Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

13 September 2016

Salam Aidiladha 1437H

Assalamualaikum...



Alhamdulillah....diizin lagi menikmati hari raya Aidiladha untuk kesekian kalinya dalam hidup kami sekeluarga. Walaupun begitu masih tidak diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah korban. Insya Allah satu masa nanti jika diberi rezeki lebih oleh Allah.. Insya Allah..

Kami beraya di kampung Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah berkesempatan bersolat hari raya.. ziarah kubur emak mertua dan balik ke kampung Temau ziarah sanak saudara sambil-sambil merasa daging lembu korban di sana. Seperti biasa, juadah hari raya memang terbaik. Kenyang perut suka hati la abang Eusoff dan Elyass.

Petang raya terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Tak pernah lagi merasa raya balik secepat ni, dan apa yang best tiada kesesakan di lebuhraya langsung berbanding sewaktu balik kampung hari Sabtu sebelumnya. Kesesakan di mana-mana saja..

Ralatnya, hari raya Aidiladha.. sekeping gambar pun tak ade. Telefon mama tertinggal di KL dan hp papa tak ada bateri manjang.... nasib laa..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H dari kami sekeluarga @ apabilaazambercerita.







02 October 2015

Salam Aidiladha 1436H :: Aqiqah & Arwah :: Birthday & Pertunangan

Assalamualaikum…

Entry yang akan cover semua cerita aktiviti di Aidiladha kami..

Berakhirlah sudah Aidiladha..

Alhamdulillah, segala perancangan berlangsung sempurna seperti yang dirancang.

Selesai sudah tanggungjawab papa dan mama mengaqiqahkan Kashfi Elyass. Memang tak berkesempatan bawa Elyass melihat sendiri lembu aqiqahnya (tak perlu pun sebenarnya), walaupun itu sebenarnya yang dihajati pada awalnya.

Pok Usu sempat ambil beberapa keping gambar kandid sebagai catitan memori. Saya letakkan disini. Untuk diulang baca dan tengok nanti. Gambar lembu adalah takde. Yang ada gambar papa Eusoff Elyass pegang kaki lembu aje.. hihi.. boleh la..





Alhamdulillah… terlaksana juga niat saya untuk berikan pulut kuning bersama-sama gulai daging aqiqah.



Perancangan sambutan birthday abang Eusoff pun berlangsung meriah walaupun dalam ala kadar sahaja. Cukup lah… melunaskan hajat si abang untuk sambut birthdaynya beramai-ramai. 

Alhamdulillah, senyuman abang melebar je sepanjang acara bermula sehingga la selesai.

Syukurnya mama rasa, bila segala usaha dan tenaga mama menyediakan semua persediaan birthday abang, dibalas dengan senyuman teruja abang, senyuman kegembiraan abang.


Pertunangan anak saudara saya yang paling sulong pun, berkesempatan kami hadiri. Lokasinya di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

Paling teruja, bila diberi kepercayaan untuk menggubah hantaran pertunangan dia. Sekadar termampu sahaja.. harap tuan punya badan berkenan la hendaknya…

Selamat menempuh alam pertunangan Amer & Na. Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.



Alhamdulillah, tahlil arwah untuk emak pun berjalan seperti yang kami harapkan. Semoga hadiah bacaan tahlil dan doa-doa tersebut sampai kepada arwah emak. Insya Allah..

"Ya Allah... Sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami kepada roh ibuku Fatimah Binti Senik. Ya allah.. ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu; wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang"

Amin..

Itu je lah sedikit sebanyak cerita Aidiladha saya sekeluarga.

Dalam kemeriahan setiap aktiviti.. dalam hati senantiasa rindukan arwah emak. 
Al-Fatihah untukmu emak..



19 October 2013

Bacaan Yassin bersempena bulan kelahiran - Oct 2013

Assalamualaikum...

