Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

05 September 2013

Hadiah GA per-1 dalam berblogging

Assalamualaikum...

Boring lak rasa bila malam makin larut nih.. En.suami ngan nanak memasing dah layan mata... En.suami pedih mata katanya lepas buat something special untuk birthday si kecil kami Eusoff Oktober nanti. Papa ngan mama sama-sama semangat...hiihi.. Ye lah... dah Eusoff makin paham erti gembira, makanya kami nak buat lah sesuatu yang pasti menggembirakan nanak. Insya Allah... 

Bila boring saya suka nak tengok balik gambar-gambar lama.. masuk folder, keluar folder... masuk drop box belek satu-satu gambar yang ada. Buat saya senyum sendiri... Lagi-lagi melihatkan telatah Eusoff yang dah macam-macam bila makin besar ni. 

Jumpa satu gambar nih... memang ambil untuk buat entry...tapi bila dah terlalu sibuk..[sibuk le sangat kaaan] dah terlupa. Bila dah ingat balik ni rasa perlu cepat-cepat up entry... Entry kenangan manis dalam berblogging.. =)


Alhamdulillah...hasil menyertai GA : Jom bersihkan rumah, biarpun bukan hadiah utama mahupun kedua...biarpun sekadar hadiah tambahan.. tetap saya happy yang sangat luar biasa. Terima kasih MamaLynd atas hadiah cawan bercorak batik yang memang sangat comel ini. 

Nak tengok keputusan lengkap pertandingan ini..? Boleh la baca kat sini : Keputusan giveaway jom bersihkan rumah

Sejujurnya ini adalah hadiah pertama yang saya perolehi dalam berblogging. Orang lain dah berpuluh-puluh kemenangan dengan hadiah-hadiah gempak.. hihihi.. Takpe itu orang lain... Untuk saya, sikit-sikit lelama jadi la bukit.. =p Asal saya tak putus harapan untuk terus joint GA.. Segalanya bukanlah satu yang mustahil kan....?? Mana tahu nanti ada lagi rezeki lain untuk saya menang GA lagi... 

Tengah menunggu satu keputusan GA ni...tapi tak tau ler ada rezeki atau tak. Yang pasti bukan saya sorang yang menunggu keputusan. Ramaaaaiiiiii lagi peserta lain juga yang mengharapkan kemenangan biarlah berpihak kepada mereka. Insya Allah ada rezeki tak kemana. Doa banyak-banyak ye Diana.... =)

Terima kasih MamaLynd atas hadian ni.. Next time ada GA, saya joint lagi ye...




11 July 2013

Wall makeover by Na, anda mahu..? Saya juga... =)

Assalamualaikum...

Perasaan sangat teruja, bila mendapat perkhabaran dari blog Nadia Farahida, tentang beliau sedang mencari 3 buah rumah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang untuk dimakeover cantik-cantik dan setiap satu makeover bernilai RM500 yang mana sepenuhnya ditaja oleh Wall makeover by Na!

Bagi yang berada di luar kawasan yang disebutkan, tetap berpeluang menang hadiah iaitu 6 Stensils dengan design menarik pilihan Madam Na bernilai lebih RM90 setiap satu untuk dimenangi!!
      
Saya teruje tahap tak tahu nak start entri ni dari mana dan  macam mane.. =)
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana sudah lama saya inginkan hasil kreatif dari Wall makeover by Na ini menghiasi dinding ruang tamu rumah saya.

Sangat admire dengan design ini..
dan berhasrat mahukan design ini di ruang tamu rumah saya


Satu masa dulu, selepas melihat entry Nadia tentang dinding di kediamannya telah
dimakeover cantik oleh Wall makeover by Na.. saya terus jatuh cinta! Terus teringin dan mengidam sangat-sangat...! Sungguh!! Tak tipu..

Entry-entry Nadia ini membuatkan air liuq saya meleleh tak sedar...haha [ok...ini bohong! =p]

Wall makeover paling murah dan cantik 
Hasil kreatif Wall makeover by Na, dengan Kalimah Allah di dinding bilir tidur utama.

