Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

11 August 2016

Elyass Turn-Two!

Assalamualaikum...

Bila tiba saat ulangtahun kelahiran anak-anak, mama papa pastinya teruja lebih! Namun dalam teruja itu, pasti terdetik rasa sedih.. setahun ke setahun anak-anak membesar.. dan pasti juga mama papa makin men-tua. Saat anak-anak masih kecil di depan mata, sebolehnya "saat" ini digunakan sepenuhnya, biarpun penat, jerih dan perihnya membesarkan mereka. Kerana sampai saat dan ketika, mereka pasti melangkah jauh ke dunia luar sana, meninggalkan zaman kanak-kanak mereka, meninggalkan papa dan mama juga... sob..sob..sob... *Lap air mata..

Setahun ke setahun, kami setia menghitung.... dan selagi termampu, pasti akan mencoret kenangan itu di sini... lebih-lebih lagi "di setiap ulang tahun kelahiran mereka". Insya Allah.

Nak baca bagaimana sambutan birthday Elyass untuk satu tahun yang lepas? Di sini : Elyass Turn-1!


Untuk tahun ke dua sambutan kelahiran Elyass hari ini, 11 Ogos 2016, kami sambutnya malam tadi, sambutan yang ala kadar sahaja. Seperti tahun lepas, tahun ini kami sambut berempat juga. Syukur Alhamdulillah..... walaupun kecil-kecilan, namun boleh nampak betapa Elyass sangat-sangat seronok dengan sambutan kali ini. Sepertinya dia mengeti dan faham.



Abang Eusoff pula, sangat sporting tahun ini, berbanding tahun lepas, kuat touching! hehehe... Tahun ini abang Eusoff dah 6 tahun, dan abang dah matang.. dah boleh menerima segala macam perancangan papa dan mama. Dia dan papa ke Giant Batu Caves balik dari sekolah tadi belikan kek, pizza, dan topi birthday. Bukan main teruja abang, Elyass nak sambut birthday..




Birthday Elyass, berjalan lancar seperti yang kami rancang.. Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak sebab behave sangat dan beri kerjasama yang terrrrrrbaek!! Dua beradik ni gembira sangat-sangat, dapat sambut birthday, nyanyi sama-sama lagu happy birthday, makan makanan kegemaran mereka ; kek coklat dan pizza.. (Mereka berkongsi kegemaran yang sama)

Semoga menjadi kenangan manis letting untuk mereka.. Insya Allah.




Ucapan dan harapan mama untuk Elyass, sama sahaja seperti tahun sebelum.. mama copy and paste lagi untuk tahun ini dan tambah sedikit harapan lagi yer Elyass sayang..? :p

Untuk anak mama papa; Kashfi Elyass:


Alhamdulillah... anak mama sudah 2 tahun.

Terima kasih Allah menganugerahkan kami anak yang sangat comel, sihat tubuh badan, sempurna fizikal dan mental. Semoga anak ini membesar dengan rahmat keberkatan-Mu. Cemerlang hidupnya di dunia, gemilang hidupnya di akhirat kelak, Insya Allah.. Ya Allah, Kau permudahkan kami dalam membesarkan anak ini.. Amin..

Tepek video di sini untuk kenang-kenangan..



Happy birthday sayang!








28 May 2016

Abang dapat hadiah set alat tulis Minion

Assalamualaikum....

Semalam, hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah selama dua minggu... Yeayyyyyy.... Ramai dah balik kampung, cuma kami yang belum sempat nak balik kampung.

Planningnya nak hantar je abang ke sekolah seperti biasa.... Memandangkan yuran bulanan sekolah abang tetap macam biasa.. cuti sekolah ataupun tidak, dari pagi hingga la ke petang.

Planning la.. kejadiannya tengok la nanti macam mana. Sebab abang dah faham pasal cuti sekolah ni, nanti dia akan perasan ramai kawan yang tak datang ke sekolah, melainkan kawan-kawan yang satu pakej Zamrud dengan dia je yang akan ada.

Tengok la macam mana.. mungkin ada hari hantar dan ada hari tak, atau mungkin setiap hari akan hantar.. atau mungkin juga takkan hantar langsung jika abang berjaya memujuk rayu mama dan papa dia tak nak ke sekolah..

We will see..

Yang pastinya... abang perlu dijadualkan untuk menyiapkan homework dia yang sangat banyak itu. Tapi saya percaya, selagi tidak siap homework, hati Khilfi Eusoff tak akan tenang.. hihihi.. 

Semalam abang bawak balik "hadiah" dari sekolah. Katanya semua kawan-kawan dapat. Saya tak sure, sekolah yang berikan atau ada ibu bapa yang berikan.. Kadang-kadang tu banyak je abang dapat goodies bag sebab ada kawan sambut birthday katanya.

Abang sangat lah seronok dapat alat tulis Minion tu. Sekali dengan Kashfi Elyass pun seronok sekali! Berebut-rebut dengan abang Eusoff. Mujur abang mengalah je dengan adik.

Malam tadi selepas siap homework, kejadian ni.....

Set alat tulis Minion

Abang dah gantung kat tengkuk pun Elyass masih buat cubaan nak rebut.. Mencuba tangga kejayaan.. kan?

Budak kecik tu dah chop makanan dah...  Memang la budak kuat makan.. abang kurang gemar jajan..

Suka nak cuba-cuba pakai.. Kalau abang Eusoff tak pandang pun benda nih.. pelik katanya..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015