Showing posts with label SOHO. Show all posts
Showing posts with label SOHO. Show all posts

22 December 2016

Anak Pok Yah Kreatif VS abang Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum..

Seminggu lebih mama Eusoff Elyass berniaga design secara terus melalui online.. (sebelum ini hanya offline).. di bawah jenama "Anak Pok Yah Kreatif" sehingga tak menyempat nak mengupdate cerita anak-anak di blog kesayangan ni. 


Masih tak cekap nak membahagikan masa antara kerja, anak-anak dan rumah tangga..πŸ˜… berniaga online luar biasa sangat permintaannya berbanding offline.. Alhamdulillah..

Orang kata baru-baru memang macam ni kan.. lama-lama insya Allah... reti la nak bahagi masa nanti!

Jadual cuti sekolah abang Eusoff masih berjalan seperti yang dijadualkan.. cumanya... ada hari-hari ada benda mama kena skip siang, malam nanti baru mama boleh ajarkan..., masa tengok tv kadang mama baik hati pulak bagi lebihan masa...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Memang seronokkk la dia.... kikiki

Takpe la.. asalkan mama dan anak-anak masih dilandasan yang betulπŸ˜‚πŸ˜‚ kerja mama jalan, anak-anak tidak terabai.

Petang-petang ni keluar office sekejap.. segarkan mata.. selepas sepagi duduk di depan komputer. Lega sikit rasa mata. 


Tengok abang Eusoff dan Elyass ni.... bila bawa jalan-jalan semua pun mentido. Bila duk rumah mana reti mengantuk pulak.. Masa tidur siang, 2.30 - 4.30... mata tetap butang, walau dalam gelap pun.. anak...oo anak..

Free-free jenguk la fb mama Eusoff Elyass ye..? Search je.. Nordianah Alias..

Kot la berkenan nak order apa-apa..πŸ˜†








07 December 2016

Kerja mama & jadual anak-anak

Assalamualaikum...

Update cepat-cepat sementara sempat.

Sehari dua ni mama sibuk dengan kerja-kerja design.. Alhamdulillah... Mama cuba tidak abaikan anak-anak dengan jadual harian mereka.. tetap cuba mengikut jadual.. cuma ada la terbabas sikit sini-sana.. Masa terpanjang, terpendek.. 

Tapi takpe mama dan abang Eusoff masih di landasan yang betul...πŸ˜‚

Untuk Sabtu dan Ahad baru ni memang beri kelonggaran untuk abang.. tak yah ikut jadual.. tapi tetap kena solat, ngaji, reading, colouring dan lain-lain yang mama fikir perlu disamping masa terbanyak abang adalah tengok tv..πŸ˜…

Sekarang mama masuk ofis dulu ye..siapkan mana yang sempat cepat-cepat.. Elyass jap lagi bosan dah main, mesti cari mama nak dukung, nak itu nak ini.....



Anak-anak pula dengan aktiviti di bilik mereka. Sekarang waktu main mainan.. (11.00 - 01.00) dan ikut la apa yang mereka nak buat. Bilik dah seperti tongkang pecah dah punnnn... takpe.. mama siap kerja kang kita kemas sama-sama..





Bismillah.... 

06 October 2016

SOHO super messy sebab sentiasa beroperasi..

Assalamualaikum...

Krik..krik..krik..


Sunyi sepi blog....πŸ˜•


Banyak hal seminggu dua.. balik kampung Terengganu.. travel bertiga dengan anak-anak pergi dan balik Terengganu atas urusan penting sangat-sangat..


Merasa la... sikit kelam kabut dengan anak-anak tanpa en.papa... Tapi masih under control.. Alhamdulillah..


Balik KL sibuk dengan bisness kecil-kecilan pula.. bantu en.suami mana patut. Jadi beginner designer. Alhamdulillah Allah mudahkan pembelajaran..walaupun asyik kene jeling je ngan en.papa..πŸ˜…πŸ˜…



SOHO super messy sebab sentiasa beroperasi...πŸ˜…πŸ˜…

Bekerja sambil berlari-lari buat kerja rumah..πŸ’ͺπŸ’ͺAlangkang nikmatnya...Alhamdulillah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015