Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

14 February 2016

Cameroh Highland! Eusoff dan Elyass datang ni..

Assalamualaikum...



Jalan-jalan untuk edisi pertama di tahun 2016. Berkebetulan dengan majlis perkahwinan sepupu papa.. maka dapat la Eusoff dan Elyass merasa jalan-jalan di Cameron Highland. Kali yang dah banyak kali untuk Eusoff dan kali pertama untuk Elyass.

Jalan-jalan 2 hari 1 malam di Cameron Highland - 16~17 Januari 2016.

Hotel kali ini, Parkland hotel, Brinchang. Hotel budget di tengah-tengah Bandar Brinchang. Kenapa pilihan kami di situ? Dekat dengan Pasar malam Brinchang.. (Yang sebenarnya jauh la juga.. menapak 4 beranak, lagi-lagi lokasi pasar malam sudah beralih masuk ke dalam sikit, berbanding sebelum ini.. di tepi-tepi jalan besar tu). Tapi itu bukan lah masalah besar, berjalan di dalam keadaan dingin, sejuk-sejuk.. melihat perrmandangan sekeliling, memang best!

Jalan-jalan edisi singkat, tempat pergi pun sikit je yang sempat.

Bertolak awal pagi Sabtu ke Cameron Highland. Sampai tengah hari terus ke majlis perkahwinan. Selepas itu check-in hotel, rehat-rehat.. sebelah malamnya jalan-jalan cari makan di pasar malam brinchang. Beli apa yang perut perlu saje..sebab gaya macam masih kenyang makan kenduri tengah hari tu.

Hari ahad, check-out awal pagi. Breakfast di food court Brincang.. betul-betul berhadapan hotel sahaja lokasinya. Abang Eusoff dan Elyass breakfast nasi lemak dan "pat" je..

Pat = Telur 

Seterusnya Eusoff dan Elyass ke taman rama-rama. Dua beradik ni teruja sungguh!! Tapi yang bestnya..walaupun dorang takut-takut.. tapi diorang nak juga tengok rama-rama tu, biarpun dari jauh. Kalau kecil-kecil dulu abang Eusoff mesti dah meronta-ronta tarik tangan mama nak keluar dari situ. Alhamdulillah.. perkembangan yang positif untuk abang Eusoff!! Dalam 1 jam juga tengok butterfly dan bergambar sekeping dua.







Selepas tu kami singgah di ladang teh Bharat Plantation. Melihat kehijaun ladang teh sambil menghirup udara yang sangat segar dan nyaman. Mama cipta rekod tersendiri panjat bukit ladang teh tahap yang boleh tahan tinggi gara-gara mengikut permintaan abang Eusoff... Fuhh penat weh lagi-lagi bergilir dengan papa dukungkan Elyass. Panjat punya panjat.. abang Eusoff mintak stop.. tak larat dah katanya.. :) Elyass teruja melihat keindahan ladang teh saujana mata memandang...speechless! sambil tangan tunjuk sana sini..hihi





Indahkan anak-anak mama, alam semulajadi ciptaan Allah?

Alhamdulillah.. abang Eusoff dan Elyass berpeluang berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di Cameron Highland. Lain kali ada rezeki kita jalan-jalan lagi ye..

Daa.. :)



05 January 2016

Penutup cuti-cuti 2015 :: Percutian singkat ke Port Dickson

Assalamualaikum..

Orang kata barang yang lepas jangan di kenang. 
Tapi.. kenangan manis tahun lepas, meh le kita kenang-kenang balik tahun 2016 ini.

Pic Kredit : http://portdickson.info/guest-hotel-spa.htm
11/12/2015 (Jumaat) bersempena dengan kelahiran Sultan Selangor... setelah memikir-mikir.. kesian anak-anak, terutama abang Eusoff, walaupun cuti sekolah dia tetap juga ke sekolah seperti biasa.. jadi jom la bawa anak-anak berjalan-jalan. Perancangan last minit! Hari ni booked untuk check-in besok. Mujur ada je hotel yang masih kosong. So, kami ke The Guest Hotel & Spa, Port Dickson. 

Matlamat utama, kami mencari hotel yang ada swimming pool. Untuk first time memperkenalkan pool kepada Elyass... :) Nak test, berani ke penakut ke..? Abang Eusoff pun kecil-kecil dulu penakut sungguh dengan air.. sekarang mari kita tengok..macam manaaaaa.... :)

Hotel ok..selesa..bersih.. breakfast pun memuaskan. Banyak pilihan makanan. Abang Eusoff suka sebab ada nasi lemak dan sausage! 

