Showing posts with label Hari Bapa. Show all posts
Showing posts with label Hari Bapa. Show all posts

19 June 2016

Selamat hari bapa 2016

Assalamualaikum....

Selamat hari bapa untuk papa, ayah dan abah. Terima kasih sebab jadi yang terbaik untuk kami.


Mama lukis, abang Eusoff warna dan Elyass conteng..😅😅😅

Konon-konon nak buat kad untuk papa... tapi recycle guna used envelope.. sudahnya dah kemana-mana... sempat ambil gambar dan wasap saja untuk papa sempena hari bapa ini...

Sayang papa
Sayang ayah
Sayang abah

Semoga kalian panjang umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.. 

Amin....





24 June 2015

Hari bapa 2015 – Mata masuk habuk..


Assalamualaikum..

21 June 2015 [Ahad]

Seminggu sebelum tarikh hari bapa, saya dah ingatkan diri saya.. janganlah saya terlupa hari tersebut. Saya nak telefon ayah dikampung… nak ucap kat ayah “Selamat Hari Bapa” 

Ahad malam saya call ayah [kebiasaan saya memang akan call ayah belah malam], belum dapat cakap pun.. hati saya dah berdebar-debar dulu… saya takut saya tak mampu nak sorok esak tangis. [Memang saya anak yang manja..]

Saya : Ayah.. adik nak ucapkan “Selamat Hari Bapa” ke ayah.. 

Ayah :mm….

Saya : Terima kasih ayah sebab besarkan adik dari kecil sampai adik besar sekarang..

Ayah : Bila dah besar tinggal ayah jauh-jauh ork…….?

Saya : ……..

Ayah : Terima kasih adik sebab ingat..

Tak mampu dah nak bercakap lebih dah.. air mata saya gugur lebat.. Tapi saya tahan esak tangis.. saya tak nak ayah dengar, sebab ayah pun walaupun nampak bekeng/garang tapi ayah punya hati yang lembut/sensitif juga..

Dalam bertahan-tahan tu.. ayah mesti dengar suara saya dah lain.. Suara ayah pun dah lain macam…

Terus matikan talian.. sebab dua-dua pun sebak!

Saya tahu ayah tak bermaksud lain dengan ayat tu….Saya tahu ayah Redha bila suami saya melafazkan “Aku terima nikahnya……” 6 tahun lepas.. Ayah redha bila anak perempuan yang dibesarkan 25 tahun akhirnya berpindah tanggungjawab kepada suaminya pula.. Ayah redha bila anak perempuannya terpaksa mengikut suami duduk jauh darinya… Ayah sudahpun redha dengan ketentuan itu.

Ayah kata begitu sebab sayang dia pada saya tidak pernah berbelah bagi dari saya kecil sehingga lah saya dah beranak pinak kini ~~saya tahu itu..

Adik pun sayang ayah sangat-sangat! Lillahi Taala…
Adik nak jadi seorang yang berjasa pada ayah.. Insya Allah..

Hari akad nikah saya..14 March 2009

Selamat hari bapa suamiku sayang -KAMARUL AZAM BIN NASARUDIN




16 June 2013

Selamat Hari Bapa 2013

Assalamualaikum...

Tetiba rasa rindu kat ayahanda di kampung. Walaupun sudah menjadi kewajiban tiap-tiap malam menelefon ayah bertanyakan khabar.. rindu ini tetap bertamu di hati. Rasa rindu meronta-ronta untuk bersama-sama ayah tika usianya makin lanjut di mamah usia.

Ya Allah kau peliharakanlah ayah tersayang, murahkan lah rezekinya, sihatkanlah tubuh badannya, permudahkan segala urusan hidupnya... Kau rahmatilah, Kau berkatilah hidup ayah....

Adik sayangkan ayah sangat-sangat!



Tidak dilupa ayah mertua juga. Semoga sentiasa dipayungi rahmat kesejahteraan hidup, diberikan kesihatan berpanjangan, rezeki yang sentiasa dimurahkan Allah, dipermudahkan segala urusan hidupnya.

Na sayangkan abah!


Buat en.suami, Selamat hari bapa.. Terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik untuk nanak kita, Khilfi Eusoff.

Kami sayang papa selamanya...



AYAH
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan 
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan


Tak dapatku bayangkan hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau  curahkan
Tersemat di hati.




17 June 2012

17 June 2012 -Selamat Hari Bapa..

Hari Bapa tahun nie saya agak-agak terlepas pandang... Iklan-iklan mengenai sambutan Hari Bapa pun macam kurang aje... Errkk.. ker saya yang kurang tengok tv... Semenjak dua menjak nie asyik melayan Mr. Noddy ajee ngan nanak... Saya memang maklum yang bulan Julai merupakan hari bapa.., cuma tidak tahu berapa hb nye. So hasil pencarian di google.. 17 hb merupakan Hari Bapa (Ahad)...fuhhh...mujur masih tak terlewat untuk saya menelefon ayah nak ucap selamat hari bapa... :-)

**********************************************************************
Saya tepon ayah awal sehari sebelum Hari Bapa..

Saya : Selamat Hari Bapa ayah...
Ayah : Ayah dok sambut Hari Bapa... Sambut hari "ayah" je...
(Rupanya ayah buat lawak..kekekke)
Saya : Hehhehe...ok... Selamat Hari Ayah ayah...

Senyap....sambil dengar ayah cam gelak-gelak malu dihujung talian.. :-)
Itu lah ayah saya..., seorang yang pemalu sebenarnya... Lagi-lagi kalau ucapan khusus yang memang ditujukan khas untuk beliau, cam hari jadi ke..? Hari bapa..dll..

Selama 28 tahun saya hidup, amat bermakna dengan kehadiran seorang "ayah" yang sangat berjasa ini... Memang ayah sedikit garang dalam membesarkan anak-anak, tapi disebalik kegarangan beliau itu ada juga perasaan kasih dan sayang yang tak berbelah bagi.. (hikikhik..dalam hati ada taman gitu..) Saya sayang ayah saya kerana Allah..



**********************************************************************

Untuk bapa mertua, tak berkesempatan untuk call...tapi dalam hati kecil saya tetap mengahrgai jasa-jasa beliau. Sepanjang saya mengenali abah,abah seorang yang kuat semangatnya, cekal dalam mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak, sehinggalah berjaya kini. Alhamdulillah Allah memberkati hasil usaha seorang abah...

Terima kasih abah... atas jasa dan pengorbanan abah. Selamat hari bapa abah....


*************************************************************************

Untuk en.suami, Selamat Hari Bapa mama tujukan kepada papa.. Kalau papa baca entry mama nie, mesti papa senyum sampai telinga kan...? :-)

Chop!! Chop!! Chop!! Mesti terdetik dalam hati papa, kat rumah boleh ucap..nape nak kene tulis entry bagai kan.... Heheheehhe.. Betul kan papa fikir ini....??
Mama tulis entry khas untuk lelaki-lelaki kesayangan mama... Papa antara yang bertuah itu..hhehehe...

I love you papa....hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana menjadi suami, sahabat dan seorang pendengar setia kepada setiap rintihan mama. Terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik buat nanak yang comel itu, Eusoff... Terima kasih atas segala-galanya.

I love you untill the end.. "Selamat Hari Bapa"..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015