Showing posts with label Kashfi Elyass. Show all posts
Showing posts with label Kashfi Elyass. Show all posts

19 February 2017

Hero no 1 & 2

Assalamualaikum...

Sepanjang minggu peram anak-anak di rumah especially Elyass.. Abang Eusoff dari pagi sampai ke petang, sibuk bersekolah.. memang masa dia banyak duk luar rumah dah..

So, weekend kali ni.. habis je mama settle-settle kerja design... papa pelawa kami jalan-jalan. Dekat-dekat je papa kata.. masuk kl Jam.. jadi hindari la ke sana katanya.

Kashfi Elyass seronok bukan main nak jalan-jalan. Khilfi Eusoff minta duduk rumah je.. nak tengok tv. Boring katanya jalan-jalan.. Hari biasa masa banyak dihabiskan duduk luar rumah kan.. jadi weekend ni dia mintak duk rumah je😅😅

2 anak, 2 perangai..

Keluar la juga kami... mama pun dah boring duduk rumah mengadap design je.. jadi hari minggu masa untuk cuci-cuci mata le...

Nah.. sekeping gambar dua beradik.

I'am hero no. 1 - Khilfi Eusoff
I'am hero no. 2 - Kashfi Elyass


Baju mama designkan khas untuk anak-anak terchinta.. 😍😍

Jenguk-jenguk la fb : Nordianah Alias sesambil cuci-cuci mata.. Lagi afdol.. add friend la sekali yee.. nanti kite approved! Hiii..

11 February 2017

Sibuk sangat di Anak Pok Yah Kreatif.. blog sunyi dan sepi :(

Assalamualaikum...

Allahuakbar.. terabai rase blog kecil cerita anak-anak ni.. bilamana mama banyak habiskan masa di fb: Nordianah Alias (Anak Pok Yah Kreatif) Kat sana pun selain berniaga kecil-kecilan promot apa yang ada... terselit juga cerita anak-anak dalam ruangan;

Inspirasi Mama
===========

Ada ke pembaca blog kecil saya ni.. Kalau la ada.. leh la add fb saya tu..hihihi.. Leh baca kisah abang Eusoff dan Elyass di sana juga.. :) sesambil cuci mata tengok barang jualan sayeee... hiihii

Abang Eusoff dah masuk bulan ke dua bersekolah darjah 1.
Elyass dah masuk tahun ke-3 hidup dia.. Bulan 8 genap lah 3 tahun.

Banyak cerita anak-anak yang tak sempat tulis disini. Sedih sungguh rasanya... :(
Macam mana nak mengimbau memori nanti kalau tak bercerita di sini? Insya Allah mama kena ambil juga sikit masa dalam kesibukan berniaga/mendesign. Ye... Insya Allah.. Insya Allah..

Nah untuk kenangan, tempek sini gambar dua beradik satu sorang. Pengubat duka dan lara mama... :)





19 January 2017

Bila mereka dan besar, berwrestling pulak dah..

Assalamualaikum...

Sekali datang rasa tak best pulak nak simpan gambar-gambar macam ni kat sini..😐 Tapi sebagai sebahagian dari kenangan pembesaran dua beradik ni... abang Eusoff dan Elyass.. mama gagahkan diri tepek je gambar Elyass gaya ni.

Tapi jangan salah faham tauuuu... ini bukan la penderaan ke apa..😅

Dah namanya dua-dua pun hero tak nak kalah... ending dia yang kecik la selalu mendapat lebih. Abang pun dapat juga.. sama-sama dapat je sebenarnya.. 😯 

Tapi kali ni adik tewas habis!! Tapi tetap control macho je walau muka dah calar balar.. Tetap menten hensem dan konfident biar calar balar tu berdarah pun! Takde nya dia nak report kat mama bagi tahu abang buat atau sakit ke.. 

Abang Eusoff?
Kena marah gak sedas dua..😔 biar jadi pengajaran untuk dia. 