Sangat suprise, abang Eusoff dan Elyass sungguh teruja mandi manda kat pool tu.. Ingatkan takut... Tak dahh.. yeayy!

Abang Eusoff nampak takut-takut mula-mula jer, tapi lama-lama dah berani.. berbanding waktu dia kecil dulu.. memang takkan masuk dalam pool tu.. Sampai sudah! Basah pun tak! Tapi sekarang abang dah layannn... ajak naik, boleh pulak dia kata "mama, saya nak mandi pool lagi...please..."



Elyass, awal-awal macam takut juga.. tapi bila dah beberapa kali cubaan papa merendam dia dalam pool tu.. akhirnya nampak dia pun layan... yeayyy!!! Siap main-main tepuk air.. terpercik kat abang, gelak bukan main.. seronok ye kenakan abang..



Selain nak bawak anak-anak mandi pool..sebenarnya nak bawak juga diorang ke Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery di Port Dickson ni. Yang Jauh-jauh masih tak mampu nak pergi.. so kita pergi yang dekat dulu lah.. Itu pun dah buat abang Eusoff teruja sangat-sangat dah.. 

Naik ke tingkat atas, ada pulak patung hantu tuuu.. abang Eusoff dah takut dan ajak balik dah.... "saya takut mama.." katanya.. haiish la anak..

Dapat la ambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan.



Dewasa RM20.00 dan kanak-kanak RM15.00



Nak terjun dalam toilet ke tuu..?








Perjalanan balik ke KL, kami singgah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson..jalan-jalan tengok pemandangan. Dapat makan aiskrim pasu yang super best! Makan keropok dan minum air kelapa. Belikan abang bubble.. dan main tiup-tiup bubble. Niat di hati nak buat lukisan Elyass dan abang Eusoff, Alhamdulillah dapat buat... Mujur la anak-anak mama behave waktu pakcik nak lukis muka awak-awak tauu...


Elyass behave sangat-sangat..

Abang muka tua 3 tahun.. hhahahha




Abang Eusoff kasi mama papa, surprise lagi bila dia request nak main roller blade..
Sudah besar sangat ke kamu wahai anak?? dah pandai meminta nak main benda alah ni.. Ada je roller blade yang boleh disewa, tapi papa tak berani nak beri. Katanya takut jatuh.... abang Eusoff tak pandai lagi..

Boleh pulak abang jawab.. "saya pandai la mama... please..mama..please.."

Kesian... sebab menidakkan kemampuan anak-anak..
Tapi mama papa belum yakin pada abang untuk bermain benda-benda macam ni, yang berisiko besar untuk abang cedera.

Tunggu la 2-3 tahun lagi. yeerr...?

Itu sahaja percutian singkat 2 hari satu malam kami di Port Dickson.

Ke Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery
Bermalam di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson
Mandi pool di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson
Ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Balik! 

Anak-anak gembira, mama papa suke.. :)



07 May 2015

Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka & it’s a picnic time!

Assalamualaikum

Bercuti panjang memang sangat awesome! 

01 May 2015 – Hari pekerja
02 May 2015 - Saturday 
03 May 2015 – Hari Wesak
04 May 2015 – Cuti Ganti untuk Hari Wesak

Maka dengan itu, kami, warga Selangor Darul Ehsan dan seangkatan dengannya mendapat 4 hari cuti.. yippiiii!! 

Jadi ke Melaka, Bandaraya Bersejarah lah kami 4 beranak.

Rehatkan minda, rehatkan fikiran dari beban kerja, keluar sikit dari ruang lingkup kehidupan harian biasa-biasa.. Biarpun dengan anak-anak kecil, fizikal takde lah boleh rehat mana, tapi Alhamdulillah tetap terasa segarnya jiwa.. Manfaatkan masa berkualiti bersama anak-anak dan suami.. itu yang sangat-sangat bermakna.

Alhamdulillah, perancangan percutian singkat menjadi juga.. sambil menyelam sambil-sambil meneguk air orang kata, so kami bercuti sambil menghadiri undangan ke majlis perkahwinan.