Nak bercerita perihal balik bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bebaru ni. Kurang bermakna rasanya Hari Raya  Aidiladha tanpa  ada sorang pun dalam  keluarga  yang bekorban lembu, kerbau, kambing, biri-biri mahupun ayam sekalipun. Kebetulan pula tiada yang bekorban... jadinya raya kami, ada aktiviti lain yang telah dirancang. 

Balik dari sembahyang  raya, biasanya  sudah sibuk ke  tempat penyembelihan  bagi kaum lelaki.  Tapi kali ini balik dari sembahyang raya, kami adik  beradik, anak-anak saudara, menapak beramai-ramai ke  pusara bonda/atok. Ramai-ramai bacakan Yassin untuk  arwah emak/atok tersayang, bersempena bulan kelahiran arwah Oktober 2013



Ada sendu  di  hati kami tika mengunjungi  pusara arwah. Makin lama arwah meninggalkan kami,  terasa makin hijau rasa  rindu kami padanya. Bila membayangkan wajah dan senyuman emak, terasa  baru semalam  mengucup lembut kedua-dua pipinya.. mendakap erat tubuh emak.



Biarpun sudah 1 tahun 1 bulan arwah emak meninggalkan kami, ingatan cucu-cucu pada arwah tak pernah kurang. Kadang saya suka bercerita tentang betapa atok amat sayangkan cucu-cucunya. Betapa atok amat merindui cucu-cucunya sewaktu hayatnya, betapa atok menunggu kepulangan cucu-cucu setiap kali  hujung minggu. Betapa dulu atok cuba untuk menjadi pelindung kepada cucu-cucu tika dimarah ibu ayah sendiri.

Setiap kali bercerita ada esak tangis yang buat saya sendiri pun  berderai air mata. 


Angah, Adam Mukhriz [Baju melayu biru] yang dulu jika buat perangai.. hanya  atok lah yang mampu memujuk. Angah pasti tewas dengan pujukan atok. Sewaktu atok menghembuskan nafas terakhir, angah seolah hilang "teman".. Sampai  ke  hari ini pun, tiap kali ke pusara atok, angah wajib mengalirkan air mata. 



Tika arwah emak pergi, si kecil ini berumur 1 tahun 11 bulan. Jarang sangat berjumpa arwah atok. Setahun boleh kira dengan jari sebelah sahaja balik kampung Terengganu. Balik pun Eusoff jual mahal sungguh dengan atok dan aki. Tapi setiap malam memang Eusoff akan dapat dengar suara atok dan aki bercakap dengan dia melaui telefon.. setiap malam....

Surprise nya kami...  Khilfi Eusoff masih mengenali  arwah emak apabila ditunjukkan gambar arwah.. Bila ditanya ini siapa......

"Atok" jawabnya... =)

Harap kenangan Khilfi Eusoff bersama atok walaupun sekejap  cuma, akan sentiasa terpahat kukuh di memori ingatannya.. Insya Allah..

Teringat sewaktu bercakap  dengan arwah emak sebelum beberapa  saat arwah koma...

"Malam ni  janji, adik telefon emak  ya.... Emak  nak  cakap dengan Eusoff.. Emak  rasa rindu  sangat  pada Eusoff.. Janji ye malam ni telefon mak" =(

Tak sempat saya nak tunaikan janji..

Rasa rindu pada arwah  saya abadikan  di sini : Emak dalam kenangan

Al-Fatihah..



11 October 2013

Salam Aidiladha 1434 Hijrah

Assalamualaikum...

Ini entry auto publish..

Sekarang  ni saya  dah dalam perjalanan  balik  kampung.. hohohoho balik kampung, hati riang!!!Semoga perjalanan pergi dan balik kami  sekeluarga di  rahmati  Allah. Insya Allah..

Sebelum tu rasanya tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Salam  Aidiladha kepada seluruh rakan blogger  yang beragama  Islam. Selamat  berkorban  kepada yang melaksanakan  ibadat korban ye..  Untuk tahun ini saya tidak  berkesempatan.  Insya Allah ada rezeki lebih  tahun  depan pun  boleh kan..

