29 December 2016

Baju sukan sekolah & kedudukan kelas abang Eusoff..πŸ˜„

Assalamualaikum...

Tak habis lagi ni membeli barangan untuk sekolah abang Eusoff.. tinggal lagi 5 hari je lagi sebelum sesi persekolahan bermula. 

Tinggal nak beli buku-buku sekolah kebangsaan je lagi dah.. Buku-buku sekolah agama dah bayar sewaktu hari orientasi aritu. Dapat bukunya buka sekolah nanti kata ustaz/ustazah. Lencana sekolah agama dan file peribadi semua dah dapat sewaktu hari orientasi tu.

Balik dari orientasi sekolah agama abang Isnin baru ni.. papa menyingah kat sekolah kebangsaan jap.. niatnya nak beli baju dan seluar sukan sekolah abang. Stok dah sampai dah.. ambik la dua pasang.. senang buat tukar-tukar.



Sekali kedudukan kelas pun dah siap tampal juga dah kat papan kenyataan. Panjang leher-leher kami carik nama abang kat situ sambil berdebar-debar dalam hati.. mana kelas la si abang nanti.


Heheheh.. 1 Amanah. Kelas ke-5 dari 6 kelas. πŸ˜…πŸ˜… Takpa... takpa... masih terlalu awal untuk mama nak kecewa-kecewa pun.... nanti dah belajar.. dah pandai-pandai.. cuba naik..naik dan naik kelas lagi ya abang. 

Ini baru permulaannyaa....
Insya Allah abang mampu nanti..


26 December 2016

Orientasi tahun 1 Sra Al-Muttaqin, Jln Wangsa Melawati

Assalamualaikum...

Berpagi-pagian hari ni.. Abang Eusoff perlu ke sekolah agama, untuk orientasi tahun 1 Sra Al-Muttaqin Jln Wangsa Melawati.

Susah lahaiii bangun pagi.. tapi bila dah siap mandi.. dah fresh dia teruja lebih sebab nak rasmikan baju sekolah baru, kasut sekolah baru, bag sekolah baru dan jam sekolah baru. Semua baru lah senang citer! hihi


Sampai sekolah abang dah nampak confius sikit muka dia.. hihi.. muka tak tahu nak excited ke.. nak takut ke.. nak cakap ke.. nak diam ke... bila tengok ramai kawan-kawan berpakaian sama macam dia.. 


Bawak ke dewan dan dia duduk senyap sambil perati orang.. kaki goyang-goyang sekali sekala.. berdebar-debar agaknya perasaan dia saat ni. Offer roti gardenia yang dapat masa pendaftaran tadi pun dia taknak. Padahal favourite tuuuuu... sudahnya Elyass je yang habiskan..


Majlis bermula dengan sesi penerangan dari pengetua. Untuk tahun satu sesi pagi (kelas abang Eusoff), hanya satu kelas dan seramai 7 orang sahaja. 6 lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah.. harap-harap ustaz dan ustazah boleh memberi lebih tumpuan kepada mereka ber-7 ni. Insya Allah.


Bangun dan beratur sendiri. Bila nama dipanggil untuk masuk ke dalam kumpulan nama 7 orang.. dia teragak-agak untuk ke depan. Masih tak yakin agaknya dengan persekitaran baru. Papa hantarkan abang ke dalam kumpulan.

Dengan iringan gamelan, semua pelajar-pelajar beratur dan berjalan di dalam barisan untuk ke kelas masing-masing. Harap abang boleh sesuaikan diri lah ye..😊


Dari jauh tengok abang keluar dari kelas ramai-ramai dengan kawan-kawan. Sampai dekat mama terus cakap.. "mama.. saya pandai, saya tak nangis.. saya nak pokemon!" πŸ˜…πŸ˜…


Sabo je leee....πŸ˜₯

22 December 2016

Anak Pok Yah Kreatif VS abang Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum..

Seminggu lebih mama Eusoff Elyass berniaga design secara terus melalui online.. (sebelum ini hanya offline).. di bawah jenama "Anak Pok Yah Kreatif" sehingga tak menyempat nak mengupdate cerita anak-anak di blog kesayangan ni. 


Masih tak cekap nak membahagikan masa antara kerja, anak-anak dan rumah tangga..πŸ˜… berniaga online luar biasa sangat permintaannya berbanding offline.. Alhamdulillah..