Hmmmm... bila anak-anak dah besarr....
Uncontrol dah rasanya...😥 lagi-lagi bila mama dah settle-settlekan dorang dan mama dan dalam mood mendesign depan komputer.

Allah..permudahkan lah membesarkan 2 hero ini.. Amin....

22 December 2016

Anak Pok Yah Kreatif VS abang Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum..

Seminggu lebih mama Eusoff Elyass berniaga design secara terus melalui online.. (sebelum ini hanya offline).. di bawah jenama "Anak Pok Yah Kreatif" sehingga tak menyempat nak mengupdate cerita anak-anak di blog kesayangan ni. 


Masih tak cekap nak membahagikan masa antara kerja, anak-anak dan rumah tangga..😅 berniaga online luar biasa sangat permintaannya berbanding offline.. Alhamdulillah..

Orang kata baru-baru memang macam ni kan.. lama-lama insya Allah... reti la nak bahagi masa nanti!

Jadual cuti sekolah abang Eusoff masih berjalan seperti yang dijadualkan.. cumanya... ada hari-hari ada benda mama kena skip siang, malam nanti baru mama boleh ajarkan..., masa tengok tv kadang mama baik hati pulak bagi lebihan masa...😂😂😂 Memang seronokkk la dia.... kikiki

Takpe la.. asalkan mama dan anak-anak masih dilandasan yang betul😂😂 kerja mama jalan, anak-anak tidak terabai.

Petang-petang ni keluar office sekejap.. segarkan mata.. selepas sepagi duduk di depan komputer. Lega sikit rasa mata. 


Tengok abang Eusoff dan Elyass ni.... bila bawa jalan-jalan semua pun mentido. Bila duk rumah mana reti mengantuk pulak.. Masa tidur siang, 2.30 - 4.30... mata tetap butang, walau dalam gelap pun.. anak...oo anak..

Free-free jenguk la fb mama Eusoff Elyass ye..? Search je.. Nordianah Alias..

Kot la berkenan nak order apa-apa..😆








13 December 2016

Eusoff & Elyass @ Zoo Negara Malaysia

Assalamualaikum...

Cuti di hari Selasa, bersempena cuti ganti birthday Sultan Selangor semalam.. bawa anak-anak ke Zoo Negara Malaysia. Abang Eusoff sangat excited!! sampai ajak breakfast dulu pun.. dia kata.. "takpe la mama.. takpe.." biasanya makan lagi penting dari hal lain..

10 minit dari rumah.. 9.30am kami dah sampai zoo. Tak ramai orang, beli tiket pun tak yah beratur panjang. Mungkin sebab masih awal..

Abang Eusoff excited nak bergambar.. dan Elyass macam masuk tempat menakutkan.. nak berdukung je sebab takut.😅
Teringat zaman Eusoff kecil dulu.. copy paste je perangai..




Masuk-masuk dipelawa bergambar.. ambik la beberapa keping.. anak-anak takut yang ada panda (maskot panda) ambil yang berlatar belakang pokok buluh merimbun dengan gambar panda jee la.. cantikkk gambarnya... terpengaruh, beli juga sekeping gambar dengan frame +  free gift fridge magnetic dan keychain. Berbaloi  dah dengan harga rm45.00. Anak-anak suka, mama papa gembira😄



Sebelum jalan-jalan.. isi perut anak-anak duluan laa.. nanti buat perangai sebab lapar.. tapi malangnya menu breakfast sini takde nasi. Mujur abang mood sangat baik.. makan nugget, fries, dan jagung saja pun ok.. janji nanti nak tengok show katanya..



Lepas makan... terus ke Zoo Negara Show Amphitheatre.. kene la menunggu setengah jam sebelum pukul 11.00 pagi. Tak keruan abang Eusoff selagi tak duduk mengadap tempat show ni... takpe la tunggu je, jangan anak-anak buat perangai sudah..haru nanti😅 sesambil tu.. boleh la take picture kann..





