Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

05 July 2016

Juadah berbuka :: minggu terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Minggu terakhir Ramadhan 1437H.

Sekejap sangat kan... baru je rasanya masak kan ayam goreng, tempei masak kicap, tom yam dan sambal belacan untuk berbuka hari pertama berpuasa.. tup..tup.. kita dah berada di penghujung Ramadhan dah pun..

Untuk minggu terakhir ni.. masih cuba untuk memasak.. walaupun kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa dah pun... 😂😂
dan penyakit "M" pun dah menyerang sikit-sikit ni haa... 



2 jenis lauk sahaja untuk berbuka 22 Ramadhan.. itu pun start masak pukul 6.30ptg. Melayan rasa "M".. berbelah bahagi samada nak memasak atau nak membeli je. Sudahnya tetap pilih untuk memasak dan terkejar-kejar la masaknye. Azan Maghrib, sup tulang masih di dalam noxxa, belum siap pressure lagi pun...



Hari ke 23 Ramadhan, berbuka seorang diri ditemani anak-anak sahaja. Atas tuntutan kerja en suami.. maka hari ini kami berbuka sendiri-sendiri. Menu berbuka pun sesimple yang boleh aje. Alhamdulillah..



Stok lauk dah dipenghujung-hujung.. masak apa yang masih berbaki. Hari ni masak simple-simple sahaja... Tapi puasa-puasa ni.. mende simple pun terliur bukan main....


Lepas en.suami balik kerja 25 Ramadhan.. kami ke Ikea hunting for something. Dah alang-alang kat situ, terus je la mencari tempat berbuka di The Curve shopping centre. Main terjah sahaja kat restoran Ma'Cik Biryani sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka. 

Beriani kambing untuk en.suami, kuew Teow Sup untuk  saya dan set nasi kari ayam + sayur+ telur mata untuk anak-anak share berdua. Rasanya..? hmmm boleh la... masak kat rumah lagi sedap kooot :p



26 dan 27 Ramadhan lauk nampak sama.. dah hujung-hujung kurang idea sungguh. Masak sahaja apa yang rasa senang buat. 

Untuk update menu berbuka 28, 29 dan 30 Ramadhan 1437H.. sikit kecewa.. dah balik kampung, dan nak pegang hp pun tak sempat langsung.. 

Maafkan saya... hihi..

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

Dari kami, Azam, Diana, Eusoff dan Elyass.




02 July 2016

Kelengkapan raya anak-anak, settle!

Assalamualaikum...

Maka selesailah melengkapkan kelengkapan raya untuk abang dan adik. Mama papa yang teruja lebihnya.. anak-anak rileks je pun, tak mengerti apa-apa lagi.


Untuk abang Eusoff

Untuk adik Elyass

Untuk abang dan adik versi sama

Semua baju, seluar, selipar, kasut.. mama, papa yang decide.. dorang tak pandai lagi pun nak pilih-pilih sendiri... mama kata cantik... dorang ye kan ajee.. waktu test baju seluar, bila kata "hensemnyaa...." Elyass sengeh sampai telinga.. suka bila dikatakan hensem.. abang Eusoff pulak, rileks je.. buat tak tahu jeee... sebab dia jenis sempoi.. tak suka berhensem-hensem sangat.. 😊

Sepasang baju melayu dengan samping, tiga kemeja, sehelai t-shirt dan dua helai jeans serta kasut dan stokin untuk Elyass dan selipar untuk abang Eusoff. Bila suruh memilih kasut untuk raya, abang Eusoff menolak sungguh-sungguh! "Saya tak nak kasut.." lain dengan adik, terus dicapainya kasut dulu dan tunjuk-tunjuk stokin kat sebelah kasut tu...

Lain anak, lain kesukaan dia kan....

Owh...terlupa satu benda... songkok pun dah beli juga untuk abang Eusoff dan Elyass!


Dah cukup dah... Tak leh melebih-lebih..😊


Esok kami balik kampung Terengganu!!!
Balik kampung..ooo..balik kampung!!



29 June 2016

Rindu pelita, bunga api dan mercun.

Assalamualaikum...

Waktu saya sebaya abang Eusoff dulu ni, tengah riang ria bermain bunga api mercun gasing, mercun lebah, mercun das.. dan ada la beberapa jenis lagi yang best dulu-dulu. Yang mampu beli sendiri bunga api je... yang lain-lain tu menumpang jiran-jiran main.