Orang kata baru-baru memang macam ni kan.. lama-lama insya Allah... reti la nak bahagi masa nanti!

Jadual cuti sekolah abang Eusoff masih berjalan seperti yang dijadualkan.. cumanya... ada hari-hari ada benda mama kena skip siang, malam nanti baru mama boleh ajarkan..., masa tengok tv kadang mama baik hati pulak bagi lebihan masa...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Memang seronokkk la dia.... kikiki

Takpe la.. asalkan mama dan anak-anak masih dilandasan yang betulπŸ˜‚πŸ˜‚ kerja mama jalan, anak-anak tidak terabai.

Petang-petang ni keluar office sekejap.. segarkan mata.. selepas sepagi duduk di depan komputer. Lega sikit rasa mata. 


Tengok abang Eusoff dan Elyass ni.... bila bawa jalan-jalan semua pun mentido. Bila duk rumah mana reti mengantuk pulak.. Masa tidur siang, 2.30 - 4.30... mata tetap butang, walau dalam gelap pun.. anak...oo anak..

Free-free jenguk la fb mama Eusoff Elyass ye..? Search je.. Nordianah Alias..

Kot la berkenan nak order apa-apa..πŸ˜†








13 December 2016

Eusoff & Elyass @ Zoo Negara Malaysia

Assalamualaikum...

Cuti di hari Selasa, bersempena cuti ganti birthday Sultan Selangor semalam.. bawa anak-anak ke Zoo Negara Malaysia. Abang Eusoff sangat excited!! sampai ajak breakfast dulu pun.. dia kata.. "takpe la mama.. takpe.." biasanya makan lagi penting dari hal lain..

10 minit dari rumah.. 9.30am kami dah sampai zoo. Tak ramai orang, beli tiket pun tak yah beratur panjang. Mungkin sebab masih awal..

Abang Eusoff excited nak bergambar.. dan Elyass macam masuk tempat menakutkan.. nak berdukung je sebab takut.πŸ˜…
Teringat zaman Eusoff kecil dulu.. copy paste je perangai..




Masuk-masuk dipelawa bergambar.. ambik la beberapa keping.. anak-anak takut yang ada panda (maskot panda) ambil yang berlatar belakang pokok buluh merimbun dengan gambar panda jee la.. cantikkk gambarnya... terpengaruh, beli juga sekeping gambar dengan frame +  free gift fridge magnetic dan keychain. Berbaloi  dah dengan harga rm45.00. Anak-anak suka, mama papa gembiraπŸ˜„



Sebelum jalan-jalan.. isi perut anak-anak duluan laa.. nanti buat perangai sebab lapar.. tapi malangnya menu breakfast sini takde nasi. Mujur abang mood sangat baik.. makan nugget, fries, dan jagung saja pun ok.. janji nanti nak tengok show katanya..



Lepas makan... terus ke Zoo Negara Show Amphitheatre.. kene la menunggu setengah jam sebelum pukul 11.00 pagi. Tak keruan abang Eusoff selagi tak duduk mengadap tempat show ni... takpe la tunggu je, jangan anak-anak buat perangai sudah..haru nantiπŸ˜… sesambil tu.. boleh la take picture kann..





Show bermula, abang Eusoff tak senang duduk.. excited sangat. Tepuk-tepuk tangan selesai setiap animals buat show.. paling dia tak sabar-sabar tunggu show sea lion. Comel sangat rasenye binatang itu. Comel dan pandaiii..πŸ‘


Lepas tu jalan-jalan lagi mencari animals yang abang nak tengok sangat-sangat. Elephant dan panda... animals lain.. tengok sambil lalu je... 



Sebelum keluar beli la sikit buah tangan untuk anak-anak.. upah sebab behave sangat..


9.30 pagi - 2.30 petang, tanpa makan nasi.. dan emosi abang Eusoff dan Elyass masih πŸ‘

Itu lah cerita setengah hari anak-anak di Zoo Negara Malaysia..☺ (macam karangan UPSR dah rasanyee..πŸ˜† hehe)


12 December 2016

Sesi Suai Kenal Sra Al-Muttaqin Wangsa Melawati.

Assalamualaikum...

