Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

08 January 2017

Mini Karnival MakanannTradisional & Produk Terengganu

Assalamualaikum...


Berkesempatan juga harini ke mini karnival makanan tradisional & produk Terengganu. Hari terakhir dah pun harini..

Sebab memang lah bangsa suka makan.. lagi-lagi makanan negeri sendiri ni.., jadi memang tak lepaskan peluang laa. Menda yang sangat berhajat nak makan adalah rojok kateh, makanan famous orang Terengganu terutama di bulan puasa dan di waktu raya haji. Barang susah nak dapat nihhπŸ˜„

Dalam pukul 11 lebih dah sampai sana.. mujur senang parking.. terus je masuk ke khemas jualan.. tengok kiri kana, depan belakang... dah tak keruan.. (tambah lagi tengah lapar..) ambik-ambik dan bayar.... nahh.. ni dia...





Dan sejenis lagi keropok lekor/keropok cheese.. masuk kereta terus ngap dok dang-dang.. jadi tak sempatnya dia berselfi..πŸ˜‚

Semua sedap-sedap.... hilang rindu kepada makanan negeri tercinta itu..

Sesambil membeli, berkesempatan pula menjawab soalan kuiz.. dah dapat menang hadiah.. Alhamdulillah langkah kanan harini..


Sempat bergambar dengan orang kuat diantara yang kuat-kuat disebalik majlis ini.. En.Ridhwan..heheh..
Kasi can suami ngan anak-anak je la bergambar.. mama is malu..πŸ™ˆ takut tak muat kamera..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kekenyangan makan makanan unik Terengganu. Terlepas rindu... sebab dah lama tak balik kampung.

Alhamdulillah, banner, bunting name tag untuk majlis ni, berpeluang supply pada mereka. Permulaan yang baik untuk di awal tahun ini bagi saya. Beginner designer sahaja.. tapi Insya Allah.. boleh cuba buat yang terbaik untuk anda..

Kau minat nak buat design dan printing untuk backdrop/bunting/banner atau item-item lain... leh la pm kat fb mama Eusoff Elyass ye..

Fb: Nordianah Alias.

😊

13 December 2016

Eusoff & Elyass @ Zoo Negara Malaysia

Assalamualaikum...

Cuti di hari Selasa, bersempena cuti ganti birthday Sultan Selangor semalam.. bawa anak-anak ke Zoo Negara Malaysia. Abang Eusoff sangat excited!! sampai ajak breakfast dulu pun.. dia kata.. "takpe la mama.. takpe.." biasanya makan lagi penting dari hal lain..

10 minit dari rumah.. 9.30am kami dah sampai zoo. Tak ramai orang, beli tiket pun tak yah beratur panjang. Mungkin sebab masih awal..

Abang Eusoff excited nak bergambar.. dan Elyass macam masuk tempat menakutkan.. nak berdukung je sebab takut.πŸ˜…
Teringat zaman Eusoff kecil dulu.. copy paste je perangai..




Masuk-masuk dipelawa bergambar.. ambik la beberapa keping.. anak-anak takut yang ada panda (maskot panda) ambil yang berlatar belakang pokok buluh merimbun dengan gambar panda jee la.. cantikkk gambarnya... terpengaruh, beli juga sekeping gambar dengan frame +  free gift fridge magnetic dan keychain. Berbaloi  dah dengan harga rm45.00. Anak-anak suka, mama papa gembiraπŸ˜„



Sebelum jalan-jalan.. isi perut anak-anak duluan laa.. nanti buat perangai sebab lapar.. tapi malangnya menu breakfast sini takde nasi. Mujur abang mood sangat baik.. makan nugget, fries, dan jagung saja pun ok.. janji nanti nak tengok show katanya..



Lepas makan... terus ke Zoo Negara Show Amphitheatre.. kene la menunggu setengah jam sebelum pukul 11.00 pagi. Tak keruan abang Eusoff selagi tak duduk mengadap tempat show ni... takpe la tunggu je, jangan anak-anak buat perangai sudah..haru nantiπŸ˜… sesambil tu.. boleh la take picture kann..





Show bermula, abang Eusoff tak senang duduk.. excited sangat. Tepuk-tepuk tangan selesai setiap animals buat show.. paling dia tak sabar-sabar tunggu show sea lion. Comel sangat rasenye binatang itu. Comel dan pandaiii..πŸ‘


Lepas tu jalan-jalan lagi mencari animals yang abang nak tengok sangat-sangat. Elephant dan panda... animals lain.. tengok sambil lalu je... 



Sebelum keluar beli la sikit buah tangan untuk anak-anak.. upah sebab behave sangat..