Siapa nak makeover rumah secara percuma 
Hasil kreatif Wall makeover by Na, dengan pink polkadot yang sangat-sangat sweet di bilik tidur tetamu. [Naperlah saya tak terperasan langsung pasal GA Nadia yang ini. Kalo tak confirm joint gak..huhuh]

Dan Nadia ceritakan ketiga-tiga bahagian dinding yang telah di Wall makeover by Na di dalam entry ini:

Nadiafarahida dalam Utusan Malaysia
Dua bahagian yang disebut di atas, dan satu bahagian lagi ruang nak masuk rumah warna coklat yang menggunakan teknik cat dan plaster pokok buloh itu...arrrgghhh... sangat lah cun melecun!!

Berganda-ganda, bertambah teringin, mengidam...semuanya ada...alahaaiiiiii!!!

Dan-dan tu jugak saya terus like fan page Wall makeover by Na dan terus pm bertanyakan price ter-latest. Price yang diberitahu pasti sangat berbaloi dengan hasilnya nanti [saya sedia maklum tentang itu], namun hati kecil saya berkata, saya kurang mampu.. T   T sedih sungguh...

Tiap-tiap hari saya melihat update status Wall makeover By Na di fan pagenya... tiap-tiap hari jugak lah hati saya merintih mahukan dinding rumah saya cantik seperti dinding-dinding rumah mereka itu. Kadang berkongsi rasa dengan en.suami pasal hal ini, biasanya kami pujuk hati masing sama-sama, sabar dulu... ada rezeki nanti Insya Allah.. hajat itu pasti dipermudahkan.

Sedih mengingatkan... keinginan yang NAK sangat-sangat, namun terbantut dengan fulus yang TAK MENGIZINKAN... =( 

Ruang tamu rumah saya tidaklah besar mana, balik rumah sehabis seharian kerja di office kat sini lah  kami tiga beranak menghabiskan masa. Terlalu besar manfaat ruang tamu ini. Tempat berkongsi, berbahagi kasih sayang kami anak beranak. Jika diserikan dengan hasil kreatif Wall makeover by Na, alangkah lebih bermakna momment itu! 

Meskipun rumah sewa cuma, tidak salah untuk diberi sentuhan kreatif Wall makeover by Na.  Rumah sewa yang pastinya menjadi Baiti Jannati kami selama mana kami masih disini. Menyaksikan tumbesaran nanak kami, Khilfi Eusoff. Pastinya makin berkembang mindanya, dengan rumah yang bersih, cantik dan menarik... Lagi-lagi dengan adanya hasil kreatif Wall makeover by Na.., confirm bertambah-tambah berkembang minda dan tumbesaran Khilfi Eusoff bila setiap hari  memandang dinding yang super duper cantik itu... hiiihi...hopefully..!

Andai kata kami keluar dari Baiti Jannati kami ini nanti, biarlah sentuhan kreatif Wall makeover by Na tetap di sini. Agar penyewa selepas kami nanti dapat sama-sama merasai keindahan seni Wall makeover by Na ini. Insya Allah. 

Semoga berkat Ramadhan ini, ada rezeki saya untuk mendapat free Wall makeover by Na. Namun, jika rezeki tak berpihak kepada saya, pastinya Allah sudah menetapkan satu ketentuan, saya perlu lipat gandakan usaha untuk mendapatkannya dengan usaha sendiri~~Saya pasrah..

Mungkin perlu mulakan dengan menabung.. Sikit-sikit lama-lama hasil kreatif Wall makeover by Na pasti terpampang di dinding ruang tamu rumah kami. Insya Allah..
Tapi izinkan masa tu saya sebut Nadia Farahida adalah best friend saya...mujur-mujur dapat harga rendah berbaloi-baloi......huhuhu kan Nadia??


p/s :
Segala syarat-syarat sudah dipenuh.. sudah like fan page Wall makeover by Na, fan page Nadia Farahida juga.





30 June 2013

Jom menang Set bekas IKEA!

Ini sticky post sehingga 30 june 2013. Untuk melihat entry terbaru..sila lah scroll ke bawah ye... Terima kasih!

Assalamualaikum...