Selain  dari menyambut Hari  Raya Aidiladha  1434H ini... ada 2 event kecil-kecilan yang bakal dilaksana kat kampung nanti. Dua-dua event pun  saya yang organize... semoga running  smoothly lah  hendaknya.


Event yang sama pernah dibuat sebelum ni mengumpulkan anak menantu serta cucu-cucu semua, ke pusara arwah emak tersayang. Buat bacaan yassin beramai-ramai serta bergotong royong membersihkan pusara. Untuk kali ini, diadakan bacaan Yassin bersempena bulan kelahiran arwah -October. Disamping  dikesempatan itu juga boleh lah dibuat gotong royong membersihkan pusara juga.

Biarpun arwah sudah tiada di dunia ini.. ingatan kepada arwah emak/atok takkan hilang hingga bila-bila. Jika sekali-sekala balik dan event sebegini dibuat, mudah-mudahan menjadi tauladan untuk cucu cicit akan datang, menjadikan amalan ini  berterusan sampai bila-bila. Walaupun masa itu nanti  emak saudara,  bapa saudara mereka ini pun sudah tiada lagi. 

Alhamdulillah...ramai anak, cucu yang nak joint.

Dan juga event ini... =)


Event birthday yang simple-simple sahaja  tapi  saya mahukan kenangan sambutan birthday Eusoff untuk tahun yang ke-3 ini meninggalkan memori yang paling best dalam hidup nanak.
Semoga segala perancangan berlangsung dengan  jayanya... Insya Allah...

Kang nanti, lepas2 event saya cerita pasal persediaan sambutan birthday ini... tentang diy, keras tangan  saya tu... pendek kata  tentang  semua lah! Insya Allah.

Sekali lagi..
SELAMAT MENYAMBUT  HARI RAYA AIDILADHA  1434H.
"Semoga setiap pengorbanan ke jalan Allah akan diberkati dan dirahmati"

Ikhlas dari kami,
AzamDianaEusoff 



30 October 2012

Hidangan saya di Aidiladha...

Assalamualaikum...

Dah berlalu Hari Raya Aidiladha... Alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik kampung selamat...walaupun terpaksa berhadapan dengan jem yang sangat teruk... Balik ke Raub yang kebiasaannya hanya 2 jam, tapi terpaksa kami harungi perjalanan selama 4 1/2 jam.. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Batu Caves, hanya mengambil masa lebih kurang 4 1/2 - 5 jam... terpaksa kami harungi selama 12 1/2 jam... :-/ Penat sangat...sampaikan terpaksa saya dan en.suami ambil emergency leave untuk hari Isnin baru ni gara-gara mengantuk dan penat yang tak tertahan. Sabo je laa..

Apa menu saja di Aidiladha...?
Tadaaa......

Gulai ikan tongkol

Ayam masak merah

Acar timun

Nasi minyak

Lemang, Beli..

Ketupat Daun Palas..Beli jugak..

Rendang ayam..ni pon beli..

Sila jangan tergoda dengan gambar ye.....sebab rasanya indah khabar dari rupa :-p
Macam tak berapa menjadi...erkk..atau senang cerita.. memang tak menjadi kot.. :-(

Sedih tau sebab biasanya saya akan call arwah emak bertanya pasal nak masak-masak ni.. Tapi bila emak dah tak ada... terpaksalah saya call, call dan call.. satu-satunya kakak yang saya ada.. . Mujur la kakak saya layan je call saya...

En.suami kata dah sedap dah... tapi hati kecil saya tetap kata tak berapa nak menjadi..... Sebab en.suami suka menjaga hati..Seboleh-bolehnya tak nak hati saya terusik..lagi-lagi bab masak-masak ni..