15 hari lagi nak raya, dah mula pasang pelita sekeliling rumah.. kawasan rumah terang berderang disimbahi cahaya pelita. Main kejar-kejar sambil pegang  bunga api kat tangan.. mengekek-ngekek gelak sampai mengah-mengah, berpeluh-peluh.

Paling best bila waktu yang sama juga, bunyi mercun di mana-mana.. macam berlawan-lawan bunyi mercun siapa paling kuat. Padahal bukan la duk setempat masing-masing.. group sini rumah lain.. group sana jauhhhh kat rumah lain.. Kami yang rumah lain ni pun.. tumpang bersorak horayy!! horayy!! bila dapat bunyi mercun yang palingggg kuat.

Macam pesta tau... lebih-lebih lagi dalam seminggu sebelum raya ni... mmm... rindu!

Bila esok dah confirm raya lepas tengok pengumuman raya kat tv.... pakat berlari keliling rumah jerit "esok raya, yeayy!! esok raya, yeayy!!" 

Abang Eusoff dan Elyass...?

Tak merasa semua tu...

Abang Eusoff dari kecil pun kami tak perkenalkan semua benda ni... kalau balik kampung sepupu-sepupu main.. dia menyorok dalam rumah.. takut katanya..

Kesian kan.. tak merasa keseronokan sepertimana mama dan papa rasa zaman kecil dulu..

Bukan tak nak bagi main... tp mendengar macam-macam kejadian yang tak diingini akibat bermain mercun ni.... takpe la tak beri anak-anak main pun.... (walaupun kesian)

Untuk tahun ini, bagi memberi "rasa keseronokan" dua beradik ni menyambut Syawal.. papa pasangkan........



Cukup lah... bukan anak-anak je teruja seronok.. mama papa pun teruja tauuu...

Wahhh dah datang dah rasa nak raya!! Datang dahhh...datang dahhh... hihi

Selamat hari raya!!!!! 😄😄




26 June 2016

Juadah berbuka :: minggu ketiga Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Update juadah minggu ke tiga berpuasa..

Masih memasak seperti biasa pun. Alhamdulillah.. makin hari makin seronok dengan rutin yang satu ini.

Terasa seperti nak berpantun pula..hihihi😄

Ramadhan 1437H indah tak terkata,
Memberi peluang merasai "Nikmat" nya seketika,
Juadah berbuka terhidang didepan mata,
Jemput sayang-sayang mama kita berbuka,




Stok lauk dah di hujung-hujung... jadi terpaksa la juadah berbuka 16 Ramadhan... masak saja apa yang ada saja.. Nampak terselit budu di situ...? Tak Tranung la tak makan budu kan.. jadi untuk sesuaikan dengan budu, saya goreng kunyit je ikan sardin.. dan tabur bawang beri aroma wangi.. masak lemak kobis untuk kuahnya. Sosej masak merah tu saje buat tambah-tambah..




Hari ke 17 Ramadhan, berpeluang berbuka bersama-sama dengan kakak-kakak sepupu sebelah en.suami di Cheras.. Meriahnya makanan..... kuih muih banyakkkkk sangat.. kenyang Alhamdulillah.. siap tapau bawak balik kuih badak berendam untuk sahur esok.. 


Kuali periuk kat rumah... simpan rapi arini.. dapur tak berasap laa.... tapi...tapi... harini saya belajar menjala... sukar gak pada awalnya... lama-lama.... menjadi juga..😄






Alkisahnya beras cap rambutan masak hari-hari sudah kehabisan.. tinggal beras basmathi je 3 pot.. jadi untuk juadah berbuka puasa 19 Ramadhan, buat nasi minyak je la untuk berbuka.. semua bahan pun dah cukup lengkap ada.. 


Maka terhasil la nasi minyak simple-simple..




Hari Sabtu, 20 Ramadhan berbuka puasa di luar sahaja, ayam penyet AP. Mencari kelengkapan raya untuk anak-anak sebenarnya. Alhamdulillah settle sudah bahagian anak-anak. Bahagian mama papa, lambat pun tak apa.. tak ada pun tak apa... Anak-anak keutamaan utama.. ☺




Maka berakhir la 3 minggu ibadah berpuasa di bulan Ramadhan... tinggal seminggu sahaja lagi..


