Eusoff...mintak papa belikan..main golek-golek je.. |
Nak bagi tahu ni... Khilfi Eusoff.., lebih kenal guli dengan nama "Rara".. =p
Entah lah datang dari mana perkata rara tu.. Puas kami mama papa memikir tang mana yang buat guli tu jadi rara.. eh..eh..eh.. Sesenang hati dia je nak ubah nama kennnn... hii
"Rara"..... ehh...comel jugak nama tu kan..? =)
Anak korang ada tak ubah nama untuk sesuatu bende tu...?? Dan konsisten panggil bertahun-tahun dengan nama tu...?
08 September 2013
Jet pejuang tak sampai 5 minit pun bertahan..
Assalamualaikum...
Hasil jenjalan ke Pradigm Mall semalam... Khilfi Eusoff sempat paw papa beli menan. Tapi menan yang dia nak tu untuk budak-budak 5 tahun dan ke atas.. Ala mainan jenis lego je pun... datang nya dalam bentuk lego kecik-kecik.. Kalau dicantum-cantum jadi la sebuah jet pejuang.
Dah anak pegang tak lepas-lepas beli kan je lah walaupun memang tak sesuai dengan usia. Papa kate..takpe kang nanti papa buatkan...
Dan tetiba pagi ni nanak teringat dan terus ambik kasi papa bukak.. Paham-paham la ye papa...tolong buatkan, please..=p
Maka bermula lah dengan segigihnya papa cantum-cantum benda alah ni.. Cantum-cantum refer pada kertas guide dah.. eh.uhh..ehh..uh.. papa cakap "susah gak menan budak umur 5 tahun ni ye...?" kikik tergelak saya dengar.. Bukan calang-calang mainan budak sekarang... Memang dah akal diorang sangat tajam kadang kalah orang dewasa kot... bende orang dewasa tak mampu buat..dengan jeling sebelah mata aje dah siap dorang buatkan..
Sudahnya memang menjadi la itu jet pejuang.. tapi menjadi ikut patern papa Eusoff je... Nampak la bentuk jet pejuang.. =p Lepas la harap Eusoff nak main jet pejuang kihkihkih... Kata papa, maleh nak pikir-pikir di hujung minggu ni. Cukup la berpikir hari kerja je...
Kesian kan papa Eusoff..? kihkihkih =p
Seronok nanak dapat jet pejuang yang papa buatkan. walaupun tak exactly sama macam yang sepatutnya.
Senyap dia main sorang pastuh... Biasanya kalau senyap-senyap ada agenda tersendiri tengah diusahakan.. Tengok-tengok rupanya jet pejuang papa buatkan sedang gigih dileraikan satu-satu.. Tak sampai 5 minit pun jadi jet pejuangnya... hihihi..anak ohh anak..
Papa kata, mujur tak buat sama macam yang sepatutnya...
Kalo dop...nangis ler papa.. buat rumit yang amat...Eusoff leraikan tanpa rasa bersalah!
Hahahahhahah...
Peace no War papa!!
13 May 2013
Shiekal baru caye!!
Assalamualaikum
Tajuk ala-ala karangan masa zaman sekolah rendah aje...hihi
Awal bulan aritu pergi jalan-jalan kat pasar malam...terjumpa lah satu basikal ni...warna dia cam cantik sesangat..gold hitam! Alamak... mama Eusoff la pulak berkenan... nanak relax je pandang dengan sebelah mata je...huhu tak nampak excited langsung pung!
Sebab mama dah berkenan... bodek gak la en.suami beli kan aje lah...dah la harga murah je..nak bandingkan harga basikal kat Giant tu...
Akhirnya nanak dapat gak basikal baru.. Bila dah dia tengok papa angkat masuk kereta, masa tu baru lah nampak excited semacam je...
Maka bertambahlah satu lagi kenderaan baru kat rumah tu...
Barang baru mestilah excited mainnyer 2-3 hari..lelami lagi tersadai je la kat situ... Takpe lah..nanti dah pandai kayuh laju-laju boleh bawak nanak main basikal kat taman layang-layang kan..mesti seronok dia..
Ni entry lama dulu pasal basikal : Nak shiekal
Akhirnya bebaruni sampai dah masa yang dimaksudkan di entry tersebut.... =)
![]() |
Tak pandai kayuh lagi pun... mama papa la kene tolaknye.... =) |
20 March 2013
Gadjet nanak mengalahkan papa, mama..
Assalamualaikum....
Korang dah bace entry ini?? Ceria di 01 March-seceria warna henpon =)
Ada kaitan dengan entry ini...