Show bermula, abang Eusoff tak senang duduk.. excited sangat. Tepuk-tepuk tangan selesai setiap animals buat show.. paling dia tak sabar-sabar tunggu show sea lion. Comel sangat rasenye binatang itu. Comel dan pandaiii..👍


Lepas tu jalan-jalan lagi mencari animals yang abang nak tengok sangat-sangat. Elephant dan panda... animals lain.. tengok sambil lalu je... 



Sebelum keluar beli la sikit buah tangan untuk anak-anak.. upah sebab behave sangat..


9.30 pagi - 2.30 petang, tanpa makan nasi.. dan emosi abang Eusoff dan Elyass masih 👍

Itu lah cerita setengah hari anak-anak di Zoo Negara Malaysia..☺ (macam karangan UPSR dah rasanyee..😆 hehe)


10 December 2016

Playground, Restoran Golek-Golek & kek Secret Recipe

Assalamulaikum...

06 Disember 2016-Selasa

Hari keboringan melampau anak-anak di rumah. Tiap masa abang Eusoff tanya mama.. "petang ni kite nak jalan mana mama?" Kesian anak-anak.. Mama tak pulak rasa boring sebab banyak kerja design yang nak kena hadap.

Abang Eusoff request nak ke playground. Boleh la.. boleh la... petang tu mama papa bawa anak-anak ke playground, jauh sikit la dari rumah. Takpe la janji anak-anak happy. Berpeluh sakan berlari sana sini, panjat sana sini, gelongsor sana sini. Sepertinya dunia ini ana yang punya!



Papa kata harini papa nak bawak makan tempat best-best.. mama pilih je.. Ish tak reti la nak request-request.. mana-mana pun boleh asalkan tempat makan tu nanti ada nasi goreng pattaya.. (favourite abang Eusoff). Papa bawak pergi Restoran Golek-Golek, restoran yang berkonsepkan suasana kampung yang terletak di Pinggiran Lebuhraya MRR2 di Gombak. Ekslusif restorannya..tapi..tapi nasi goreng pattaya tak dop.. Satu hal nak memujuk si abang Eusoff yang awal-awal dah berdrama bila tahu nasi kegemaran dia tak de. Mujur lama-lama ok dah.. Makan je pun nasi putih, telur dadar dan sup ayam dia malam tu.



Sewaktu nak turun dari Restoran Golek-Golek dengan laluan yang super mencabar tu... terasa peperti nak menjunam kerereta ke bawah.. owh... mama is gementar siap peluk anak-anak kemas-kemas sambil pejam mata kottt..kiki, abang Eusoff sempat request nak makan coklat cake la pulak.. Kesian tak dapat nasi goreng pattaya.. jadi papa kata "boleh la kalau nakkk...." papa u-turn ke Secret Recipe, Taman Melati mencari coklat cake abang. Package mama dan Elyass juga dapat sekali la.. tak leh beza-bezakan kasih sayang kata papa..


Begitulah berlalunya sepetang dalam hidup abang Eusoff dan Elyass. Cerita yang pasti meninggalkan nostalgia dalam hidup mereka bersama papa dan mama diusia kanak-kanak mereka.




07 December 2016

Kerja mama & jadual anak-anak

Assalamualaikum...

Update cepat-cepat sementara sempat.

Sehari dua ni mama sibuk dengan kerja-kerja design.. Alhamdulillah... Mama cuba tidak abaikan anak-anak dengan jadual harian mereka.. tetap cuba mengikut jadual.. cuma ada la terbabas sikit sini-sana.. Masa terpanjang, terpendek.. 

Tapi takpe mama dan abang Eusoff masih di landasan yang betul...😂

Untuk Sabtu dan Ahad baru ni memang beri kelonggaran untuk abang.. tak yah ikut jadual.. tapi tetap kena solat, ngaji, reading, colouring dan lain-lain yang mama fikir perlu disamping masa terbanyak abang adalah tengok tv..😅

Sekarang mama masuk ofis dulu ye..siapkan mana yang sempat cepat-cepat.. Elyass jap lagi bosan dah main, mesti cari mama nak dukung, nak itu nak ini.....