Sedihnya..😢😢😢😢





20 June 2016

Juadah berbuka :: minggu kedua Ramadhan 1437H

Assalamualaikum..

Berlalu sudah minggu kedua Ramadhan.. menjadikan hari berpuasa telah pun berjumlah 15 hari termasuk hari ini. Sayu rasa hati sekejap sahaja setengah bulan telah berlalu pergi..

Alangkah bestnya jika setiap bulan pun adalah bulan Ramadhan..

Kali ini update menu berbuka di sini untuk minggu kedua. Masih lagi bertahan untuk memasak untuk suami dan anak-anak di Ramadhan ini, Alhamdulillah.






Berpuasa hari ke 12 Ramadhan... masak-masak untuk dibawa berbuka bersama-sama kawan-kawan. Masing-masing bawa sedikit makanan/kuih muih untuk berbuka. Sebab tu lauk semua pun dalam bekas duduknya...

Alhamdulillah... di Ramadhan ini, bersama-sama menjayakan ziarah Ramadhan ke rumah kawan yang diuji sakit oleh Allah. Sesungguhnya berat sungguh dugaan yang Allah berikan padanya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Semoga Allah berikan kesembuhan padamu sahabat. Amin, Amin..Ya Rabbal Alamin..



Puasa hari ke 13, kami balik kampung Raub, berbuka bersama atok dan pok de, Eusoff..Eyass. Sebelum bertolak balik masakkan sedikit juadah berbuka.. sampai bandar Bentong singgah beli kuih muih untuk tambah-tambah.

Favourite en suami tentulah murtabak dan ondeh-ondeh. Bubur nasi untuk Elyass, dan ikan bakar untuk abah. Kering tekak tengok air-air kat situ, tergoda pula tengok air sanquick.. jadi beli dua plastik.. tahun lepas-lepas rasanya sebungkus RM2.00... tapi sekarang dah RM3.00 😰.. omakaiii...

Malamnya berkesempatan bawak abang Eusoff dan Elyass bertarawikh di masjid kat kampung... Alhamdulillah.. seronok rasanya bila ke masjid dan dapat berkenal-kenal dengan kawan-kawan arwah emak. Menu moreh adalah mee kari, kuih muih dan rambutan.. Sedap! 👍


Percubaan pertama memasak nasi beriani.. Bimbang tak menjadi tapi tawakkal sahaja. Ikut elok-elok resepi.. Alhamdulillah menjadi je. En suami kata sedap.. yeayyy..!

Ayam masak merah digantikan dengan ayam gulai.. berturut-turut makan ayam masak merah muak pulak nanti.


Berlalu dua minggu Ramadhan.. sayu rasa hati..


😢






14 June 2016

Juadah berbuka :: minggu pertama Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Part yang paling membahagiakan bila penat berperang tung..tang..tung..tang.. memasak didapur.. adalah, apabila suami dan anak-anak makan dengan penuh selera dan bertambah-tambah.

Hati kecil pasti berbunga-bunga bilamana abang Eusoff dengan ikhlasnya memuji masakan mama sedap.....

"Mmmmmm....sedapnya mama masak.."

Si kecil Elyass pula... diam-diam makan, sedar-sedar angkat pinggan nak tambah lagi..

Masak biasa-biasa saja.. tapi suami dan anak-anak rasa luar biasa sedap agaknya. Alhamdulillah.. Untuk kenangan... letak sini gambar seminggu juadah berbuka kami di Ramadhan ini.







6 Ramadhan spesial sikit menu berbuka sebab abang-abang saya berkunjung ke rumah untuk berbuka bersama-sama. Memang kena sediakan menu istimewa la. Cubaan pertama memasak nasi daging. Alhamdulillah memang menjadi! Serta ketupat sutong... teringat-ingat sampai hari ni. Aishhhh..Nanti nak repeat buat lagi...


7 Ramadhan, berbuka rumah abang.. menu nasi beriani.. saya gantung kuali..😊




13 June 2016

Elyass tolong belikan bahan masak untukk berbuka????

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke dua berpuasa yakni hari ke-8 dah. Alhamdulillah.. 

Hari ke 7 berpuasa, saya gantung kuali.. berbuka kat rumah abang dengan menu nasi beriani.. Ya Allah sedapnya... nikmat Allah mana lagi yang mampu didustakan.