FUGA VILLAGE



Percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village, Pengkalan Balak, Melaka. Booking last minit memang sangat haru sebab semua chalet/homestay kat Pengkalan Balak fully booked! Gigih gak lah mencari hingga jumpa juga Fuga Village kat Booking.Com. Tu pun hanya ada 3 bilik aje yang kosong. Cepat-cepat confirm booking sebab takut melepasss.. Lepas tu baru mencari-cari review dari pengunjung yang pernah duduk kat situ.. ye lah nak tahu la kan best ke idak..
Tak banyak review lagi pun, ada terjumpa 2 – 3 review positif pasal tempat ni… Tengok dari gambar-gambar macam menarik, tertarik kau memang debomb! Cantik…ekslusif..
Rupa-rupanya Fuga Village adalah satu chalet baru beroperasi January 2015. Baru beberapa bulan.. oooo… tempat masih baru, mesti la best kan.. Accommodations confirm masih baru!

Nak tahu detail; boleh chek sini:

Untuk kami 4 beranak, One-Bedroom Chalet pun dah cukup, pool view lagi... Ada aircond, kipas, katil queen size, rak baju, peti sejuk kecil, kettle, bilik mandi terbuka.. (owh..ini sangat rare bagi kami) wifi, free parking.






Tapi untuk pakej ini, tv takde.. boring sikit lah.. Saya tak sure untuk sementara waktu ini je takde, atau akan datang nanti ade atau macam mana. Tak tertanya la pulak. Tapi untuk The Villa confirm ada TV.


Review sikit:


Tempat ni sangat best, bagi yang nak berhoneymoon boleh manfaatkan masa berdua di dalam chalet yang sangat cantik! View di luar chalet ini pun sangat cantik, bersih mata memandang. In house pool tak besar sangat, tapi ok la kalau nak berendam 4-5 orang dewasa.. Kalau ramai-ramai mungkin tak sesuai kot. Kolam kanak-kanak adalah takde..

Kawasan yang sangat privacy, pagar buluh yang tinggi disekeliling chalet ini, sangat terlindungan dari pandang orang luar. Memang tak nampak! Nak intai pun tak nampak. Keluar masuk dari chalet ini adalah berkunci.. Pengunjung chalet ini diberi kunci untuk masuk dan keluar. Untuk security sangat selamat.

Kalau datang dalam group yang sedikit besar, mungkin lebih happening. Boleh buat bbq, dan aktiviti-aktiviti sukaneka disini.

Kalau teringin nak mandi pantai memang kena keluar dari Fuga Village, jalan kaki sikit kat depan tu ada pantai awam.. ok lah takde jauh mana pun..
 
Overall, percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village sangat best! Dihidangkan dengan bilik yang sangat bersih..tip top! Walaupun malu-malu mandi di bilik mandi terbuka..hahahhahah… mandi dengan baju kot, takut kapal terbang melintas =p Owner, Ms. Amee yang sangat friendly.. dengar kadar harga yang sangat ok.. RM170/night. Ok sangat dah…


Nak menikmati percutian di Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka? Cuba lah.. mana tahu sesuai dengan jiwa anda yang inginkan privacy.

Last but not least, 

Gambar dak kecik tengah syokkk berbath tub di Fuga Village:


Aktiviti kami di Pengkalan Balak:

"it’s a picnic time!"-abang Eusoff.


Ala kadar je pun… beli sikit-sikit makanan/minuman gerai sana, gerai sini… hampar tikar, duduk mengadap laut sambil makan-makan.. dah cukup bermakna “picnic” bagi abang Eusoff.. terpancar di riak wajak… senyum sambil makan sausage… sambil sesekali kacau-kacau baby kat dalam car seat..hihiih.. Baby Elyass pun syok je duduk di car seat sesambil layan angin pagi.. 

Mama makan mee hoon, papa makan nasi putih berlauk, abang Eusoff makan sausage je, baby Elyass minum susu je.. Simple je menu picnic kami…hiihi

Puas hati tengok senyuman abang Eusoff.. Walaupun tak dapat penuhi permintaan abang nak main kite. (Kite patah masa nak main..huhuuh...)

Belum terlambat nak wish..selamat hari pekerja kepada semua...! 
Apalah makna sebuah syarikat, kecil mahupun besar, tanpa kita pekerja-pekerja..kaannn =)

Bai..





05 June 2013

Percutian Jun 2013 : Penang

Assalamualaikum..