Debaran pertama dah berlalu dah.. tawakkal sahaja la di kelas mana nanti abang Eusoff akan ditempatkan. Paling depan, tengah-tengah mahupun terkebelakang sekali. Takpe.. nanti bila dah start belajar insya Allah makin improve la tahap pembelajaran abang. 

Sewaktu hari suai mesra tahun satu 2017 tu.. ada diadakan ujian untuk penentuan kelas. Ceritanya di sini - Live :: hari suai mesra tahun satu 2017 

Sekarang datang pula debaran kedua, sesi suai kenal untuk sekolah agama, SRA Al-Muttaqin Wangsa Melawati. Berdebar nak melihat reaksi penerimaan abang Eusoff dengan sekolah kedua ni pulak. Harap-harap ok aje la.. bagaimana positif dan excitednya dia dengan sekolah rendah kebangsaan dia tempoh hari. 
Mama ni berdebar je lebih...rupa-rupanya anak ok jeee...

Kelainannya, untuk majlis suai kenal ini, kena pakaikan pakaian seragam sekolah lengkap. Harap abang excited la pakai baju melayu putih sepasang, samping merah, bersongkok dan berkasut.


Mama, papa counting the days dah nihh!



11 December 2016

Persediaan persekolahan tahun 1 sesi 2017 :: Koperasi sekolah_Buku & keperluan sekolah

Assalamualaikum...

10 December 2016, hari yang sememangnya dah mama dan papa rancang untuk ke bakal sekolah baru abang Eusoff tahun depan. Tujuannya nak membeli buku-buku tulis dan kelengkapan-kelengkapan yang lain lagi yang memang dah dilistkan oleh pihak sekolah. Ngam-ngam keluar rumah pukul 2 setengah lebih dan sampai kat koperasi sekolah elok-elok sebelum koperasi nak tutup pukul 3.00. Rezeki kami....

Abang muka ketat pergi sekolah. "Saya lapar.... saya nak makan nasi goreng pattaya.." katanya.. erkk..

Jadi settle la membeli beberapa benda yang ada stok ketika ini. Masih ada yang tak dibeli sebabnya stok mungkin akan ada penghujung Disember nanti. Takpe laa.. len kali boleh datang sekolah lagi sebelum buka sekolah tahun depan. Biasakan abang dengan keadaan persekitaran sekolah.

Antara yang dah settle dibeli :


-Buku No. 1 -Garis satu sederhana
-Buku No. 4 -Garis satu besar merah (Jawi)
-Buku No. 5 -Petak sederhana
-Buku No. 9 -Garis empat biru merah
-Buku pemberitahuan
-Buku lukisan
-Fail Peribadi
-Kad 001
-Lencana - 5 unit
-Tali leher -2 unit

Dan item yang masih takde stok;

-Buku Sifir (CM)
-Tulisan rumi tahun 1
-My writing Year 1
-Manual keselamatan
-Baju transisi lengan pendek
-Seluar sukan

Lega sebahagian sahaja.....
Tak dapat lega sepenuhnya.. tapi takpe hujung bulan nanti kita buat lawatan lagi ke sekolah ye abang.. :)

Untuk rekod, Jumlah keseluruhan untuk belian hari ini : RM47.50

22 hari lagi... fuhh..





10 December 2016

Playground, Restoran Golek-Golek & kek Secret Recipe

Assalamulaikum...

06 Disember 2016-Selasa

Hari keboringan melampau anak-anak di rumah. Tiap masa abang Eusoff tanya mama.. "petang ni kite nak jalan mana mama?" Kesian anak-anak.. Mama tak pulak rasa boring sebab banyak kerja design yang nak kena hadap.

Abang Eusoff request nak ke playground. Boleh la.. boleh la... petang tu mama papa bawa anak-anak ke playground, jauh sikit la dari rumah. Takpe la janji anak-anak happy. Berpeluh sakan berlari sana sini, panjat sana sini, gelongsor sana sini. Sepertinya dunia ini ana yang punya!