-Tiada-

Untuk hari ni menu berbuka ayam masak merah dan siakap goreng garing-garing untuk berbuka puasa dan air sirap bandung. Siap dah ayam masak merah dan air bandung.. kejap lagi goreng siakap je.

Awal-awal pagi tadi ada budak kecik dah tolong mama beli barang-barang dapur untuk masak berbuka. Berpagi-pagian menolak troli... penuh troli pulak tu.. 

Nampak ada ayam, daging, telur, kobis, tomato, lobak merah, jagung, terung.... dan macam-macam lagi la..

Senang hati mama harini tak yah nak ke kedai..sebab dah ada yang tolong belikan. Stok seminggu nampaknya nii...... best..best..best..

Terima kasih Kashfi Elyass..

Mama love you sayang..










11 June 2016

Update 6 hari Ramadhan..

Assalamualaikum...

Hari ini enam hari sudah berpuasa di bulan Ramadhan.. cepatnya masa berlalu pergi.. 


Nak upade secara pukal sahaja lah untuk enam hari perjalanan puasa....😊


Abang Eusoff tak berpuasa lagi pun setakat ini.... hari pertama berpuasa cuba-cuba pujuk abang puasa sekerat hari.. dia tak nak.. awal-awal pagi bangun dah minta susu..😄 Ada hari-hari.. saya biarkan dia tengok tv..main mainan dengan Elyass, buat tulis-tulis sikit... sudahnya makan pukul 12.30 - 1.00... kira boleh bertahan setengah hari dah tu, tanpa dia sedar kan... Slow-slow.. tahun depan mungkin abang lebih reti dan boleh ajar puasa penuh sehari.

Berbaki seminggu cuti sekolah.. 2 hari kami hantar abang ke sekolah..Isnin dan Rabu. Hari-hari lain abang di rumah sahaja.. Mama perlukan dua hari tersebut untuk kemas rumah yang tengah berserabut.. tengah membaik pulih bilik ke-3 yang sangat-sangat sarat tuu.. punggah keluar semua barang.. berkampung elok di tengah ruang tamu sampai la ke hari ini.. sebelum di agih-agih pada yang memerlukan.

Elyass, seperti biasa, sibuk dengan rutin harian dia.. main..makan.. main kejar-kejar dengan abang.. puas main bergaduh pulak.. punca utama berebut mainan laaa. Tapi bila abang ada kat rumah ni nampak seronok sungguh dia ada geng.. sampai mama plak tak reti nak larang dah.. rumah bersepah tak nampak rupa dengan mainan semua diorang punggah.. Takpe la.. bagi peluang sempena abang cuti sekolah kannnn....

Berbuka puasa. Alhamdulillah.. tahun pertama setelah 7 tahun kahwin.. dapat sediakan sepenuhnya dengan air tangan sendiri. Bila tengok suami dan anak-anak makan berselera dan bertambah-tambah walaupun lauk biasa-biasa sahaja.. rasa satu kepuasan yang teramat sangat. Semoga saya istiqamah hingga ke penghujung Ramadhan.. Amin..

Teringin menjenguk ke bazar.. tapi masih belum sampai seru setakat hari ini. Dengar cerita makin mahal harga kuih muih ya... seram rasanya..










06 June 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Assalamualaikum...


Ramadhan yang ke enam dalam hidup abang Eusoff
Ramadhan yang ke dua dalam hidup Elyass

Alhamdulillah.. kami masih diberi kesempatan untuk melalui lagi bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog kecil kami.
Selamat berpuasa :)







20 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan 1436H

Assalamualaikum..


Ramadhan kelima dalam hidup abang Eusoff dan Ramadhan pertama buat si kecil Elyass..

Selamat berpuasa kepada semua yang berkunjung ke sini!!
Senang-senang nanti datang lagi ye......=)








16 June 2015

Ihya Ramadhan - Kurma Exchange

Assalamualaikum..

Esok, 17 Jun 2015.. sekolah abang Eusoff ada aktiviti "Kurma Exchange" bersempena dengan kedatangan 01 Ramadhan 1436H pada hari Khamis nanti..

Objektif program tersebut adalah untuk menggalakkan murid-murid mengamalkan amalan bersedekah.. 

Kalendar tulis 16hb.. =p

1 bekas kurma untuk ditukar dengan kawan.