Entry jalan-jalan cari pasal…=p Sabar je laa… ada sesuatu yang tak best terjadi dan membuatkan mood jalan-jalan kelaut di awal nya, namun Alhamdulillah, bila redha menerima qada’ dan qadar Allah.. akhirnya mood on balik macam biasa =)… Apa berlaku? 


Kereta kami dilanggar lori kat Hentian Taiping Utara, mujur tak parah. Sikit sangat je dugaan yang Allah berikan.. Tu pun dah melatah lebih… erk…

Kali ini kami ke Penang lagi.. 2 hari 1 malam pada 01 June 2013 baru-baru  ni. Tujuan utama adalah menghadiri kenduri perkahwinan saudara mara belah en.suami, dan tujuan palingg utama lagi dah tentulah jalan-jalan. Walaupun singkat benor percutian.. tapi takpe… kami aim tempat-tempat yang tak sempat kami pergi masa percutian ke Penang yang lepas. Entry Percutian Jan 2013 :Penang.

Qayyum bergurau senda ngan Abg Eusoff
@ Kenduri kahwin, Penang

Percutian bekerluarga lagi la best berbanding percutian sekeluarga kecik kami aje… konvoi beramai-ramai bersama Kak Ngah Rohaiza dan sekeluarga besarnya. Memang sangat best dan happening. Walaupun melalui highway ke Utara sikit sebanyak mencabar kesabaran sebab jalan adalah jem sesangat.. Pergi dan balik!

Malam nyer kami  ke Penang naik feri. Naik feri malam-malam ni tak nampak sangat la panorama indah di tengah laut. Tapi layan angin sejuk malam-malam sambil bergambar syok gak!


Antara tempat yang memang kami nak pergi sangat-sangat adalah, Restoran Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling. Finally kami merasa jugak makan nasi kandar kat sini, walaupun terpaksa beratur panjang tak hagak! Sampai Kat restoran ni dalam pukul 10.15 mlm…berator sampai pukul 11.00 mlm.. tu pun belom boleh beli lagi… Ada lah dalam 30 orang lagi kat depan kami ni… Orang yang sambung berator kat belakang dah bertambah panjang dah pulak!

Menunggu sambil tidur.... =) En.suami tidur sambil pegang air..hahha

Makan larut malam le kami beramai-ramai malam ni. Adehhh.. Mujurlah ada dikalangan kami yang akal panjang sikit kan..bukan cubaan potong barisan tau..no..no..no.. =p Cuba bagitahu mamak restoran yang kami ada bawak warga tua.. kesian lak kene menunggu  lama.. [memang tak tipu ar, abah, apak ngan Makngah memang dah masuk kategori itu] Memang nasib kami baik dan mamak tu nak tolong bungkus terus nasi kandar yang kami order..Yeayyyy…dapatlah kami awal dari yang sepatutnya.

Tapi merasa gak arr.. beratur pannnnjjaaaannng…. Mmmm.. sesuai betul dengan nama kedaikan..?

Ni dia yang menjadi idaman qalbu dari percutian hari tu lagi…. Memang sedap hingga menjilat jari! Rasa tak cukup arrr… len kami memang kami akan terjah sini lagi dan beratur pannnnnnjjjjjaaaannng lagi..hihihi..


Keesokannya, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, sempat lagi ke Pasar Chowrasta, kalau ke sini tak sah tak beli jeruk.. dan tak lupa barang wajib beli, fridge magnetic.  

Suka bergambar kat kedai pintu warna warni tu..cantik dan menarik!

Percutian singkat yang sangat best, walaupun diduga dengan tragedi di awalnya.


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan ujinya dengan kesusahan" - Riwayat Al Bukhari





Update 06 June 2013..

WW kat blog kengkawan di SINI... saya jumpa satu berita terkejut perihal jambatan ke-2 Pulau Pinang runtuh.. Penyambung susur keluar jambatan ke-2 Pulau Pinang itu yang runtuh sekitar jam 7.05 petang tadi.

Ya Allah.... sewaktu ke Penang tempoh hari saya memandang ke arah jambatan ke-2 Pulau Pinang yang dalam pembinaan... dalam hati terasa kagum jambatan panjang merentasi laut yang luas saujana mata memandang.

Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....







16 April 2013

Weekend kami @ Genting Highland, Kota Keriangan..

