Showing posts with label Air tangan mama. Show all posts
Showing posts with label Air tangan mama. Show all posts

28 November 2016

Nasi goreng kicap + pat

Assalamualaikum...

Harini abang Eusoff ke sekolah.. memanfaatkan masa-masa terakhir bersama teacher dan kawan-kawan yang ada. Tak lama dah.. 3 hari ni je.

Sebab untuk Disember, mama papa decide untuk tidak menghantar dah abang ke sekolah. Jadual cuti sekolah mama dah atur.... harap abang mudah la mengikut jadual tu.. 😅

Elyass seperti biasa, pepagi dah minta mor, tapi terputus pulak stok mor kali ni.. papa lupa nak beli.. dah mengamuk seround pun.. pepagi dah buat perangai yeee...

Mama biarkan je.. sesambil buat nasi goreng kicap + pat untuk menggantikan mor. Tetiba senyap jeee.. tengok-tengok elok menunggu mama masak kat pintu dapur. Siap hidang atas meja merah... terus duduk ngadap nasi. Lupa dah ke mor dia..😂😂



Menu sangat senang untuk dak kecik. Berselera Elyass makan.. tapi tak habis pun, banyak sangat agaknya nasi.. tapi pat habis licin..✌

Kekadang rasa kejam bila tak memujuk.. tapi kalo dipujuk makin melarat pulak dia mengamuk. Jadi lately ni mama biarkan dia mengamuk puas-puas dan lelama bila dah reda, baru mama peluk cium..

Tak sure la elok atau tak cara macam ni..😌





30 July 2016

Makan-makan @ Sri Wira [Syawal 1437H]

Assalamualaikum..

Rezeki yang sedikit jika dikongsi semoga Allah memberkati dan Allah gandakan lagi rezeki.

Menulis di sini, untuk kenangan.

Alhamdulillah perancangan last minit, pasti membuahkan hasil. As usual laa..

Asalnya nak jemput rakan-rakan x-officemate sahaja... 10-12 orang.. bila membeli lauk pauk... was-was pula membeli sikit.. jadi lebihkan semua.. sama juga bila nak start memasak.. nak masak sikit bimbang tak cukup, jadi habiskan semua barang belian.. erk.. terbanyak la pula.

Sudahnya decide sahaja untuk menjemput mana-mana kawan saya dan suami. Tapi bimbang juga tak cukup.. tapi kami tawakkal sahaja. Maaf bagi yang tak mendapat jemputan tau.. planning last minit huru haranya Allahurabbi...

Menu tahun ini:

Nasi tomato
Ayam masak merah
Dalca sayur
Acar jelatah
Sambal belacan
Papadom

Bubur kacang hijau
Kacang kuda rebus
Goreng nugget
Kek pisang

Set nasi tomato hasil air tangan sendiri. Masak dari hati.. masak dengan iman. Mulakan dengan Bismillah.. semoga menjadi, sebab first time masak dalam kuantiti yang banyak. Nerves sangat!

Bubur kacang dan kacang kuda rebus juga masak sendiri.

















Alhamdulillah.. menjadi. Feedback kawan-kawan semua memuaskan hati. Tapi tak tahu la kot diorang nak sedapkan hati si tukang masak kannn....

Boleh dah start bisness catering quantity kecil-kecil ni.. hahahhahah..

☝juadah dia atas sedang-sedang elok untuk anggaran 40-50 orang makan. Ngam-ngam lauk dengan nasi.. hingga tetamu last kami pukul 12.00 tgh malam dan ada juga rezeki untuk pak guard yang menjaga pintu masuk ke perumahan kami.

Terkurang, terlebih mohon halalkan ye kawan-kawan...

Yang sedikit sama dikongsi, yang banyak sama dirasai.

Jamuan untuk saudara mara batch lain pula en.suami kata..😅😅 

Selamat Hari Raya..




05 July 2016

Juadah berbuka :: minggu terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Minggu terakhir Ramadhan 1437H.

Sekejap sangat kan... baru je rasanya masak kan ayam goreng, tempei masak kicap, tom yam dan sambal belacan untuk berbuka hari pertama berpuasa.. tup..tup.. kita dah berada di penghujung Ramadhan dah pun..

Untuk minggu terakhir ni.. masih cuba untuk memasak.. walaupun kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa dah pun... 😂😂
dan penyakit "M" pun dah menyerang sikit-sikit ni haa... 



2 jenis lauk sahaja untuk berbuka 22 Ramadhan.. itu pun start masak pukul 6.30ptg. Melayan rasa "M".. berbelah bahagi samada nak memasak atau nak membeli je. Sudahnya tetap pilih untuk memasak dan terkejar-kejar la masaknye. Azan Maghrib, sup tulang masih di dalam noxxa, belum siap pressure lagi pun...