Papa kata harini papa nak bawak makan tempat best-best.. mama pilih je.. Ish tak reti la nak request-request.. mana-mana pun boleh asalkan tempat makan tu nanti ada nasi goreng pattaya.. (favourite abang Eusoff). Papa bawak pergi Restoran Golek-Golek, restoran yang berkonsepkan suasana kampung yang terletak di Pinggiran Lebuhraya MRR2 di Gombak. Ekslusif restorannya..tapi..tapi nasi goreng pattaya tak dop.. Satu hal nak memujuk si abang Eusoff yang awal-awal dah berdrama bila tahu nasi kegemaran dia tak de. Mujur lama-lama ok dah.. Makan je pun nasi putih, telur dadar dan sup ayam dia malam tu.



Sewaktu nak turun dari Restoran Golek-Golek dengan laluan yang super mencabar tu... terasa peperti nak menjunam kerereta ke bawah.. owh... mama is gementar siap peluk anak-anak kemas-kemas sambil pejam mata kottt..kiki, abang Eusoff sempat request nak makan coklat cake la pulak.. Kesian tak dapat nasi goreng pattaya.. jadi papa kata "boleh la kalau nakkk...." papa u-turn ke Secret Recipe, Taman Melati mencari coklat cake abang. Package mama dan Elyass juga dapat sekali la.. tak leh beza-bezakan kasih sayang kata papa..


Begitulah berlalunya sepetang dalam hidup abang Eusoff dan Elyass. Cerita yang pasti meninggalkan nostalgia dalam hidup mereka bersama papa dan mama diusia kanak-kanak mereka.




08 December 2016

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Assalamualaikum.....

Malam-malam ni, terajin pula scroll muka buku.... Paling best tengok makanan-makanan jualan la, servis delivery sampai ke muka pintu.. menggiurkan sungguh.... Tapi sabar..sabar... nasi goreng dah siap masak sekuali untuk papa dan anak-anak. πŸ˜…

Terpandang satu share daripada page: Ibubapa Cemerlang. Sangat "tersentuh" hati kemamaan ini..πŸ˜…

Saya panjangkan lagi di sini untuk pembacaan semua. Sangat bermanfaat sebagai panduan membesarkan anak-anak. 

Kredit kepada: facebook.com/ibubapacemerlang

















07 December 2016

Kerja mama & jadual anak-anak

Assalamualaikum...

Update cepat-cepat sementara sempat.

Sehari dua ni mama sibuk dengan kerja-kerja design.. Alhamdulillah... Mama cuba tidak abaikan anak-anak dengan jadual harian mereka.. tetap cuba mengikut jadual.. cuma ada la terbabas sikit sini-sana.. Masa terpanjang, terpendek.. 

Tapi takpe mama dan abang Eusoff masih di landasan yang betul...πŸ˜‚

Untuk Sabtu dan Ahad baru ni memang beri kelonggaran untuk abang.. tak yah ikut jadual.. tapi tetap kena solat, ngaji, reading, colouring dan lain-lain yang mama fikir perlu disamping masa terbanyak abang adalah tengok tv..πŸ˜…

Sekarang mama masuk ofis dulu ye..siapkan mana yang sempat cepat-cepat.. Elyass jap lagi bosan dah main, mesti cari mama nak dukung, nak itu nak ini.....



Anak-anak pula dengan aktiviti di bilik mereka. Sekarang waktu main mainan.. (11.00 - 01.00) dan ikut la apa yang mereka nak buat. Bilik dah seperti tongkang pecah dah punnnn... takpe.. mama siap kerja kang kita kemas sama-sama..





Bismillah.... 

02 December 2016

Sedap tidur Eusoff & Elyass..sejuk..

Assalamualaikum...

Semalam hujan lebat sangat.. rasanya hujan sampai ke pagi.. dah nak cerah bumi baru la berhenti.. Tidur dalam kesejukan.. nikmat sungguh rasa. Kalau tak, malam-malam biasa.. sejuk kami dengan bantuan aircond je.

Sedap tidur abang Eusoff dan Elyass. 
Gambar diambil waktu 6.30 pagi tadi. Cuaca sejuk, tidur peluk adik.. sangat nikmat kan bang? heheh


Selamat memulakan rutin untuk 02 Disember 2016 kepada semua pembaca blog kecil kami. Menghimpunkan cerita-cerita kenangan membesarkan anak-anak. 

Semoga segala urusan kalian dan urusan abang Eusoff mengikut jadual yang dah mama tetapkan 😊 berjalan lancar.. Amin!