Kegemaran nanak kekadang bermusim... banyak-banyak mainan.. bukannya main semua pun, pilih-pilih yang berkenan di hati aje.... Kadang-kadang kalau sepupu dier datang rumah..barulah dia main semua sekali mainan yang ada dalam bilik mainan tu... Tu pun tak semua jugak... pilih-pilih yang berkenan jugak... =)
Sekarang nih nanak tengah in mood main handphone/handset.. Dalam bahasa nanak adalah "Pong". Pendek aje bunyinye... tapi bile dengar dari mulut nanak...so comel.. =) Mainan lain, sekarang ni bolayan dulu sehinggalah diberitahu kelak.. kehkehkeh..
Pong nanak ada 8! Homakaiiii...!!! banyak tol.. Kalah mama dan papanyer..
Tu yang ada dalam tangan tuannyer lah.. tak campur lagi pong yang dah hilang...tercicir.. yang ada bawah sit kereta... yang ada kat kampung..beli, pastu tinggal..
Ha.. nampak betapa nanak sangat suka pong!
Tapi beli aje lah balik simpan. Bila dah in mood nih... abis dikutip pong nak main.. Dah main pong tu gaya mengalahkan businessman lagaknyer... pong kiri kanan....
Bergayut kat pong je memanjang.. Nak tidur pun pong wajib bawak naik katil..
Sekarang tiap-tiap hari hangkut pong pergi rumah pengasuh.. Wajib bawak satu pong.. Kalo dalam gambar kat bawah pong yang menjadi feberet nanak adalah yang paling kecil..warna putih+merah tu.. Beli pong nih kat Penang, masa bercuti aritu.. Agaknya beli jauh kot tu yang paling dia sayang.. Pong tu asalnya berbunyi... datariknya wayar halus kat dalam..dah putus.. dah tak berbunyi.. Tapi tetap itulah pong kegemarannya..
Sibuk nau tuan pong menyusun atur pong-pong nyer... jangan cuba nak ambik..memang kene marah ar.. melainkan cakap nak pinjam pong jap nak tepon atok ke...aki ke... aman ke..akak ke... baru la boleh... Alahaiiiiiiii nanak mama.. =p
Comel tol tuan pong ngan pong-pong nyer tuuu....
01 March 2013
Ceria di 01 March..seceria warna henpon pink!
Assalamualaikum...
Sudah masuk March dah pun...sekejap sangat berlalu 2 bulan pertama di tahun 2013.
Alhamdulillah..kehidupan dilimpahi kegembiraan sentiasa bersama suami dan nanak tercinta. Setiap hari memikirkan bagaimana ingin lebih meningkatkan kualiti diri dalam kehidupan, kualiti amal ibadah kepada Allah S.W.T juga. Semoga usaha kami suami isteri dipermudahkan.... Amin..
Hari ini, bangun pagi-pagi nanak buat perangai comel sikit.. Minum susu dalam buaian. Sampaikan mama dan papa dah nak pergi kerja, lampu, kipas dah tutup pun..dia tetap relax je dalam buai.. Nak mengangkat.. menjerit-jerit.."Tak nak!...nak uwaiiii.." Alahaiii anak..
Dipujuk-pujuk lelama mengalah la jugak... Tu pun sebab mama bagi hanpon mainan yang beli semalam. Pink jugak pilihan hati... aiissshhhhh... Normal tak anak lelaki sukakan warna pink eh? [Harap-harap ini hanyalah sementara....huhu]
Saya tepek di sini, gambar ceria warna-warni nanak di pagi hari 01 March... Seceria warna hanpon nya... layan....
04 February 2013
Nanak dah start minat "bang" plak dah..
Assalamualaikum..
Nak citer ni...nanak dah start minat kapal terbang plak dah.... Bebaru ni papanya ada la beli kapal terbang mainan 5 buah.... tapi kecik-kecik je la... Terus dia sebut "Bang" owhhh...dah tahu rupanya itu benda namanya kapal terbang... Sebelum ni ada la sebut kat nanak kapal terbang kalau ada gambar dalam buku ke, dalam tv ke... Kuat betul ingatan anak kecil kan...
Pergi Penang lak..sekejap-sekejap lalu kapal terbang, kejap-kejap lalu kapal terbang...
Owhh bertambahlah excited nanak ngan kapal terbang nih... Jangan lak nanti nak beli "bang" aje kerjanya.... Serabut mata dah menengok mainan dah penuh bilik.... Kotak mainan pun dah tak muat dah.... mainnya tak pun!
Pergi Penang lak..sekejap-sekejap lalu kapal terbang, kejap-kejap lalu kapal terbang...