Anak-anak pula dengan aktiviti di bilik mereka. Sekarang waktu main mainan.. (11.00 - 01.00) dan ikut la apa yang mereka nak buat. Bilik dah seperti tongkang pecah dah punnnn... takpe.. mama siap kerja kang kita kemas sama-sama..





Bismillah.... 

02 December 2016

Sedap tidur Eusoff & Elyass..sejuk..

Assalamualaikum...

Semalam hujan lebat sangat.. rasanya hujan sampai ke pagi.. dah nak cerah bumi baru la berhenti.. Tidur dalam kesejukan.. nikmat sungguh rasa. Kalau tak, malam-malam biasa.. sejuk kami dengan bantuan aircond je.

Sedap tidur abang Eusoff dan Elyass. 
Gambar diambil waktu 6.30 pagi tadi. Cuaca sejuk, tidur peluk adik.. sangat nikmat kan bang? heheh


Selamat memulakan rutin untuk 02 Disember 2016 kepada semua pembaca blog kecil kami. Menghimpunkan cerita-cerita kenangan membesarkan anak-anak. 

Semoga segala urusan kalian dan urusan abang Eusoff mengikut jadual yang dah mama tetapkan 😊 berjalan lancar.. Amin!


28 November 2016

Nasi goreng kicap + pat

Assalamualaikum...

Harini abang Eusoff ke sekolah.. memanfaatkan masa-masa terakhir bersama teacher dan kawan-kawan yang ada. Tak lama dah.. 3 hari ni je.

Sebab untuk Disember, mama papa decide untuk tidak menghantar dah abang ke sekolah. Jadual cuti sekolah mama dah atur.... harap abang mudah la mengikut jadual tu.. 😅

Elyass seperti biasa, pepagi dah minta mor, tapi terputus pulak stok mor kali ni.. papa lupa nak beli.. dah mengamuk seround pun.. pepagi dah buat perangai yeee...

Mama biarkan je.. sesambil buat nasi goreng kicap + pat untuk menggantikan mor. Tetiba senyap jeee.. tengok-tengok elok menunggu mama masak kat pintu dapur. Siap hidang atas meja merah... terus duduk ngadap nasi. Lupa dah ke mor dia..😂😂



Menu sangat senang untuk dak kecik. Berselera Elyass makan.. tapi tak habis pun, banyak sangat agaknya nasi.. tapi pat habis licin..✌

Kekadang rasa kejam bila tak memujuk.. tapi kalo dipujuk makin melarat pulak dia mengamuk. Jadi lately ni mama biarkan dia mengamuk puas-puas dan lelama bila dah reda, baru mama peluk cium..

Tak sure la elok atau tak cara macam ni..😌





21 November 2016

Sarapan pagi ayam goreng

Assalamualaikum....

Lama tak bercerita Elyass di meja merah..😊

Dua, tiga minggu ni.. Elyass macam tak berselera dengan nasi. Kalau bagi nasi dengan ayam dan pat (telur), semua habis..kecuali nasi je tak luak sangat. Entah la kenapa.. kalu disuap, dia muntahkan balik.

Tak bimbang sangat pun, sebab menda lain..semua pun dia makan je. Confirm dia memang kenyang tu!

Sekarang favourite Elyass ayam goreng. Dapat seketul peha ayam.. senyap sunyi dia mengadap tak pandang kiri kanan.. sampai licin tinggal tulang.

Arini papa belikan nasi lemak lauk ayam seketul. Ayam habis licin.. tapi nasik tak luak langsung.. Dia ngeleng bila beri ayam dan nasi. "Nanak tuu" sambil ngeleng-ngeleng tunjuk kat nasi.

Elyass di meja merah breakfast peha ayam seketul. 




18 November 2016

Ubat cacing untuk Elyass!

Assalamualaikum...

