Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

09 May 2013

Pembuangan undi @ PRU13

Assalamualaikum....
Alhamdulillah… selesai sudah menjalankan kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia di PRU13 [Amboii tak abes lagi entry pasal PRU13 ko...] =p

Ok..ok ini yang terakhir punyer... hihhii

Perjalanan saya untuk membuang undi dipermudahkan… Mengundi di awal pagi untuk mengelakkan beratur panjang.. dan saya beratur tak sampai pun 5 minit.. Tak sempat berpeluh pun hihi.. Cuaca disebelah paginya juga baik sampai lah ke tengah hari. Belah petangnya Allahuaklam tak dapat dipastikan sebab selepas Zohor dah bergerak pulang ke Batu Caves.  
Sepanjang saya di pusat mengundi, saya kagum dengan warga tua yang berkerusi roda! Walaupun dengan kesusahan dan kesulitan, tetap cekal dan tabah hati mereka keluar mengundi seawal pagi. Bagi menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Saluran mengundi saya adalah saluran 5..


Sebelum memangkah perlulah periksa I/C dan part yang tak best tu kene kotorkan kuku...
Abes biru kukuku.... hahahha..


Sebelum memangkah dan lagi kot snap gambar...kahkahakah..
Gementar sangat time nih...kot ada yang memerhati...tu yang gambar sedikit gegar... lawak lak rasanya.. Perasaan nak memangkah gaye cam berdebar nak ambik exam SPM je... =p

Memang perati betul-betul kat kertas undi nih..kot tersalah pangkah... hohoho


Meh saya kongsikan keputusan PRU13 untuk Dun dan Parlimen saya..

Dun Bukit Besi : En. Roslee Bin Daud [BN]
Parlimen Dungun : Ustaz Wan Hassan Bin Ramli [PAS]

=)
 
 
 

07 May 2013

Cerita balik kampung @ PRU13

Assalamualaikum….
 
Dah 2 hari berlalu PRU13… Tapi cerita-cerita pasal politik terus-terusan kedengaran hingga ke hari ni…. Tak tahu bila nak abisnyer…. Tunggu lah sebulan dua lagi..nanti makin slow down la tu…..
Tak nak cerita dulu pasal hari mengundi… Nak bercerita pasal perjalanan balik mengundi dari Batu Caves ke Kuala Terengganu.
Setiap detik ada penceritaan… Sekadar berkongsi cerita… Takpe kan…. =p
Hari Jumaat minggu lepas, kat Batu Caves nih belah petang nyer hujan lebat sangat-sangat.. Sesetengah tempat yang longkang tak diselenggara dengan baik, dah naik air.. Jalan-jalan jangan cakap ar..jam terlampau dah.. Lagi-lagi waktu balik kerja petangnya tu….
 
Bimbang lah jugak, dengan cuaca yang tak berapa nak ok… bertambah kebimbangannya kalau-kalau fenomena jam di lebuhraya di musim “peRAYAan” jugak berlaku di musim “pilihanRAYA” nih kan.. Perjalanan yang sepatutnya 4~5 jam dah jadi 7~8 jam… abis le kematu montott…. Hihihih
 
Balik rumah dulu…kemas apa yang patut.. lepas solat magrib kami memulakan perjalanan ke Terengganu Darul Iman dengan Bismillah. Alhamdulillah..jam takde lah teruk sangat… Cuma kereta sangat lah banyak di highway. Beberapa tempat berlaku kemalangan kecil.. Alhamdulillah..bukan kemalangan maut…
En.suami bawak kereta slow dan steady je…
Sepanjang perjalanan…sangat meriah dengan penyokong-penyokong parti dengan kibaran bendera masing-masing tanda semangat yang berkibar-kibar agaknya..
Fuhhh sangat semangat mereka! Itu belum lagi jika berselisih dengan penyokong nan satu hijau putih.. “hon tanda sokongan!” Makan berhon-hon lah mereka di jalan raya. Bertali arus sambung menyambung honnya..
Tak kurang juga dengan penyokong biru putih..! Jumpa aje penyokong-penyokong yang seangkatan dengannya, maka berangkat-angkat tangan lah mereka tanda semangat kekitaan dan sokongan padu tak pernah kurang!
Perjalanan ke Terengganu Darul Iman kali ini rasa seronok lak.. rasa cerah mata-mata melihatkan bendera/poster pelbagai warna di kiri dan kanan jalan..



Jalan masuk ke kampung saya pun meriah dengan bendera-bendera menyambut kepulangan kami…. Oh Kampung ku.. tanah tempat membesarku…. Semoga PRU13 kali ini, menjanjikan yang tebaik untuk pembangunan di sini.


 


Sokongan saya pun tak pernah berbelah bagi! Undi siapa? Biarlah saya aje yang tahu...
kaannnnnnnn ‘_____’

03 May 2013

Dun Bukit Besi @ PRU13

Assalamualaikum...

Penghulu segala hari menjelma lagi.. Salam Jumaat kepada semua..

Setiap minggu terasa sangat cepat berlalu... Tak terkejar rasanya hari-hari... Nanak makin besar..mama dan papa lak terasa makin tua.. Jelas terasa tuanya tu bila ketahanan tubuh badan melawan penyakit semakin kurang... =) Badan lak cepat letih...

Takut mengingatkan "TUA" tapi itu lah realiti yang wajib dilalui... 

Sehabis kerja petang ni, nak bertolak balik kampung suda.... Nak berhari raya.. =) Ini adalah kali ke-2 saya mengundi.. 5 tahun lepas semasa PRU12 2008 pengalaman pertama mengundi yang sangat excited! Almaklumlah first time mengundi..

Untuk tahun kedua  ni pun tetap rasa excited itu.. tak sabar nak balik kampung Felda Jerangau, nak melihat sendiri kemeriahan bahang PRU13 yang bakal menjelang tak berapa hari aje pun lagi...

Saya pangkah yang mana..? Undi adalah rahsia... =p



Saya mengundi di dun N25 Bukit Besi, Untuk PRU13 calon-calon yang akan bertanding di Dun ini adalah :
BN - En. Roslee Bin Daud
PAS - En. Roslan Bin Ismail
KEADILAN - En. Mohd Shamsul Bin Mat Amin

Siapa sahaja pun yang bakal mengambil alih tapuk  pimpinan N25 Bukit Besi... semoga "beliau" lakukan yang paling terrrrbaik untuk kami. Untuk rakyat Bukit Besi semuanya..

Selamat mengundi kepada semua juga ya...? 


Photo credit to Google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015