Assalamualaikum...
Sabtu bebaru ni, en.suami seharian bekerja.. Dah 2-3 malam asyik balik lambat.
Nanak asyik tanya "anne appa"..? Sehinggakan kekadang nanak lak jawab sendiri "appa ije"
Kesian anak kecil saya tu... Lately kekurangan kasih sayang papa lak gayenyer..
Kekadang rasa nak merajuk jer... tapi bila dipejamkan mata... cuba untuk positifkan minda..
Ye...saya sepatutnya akur dengan kerja suami.. untuk mencari rezeki menyara kehidupan sekeluarga. Bila dah set mind macam tu... dah takde apa lah yang nak dimarahkan...
Peace No War..=)
Lagi pulak en.suami tak selalu macam ni... Jarang-jarang sangat.. So saya layankan aje lah waktu sebuk seketika en.suami ni..
Boring pun tak lah sangat, sebab ada nanak kecil peneman setia mama. Walaupun kekadang dengan mama setiap masa memang buat perangai... sabauu aje lah.
Kerja rumah lak memang ada je.... so buat mana-mana yang patut.
Untuk mencover balik 2-3 malam balik lewat, Sabtu lak seharian kerja tak hengat... en.suami tetiba dengan baik hatinya nak bawak kami jalan-jalan Genting Highland, Kota keriangan, Ahad nyer tu... Jalan-jalan balik hari je..
Yeayyyyyy!! Dah lama kot tak naik sana.. Kalo tak silap last pergi masa tak kawen dulu..mungkin 2007 @ 2008..Dah lama dahh...
Dan...
First time untuk nanak!
Saya suka perjalanan ke sana..mendamaikan..


Berkabus...

We are arrived @ First World..

First World Hotel

Parking kat bawah Hotel First World.. Banyak je kosongnye..
Kitorang tak main apa-apa permainan pun, indoor mahupun outdoor.
Memang pergi sesaja jalan-jalan cari makan je pun...

Jalan-jalan...meround-round First World Plaza... tengok pertunjukan silap mata kat main stage, tunjukkan nanak hantu-hantu berkeliaran... sampai nanak menyorok kat celah ketiak papa...hahhahahahah..


Hantu yang berkeliaran di mana-mana..

Pusing-pusing lagi, masuk kedai-kedai situ..tengok-tengok barang.. Memang tengok je pun... x beli bende pun...jalan-jalan, pusing-pusing, sampai kepenatan dan kelaparan...

Terdapat lebih dari 60 buah kedai yang menjual pelbagai barangan disitu termasuk 70 buah kedai makan yang pelbagai pilihan. Nahhh...jalan lah sampai lemau..masuk lah satu-satu kedai kat situ yang pastinya harga memang sedikit mahal..kot =)


Ingat nak makan kat Pizza Hut, ramainyer manusia kat situ.. full house! So terpaksalah carik makan kat tempat lain. Ingat nak makan KFC, sama jugak..ramai manusia sampaikan tak nampak barisan dah kat kaunter.. gaya kene serbu je..
Last sekali kitorang decide untuk makan kat McD je..sebab tak ramai orang kat situ.
Makan-makan sambil sekali sekala dengar jeritan manusia yang naik Flying Coaster yang sebenarnya mainan out door, tapi ada part tu merentasi First World Plaza. Teringin nak main games semua tu tapi sebab percutian ni adalah tak dirancang, jadinya lain kali aje lah.

Ni harganya, ada beze ke dengan harga kat bawah sana?
Biskut Famous Amos yang best 100gms RM8.90
Nanak excited ke kat situ?
Jawapannya adalah..tidak..
Nanak cam takut je kat sana, sepanjang kat dalam First World Plaza tu.. langsung tak berjalan sendiri pun. Berdukung memanjang...ganti-ganti lah papa dan mama.. Mungkin gak keadaan yang ramai orang, dengan jeritan gempa gempita setiap masa dengan hantu-hantu berkeliaran..menjadikan tempat itu menyeramkan untuk nanak..
Tengok mainan kat situ pun nanak tak excited langsung! Biasanya kalo nampak mainan memang dia lah yang no. 1.. Tapi kat situ nanak semacam hilang selera...=)
Mungkin indoor tak berapa sesuai untuk nanak..
Belum lagi ditunjukkan mainan outdoor.. Kot la lebih sesuai ngan jiwa...
Lain kali lah pulak ye Eusoff?!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015