9.30 pagi - 2.30 petang, tanpa makan nasi.. dan emosi abang Eusoff dan Elyass masih πŸ‘

Itu lah cerita setengah hari anak-anak di Zoo Negara Malaysia..☺ (macam karangan UPSR dah rasanyee..πŸ˜† hehe)


17 September 2016

Planetarium Negara & Muzium Negara

Assalamualaikum...

Semalam seharian kami "peram" anak-anak kat rumah.. hari ini hari untuk menebus rasa bersalah pada mereka, jom kita jalan-jalan ye...


Planetarium Negara



Muzium Negara


Setengah hari berjalan-jalan di dua tempat ni, banyak benda-benda best boleh tunjuk kat abang Eusoff dan Elyass.. Cuma, dah lama-lama tu anak-anak macam boring sikit dah. Iye laa.. tempat-tempat pameran macam ni.. memang akan boring sikit untuk usia seperti mereka.

Besar sikit nanti mesti best la tu... sebab masa tu diorang dah boleh relatekan apa yang diorang belajar kat sekolah dengan apa yang diorang tengok kat planetarium dan muzium ni.


Apa-apa pun, sedikit terisi waktu hari ini dengan ilmu-ilmu bermanfaat dari apa yang mereka tengok dan dengar penerangan secara tak langsung dari mama dan papa tadi.


Untuk kenangan... mama videokan jalan-jalan di Planetarium Negara dan Muzium Negara harini.. 










09 August 2016

Eusoff & Elyass Picnic @ Ulu Yam, Selangor

Assalamualaikum...

Ahad baru-baru ni, abang Eusoff dan Elyass gi picnic dengan kawan-kawan mama papa. Abang Eusoff dan Elyass jumpa kawan-kawan. Picnic dekat Ulu Yam je, dekat je. Abang Eusoff dan Elyass dah tak takut air dah. Walaupun air sungai.




Rileks je berendam dengan kawan-kawan.. siap main-main lagi kat sungai tu. Bila ajak naik, muka abang mencuka tak nak naik sebab nak main air lagi. Papa berendam sama dengan anak-anak.. mama duduk memerhati je dari jauh, melihat keseronokan dua beradik mandi manda, sambil borak-borak dengan ibu-ibu yang lain.




Sesekali buat aktiviti begini, jelas diwajah anak-anak rasa "gembira"... "teruja"..
Ye laa... selalu, kalau tak duduk di rumah.. papa bawak pergi jalan-jalan shopping mall.. tak pun ronda-ronda Kuala Lumpur. Sesekali anak-anak berpeluang, back to nature.. excited bukan main rupanya mereka.



Elyass walaupun dipangkuan papa sentiasa, tapi matanya melilau pandang sekeliling, tengok bird, monkey yang berkeliaran kat situ, mencari makan.. tengok a'an (air) yang mengalir tenang, bunyi deruan air sungai... bunyi burung, unggas, cengkerik.. menarik perhatian telinga dia. Memerhati dan mengamati... Tak meragam langsung dia haritu!


Ni kawan-kawan mama dan papa yang super best! Super sporting! Superman & Superwomen..hihii

dan kawan-kawan Eusoff dan Elyass yang Supersweet.... 

10 May 2016

Eusoff dan Elyass main air di kolam Kanak-kanak taman KLCC

Assalamualaikum...

Hari Sabtu yang baru je berlalu, papa Eusoff dan Elyass kena bekerja belah petangnya. Pagi-pagi mama dah plan sendiri, nak bawa anak-anak keluar, jauh-jauh dari tv, computer/laptop mahupun hp. Gigih sendiri siapkan nasi dan sejenis lauk, konon-konon nak berpicnic sekali. Sedangkan masa tu en.suami bizi mengadap laptop dan melayan call pasal kerja dia.

Dah agak siap nak masak, cuba nasib bagitau; 

"Bawakan la mama dan anak-anak ke KLCC. Ingat nak ajak anak-anak main air kat kolam kanak-kanak taman KLCC dan makan apa yang dah mama masak ni..."

Haaa..lebih kurang gitu la dialog minta simpati.

:) nasib baik en.suami ok je.. katanya kerja dia belah-belah petang sikit. Masih ada masa untuk mama dan anak-anak. Sepantas kilat la kami bersiap.. tengah hari juga baru keluar rumahnya. Tunggu en.suami settlekan mana-mana kerja yang perlu disiapkan dulu..


Here we are! Kuala Lumpur City Centre..


Abang Eusoff dan Elyass - Best friend forever!