Usia Kashfi Elyass sudah menginjak 2 tahun 3 bulan. Masa untuk makan ubat cacing!! Nyaris-nyaris terlupa nak berikan Elyass ubat cacing ni. Malam tadi ke farmasi cari ubat mama, tetiba terpandang pula ubat cacing ni.. terus ambil satu!


Bahaya kalau tak membendung perihal jangkitan cacing ni sebab ia adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

Elyass pula sekarang ni memang tengah aktif.... waktu makan kalau mama papa terlepas pandang, terus ambil makanan cepat-cepat masuk mulut.. tanpa sempat mama papa hantar dia ke singki basuh tangan dulu. Makanan yang makan beli diluar pun, bimbang tak dimasak sempurna.. dan macam-macam lagi la yang boleh menyebabkan kewujudan cacing dalam badan anak-anak kecil ni.

Antara simpton-simpton yang disebabkan oleh cacing dalam tubuh:

-Pucat akibat anaemia (kekurangan darah merah)
-Cepat rasa lemah dan letih
-Kurang selera makan
-Abdomen kembung (Perut)
-Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur

Bila di kaji dan perhalusi simpton-simpton di atas... Alhamdulillah..Elyass takde lagi simpton-simpton tersebut. Jadi elok lah mencegah dari mengubati kan.

Makan le dulu ubat ni ye Elyass... Insya Allah sihat..


Waktu beli ubat malam tadi, memang tengah mendukung Elyass. Dia tengok je mama tengah pilih ubat cacing. Ada dua pilihan... antara syrup dan tablet. Saya ambil tablet sebab dah plan konon-konon itu adalah "gula-gula".. Sebab Elyass makin susah nak makan ubat sekarang ni.

Tanya dia, "Eyash nak gula-gula..?"

Terus dia jawab, "Nak..." dan ambil kotak kat tangan mama.. Masuk kereta terus tunjuk kat abang Eusoff dia ada gula-gula. Satu hal nak terangkan kat abang Eusoff pasal "gula-gula" Elyass tu. Dalam kereta abang joint sekali bagitahu Elyass, "gula-gula tu sedap adik...." hihi

Sampai rumah, Elyass terus minta nak makan...




Alhamdulillah.. memang abis sebiji "gula-gula" dia gigit dan kemam. Mudah sungguh makan ubat kali ni...hihihi

Bila tanya sedap tak?
Dia senyum dan angguk... :) apa taknya.. perisa pisang dan vanilla, tentu la sedap..



15 November 2016

Angkut bekas "mor" dah pepagi..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Selasa!!!!!!


Kawan-kawan mama semua dah breakfast?

Elyass tengah breakfast ni.... favourite tiap-tiap pagi adalah mintak.. "mor"

Owh..sebelum ni pun pernah cerita pasal "mor" ni.. rajin-rajin jom la baca..😊

Mor..mor..? Apa tuuuuu???


Pagi-pagi dah masuk dapur mengangkut bekas bagi mama tolong ambilkan.. mama baru lepas vacum karpet sapu lantai rumah la sayang oiii..hehe

Kerja vacum/sapu sehari berkali-kali! Setiap masa pun dak kecik ni nak mengemor jadi berabuk di mana-mana pun.. mama kena rajin la.. kalau datang mood malas.. kena tahan la habuk-habuk "mor" kat carpet ngan lantai tuuu....


Cedapnya "mor".. tak dapat nasi pun takpe asalkan stok "mor" sentiasa ada. Kalau terputus stok.. bertahan la nak mengadap dia mengamuk cari "mor" kat dapur.




08 November 2016

Best friend forever 👬

Assalamualaikum....

Berakhir sudah hari-hari yang memang ditunggu-tunggu... 

Pok De kami dah kahwin!! Yeayyyyy... kami dah ada "Che De"

2-3 hari berkampung di Melaka... anak-anak bukan main seronok bersama sepupu-sepupu.. Mama papa tengok pun terasa penat!