Hari ke 23 Ramadhan, berbuka seorang diri ditemani anak-anak sahaja. Atas tuntutan kerja en suami.. maka hari ini kami berbuka sendiri-sendiri. Menu berbuka pun sesimple yang boleh aje. Alhamdulillah..



Stok lauk dah dipenghujung-hujung.. masak apa yang masih berbaki. Hari ni masak simple-simple sahaja... Tapi puasa-puasa ni.. mende simple pun terliur bukan main....


Lepas en.suami balik kerja 25 Ramadhan.. kami ke Ikea hunting for something. Dah alang-alang kat situ, terus je la mencari tempat berbuka di The Curve shopping centre. Main terjah sahaja kat restoran Ma'Cik Biryani sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka. 

Beriani kambing untuk en.suami, kuew Teow Sup untuk  saya dan set nasi kari ayam + sayur+ telur mata untuk anak-anak share berdua. Rasanya..? hmmm boleh la... masak kat rumah lagi sedap kooot :p



26 dan 27 Ramadhan lauk nampak sama.. dah hujung-hujung kurang idea sungguh. Masak sahaja apa yang rasa senang buat. 

Untuk update menu berbuka 28, 29 dan 30 Ramadhan 1437H.. sikit kecewa.. dah balik kampung, dan nak pegang hp pun tak sempat langsung.. 

Maafkan saya... hihi..

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

Dari kami, Azam, Diana, Eusoff dan Elyass.




26 June 2016

Juadah berbuka :: minggu ketiga Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Update juadah minggu ke tiga berpuasa..

Masih memasak seperti biasa pun. Alhamdulillah.. makin hari makin seronok dengan rutin yang satu ini.

Terasa seperti nak berpantun pula..hihihi😄

Ramadhan 1437H indah tak terkata,
Memberi peluang merasai "Nikmat" nya seketika,
Juadah berbuka terhidang didepan mata,
Jemput sayang-sayang mama kita berbuka,




Stok lauk dah di hujung-hujung... jadi terpaksa la juadah berbuka 16 Ramadhan... masak saja apa yang ada saja.. Nampak terselit budu di situ...? Tak Tranung la tak makan budu kan.. jadi untuk sesuaikan dengan budu, saya goreng kunyit je ikan sardin.. dan tabur bawang beri aroma wangi.. masak lemak kobis untuk kuahnya. Sosej masak merah tu saje buat tambah-tambah..




Hari ke 17 Ramadhan, berpeluang berbuka bersama-sama dengan kakak-kakak sepupu sebelah en.suami di Cheras.. Meriahnya makanan..... kuih muih banyakkkkk sangat.. kenyang Alhamdulillah.. siap tapau bawak balik kuih badak berendam untuk sahur esok.. 


Kuali periuk kat rumah... simpan rapi arini.. dapur tak berasap laa.... tapi...tapi... harini saya belajar menjala... sukar gak pada awalnya... lama-lama.... menjadi juga..😄






Alkisahnya beras cap rambutan masak hari-hari sudah kehabisan.. tinggal beras basmathi je 3 pot.. jadi untuk juadah berbuka puasa 19 Ramadhan, buat nasi minyak je la untuk berbuka.. semua bahan pun dah cukup lengkap ada.. 


Maka terhasil la nasi minyak simple-simple..




Hari Sabtu, 20 Ramadhan berbuka puasa di luar sahaja, ayam penyet AP. Mencari kelengkapan raya untuk anak-anak sebenarnya. Alhamdulillah settle sudah bahagian anak-anak. Bahagian mama papa, lambat pun tak apa.. tak ada pun tak apa... Anak-anak keutamaan utama.. ☺




Maka berakhir la 3 minggu ibadah berpuasa di bulan Ramadhan... tinggal seminggu sahaja lagi..


Sedihnya..😢😢😢😢





20 June 2016

Juadah berbuka :: minggu kedua Ramadhan 1437H

Assalamualaikum..

Berlalu sudah minggu kedua Ramadhan.. menjadikan hari berpuasa telah pun berjumlah 15 hari termasuk hari ini. Sayu rasa hati sekejap sahaja setengah bulan telah berlalu pergi..

Alangkah bestnya jika setiap bulan pun adalah bulan Ramadhan..

Kali ini update menu berbuka di sini untuk minggu kedua. Masih lagi bertahan untuk memasak untuk suami dan anak-anak di Ramadhan ini, Alhamdulillah.