Jadinya, dengan matahari atas kepala pukul 11.30 pagi... kami di kolam kanak-kanak taman KLCC, bermain air! Eusoff dah tak takut air dah, seronok bila tahu nak ke KLCC main air... Elyass pada awalnya seperti takut-takut juga.. lama-lama teruja sama dengan abang main tepuk-tepuk air.

Sebelum tu kami makan bekalan yang bawa dari rumah tu. Lauk biasa-biasa, tapi bila makan di luar, terasa sedapnya luar biasa la pula.. Gambar sekeping pun takde.. kelaparan sangat barangkali.. :)


Ni papa main air namanya ni..

Abang Eusoff dan Elyass - Best friend forever!

Suke tau buat aksi comel bile bergambar..

Abang Eusoff dan Elyass - Best friend forever!

Mama pun nak interprem jugeee... :p

Main air sampai pukul 1.30 petang.. Panas sangat-sangat dah waktu tu... Anak-anak kecil lain pun mak ayah mereka dah bawa naik juga dah.. Tunggu petang sikit baru turun balik.. Memangdangkan papa kerja, terpaksa pasrah Eusoff dan Elyass keluar dari kolam. Kalau ikutkan mereka, nak main juga lagi....

Bimbang juga anak-anak demam main air tengah-tengah panas.. tapi Alhamdulillah, kuat juga antibodi badan mereka. 

Abang dah request nak mandi kolam KLCC lagi.. Lain kali kita datang lagi yee..

:)


06 April 2016

Jom jogging dengan Elyass...

Assalamualaikum...

Duduk kat rumah je seawal buka mata hingga la ke malamnya pula tanpa dapat menghirup udara segar luar rumah sangat la tak best. Saya yang tua ni pun rasa seperti itu, apatah lagi anak kecil seusia Elyass. 



Sebab tu dalam jadual harian saya rasa perlu masukkan aktiviti jogging setiap petang. Berlari-lari anak mengejar Elyass.. dapat dua pusingan taman perumahan ni memang dah berpeluh satu badan. Elyass lagi lah berpeluh.. kejar cat.. kejar bird..sambil mulut bising jerit-jerit bahasa dia.



Datang angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman rasanya. Rasa sihat dan segar.. Alhamdulillah.

Sambil-sambil menghirup udara segar..sambil-sambil mengeluarkan peluh.. sambil-sambil memperkenalkan Elyass dengan keindahan alam ciptaan Allah. Pokok, daun, kucing, burung, awan, air... dan banyak lagi apa yang nampak depan mata sepanjang berlari-lari anak tu. Sambil-sambil menunggu papa dan abang Eusoff balik dari kerja dan sekolah juga..

Banyak sambil-sambilnya..hihi



Elyass seronok... mama pun seronok sama..
Semoga mama konsisten dengan jadual yang mama dah buat.

Amin..amin..amin..







25 March 2016

Dating dengan abang Eusoff :: Zootopia

Assalamualaikum...

Hari ni mama ada urusan untuk diselesaikan.. Papa dan adik Elyass, masing-masing ke tempat kerja dan ke rumah pengasuh. Abang harini mama mintak cuti sekolah.. temankan mama selesaikan kerja mama.

Urusan mama belah-belah tengah hari sebenarnya.. Pagi bawa abang ke TGV Cinemas, AU2. Sampai kat sana, seawal 10.15 pagi.. dan parking masih kosong. Abang ajak balik, sebab masih night katanya.. yelahh..shopping mall kosong, dan kedai pun baru nak buka..



Ganjaran sebab teman mama, abang dapat tengok wayang, Zootopia. Dan dapat juge abang mengepow mama barang-barang dia seketul dua.. :) Asalnya, macam nak tengok cerita Boboboy.. tapi, bila fikir-fikir balik, next time la kot tengok citer tu.. Macam lagi tertarik nak tengok Zootopia. Bila tanya abang pun, dia nak tengok cerita ni juga.




Beli tiket wayang tak perlu beratur panjang, terus tuju sahaja. Sama gak masa nak beli air dan pop corn.. terus je ke kaunter dan terus je dapat.. bahagia sungguh hidup.. :p

Keseluruhannya cerita Zootopia ni sangat best!! Abang fokus sungguh mengadap layar skrin yang besar tu.. Dan nak tahu.. dalam besar-besar panggung wayang tuuu.. hanya kami berdua je penonton ketika itu. Waktu-waktu genting dalam cerita tu, abang melompat-lompat ketakutan.. menjerit-jerit tak ingat.... Siap lari-lari setempat!

Ikut awak la abang, tak mengganggu siapa-siapa pun..