GA anjuran SusunaturSioca, dah tentu saya akan joint... walaupun sedikit lambat, pasti saya joint gak... support kawan-kawan... =)

Nak joint? Klik banner di atas ye...?

Done follow -Susunatursioca
Done follow -Siocakecil
Follower ke 10 - Kedaisioca

Dapat bekas Ikea ni pun best jugak... Harap-harap ada rezeki... =)

Boleh la menyusun atur bahagian lauk-lauk basah dalam peti dengan lebih organize lagi.. menggunakan bekas ini.. hihi

=)




GA : Jom Bersihkan Rumah

Assalamualaikum....

Hari ini, saya nak joint satu GA lagi anjuran Hidupku Rumahku Terurus. Cuba nasib lagi.. Kali ini "GA : Jom Bersihkan Rumah".


Semua syarat-syarat penyertaan sudah saya patuhi ye Mama Lynd.. =)

Apa yang saya nak bersihkan tu..?

Dalam banyak-banyak bahagian rumah.. sebolehnya semua bahagian saya titik beratkan  soal kebersihan. Dari ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur nanak, bilik kain [bilik seterika, bilik jemur baju bajan dan bersekali dengan ruang penyimpanan dokumen, file, juga buku-buku], dua toilet dan juga dapur yang bersekali dengan ruangan mendobi. 

Tapi kadang-kadang masa membataskan usaha nak menampakkan keadaan sentiasa bersih. Jadinya tetap la ada masa tak nampak bersih sangat pun..hihi..biasalah....

Untuk penyertaan GA kali ini, saya nak kongsikan kerja membersihkan sebahagian peti sejuk dan juga membersihkan sebahagian kabinet yang menempatkan barang masakan saya. Kedua-dua kerja pembersihan ini sudah tentu lah di bahagian dapur.

Semalam kami ke Aeon Jusco Anggun Rawang, jalan-jalan cuci mata. Bila dah melalui Daiso memang tak sah arr kalau tak singgah, beli barang seketul dua... Saya sangat lah suka ke tempat-tempat sebegini. Boleh dok berjam-jam pusing-pusing tengok barang yang comel-comel, pelik-pelik tu. Kalau boleh semua nak beli ggrrrr...geram!

Dah lama terfikir nak beli bekas baru untuk kerja pembersihan di dua bahagian yang saya sebut di atas.  Memang dah lama sungguh, tapi asyik tertangguh-tangguh.. bila dah lama sangat memang lupalah. 

Apa yang saya beli?

3 biji bekas petak bertudung putih  untuk menukar 3 biji balang kuih raya berbentuk bulat, yang saya isikan tempoyak, cili giling dan juga bawang kisar.



Takde apa-apa masalah pun balang kuih raya yang dah berkurun saya gunakan tu. Cuma mungkin sebab dah lama berkeadaan begitu, dan sekarang saya inginkan sedikit kelainan dan keadaan penyimpanan yang seragam. Kalau perasan balang kuih raya tu tak seragam kan? 

Stok bawang kisar dah habis, maka bekasnya kosong saja begitu dulu. Sebelum Ramadhan wajib restok nanti...huhu..

1 biji bekas petak bertudung putih yang boleh ditutup buka di atasnya, untuk menggantikan bakul bawang yang saya gunakan sebelum ini.



Bakul bawang yang saya gunakan itu juga sudah lama berjasa pada saya. Cuma sedikit bermasalah apabila, habuk memerangkap di bawah bakul [walaupun sudah dialas tisu]. Selain dari penggunaan bakul yang sedikit makan space. Bila sudah ditranfer ke bekas baru..nampak sedikit jimat ruang di situ. Nak ambil  bawang tidak lah menjadi masalah sebabnya bekas boleh dibuka di atas.. Nampak lebih kemas juga kan?

Maka, selesailah 2 perkara yang dah lama saya nak buat, tapi asyik tertanggu aje. Satu kerja pembersihan juga kan...? Menukarkan sesuatu barang untuk menjadikan fungsi barangan itu bertambah baik dan menjadikan keadaan baru itu sedap mata memandang.