Bungkus comel-comel untuk kawan yang bertuah dapat kurma abang Eusoff esok.. Tulis la sikit bungkusan bersempena apa....


Dah pesan kat abang Eusoff, bungkusan ni esok kena bagi kawan tau.. Dia jawab "Ye mama!"


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...



11 June 2015

Sayu menanti 1 Ramdhan 1436H

Assalamualaikum...

Menghitung hari menanti 1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 June 2015 (Khamis).
Genap satu minggu sahaja lagi...

Hati terasa sayu, bila Ramadhan menjelma.. memori bersama arwah emak pasti menjelma satu persatu...

Ya Allah...
Hadirkan emak di setiap tidurku...
Semoga terubat rindu.. 

Lebih-lebih lagi di Ramadhan-Mu.


Al-Fatihah...
Sayang emak sampai ke hujung nyawa adik..




09 July 2014

Cerita Ramadhan 1435Hijrah kami =)

Assalamualaikum…

Jarang-jarang sekali berpeluang update di sini.. Kekangan masa, tahap ke-lazy-an yang sungguh tak terjangka dalam tempoh berbadan dua ni.. Lagi-lagi bila dah masuk trimester terakhir-35 minggu. Melayan rasa tak selesa… tak sedap badan.. tak sedap segala-galanya.

Alhamdulillah… diberi peluang kedua merasai segalanya sekali lagi, selepas dah rasa pengalaman pertama dulu sewaktu mengandungkan si permata hati sulong Khilfi Eusoff..

Belum sangat terlambat kan nak ucap Salam Ramadhan 1435H untuk kawan-kawan blogger yang sudi berkungjung ke sini, walaupun jarang sangat berupdate. Semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh keindahan.. semoga tiap amalan yang di buat diterima Allah S.W.T, insya Allah.

Untuk Ramadhan kali ini, saya sekeluarga.. berserderhana sahaja dalam berbuka puasa apatah lagi waktu bersahur. Kalau tak masak sendiri ala kadar di rumah, kami berbuka sahaja di kedai makan di luar. Dalam 11 hari berpuasa ada lah 2 kali membeli di bazar Ramadhan. Dan pernah bersederhana sungguh, tapau mee goreng sebungkus, popia basah 2 ringgit dan air bandung 1 bungkus, kongsi bertiga, dan berbuka saja lah di  depan surau Petronas.. lepas berbuka terus sembahyang maghrib. Dah tak ada idea nak berbuka kat mana. Dalam 11 hari ni, dah berkesempatan berbuka dengan abah dan adik di kampung Pahang. Cuma belum lagi berkesempatan berbuka dengan ayah dan adik beradik di kampung Terengganu. Insya Allah akan berpeluang juga nanti tu.. mungkin di penghujung Ramadhan, bersekali untuk balik raya.

Waktu bersahur sangat la kesian dengan en.suami.. memandangkan saya memang dalam keadaan tersangat tak larat.. waktu sahur dia uruskan sendiri saja makan minumnya. Ada kala dah siap beli, tinggal panaskan lauk dan masak sahaja nasi.. dan ada kala dia masak apa saja yang ada di dapur; untuk bersahur. Dah siap semua baru dikejutkan isterinya ni bersahur. Saya makan je apa yang ada.. biskut/roti atau kuih muih lebihan berbuka yang masih elok. Kadang hanya minum air kosong sahaja. Itu cerita bersahur kami. Terasa gigih sungguh suami saya.. Langsung tak merungut apa lagi nak menunjukkan muka tak puas hati.. 

Semoga Allah memberkati hidupmu suamiku, di dunia mahupun di akhirat kelak, Insya Allah..

Khilfi Eusoff di Ramadhan ini pun sangat simple… ada malam-malam, sangat tidur awal.. jadi tak joint pun waktu berbuka kami. Ada masa-masa memang makan bersama tapi cukup sekadar nasi kosong dan kuah.. Tak nak apa-apa dah. Jarang-jarang sekali mintak “pat” je.. aka “telur dadar”

1st day bersahur, Khilfi Eusoff joint sahur… kikiki.. =) Cam comel je…cam comel jee… Nah gambar budak comel bersahur…. Berselera sungguh walaupun makan pada pukul 5.00pg..
Puasa ke? Hahha.. memang tak la…



=)

07 August 2013

Semakin beransur baik.. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya!!

Asslamualaikum...