Bukan dia makan pun pop corn tu.. mama layan sorang je..

Kuat sangat sound katanya..

Dulu-dulu dating tengok wayang dengan papa, sekarang dating tengok wayang dengan anak bujang..


Mama <3 Eusoff

:)



24 December 2015

Eusoff dan Elyass jalan-jalan naik train

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog kecil saya.

Hari ini, sepagi hanya berehat-rehat sahaja dirumah, sambil mama papa mengemas-ngemas rumah, selesaikan apa yang patut. Tengah hari mama papa masak berjemaah... favourite abang, ayam gulai. Papa masak menu Pahang, sambal bilis tempoyak. Nak kasi lagi umph.. mama tambah sambal belacan.. mmmm..sedap, abang Eusoff menambah 2 kali. Sambal bilis tempoyak dan sambal belacan abang tak makan..

Malam tadi saya bacakan blog-blog lama untuk abang Eusoff, semua pun cerita dia..

Sibuk pulak bertanya, "iyee ke mama? iye ke saya tu...?" hihi

Sampai la ke entry ini Eusoff jalan-jalan naik keteapi, terus request nak naik train. Pujuk rayu mama papa, "Please mama..please.. Please papa..please..." So, lepas solat asar kami siap-siap untuk naik train... yeayy! Abang Eusoff super excited!

Takut adik terlepas jauh... jenuh abang mengejar.. haa dapat!!

Mata tak lepas cari train.. lambatnyer train ni..

Parking kat stesen LRT Jelatek, menuju ke KLCC.

Tak perlu nak explain panjang-panjang kat abang Eusoff, hasil dari tengok Mr. Noddy, dia yang bagitahu mama papa dulu, "This is train station.."

Good boy! :)

Masa dalam train sibuk tunjuk itu..ini, mulut tak senyap langsung.. Bimbang sungguh mengganggu penumpang lain yang nakkan ketenangan.. Tapi saya biarkan aje abang berceloteh macam-macam. Dia tengah belajar sesuatu dengan apa yang dia sedang lihat tu.. 


"Nak take picture mama!"

Sampai KLCC request nak makan ayam goreng. Terus tuju KFC aje lah.. 


Masa ni dah siap makan dah...


Siap makan, mintak nak naik train lagi :)

Terus ke train station dan balik ke stesen Jelatik. Adik Elyass dah mengamuk nak tidur.. tapi abang masih lagi aktif, dalam train sengeh-sengeh.. pandang sini sana.. Tapi mulut senyap je.. sebab ramai sungguh orang dalam train masa balik tadi. Almaklum la.. dari stesen KLCC. Pusat persinggahan ramai kan...

Kami sampai Jelatik dah maghrib. Terus balik rumah dah..

Alhamdulillah.. sepetang yang best! Menunaikan permintaan si abang. Biarpun kami ke KLCC semata-mata untuk makan KFC je.. tapi sangat bermakna untuk abang Eusoff sebab dapat naik train pergi dan balik. Owh.. sebelum makan KFC kami bergambar-gambar kat Christmas tree yang sangat cantik!!! Abang Eusoff dan Elyass teruja, sebab cantik sangat!


Tengok Christmas tree tu... sangat cantik!

Kami sekeluarga :)

Sampai rumah.. abang bagitahu "Mama, lain kali boleh naik train lagi...?"

Boleh sayangg.......






16 September 2013

Cerita-cerita di Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia yang ke-50!! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah saya dilahirkan di Malaysia! Jangan tak tahu... saya memang jenis yang berjiwa patriotik.. cakap pasal kebanggaan jadi anak  Malaysia...dah tetiba rasa nak nangis... nggeeee... '____' 

Hari bercuti kerja mengemas rumah fokus utama! Selagi tak siap memang jiwa tak keruan nak ke mana-mana.. Dari lepas open house ritu... tak mengemas betul-betul pun lagi. Mengemas ala kadar sahaje.. tak betul-betul sempurna dimata dan dijiwa.. Haa.... berkemas hari cuti ni baru rasa betul-betul mengemas yang sempurna di mata dan dijiwa... Errkkk... macam tu pun ada ehh.... hiihiii.. [Memang itu lah saya..]

Sabtu punyer citer bawak anak kecik saya pergi bersiar-siar di pagi hari yang ceria ke taman KLCC. Perancangan lain, jadi lain.. Takpe.... layankan aje lah kemana kaki nak melangkah. Dihari minggu camni biarlah semua berjalan free and easy je... Berjalan ikut kata hati.. =p 

Nasi goreng kat depan mata tak pandang langsung.. makan cekelat lagi best..yummy!!