Dengan budget yang ciput, sekadar RM20.00 keadaan ruang ini bertukar menjadi bertambah elok.

Barang lama jangan dibazirkan. Tetap saya simpan dulu sehingga satu masa nanti pasti ada gunanya. =)



29 May 2013

Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

# Ini adalah sticky post sehingga 29 May 2013. Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah. Terima kasih =)

Assalamualaikum..

Nak joint?? Klik banner..


Sejujurnya saya suka keadaan rumah yang menjadi tempat berteduh siang dan malam itu, dalam berkeadaan bersih, tersusun, terurus. Secara tidak langsung hidup saya pun menjadi tenang..nyaman.. dan emosi menjadi stabil…
 
Tak kisah lah rumah sewa aje pun.
 
Rumah sewa yang saya duduk ni, mungkin ambil masa bertahun-tahun.. jadi saya tak akan biarkan keadaan rumah seadanya saja. Biarpun perlu memperuntukkan sedikit duit bagi menjadikan rumah, bersih, tersusun dan terurus!
Rumah sewa pertama, di entry ini [Rumah Sewa Pertama] biarpun sekadar pangsapuri kos rendah, rumah yang bersf kecil..namun dengan sentiasa memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus.. ianya adalah syurga bagi kami sekeluarga selama 2 tahun.
Rumah sewa kedua, biarpun sekadar apartment mampu milik, namun dengan memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus, ianya tetap menjadi baiti jannati kami..dari Julai 2011 hingga lah kini. Alhamdulillah.. Entry berkaitan, boleh baca di sini [Bilik Sikecil Ilham Mama & Papa].
Insya Allah, jika Allah izinkan mempunyai rumah sendiri satu hari nanti, sudah pastilah keadaannya haruslah bersih, tersusun dan terurus juga. Selain baik untuk kehidup yang tenang..nyaman.. Emosi menjadi stabil, bagus juga untuk tumbesaran anak-anak. Semoga mereka membesar dalam keadaan sihat dan berkualiti.
Jom jadikan rumahku, hidupku terurus! =)

 


01 May 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO

Sticky entry hingga 01 May 2013....
Nak jengok cerita terkini...korang scroll bawah ye... tq..tq.. =)
................................................................................................................................

Assalamualaikum..

Nak joint satu GA dari Creative By Two...


Hadiah yang sangat-sangat menarik!!

Nak tahu lebih?? Jom pakat-pakat klik SINI
 
Saya tag :

Jom pakat joint!
 
 


11 January 2013

"Chipmunk & Barney : Simple Giveaway"

Assalamualaikum..

Yeayy...ada kawan baru menyinggah blog biasa-biasa saya nih.
Saya buat singgahan balik dan ketemu satu GA yang nampak best nih! hihih
Tq..

Saya joint....


Syarat-syarat yang tak susah, senang sangat nak buat..:

Buat entri bertajuk "Chipmunk & Barney : Simple Giveaway".
  1. Follow blog Chipmunkandbarney.blogspot.com dan Like SINI. [Sudah]
  2. Tag sekurang-kurangnya seorang blogger lain [tak pun takpe..]
  3. Jangan lupe untuk tinggalkan link entri anda di ruangan komen ye [Sudah]
Tarikh tutup : 14 January 2013 waktu : 11.59 malam..

Hopefully ada rezeki....... huhu.. :-)

26 November 2012

Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha

Assalamualaikum...



Alhamdulillah hari ini, saya berkesempatan untuk joint "Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha" Best! Best! Best! invitation istimewa dari tuan empunya blog lagi.............. :-)
~Terima kasih daun keladi, lain kali jemput la lagi~

Faedah penyertaan ini?

Akan dimasukkan ke dalam Bloglist Farisha dan akan berkekalan selama setahun (sehingga bulan 12/2013)

Jom lah joint....kita support sesama blogger....

30 May 2012

Pemenang 1st GA- 1 Bulan di Dunia Blogger adalah....

Salam....