Owhh bertambahlah excited nanak ngan kapal terbang nih... Jangan lak nanti nak beli "bang" aje kerjanya.... Serabut mata dah menengok mainan dah penuh bilik.... Kotak mainan pun dah tak muat dah.... mainnya tak pun!
Layan gambar nanak bersama "bang-bang" nyer....
01 December 2012
Mana tahu boleh jadi MASTERCHEF...
Assalamualaikum....
Lagi momment-momment indah bersama nanak tersayang Khilfi Eusoff...
Sepanjang hidup nanak hinggalah menginjak umur 2 tahun 1 bulan ini... dah banyak mainan dibeli untuk nanak. Bukan yang mahal-mahal pun.. Kekadang beli mainan pasar malam je... Main bukan camne sangat pun.. Kejap kang rosak lah. Entah la.. nanak main terlalu ganas ker... atau kualiti mainan pasar malam yang tak bagus..... huhuhu..
Lori, kereta, keretapi, bola 8 biji termasuk soft ball berbiji-biji, mainan cantum-cantum tu...... ABC susun-susun, bubble, telefon ada 2,3 bijik, tab, kucing yang berbunyi miow-miow beli kat pasar malam sekor tapi dah rosak sebab kena dera ngan tuan sendiri, gitar, soft toys, badminton yang dah patah pemegang, bantal ulat bulu, pancing ikan dan bla...bla..bla... [terlalu banyak kot nak disebut satu persatu]
Banyaknya mainan.. sampai nanak dah tak main! hahhah..
Terbaru, mase pegi Uptown Dana Kota, tertarik nak belikan nanak set memasak. Erkkk... tak salah kan berikan pendedahan masak-masak untuk anak lelaki kan? Mana tahu nanti besar pandai masak..boleh la mama makan masakan anak lelaki yang comel ni... wahhh..mesti best!
Sekarang tiap-tiap malam ajak mama dan papa main masak-masak. Nak tak nak kene lah order kan... apa-apa aje....nasi goreng, mee goreng, ayam goreng...... Dah order, apa lagi masak la chef cilik nih! Siap potong-potong lagi, potong ikan, daging....campak ke dalam kuali, kacau ngan sudip...... Sudah siap hidangkan.... Kalo dah kata nanak dah masak penat-penat tu kenalah mama makan dengan penuh penghayatan kan.. Lagi nanak suka kalau buat bunyi ngap makan tu...sambil memuji masakan dia... ! heheheh.
Realkan set memasak nih... Macam betul punya.. Pisau 2-3 bilah... kuali, periuk, dapur, sudip, senduk dan..apekebende nama pengacau kuih tu...? Nampak real sangat... Teringat zaman kecil saya dulu..kalau main masak-masak ngan kawan-kawan..biasanya guna, periuk, pinggan, senduk, sudip mak kat dapur aje...abis semua hangkut keluar main masak-masak.... Curik-curik ambik lak tuh, takut mak marah...hahhahahhahahha..kelakar bila diingatkan balik.
Bertuah betul anak-anak zaman sekarang kan?
Mana tahu boleh jadi MASTERCHEF nanti ke...? :-)
Salam 1st Disember....!
Salam 1st Disember....!
29 November 2012
Nak shiekal..
Assalamualaikum..
Hari-hari rasa nak bercerita pasal Khilfi Eusoff. Nak tulis setiap saat indah tumbesaran nanak. Boleh kan??
Kali ini Khilfi Eusoff dan shiekal [bunyi sebutan nanak macam yang saya eja ni la...]
Setiap kali pergi Gaint Batu Caves.. setiap kali tu lah kami confirm akan pergi bahagian basikal-basikal... Sebabnya memang itu lah tempat yang nanak paling suka nak duduk lama-lama. Mama dan papa pun melayan aje laa..hingga nanak rasa boring naik basikal.... Tapi pandai boring ke anak-anak kecil kita ni? Dah tentu lah tidak... Endingnya mesti ada drama nangis-nangis bila mama dan papa ajak pergi kat tempat lain pulak.. Kesian nanak.
Masa kecil-kecil dulu... biasanya pemilihan basikal nanak ialah basikal yang kecil-kecil, basikal beroda empat, yang boleh tolak dengan kaki aje tu, yang paling memikat hati sebab ianya adalah bewarna-warni.., lagi-lagi yang ada gambar karton-karton kan.... dah puas naik yang nih.... naik yang lain lak..kekadang sampai berbuah-buah basikal yang dipandu uji..hihihhi....