Berpuasa hari ke 12 Ramadhan... masak-masak untuk dibawa berbuka bersama-sama kawan-kawan. Masing-masing bawa sedikit makanan/kuih muih untuk berbuka. Sebab tu lauk semua pun dalam bekas duduknya...

Alhamdulillah... di Ramadhan ini, bersama-sama menjayakan ziarah Ramadhan ke rumah kawan yang diuji sakit oleh Allah. Sesungguhnya berat sungguh dugaan yang Allah berikan padanya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Semoga Allah berikan kesembuhan padamu sahabat. Amin, Amin..Ya Rabbal Alamin..



Puasa hari ke 13, kami balik kampung Raub, berbuka bersama atok dan pok de, Eusoff..Eyass. Sebelum bertolak balik masakkan sedikit juadah berbuka.. sampai bandar Bentong singgah beli kuih muih untuk tambah-tambah.

Favourite en suami tentulah murtabak dan ondeh-ondeh. Bubur nasi untuk Elyass, dan ikan bakar untuk abah. Kering tekak tengok air-air kat situ, tergoda pula tengok air sanquick.. jadi beli dua plastik.. tahun lepas-lepas rasanya sebungkus RM2.00... tapi sekarang dah RM3.00 😰.. omakaiii...

Malamnya berkesempatan bawak abang Eusoff dan Elyass bertarawikh di masjid kat kampung... Alhamdulillah.. seronok rasanya bila ke masjid dan dapat berkenal-kenal dengan kawan-kawan arwah emak. Menu moreh adalah mee kari, kuih muih dan rambutan.. Sedap! 👍


Percubaan pertama memasak nasi beriani.. Bimbang tak menjadi tapi tawakkal sahaja. Ikut elok-elok resepi.. Alhamdulillah menjadi je. En suami kata sedap.. yeayyy..!

Ayam masak merah digantikan dengan ayam gulai.. berturut-turut makan ayam masak merah muak pulak nanti.


Berlalu dua minggu Ramadhan.. sayu rasa hati..


😢






17 June 2016

Roti bakar dan scrambled egg untuk Elyass

Assalamualaikum..

Hari ke 12 berpuasa.. 

Harini Elyass bangun lambat.. mama dah kemana-mana dah pun, dia masih mentido. Mungkin sebab semalam hujan hingga ke sahur... sejuk...sedap tidur ye..

Bangun-bangun.. tak mintak mandi macam biasa pun.. tunjuk-tunjuk dapur terus. Lapar la tu...

Apa ye nak masak untuk Elyass... simple dan dia pun suka makan.

Buat roti bakar dengan scrambled egg la. 



Tak abis makan pun.. banyak sangat rasanya..

Siap makan... jom mandi!! 

Yeayyy..

*Petang ni nak masak rendang ayam untuk berbuka. Wish me luck ye.. first time nak mencuba..😊






14 June 2016

Juadah berbuka :: minggu pertama Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Part yang paling membahagiakan bila penat berperang tung..tang..tung..tang.. memasak didapur.. adalah, apabila suami dan anak-anak makan dengan penuh selera dan bertambah-tambah.

Hati kecil pasti berbunga-bunga bilamana abang Eusoff dengan ikhlasnya memuji masakan mama sedap.....

"Mmmmmm....sedapnya mama masak.."

Si kecil Elyass pula... diam-diam makan, sedar-sedar angkat pinggan nak tambah lagi..

Masak biasa-biasa saja.. tapi suami dan anak-anak rasa luar biasa sedap agaknya. Alhamdulillah.. Untuk kenangan... letak sini gambar seminggu juadah berbuka kami di Ramadhan ini.







6 Ramadhan spesial sikit menu berbuka sebab abang-abang saya berkunjung ke rumah untuk berbuka bersama-sama. Memang kena sediakan menu istimewa la. Cubaan pertama memasak nasi daging. Alhamdulillah memang menjadi! Serta ketupat sutong... teringat-ingat sampai hari ni. Aishhhh..Nanti nak repeat buat lagi...


7 Ramadhan, berbuka rumah abang.. menu nasi beriani.. saya gantung kuali..😊




21 May 2016

Mama's kitchen is OPEN 24/7

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua....
Didoakan semoga hujung minggu yang bermanfaat untuk semua hendaknya.. Insya Allah..



Cuti-cuti juga.... ke dapur itu pasti! 
Sesambil masak, sesambil berdoa, ikhtiar untuk anak-anak dilembutkan hatinya.


Menu di hari minggu kami, berkebetulan abah dan adik serta saudara mara sebelah suami datang bertandang.. menu yang saya boleh buat tanpa tengok resepi.. buat sambil pejam mata (ok.. itu tipu :p)......