01 December 2016

Abang boleh ikut jadual..πŸ‘

Assalamualaikum...

Hari pertama di bulan Disember 2016.. sejuknye.. dari pagi bawa ke petang mendung.. waktu tidur 2.00 - 4.00 (2 jam) anak-anak, mama pun layan mentido sekali. 

Sekarang dah bangun dah... cuma Elyass masih lagi dibuai mimpi.. sedap eee tido, malam kang abis la mamaπŸ˜…

Progress ikut jadual abang hari pertama, Alhamdulillah.. setakat waktu entry dipublish, sangat good. Cuma ada la masa dan ketika.. kena ulang-ulang suruh.. dia buat lembik badan la..... "saya penat la mama nak reading lagi ni.." dan macam-macam lah! Mama kene banyak sabar.... bukan sabar arini je.. kebe sabar 30 hari akan datang juge. Insya Allah..

Yang penting kena bertolak ansur. Abang dah bertolak ansur ikuti jadual yang mama dah tetapkan.. mama pun bertolak ansur pendekkan masa sini sikit.. sana sikit... bila abang dah ngadu "penat la mama..", "saya nak tengok cerita ni sampai abis sikiiit lagi mama"... dan banyakk lagi permintaan dia.

Takde la bulat-bulat ikut masa jadual.. benda yang boleh dipertimbangkan dengan budi bicara.. mama pertimbangkan....





Excited abang dengan reading sebab dia dah boleh reading dah.. Alhamdulillah... Cuma perlu diperlancarkan lagi terutama perkataan yang panjang-panjang..

30 hari to go abang.. Insya Allah abang boleh!

Dah request nak beli story book banyak-banyak dah...πŸ˜…

30 November 2016

Jadual cuti sekolah 2016

Assalamualaikum...

Esok, 1 Disember 2016. Abang Eusoff sudah cuti sekolah!!πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰

Pagi tadi kejutkan abang bangun ke sekolah.. boleh dia mintak esok je sekolah.. harini nak holiday mama... Seronok-seronok dia nak main tukar-tukar yee..

Harini hari terakhir abang dengan teacher dan kawan-kawan yang ada.. katanya tak ramai pun kawan-kawan..sikit je. Harini manfaatkan waktu bersama kawan-kawan ye.. nak gelak-gelak, nak kejar mengejar.. esok tak jumpa dah.. 


Jadual cuti sekolah abang, mama dah tampal kat pintu bilik. Hehe.. mama usaha takat mana termampu pastikan abang ikut jadual tersebut. Setakat mana dia nak... setakat mana dia boleh bertoleransi... 

Bukan nak paksa-paksa sangat pun.. sebagai guide line untuk dia je. Tahun depan nanti pun abang kena ikut jadual juga.. jadual kelas, kan..?

Jadi perlahan-lahan kenalkan dia pada jadual. Harap-harap biarlah dia belajar untuk "menuruti"......

Mama cuma ikhtiar. Mama akan cuba untuk konsisten setakat mana termampu.. untuk manfaat anak-anak mama.

Abang Eusoff ikut jadual, Elyass pun kene la ikut juga yee..πŸ˜…

Gambar sekadar hiasan πŸ˜†



29 November 2016

Donut mini untuk majlis akhir tahun abang Eusoff

Assalamualaikum..

Makanan untuk majlis akhir tahun sekolah abang baru-baru ni mama order donut mini bergula je dengan kawan sekampung mama. Berkebetulan duduk berjiran di KL ni, jadi mudah la urusan.

Donut mini bergula ni sedap..πŸ‘πŸ‘
Lembut sangat.. walaupun dimakan bila dah sejuk. Sesuai untuk dijamu kepada anak-anak kecil sebab bentuk dia yang comel-comel..

Abang Eusoff excited sungguh nak bawa donut mini ke sekolah haritu. Dia pun cakap "Alaa....cuteenya mama.. donut ni.."




Suke senyum buat muka manis-manis abang Eusoff sekarang. Dah besar la katakan..... 😊
Ada yang nak cuba mengoder donut mini bergula atau kuih muih lain ke..? Area Ukay Perdana memang dia cover.. bantu promosi bisness kawan-kawan.. tak salah kan...πŸ˜‰


"Team masak dari hati"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015