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Sebab nanak nampak terlalu minat dengan basikal, maka kami beli la bende alah ni kat nanak. Sebenarnya ianya bukanlah basikal pun... lebih kepada traktor. Datang siap dengan sebuah topi kontraktor. Kenapa kami beli traktor? bukan basikal? Entah....waktu tu terasa nanak masih terlalu kecil untuk naik basikal. Naik traktor mungkin lebih selamat kot.... kot la...hahahha.... Tapi nanak tetap suka... macam suka naik basikal gak... Naik bende alah ni papa ngan mama kene tolak jugak...sebab kaki nanak masa tuh pendek lagi nak kayuh sendiri. Nak naik pun perlu mama dan papa tolongkan. Kalo tak..tak lepas naik la... [So..motif rasa traktor selamat dari basikal...? Errrkkkk... entahhhh hahahahaha]
Kalo nanak naik traktor nih siap nak pakai dengan topinya sekali..Terasa ala-ala kontraktor dah...comel...
.....................................................................................................................................
Aritu masa kami jalan-jalan ke Padang Besar, Kedah.. en.suami ada belikan nanak satu basikal. Harganya, murah sangat-sangat nak dibandingkan kat sini (KL) RM25.00 je kot. Sebab harga yang tersangat la murah tu, maka kami beli la dan angkut masuk kereta. Berhimpit-himpit la kami dalam kereta tu, dah lah barang lain banyak lagi.. Tapi sebab nak, sanggup aje... hihhiih.. Masa kat dalam kereta siap nanak naik basikal tu dah pun...sampai tergolek-golek time papa membrek. Tapi tak jadi hal pun kat nanak. Dia tetap nak naik basikal tuh sampai la dia rasa boring.. hihhi
Bila dah ada basikal tu...traktor dah tak berapa naik dah pun. Naik basikal je memanjang. Cuma kelemahan basikal murah ni adalah ia amatlah ringan. Kadang-kadang macam bahaya untuk nanak bila dia dah pandai bawak laju-laju nanti. [Sekarang nih ok lagi la..sebab bawak basikal main kayuh kaki lagi, tak pandai nak kayuh ngan pedal basikal lagi pun]
Sekali-sekala ada jugak lah tergolek ngan basikal nih...nangis kejap pastuh sambung main balik... anak lelaki kan... lasak tu pasti.
Bila dah ada 2 kenderaan kat rumah saya nih.... mula la, tuan kenderaan ikut suka hati nak parking kat mana-mana lepas main. Saya hanya benarnya main 1 kenderaan sahaja satu masa. Lagi satu kene ada dalam bilik mainan. Tak boleh nak bersepah-sepah kat luar..
Kekadang tuh lepas main, traktor parking baikkkk punya kat dapur... mmmm...
Mulalah volume suara mama naik sikit "Eusoff.... traktor parking dalam bilik sayang....."
Terkedek-kedek nanak berlari amik traktor..terus parking dalam bilik. Macam tu lah jugak dengan basikal... Perlu diingatkan setiap masa dan ketika... Biasa lah anak kecil...
Bila setiap kali saya memberi arahan untuk letakkan traktor atau basikal ke dalam bilik, dan time-time tuh dia belari terkedek-kedek mengambil kenderaan dia nih... dan bawak masuk bilik, masa tu saya rasa syukur sangat sebab Khilfi Eusoff seorang anak yang ringan tulangnya. -Alhamdulillah...
Cuma ada masa-masa malas nanak, dia akan buat jugak... tapi lambat-lambat jer perbuatan dia. Biasanya jadi macam nih bila nanak tengah tengok Upin & Ipin, Boboboy atau tengah main game. -Alhamdulillah juga...
Kalo dia tengah malas betul! nanak tak buat pun.... dan mama dia la yang kene buat, demi malas nak tengok kenderaan-kenderaan nih bersepah merata-rata tempat... -Biasalaa.... :-)
-Tetap mama ucapkan Alhamdulillah...
.....................................................................................................................................
Berbalik kepada cerita basikal kat Gaint;
Terbaru baru nih kami ke Gaint Batu Caves lagi... Biasalah..jalan-jalan cari makan, sambil beli barangan dapur yang dah nak abis tuu..
Macam biasa langkah kami terus ke bahagian basikal-basikal kat belakang tuh..
Kali nih selera nanak dah lain...... nanak dah pandai nak naik basikal besar. Yang warnanya tak colorful pun.... Rasanya basikal untuk kanak-kanak usia 4-5 tahun. Tapi itu lah yang dia mintak naik. Saya rasa anak saya dah besar...... :-)
.....................................................................................................................................
Saya tanya en.suami;
Nak kene tambah 1 kenderaan yang lagi ke kat rumah tu? huhuhuh
En.suami senyum penuh makna.... [Faham dah... :-)]
Sikit masa nanti, ada la tuuu.....