Berakhir sudah Giveaway pertama saya - 1 bulan di dunia blogger. Percubaan pertama dan..
yeeeaaayyyyyy!!!!!!!! saya mendapat 4 penyertaan dari sahabat-sahabat maya saya, dan seorang sahabat separuh maya/separuh real..Cik Bib..heheh.. Terima kasih yer korang-korang... Walaupun tempat hadiah kekurang 2, takpe laaa.... Saya anggap itu lumrah dalam penganjuran GA... Tak semua orang berminat nak sertainya kan...? Hihih.

Sebagai kesimpulan, olahan entry yang diberikan oleh peserta-peserta sangat memuaskan hati saya dan en.suami, apa yang dimaksudkan di dalam entri-entri tersebut sememangnya berkaitan dengan tajuk GA ini iaitu, 1 Bulan di Dunia Blogger.

So, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta-peserta GA saya sekalian...
Setelah diteliti, dikaji, dianalisa, diperiksa, dan dibuat semakan berkali-kali bersama-sama en.suami dan ditambah sedikit gangguan dari nanak yang comel itu.... Kata sepakat telah dibuat untuk menabalkan bahawa........ jeng..jeng...jeng.........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Semua peserta GA saya adalah pemenang!!!!!! Tiada pengalah.... En.suami mengesyorkan tak yah la meletakkan nombor kepada mereka-mereka berempat atau dalam erti kata lain takyah membeza-bezakan tahap kebest-an entry mereka-mereka itu......sebab setiap entry itu mempunyai nilai yang tersendiri, ikhlas dari hati dan sanubari..... Terima kasih ye kamu-kamu semua... Saya amat menghargainya!!

Jadi, hadiah berikut ikhlas dari saya untuk kamu-kamu semua; memang berniat untuk beli hadiah nie kat Universal Studio Singapore.. Memandangkan penyertaan hanya 4 orang, so hanya 4 orang je la yang dapat....:-p  Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini......



Kepada: 


Silalah pm detail-detail kamu, Nama penuh/Alamat surat menyurat yang lengkap/no phone (Jika tidak keberatan) ke dianaeusoff@gmail.com untuk memudahkan saya mengepos hadiah tersebut. Saya tunggu....

Tengah gigih menulis entry berkaitan lawatan saya ke Universal Studio Singapore!... tunggu yeee... Sekadar untuk berkongsi cerita, pahit manis pengalaman saya ke sana....

Babai...

25 May 2012

Apabilaazambercerita 1st Giveaway - 1 Bulan di Dunia Blogger


* Ini sticky post entry.... Akan melekat sehingga 25 Mei 2012
Untuk entry yang baru sila scroll ke bawah...Terima kasih..!


Salam...

Alhamdulillah…. Genap sebulan saya berkecimpung di dalam dunia blogger..... Setiap hari “Azam” saya bercerita…. Tentang apa yang dimakan diminum, dibuat….:-) Ia umpama Diari kehidupan saya…. 

Alhamdulillah juga kerana ke”Azam”an saya semakin menebal dalam diri saya dari sehari ke sehari…. Selama sebulan saya mengawal pengambilan makanan... Syukur pada Allah, saya sudah merasai perkembangan-perkembangan positif dalam diri saya.. :-)

Sempena dengan kegembiraan ini, saya berbesar hati untuk melancarkan satu giveaway:



Dengan rasminya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan..

Tarikh mula : 11 Mei 2012  Tarikh tutup : 25 Mei 2012
Keputusan akan diumumkan pada 31 Mei 2012


Syarat-syarat WAJIB penyertaan:




 1.    Menjadi follower  blog ini.
2.    Dalam setiap entry yang dibuat mestilah:
     2.1     Banner giveaway dicopy di entry masing-masing dan di link balik ke entry ini.
     2.2     Buatkan satu entry kreatif yang simple berkenaan tajuk giveaway :
             “Apabilaazambercerita 1st Giveway-1 bulan di Dunia Blogger” 
             -Satu perenggan pun dah memadai... Kalau lebih, pun takpe..
3.    Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blog yang lain dan harap-harap biarlah mereka-mereka itu tahu..:-)
4.  Tinggalkan komen penyertaan anda di entry ini ok, beserta link ke entry itu...senang untuk saya dan en.suami buat lawatan balas nanti.....  :-)