Esok dah hari terakhir di Ramadhan 1434H. Sayu rasa hati...

Hari ini, kesusahan hati saya pada en.suami sedikit terubat bila abang-abang datang rumah bagi semangat dan bantuan! Sungguh terubat rasa susah hati yang dipikul sorang. Terima kasih abang sekeluarga dan abang ngah! Tanpa korang mesti rasa lebih hiba menanggung ujian ini sorang diri..

Pagi tadi abang dan abang ngah sahur di sini..sementara menunggu pagi, nak menghantar en.suami membuat pemeriksaan darah lagi sekali. Tapi kali ini kami memilih untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Malam tadi di badan en.suami sudah naik bintik-bintik merah... susah hati kami adik beradik. Kalau ikutkan hati kami, mahu aje kami mengusung en.suami malam tadi jugak...tapi empunya badan berkeras tak nak. Katanya sakit ambil darah kat Hospital Selayang masih terasa... Lagi nak ambil darah di tengah-tengah malam nih, jadinya dia taknak, melainkan esok pagi, ok... manja kannnn...? Jadi kami akur dengan kehendak empunya badan, tunggu aje lah pagi besok baru bawak en.suami ke HKL.

Bintik-bintik di tangan..

Abang dan abang ngah temankan kami ke HKL.. Terharu rasa hati... Terima kasih abang-abang semua.. Tanpa kalian mesti saya menangis nak hadap benda ni sorang. Dengan tak tahu jalannya nak ke HKL. adeehhh.. Ada GPS pun, tak berani kot nak ke area sana sendiri..

Alhamdulillah pagi ni en.suami sudah tidak demam cuma masih tiada tenaga. Dengan bintik-bintik merah sudah naik disesetengah bahagian badan. Itu yang mendebarkan sebenarnya.

Urusan di HKL juga lancar,  cuma dengan keadaan ramai orang di bahagian pesakit luar, terpaksalah kami sabar menunggu giliran. Urusan mengambil darah pun cepat sangat lagi-lagi hari ni terjumpa pulak saudara sendiri di bahagian mengambil darah, urusan jadi sangat mudah. Siap pesan..ambil pelan-pelan tau, suami saya takut sakit..hihihi =) 
Terima kasih Lisa!


Mununggu result pun sekejap sahaja. Tak sampai 10 minit. Alhamduliallah jika dilihat pada result platlet darah en.suami masih dalam kadar yang tidak membimbangkan. Antara 150 - 400, platlet en.suami adalah 227. Namun begitu masih perlu berjumpa doktor untuk dengar apa kata doktor lak.


Rumusan dari doktor, en.suami bebas dari DENGGI. Alhamdulillah. Perihal bintik-bintik merah itu, doktor kata jika seseorang terkena demam virus juga boleh berhadapan dengan masalah keluarnya bintik-bintik merah sebegitu. Entah lah kesahihannya... itu fakta dari doktor bukan saya ye... =) Kata doktor lagi mungkin ini masalah hormon en.suami.. Errkkk.. hormon??? Kami balik dengan 1000 tanda tanya... Ermmmm.. =p

Bebas dari denggi..Alhamdulillah..

Tapi en.suami tetap lemah lagi... Tenaga belum ada 100% dalam badan. Duduk lama, sakit pinggang.. selera makan belum ada.. makan sikit dah nak muntah.. Jalan lama, cepat letih.

Tapi dah boleh bergurau senda ngan nanak. Seminggu gak la nanak terabai..hari ni dah boleh gurau-gurau panjat belakang dah..

Senang hati melihatnya.

Insya Allah kami balik Kampung Pahang besok. Insya Allah hari raya ke-3 kami balik Kampung Terengganu lak.. Tak sanggup kami nak beraya di perantauan nih.. no..no..no..! =)

Harap-harap Allah melancarkan perancangan balik kampung kami.

Harap-harap juga en.suami akan recover sepenuhnya sebelum menjelang 1 Syawal 1434H ini. Semoga kegembiraan Syawal ini dapat kami berkongsi bersama. Insya Allah..


Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan;

Sebab designer kami sakit, guna balik kad raya tahun lepas je laaa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH
MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP DALAM SETIAP PENULISAN DI BLOG INI. 

SEMOGA SYAWAL INI MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN UNTUK KITA SEMUA.
SELAMAT BALIK KAMPUNG!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015