Tetiba teringat, nasi minyak yang saya buat untuk berbuka puasa Ramadhan lepas... memang 100% emak yang ajarkan melalui telefon...[sabarnye arwah melayan call saya start dari mula masak, sampai la siap masak]. Dan rasanya....sedap!! Saya akuinya.... [bukan nak memuji... tapi tu la berkat emak ajarkan, rasanya sedap sungguh! Siap bagi jiran sikit untuk berbuka puasa... Entrynya : Pencapaian yang terbaik setakat ini..berkat Ramadhan. :-)

Nanak yang memang akan mendahului acara makan-makan..
Hari raya ke-2 saya balik kampung Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah majlis arwah emak berlangsung sempurna.. Masak-masak gotong royong adik beradik sahaja.... Alhamdulillah sedap.... Semoga majlis tahlil arwah ini sampai untuk arwah di sana. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap apa yang kami lakukan untuk arwah emak, Insya Allah...


Kerinduan pada emak dan ayah sangat menjadi-jadi sebelum tidur malam tadi, menitik juga air mata ini.... :-( Al-Fatihah untuk arwah emak & arwah emak mertua... Amin..



25 October 2012

Salam Aidiladha 1433H

Assalamualaikum...

Yeayy..yeayy..esok raya!

Photo Kredit to I Luv Islam.Com

Tapi raya korban tahun nie tak lengkap tanpa emak yang tersayang. Apa-apapun... ayah tetap ada menunggu kepulangan kami, anak-anaknya di kampung....

Tahun nie mengikut aturan raya,  saya beraya di Raub, Pahang Darul Makmur [kampung en.suami].

Cuma yang menjadi persoalan sekarang... apa ye menu saya nak masak pagi raya esok..? hahahha..berat betul persoalan itu kan? :-) Dah godek-godek banyak blog tukang masak ari niih..mau mencari resepi yang sesuai untuk dijamah dipagi Hari Raya Aidiladha... finally dapat satu menu, dan dah buat kerahan tenaga pun kat En.suami soh pergi beli.. [en.suami half day, so boleh ler tolong cik isterinya kan...:-) Luv you..]

Semenjak arwah emak tak ada [emak en.suami], bab masak memasak ni memang terpikul di bahu saya. Ye la.. dah 5 orang dalam keluarga, saya seorang sahaja bunganya...yang  lain semua kumbang-kumbang.... Mujur en.suami suka membantu bila saya kat dapur. Entah lah... selera abah susah nak agak..ada masa, apa yang saya masak bertambah-tambah.. Ada masa, cukup sekali makan je.. bila tanya nak tambah lagi..abah jawab sudah... ok, kalo camtu bermakna apa yang dimasak tidak kena selera la tu...

Sebab tu terasa cam mencabar betul bila fikir apa nak masak raya ni.. [esok le tu..]...hihih sebab saya tak pakar dalam bidang tu, apatah lagi nak mereka-reka makanan baru... kita tunggu je lah apa yang jadi.... Harap-harap apa yang saya plan ini, berjaya menyelerakan en.suami, abah, adik dan si nanak kecil, Khilfi Eusoff.. Insya Allah..

Raya ke-2 saya balik Terengganu Darul Iman. Ada kenduri arwah untuk arwah emak saya.
First time untuk balik dan tiada emak untuk sambut kepulangan kami sekeluarga.. :-(
Saya dah tahu saya bakal akan sedih sebab perkara pertama yang akan saya buat bila balik kampung, adalah peluk emak erat-erat..dan cium kedua belah pipinya. Semua itu tiada lagi.....

Apa-apa pun, ayah masih ada... Ayah juga akan menunggu kepulangan kami...peluk cium akan diberikan istimewa untuk ayah tercinta.... Alhamdulillah sehingga saat ini, Allah masih memberikan kami anak-anak nikmat mempunyai seorang ayah, walaupun kami tahu satu hari nanti Allah juga akan mengambil ayah pergi jua.. [tak sanggup nak menghadapi saat itu nanti]
Tetiba terasa rindu jugak kat ayah... Tak sabar nak menunggu hari raya ke-2...

Emak... rindunya... Al-Fatihah untukmu...

Salam Aidiladha untuk semua kawan-kawan blogger! Selamat balik kampung juga!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015