 


Pengadilan penyertaan: 
      

1.    Saya dan en.suami yang akan mengadili penyertaan (Bolee kan..?)
2.    Entry yang paling kreatif dan menarik perhatian saya dan en.suami akan diangkat sebagai   pemenang…hoyeyyyy!!
3.    Setiap keputusan adalah muktamad…


Hadiah-hadiah menunggu kepada:



1.    Pemenang Pertama
2.    Pemenang Kedua
3.    Pemenang Ketiga
4.    Tiga (3) pemenang saguhati

Ingin tahu hadiah apa hadiah itu...nanti saya update kedian ye... Insya Allah sesuatu best dan ramai yang suka....Termasuklah saya... :-)



Tq...

23 May 2012

Lagi 2 hari...

Salam...

Lagi dua hari bermakna berakhirlah 1st GA saya.. Pada yang belum joint..kalau rasa nak joint sempat lagi nie...huhuhu Setakat ini penyertaan hanya 4 orang... Terima kasih kepada mereka-mereka ini kerana menyokong GA anjuran saya... At least, ada penyertaan daripada tak ada langsung. :-)

Mereka-mereka itu adalah :
Jom...!! Ada lagi kekosongan 2 tempat hadiah.... mana tahu kan....hadiah tersebut milik anda..? **huhu..promote! Gegege..

14 May 2012

“SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN”

Salam..

Blogwalking....blogwalking...blogwalking... akhirnya saya terjumpa satu segmen nie...yang dinamakan "Segmen Blogwalking & Follower Diari Farisha Bulan Jun" Elok jugak saya joint kan..., sebab saya pun sedang ingin menambah kenalan... Sama-sama la kita menjalinkan ukhuwwah sesama kita.. Alhamdulillah...

Nak joint macam saya, klik gambar ok :-)

Antara syarat-syarat penyertaan :
1- Wajib mempunyai blog - Saya ada!
2- Wajib menjadi follower blog Farisha - Saya sudah!
3- WAJIB buat entry di blog anda dengan tajuk “SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN” dan backlink blog anda di ruangan komen kat bawah. - Dah buat...nanti saya comment ye... :-)
4- Gambar dah copy.... Tengok kat atas!


Nota Untuk Farisha : Sila la blogwalking di blog saya menjadi follower juga...Senang-senang joint la GA saya ye.... :-)


10 May 2012

Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara

Klik untuk penyertaan...Make sure sebelum 10 Jun 2012 :-)

Hadiah pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM

Hadiah kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM

Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang


25 April 2012

FRASER’S HILL GIVEWAY @ JEMARI ASMARA

Klik untuk penyertaan

FRASER’S HILL GIVEWAY @ JEMARI ASMARA, percubaan pertama saya dalam menyertai GA. Saya amat teruja pastinya! Harap-harap ada la rezeki untuk saya mendapat FM yang sememangnya menjadi kegilaan!

Jemari Asmara juga telah memberi saya idea ke mana tempat percutian yang patut saya lawati… Ya...Fraser’s Hill! ….tq..tq..Akan saya inform en.suami nanti :-)

So,

Sebagai balasan… saya nak bagi satu idea tempat menarik untuk dilawati oleh Jemari Asmara sekeluarga :

PULAU REDANG, TERENGGANU DARUL IMAN
Credit to Mr.Google


Happy Holiday!!!

Nota “Azam” Saya   :  Checklist saye………

Syarat Wajib
-Buat entry ringkas tentang GA ini beserta banner GA dan linkkan semula ke entry ini.  –DONE!
-Nyatakan dalam entry satu cadangan tempat menarik yang harus lawati (Syarat Wajib) –DONE!

Syarat tidak wajib
-Ke wall Zefa Ibu Maryam, LIKE satu pic Pregnant Mother & Family - BELUM, Ada masa nanti saya buat ye...

-Tinggalkan link penyertaan di bahagian komen entry ini dan nyatakan sekiranya anda melaksanakan tugasan no 2 beserta nama yang digunakan di FB –DONE!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015