Assalamualaikum..
Rezeki yang sedikit jika dikongsi semoga Allah memberkati dan Allah gandakan lagi rezeki.
Menulis di sini, untuk kenangan.
Alhamdulillah perancangan last minit, pasti membuahkan hasil. As usual laa..
Asalnya nak jemput rakan-rakan x-officemate sahaja... 10-12 orang.. bila membeli lauk pauk... was-was pula membeli sikit.. jadi lebihkan semua.. sama juga bila nak start memasak.. nak masak sikit bimbang tak cukup, jadi habiskan semua barang belian.. erk.. terbanyak la pula.
Sudahnya decide sahaja untuk menjemput mana-mana kawan saya dan suami. Tapi bimbang juga tak cukup.. tapi kami tawakkal sahaja. Maaf bagi yang tak mendapat jemputan tau.. planning last minit huru haranya Allahurabbi...
Menu tahun ini:
Nasi tomato
Ayam masak merah
Dalca sayur
Acar jelatah
Sambal belacan
Papadom
Bubur kacang hijau
Kacang kuda rebus
Goreng nugget
Kek pisang
Set nasi tomato hasil air tangan sendiri. Masak dari hati.. masak dengan iman. Mulakan dengan Bismillah.. semoga menjadi, sebab first time masak dalam kuantiti yang banyak. Nerves sangat!
Bubur kacang dan kacang kuda rebus juga masak sendiri.
Alhamdulillah.. menjadi. Feedback kawan-kawan semua memuaskan hati. Tapi tak tahu la kot diorang nak sedapkan hati si tukang masak kannn....
Boleh dah start bisness catering quantity kecil-kecil ni.. hahahhahah..
☝juadah dia atas sedang-sedang elok untuk anggaran 40-50 orang makan. Ngam-ngam lauk dengan nasi.. hingga tetamu last kami pukul 12.00 tgh malam dan ada juga rezeki untuk pak guard yang menjaga pintu masuk ke perumahan kami.
Terkurang, terlebih mohon halalkan ye kawan-kawan...
Yang sedikit sama dikongsi, yang banyak sama dirasai.
Jamuan untuk saudara mara batch lain pula en.suami kata..😅😅
Selamat Hari Raya..
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
30 July 2016
08 August 2015
Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1436Hijrah]
Assalamualaikum..
Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung.
Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung.
Ini cerita Syawal ini..
02 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436Hijrah.
Bekesempatan menjamu kawan-kawan sempena Syawal. Menu biasa-biasa sahaja.. tapi kehadiran kawan-kawan, saudara-mara menunaikan undangan kami, sangat luar biasa. Alhamdulillah.. Yang tak datang, kami faham sangat, undangan rumah terbuka di bulan Syawal sangat lah banyak..
Ada kawan-kawan yang kami terlepas pandang untuk mengundang, mohon maaf sangat-sangat. Cuba ingatkan semua dah.. tapi selepas majlis boleh pulak.. arghhh lupa si dia..si dia..si dia... mohon maaf dipinta ya.. -Kak Intan... kalau akak baca ni.. maaf tau..lupa plak jemput akak kesayangan.. =)
Sekitar majlis yang berlangsung semalam... warna-warni di Aidilfitri.. tak semua yang datang sempat bergambar. Tuan rumah tak sempat sungguh... lagi-lagi nak layan kerenah sikecil Elyass...
![]() |
Pengasuh Eusoff lama, Aty (atas) pengasuh Eusoff dan Elyass, K.Maya (bawah) |
![]() |
Teacher-teacher Eusoff di Children Islamic Centre (CIC) Prima Samudera |
![]() |
Kawan Blogger saya, Jaja sekeluarga =) |
![]() |
Office mate :: Nurul, Syed, Asri, K.Sundari, K.Uma, Mai, Hawa, Siti & K.Min |
![]() |
Kawan-kawan sekolah rendah :: Ami, Fatanah, Yati, Helmi, Seh, Lokman |
![]() |
Family :: Faizul sekeluarga |
![]() |
Family :: Ila dan Ashraf sekeluarga, gambar kembar je sebagai wakil keluarga =) |
![]() |
Family :: Abah dan adik, K. Long sekeuarga, K.Ngah sekeluarga, Die & Ana, Kak Iffa dan suami |
Dan satu-satunya wakil keluarga saya, anak saudara, Nasrul Amer. Tak sempat pulak bergambar kenangan Syawal ini dengan dia..
Kawan-kawan en.suami pun ramai.. Terima kasih datang, memenuhi undangan.
![]() |
TODAY'S SPECIAL.. |
"Semoga rezeki yang sedikit ini, mendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya-Allah.."
~Selamat menempuh Syawal, hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan hari menambah amal kebaikan~
26 August 2013
Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1434 Hijrah]
Assalamualaikum...
Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah] - Ini cerita tahun lepas..
Ini pulak cerita pintu terbuka Hari Raya 1434 Hijrah. berlangsung lancar pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah.
Alhamdulillah untuk tahun ini, kami sekeluarga masih lagi diberi rezeki lebih oleh Allah Yang Maha Esa untuk membuat sedikit makan-makan kepada adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Semoga rezeki ini bertambah berkat apa bila dikongsi bersama. Insya Allah.