Harini back to normal life...
Abang dah sekolah dah... papa ambil cuti rehat sehari lagi.. meregangkan otot-otot...

Gambar 2 beradik pagi ni sebelum abang ke sekolah.. nampak macam best friend forever kan..? hahha memang pun.. cuma reatilinya memang ada jugak la part gusti.. siku.. dan kaki..😄


02 November 2016

Kemana perginya KUNCI???

Assalamualaikum...

Sepagi duduk di SOHO mengadap kerja yang masih tak sudah... tengah hari meneliti pula kerja-kerja rumah hingga selesai menjelang petang sambil-sambil melayan si kecil sorang.

Kashfi Elyass sudah keboringan.. menangis-nangis minta keluar rumah. Lepas Asar, siap-siap nak keluar... dah keluar pintu kayu.. grill berkunci.

Masuk rumah balik mencari-cari segugus kunci.. Dah sudah.... mana pergi KUNCI????? Abis cari satu rumah..  dengan Elyass sekali pun mencari..

Give up dah..! Yang pasti kunci memang ada tapi tak tahu letaknya di mana.

Tanya Elyass dia buat muka berfikir je..! Agaknya cuba ingat-ingat dia pernah ke main-main dengan kunci yang mama cari.

Dah tak larat mencari.. sambung tengok tv.., Elyass lak sambung merengek tak henti.. nak keluar juga sangat-sangat dah..

Terfikir nak cari dalam bilik anak-anak.. dalam bekas-bekas mainan... sekali goncang kenderaan-kenderaan, berkerincing bunyi kunci. 





Patut ta tak jumpa cari serumah.. dia sumbat kunci dalam traktor. Kalo tak goncang tadi memang tak jumpa la kunci.

Ada rezeki Elyass keluar jalan-jalan arini. Cuaca pun elok arini...
Lain kali jangan main-main kunci mama lagi..

Mama babab nanti!



31 October 2016

Pengikut setia mama..😍

Assalamualaikum...

Sekarang, bila petang je hujan.. bila hujan je mesti petang.... 😅 Nak keluar jalan-jalan ngan anak bujang kecik ni pun tak leh..

Elyass dah pandai da..."mama... daii.. jom!"
Ajak gi kedai maksudnya... Baru umur 2 tahun lebih sikit-sikit je, pandai ngajak ke kedai yerkkk....😊 Haiii... besar dah kamu Elyass...

So petang ni mama tak leh bawa adik gi kedai, sebab macam nak hujan dah... duduk je la dalam rumah sesambil main-main mainan.. sesambil ngikut-ngikut mama pergi sana sini yee... setia sungguh dia!

Keje-keje rumah semua dah settle.. petang ni mama masuk office la pulak.. boleh fokus kerja kat komputer dah..!

Elyass duduk sini tunggu mama buat keje ye... sambil-sambil main dengan kereta, lori... sambil-sambil tengok tv yee....





28 October 2016

Elyass sakit mata

Assalamualaikum...

Penyakit dah mula menyerang.. abang demam, batuk, selsema... Elyass selsema dan SAKIT MATA.. mama dan papa perit tekak dan dah mula batuk-batuk manja.... tak best nyee..

Sepanjang tahun pasti dapat package begini beberapa kali..... Normal la tu kan..

Cuma Sakit mata yang jarang-jarang kena... dan sekarang Elyass yang kena.

Bangun tidur, mata bertahi penuh dua-dua belah dan bengkak yang amat sangat.. tapi tak la merah sangat kat mata putih tu.



Bawa ke klinik dan doktor sahkan memang Elyass sakit mata, merah yang teramat sangat dibahagian kelopak mata dalamnya.


Dapat ubat titik dan ubat makan untuk tahan gatal. Memang sah-sah la susah nak bagi makam dan titik ubat. Kena paksa la..sampai muntah-muntah dan nangis-nangis..

Kesian dia...