Breakfast kat taman KLCC sambil tengok anak-anak kecil mandi manda.. main mainan kat playground. Khilfi Eusoff? sikit pun tak teruja.. tak mau main-main..dan tak mau mandi-mandi pun. Semua permainan dia pandang sebelah mata je.. Bawak jalan-jalan kat playground tu..ibarat cam site visit je... tengok-tengok... lalu-lalu je.... pastu dah.. jalan!




Tak tahu apa ke pesen Khilfi Eusoff ni. Mungkin gak dia tak excited sebab takde kawan-kawan. Apa best main sorang kan. Sebab apa saya kata camtu? Sebab kalau pergi playground Giant dia cam teruja sket.. sebab ramaiiiii kawan-kawan. Padahal ramai kawan-kawan pun bukan main dengan dia punnn... 

Lama tak bergambar ngan twin tower... Cam cantik lak  pemandangan ni! 

Eusoff kurang suka bergambar... mata asyik pandang lain aje..

Sudahnya terus balik je... Pergi untuk breakfast semata! Ok lah kan.... tukar angin orang kata.

Malamnyer kami dinner kat "Humble Chef" kat Plaza Damansara. Kenapa beria sangat kitorang nak gi sane...sebab nama  restoran tu cam....mmmm.... menarik! Dalam hujan lebat malam tadi berpandukan GPS semata.. terjah  gak kami ke sana. En.suami dah janji nak jumpa kawan dia kat situ. Lepak sambil berborak di hujung minggu.


First impression saya.. wahhhh..sungguh humble sahaja restoran ini. Simple-simple sahaja hiasan dalamannya.. Erkk..camne nak describe ye... tak reti ah! Korang pg lah terjah sama.. Baru korang akan faham.

Menu dia tak banyak... harga pulak tak mahal pun.. sebab portion makanan dia tak banyak. Tapi..... makanan dia sedap oii.. Lagi-lagi omelet dia..uiiii sedap hingga menjilat jari. Dah order 2 keping... tambah lagi dua keping. En.suami makan laksa  goreng dan saya makan spaggethi Carbonara. Rasanya ok.. not bad! Sebab portion kecik.. rasa tak cukup la plak......! 

Nak melepak lama-lama tak sampai hati sebab ramai yang menunggu meja kat luar. Sudahnya lepak-lepak sambil makan minum sekejap je.. Lagi pulak En.suami berkejar nak balik rumah nak tengok Final Pesta Bola Merdeka 2013. Malaysia vs Myanmar. 
Yeaayyy!! Malaysia JUARA! =)





Makan kat sini layan habis. Lain kali pasti akan terjah lagi!

Ini cerita Ahad.
Layan hujung minggu berbaki 2 hari di Sepang pulak. Ubah angin sebab dah boring sangat nak habiskan masa hujung minggu di rumah sahaja. Sekali sekala dapat berjumpa anak buah comel-comel tu sangat lah best! Eusoff lak dah rindu sangat nak jumpa adik Aiman..  Asyik tanya Aiman manjang... Kami mama, papa excited... Eusoff lagi-lagi-lagi excited! =p

Malamnya bbq time!! Hoyeayyy.. Best sangat! menu macam-macam adoo... 




Plan nak makan-makan kami-kami aje.. dah banyak menu, ajak la jiran sebelah menyebelah.. dah gaye cam open house la pulak ye bang? hihihi... Apa pun layanabes...

Happening sungguh bile datang twin comel ni..rasa nak peluk2..cium2..je...! Buat bantal peluk best nih! hahahha



Dah Isnin sudah... cuti 3 hari yang rasa cam tak cukup lagi. Lagi lama cuti lagi bagus sebenarnya. Tak sempat puas nak berehat-rehat...berseronok-seronok.. dah esok nak kerja balik dah.

Itulah hakikat kehidupan. Macam mana seronok kehidupan bercuti... hakikatnya perlu meneruskan rutin kerja harian juga untuk mencari rezeki membesarkan anak..meneruskan kehidupan seharian.



Eusoff pun terpaksa terima yang hidup dia sangat penuh dengan kegembiraan dalam 2 hari ini aje. Balik ke rumah nanti terpaksa lah dia terima hakikat sebenarnya ruang lingkup kehidupan sebenarnya hanyalah ada mama dan papa sahaja. Issshhh...sian pulop anak bujang saya ni! Doakan Eusoff diberi rezeki untuk beradik nanti ye..? =p

Selamat Hari Malaysia semua!
Dimana bumi dipijak,  disitu langit dijunjung!!

Salam...... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015