Insya Allah, nasi minyak dalam perancangannya. Lauk pauk, segala kelengkapan semua sudah beli.

Ketika entry in dipusblish.. nasi minyak in the making dah... 
Nak rasa? Jemput la datang rumah.... :)

Tetamu datang sudah pasti takde masa pun nak on computer.. apatah lagi membuat entry.
So, auto publish sahaja untuk entry hari minggu saya..






20 May 2016

Pancake untuk breakfast Elyass

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua yang berkunjung ke blog kecil saya.
Blog kecil, mengumpulkan cerita-cerita membesarkan anak-anak. penuh dugaan dan cabaran. Tapi ianya suatu yang amat manis untuk dikenang-kenang.

Hari Jumaat yang sedikit sibuk. Cleaning routing in the house!!

Sesambil start..sesambil sediakan makan pagi untuk Elyass. Hari ini, pancake Vanilla! Tumbs up sebab mudah sesangat cara penyediaannya. Sedap... dan Elyass suka!

Model pancake..

Nyum..nyum...nyum...


Habis tau pencake ni dia hadap sorang-sorang.. 
Minum air masak aje sebab pancake ni manis kata mama....







15 April 2016

Kashfi Elyass, budak kuat makan..

Assalamualaikum...

Makan pagi, saya akan suapkan Elyass sekali sewaktu suapkan abang makan pagi sebelum ke sekolah. Biasanya memang akan masak nasi sebab abang adalah "budak nasi" biasanya masak nasi goreng.. ada-ada masa nasi putih berlauk.. Pagi, biasanya dia makan sikit je.. 3-4 suap je..agaknya sebab masih sangat pagi kan..

Gambar ni, waktu makan petang.. makan nugget.

Dalam pukul 10.00 ~ 11.00 Elyass akan mintak biskut dan susu. Kat rumah memang kena ada je stok biskut.. kadang tak kira masa pun ke dapur sendiri dan tunjuk-tunjuk bekas biskut sambil bising mulut dalam bahasa dia. Berulang-ulang makan.. habis sekeping, ke dapur lagi minta sekeping lagi.. sampaikan kadang tu habis 4-5 keping. Suka sangat dengan biskut. Setakat hari ni, memang tak boleh takde biskut mery dan biskut tiger tu. Itu biskut favourite Elyass.

Sedap sangat sampai bolat mata Elyass...hahha

Tengah hari Elyass akan makan nasi . Lauk yang paling dia gemar kalau mama masak ayam masak kicap atau ayam masak lemak. Sesenduk kecil nasi memang boleh habis. Kalau mood makan dia sangat-sangat bermood, dia boleh makan sampai dua senduk kecil nasi tu. Kalau mood ala-ala je... dah siap-siap sediakan nasi tu.. dia boleh eleng kepala taknak makan.

Waktu petang, kalau tak berikan dia biskut... ada masa buat cekodok manis, malas sikit mama goreng nugget je.. semua pun Elyass makan..

Makan malam, Elyass akan makan nasi sama-sama dengan abang dan papa sekali. Waktu ini selera dia memang berganda-ganda..sebab makan nasi saing kan.. tengok abang bertambah, dia pun hulur pinggan sekali nak tambah.. nak lawan abang makan. Padahal nasi dia semua pun ke lantai.. berapa biji sangat la masuk mulut pun.

Biasanya saya akan suap Elyass, baru lah dia akan betul-betul makan. Kalau tak dia bagi lantai je makan nasi-nasi tuu.. :p

Untuk makan Elyass, sedikit mudah berbanding abang.. Semua benda pun Elyass boleh makan.. tak memilih.. sayur pun dia boleh telan, kalau dah gaul-gaul dengan nasi. Macam abang, sayur sikit je.. dah muntahkan balik semua yang dia makan tadi. Lain anak-lain ragamnya..

Tolong mama hantar pinggan kat singki..Good job..good job..

Tolong mama hantar gelas kat singki.. Such a good boy!

Duduk dengan mama seharian, memang saya akan suruh Elyass membantu apa yang dirasakan dia boleh buat. Hantar pinggan dan gelas ke singki.. (seperti gambar di atas), ambil air sendiri di mesin Coway (air saya dah siap-siap isikan dalam gelas), masukkan balik mainan-mainan yang dia main ke dalam box mainan balik... tolong mama lapkan air yang dia sendiri tumpahkan, kutip nasi-nasi yang jatuh di lantai selepas siap makan.

Semua tu...dia boleh buat bila disuruh..

Bukan nak mengarah-ngarah.. tapi nak ajar Elyass, boleh membantu mama apabila mama perlukan bantuan.. Orang kata, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Kannnn...........







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015