Hasrat di hati memang nak masak sendiri.. Tapi apakan daya... kat dapur tu cuma ada kuali dan periuk kecik-kecik..sedang-sedang cukup nak masak untuk 4-5 orang makan je... Jadinya memang tak dapat lah nak menjamu adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai makan dengan air tangan sendiri. hiihi... munkin satu hari nanti kot...Insya Allah...
Juadah di hari pintu terbuka tak banyak pun.. semua pakai main order saja.. Nasi lemak ayam berempah dan sambal sotong serta lauk-lauk standard lain. Selain tu ada mee hoon sup dan roti jala. Yang saya masak cumalah nugget dan agar-agar koktel berkuah. Dan adalah siikit kuih raya.. beli jugak =p.
Alhamdulillah...ramai yang datang walaupun ada jugak yang takde.. ada yang bekerja...balik kampung, dan ada yang mendapat terlalu banyak undangan rumah terbuka, jadinya tak berkesemptan nak datang... takpe...takpe..
Jom lah tengok gambar disekitar hari pintu terbuka... Setiap gambar ada ceritanya....
Ramai tetamu yang tak sempat bergambar. Lagi-lagi ketika waktu puncak, rumah penuh amat sampai tak terlayan tuan rumah...maaf sangat-sangat..
Terima kasih pada yang datang ye...
05 September 2012
Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah]
Assalamualaikum...
Ahad lepas 02 September 2012, saya dan en.suami ada buat majlis makan-makan sikit bersempena dengan Syawal 1433 Hijrah. Ingat nak ajak rakan-rakan blogger..tapi, memandangkan ini hanya majlis kecil-kecilan sahaja.. segan la plak nak menjemput. Insya Allah..ada rezeki lebih tahun depan lak ke.. kan..? :-)
Alhamdulillah, majlis separuh hari berlangsung dengan success... Amboi..nak success bagai..hihih..
Rezeki yang ada eloklah dikongsi pada semua. Jadi cara terbaik perkongsian adalah buat makan-makan, jemput rakan taulan dan saudara mara. Dapat juga mengeratkan silaturrahim dan mendekatkan mana-mana yang dah rasa jauh tu.... Masa ni juga dapat la bertentang mata dengan jiran tetangga yang kadang-kadang seminggu sekali bersua muka. Mana-mana yang tak pernah berkesempatan datang ke rumah tu...masa ni boleh la datang berkunjung tanpa segan silu... Semua boleh di majlis sebegini. Alhamdulillah...
Tak banyak gambar pun yang sempat diambil, memandangkan tuan rumah sebok melayan tetamu kan... Dapat la sekeping dua untuk diabadikan di blog kesayangan ni... Cukup memadai dari tiada langsung kan... Muka tuan rumah pun takde... huhu..sedih..
![]() |
Sebahagian je menu.. menu belah sana tak sempat ambil gambar |
Menu yang tersedia, Nasi minyak, Laksa utara dan roti jala sahaja.. Semua main order aje... Nak masak, maklum sahaja la... budak-budak baru belajar.... :-)
![]() |
Sila la menjamu selera.. |
![]() |
Eusoff sebok mintak minum air tetamu.. |
![]() |
En.suami tekun dekar Andak bercerita, Eusoff entertain Kak Nor.. |
![]() |
Faris anak Noor Fatanah (kawan zaman hingusan) |
![]() |
Andak sekeluarga |
![]() |
Nanak dan aunty ziela & Zaihan.. |
Tu je la beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Waktu ambil nie pun dah penghujung majlis...orang dah tak ramai sangat.. Nak ngambil gambar awal-awal majlis memang tak sempat arr... tefon ke mana, tuan tefon ke mana.. hehe.. Sebok entertain tetamu la katakan.. Haaa...nak sambung lagi satu bende yang saya tak tahu kemana pergi sepanjang majlis... Nanak saya pun saya dah tak tahu kemana...hahahahha....
Tapi Alhamdulillah... majlis berlangsung meriah.. Dan kebanyakkan jemputan ramai yang datang..yang tak datang tu mungkin dapat banyak jemputan dalam satu masa.. so kene la pilih-pilih undangan.. Dan ada juga, tak datang sebab masa yang sama rumah mereka pun buat majlis makan-makan juge..... Ada gak yang balik kampung sebab minggu tu kan cutinya panjang sekali dengan cuti Merdeka 31 Ogos... dan..dan..dan..
Alhamdulillah lagi... saya dan en.suami berkesemptan menjamu rakan-rakan dan saudara mara sempena Syawal ini.. Majlis makan-makan seperti ini bukanlah sesuatu benda yang wajib dilakukan namun, jika berkemampuan tidak ada salahnya....
Jangan pula majlis makan-makan seperti ini dibuat untuk dijadikan kebanggaan [Nauzubillah, Jauhkanlah aku dari sifat bangga dan bermegah-megah ya Allah].. Kalau dah ada niat macam tuh...dah dapat dose! Fikir-fikirkan lahhh... :-)