Harap makin sembuh mata Elyass.. next week ada majlis besar pok De Elyass..😄
Abang dah makin ok cuma tinggal lagi batuk sikit-sikit.. mama ngan papa baru nak mula ni... canner gaye ye?...mmmmmm😕


21 October 2016

Potty training Elyass

Assalamualaikum..



Kashfi Elyass sudah 2 tahun 2 bulan dan 10 hari harini. Masih terlalu awal ke ye kalau nak mencuba untuk potty training? Terasa nak mencuba... tak cuba mana nak tahu kan.. Jadi, hari ini adalah hari pertama cubaan untuk potty training Elyass. Owhhhh..takutnya.. mama seram nak..! 😥

Mandi pagi tadi 9.45 pagi.. cuba suruh Elyass yakyak dan cincing.. cincing sudah.. cuma yakyak nye tak mahu. Eleng-eleng kepala lagi. Mungkin belum masanya kan.. Tapi takpe la.. mama proceed dengan perancangan percubaan ni. Mama cuba untuk kentalkan jiwa..

Siap mandi, pakaian Elyass spender.. pakai seluar baju, sock. Eh.. dia tak menolak pun pakaikan spender.. semuanya ok dan mudah je. Bimbang juga dia menangis taknak pakai spender sebab tak biasa. Tumbs up untuk Elyass..  yeayyy!! Cuma dia macam sekejap-sekejap, pegang-pegang.. hehehe pelik rasanya kot kan.. loose je rasa yer..:p

Tunjukkan toilet bowl.
Kalau nak yayak..cincing... sini tau?? Ingat tau..? Kat sini...sini..tau..
Elyass pandang mama dan..senyum..

Setiap 15 minit memang akan bawa dia tunjuk toilet bowl. Dia eleng kepala sambil cakap "anak!"

Sekarang tengah mentido dibuai.. tak pakaikan pampers pun.
Mudahkan lah pembelajaran ini untuk Kashfi Elyass hendaknya.. Amin..




12.00tgh 
Bergerak-gerak dalam buai.. dah bangun dan sengeh-sengeh je.. mama offer yakyak dan cincing.. dia diam.. mama sambung buat kerja sesambil mulut bertanya-tanya lagi dan lagi.

Tiba-tiba.. Elyass panggil "mama!"
Jenguk-jenguk jeans dan basah.. tapi tak meleleh pun.. mungkin terkucil sikit waktu geliat bangun tidur..

Takpe....

Siap-siap bersihkan.. salin spender dan seluar baru.. tunjung toilet lagi.. lagi dan lagi.. kalau nak cincing atau yakyak.. kat sini tau..!

Elyass senyum.. 😊


Hari tanpa karpet untuk Elyass..😅

16 October 2016

Mor..mor? Apa tuuuuu....?

Assalamualaikum....

Lama dah tak mengupdate Elyass tengah makan di meja merah kan... hehehhe..


Saje je... mama Elyass lak dah rasa boring, tiap hari gambar same jee..walaupun makanan yang Elyass makan berbeza-beza..😅


Harini nak cerita pasal "mor". Apa sebenarnya mor ni eh?? Hihi

Ceritanya bermula begini........

*jangan drama sangat lah mama!😂😂

Elyass sangat suka biskut. Dalam seminggu boleh habis 3 pax biskut marry/chipsmore.


Dan "mor" yang dimaksudkan Elyass adalah "biskut"... kalo biskut chipsmore..logik la juga kan panggil mor.. tapi semua biskut pun dia panggil more..

Sebabnya...

Kami suka tanya dia "do you want more?"
Dia akan balas "mor" atau kami faham maksud dia "more"...

Sampai lah kesudah dia panggil biskut dengan perkataan "mor"..

Misi ke dapur mencari "mor"

-tamat cerita-

Itu je le ceritanya... harap-harap dengan cakap-cakap oh my english sikit-sikit kat umah boleh la nak mengajar-ajar anak-anak speak in English kan...😅

Tak cuba tak tahu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015