31 March 2015

Resepi Puri Epal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semakin hari ke sehari, semakin seronok pulak menjalani kehidupan sebagai mama beranak-2. Semakin boleh sesuaikan diri dengan keadaan.. berikan kasih sayang yang saksama untuk abang dan adik.

Alhamdulillah juga sudah 2 bulan mama Elyass berpuri secara consisten. Manisnya bila melakukan sesuatu untuk kebaikan anak. Semoga niat ikhlas ini sentiasa diredhai-Nya.

Sape nak tahu pasal macam mana nak buat puri epal..?

Berlambak kot kat dalam internet cara pembuatannya.. just pergi kat google, type resepi puri epal.. bersusun keluar resepinya dan cara pembuatannya.. Lagi best tengok kat youtube, lagi jelas.

Untuk kenang-kenangan; saya nak tepek juga disini,  cara saya menyediakan puri epal untuk si kecil Elyass..

Jom cuba untuk si kecil anda...!!



1. Sediakan epal yang nak di purikan. Pastikan basuh bersih-bersih sebelum dipotong.
2. Kupas kulit epal.
3. Epal tadi dipotong dadu mengikut selera masing-masing
4. Steam epal tadi. Bagi yang tiada steamer, rebus dengan air sedikit pun sudah memadai.
5. Masukkan ke dalam blander. Masukkan sedikit air/jus epal hasil dari steam/rebus.
6. Blend sehingga betul-betul halusssss..

Puri anda sedia untuk diberikan kepada si kecil anda.
Lebihan yang lain boleh dimasukkan ke dalam tray ice cube untuk disejuk bekukan. Insya Allah boleh tahan lama.

Senangkan? 

Alhamdulillah.. Elyass suka sangat-sangat. Tak caye...?? Haa.. tengok video pendek ni..


Babai...



25 March 2015

Puri untuk Elyass

Assalamualaikum...

Bermula fasa makan untuk Elyass hati rasa tak keruan dah. Kalau boleh nak berikan yang terbaik untuk dia. Tak nak jadi macam pengalaman membesarkan abang Eusoff dulu. Hanya beri makan nestum je semata masa usia 6, 7, 8 bulan.. lepas tu baru merasa makan bubur nasi. Kesian si abang…. Maafkan mama ye sayang.. Pengalaman menjadi ibu kali pertama, banyak benda yang mama tak tahu.



Alhamdulillah.. pengalaman membesarkan abang Eusoff juga banyak memberi panduan dan tunjuk ajar untuk memberikan yang terbaik untuk Elyass.. 

Kawan-kawan ofis hadiahkan set blender baby bullet pada Elyass. Jadinya masuk je awal 5 bulan usia Elyass aritu, saya dah mencari-cari resepi apa yang best nak diberi makan kat Elyass sambal-sambil tanya kawan sana sini. Excited yang teramat sangat! Sungguh-sungguh excited! 

Kebanyakkan makanan bayi untuk buah-buah atau sayur yang sikit keras perlu direbus atau di stimkan dulu sebelum dikisar halussss..supaya struktur makanan yang keras tu menjadi leeeemmmbuttt sangat. Jadinya bodek-bodek en.suami saya nak satu steamer untuk buat makanan Elyass. En.suami benarkan dan saya dapat satu steamer. Yeayyy… cari yang murah-murah aje.. janji ado…hihi



Saya beli tray untuk ice cube yang bertutup 6 biji bagi tujuan penyimpanan puri untuk disejuk bekukan. Set blender baby bullet tu sendiri dah ade sekali bekas comel-comel untuk letakkan puri.. tapi kot tak cukup, rasa perlu lah ada lebih…


Kebetulan aritu pergi Ikea cari barang, terjumpa pulak plastik untuk penyimpanan ni. ISTAD, mempunyai 2 size, 2.5L dan 1.2L, setiap saiz ada 25 helai. Sangat bagus ada double zip lock, dan yang penting plastik-plastik ni pun boleh diguna balik untuk penyimpanan puree lain, elakkan pembaziran ye..? 

Sesuai untuk penyimpanan puri Elyass yang dah disejuk bekukan. Jimat space kaedahnya. Yelah peti sejuk kat rumah tak le besar mana.. jadi kena pandai menyusun atur le kat situ.. boleh muat puri Elyass dan boleh untuk simpanan makanan basah juga. Yang penting perlu utamakan kebersihan.



Start Elyass dah tenung makanan sampai tak berkedip-kedip mata sambal air liur meleleh-leleh, bila tengok mama, papa dan abang makan.. dan setiap kali masa kami makan pun memang macam tu ragam dia.. saya dah dapat rasa sudah masanya untuk beri makanan pejal yang pertama untuk Elyass…. Tapi saya nak tunggu betul-betul 6 bulan baru nak bagi..


Kebetulan masa tu kekangan masa yang teramat sangat dengan kerja-kerja ofis yang tak pernah sudah.. balik rumah sibuk pulak nak melayan anak-anak.. almaklumlah ibu baru berpengalaman ada 2 anak, tak mampu nak bahagikan masa dengan sebaiknya lagi.. dengan keadaan kena curi-curi masa untuk kemas-kemas rumah, basuh baju sementara Elyass tidur.., jadinya tak berkesempatan lagi nak beli buah, sayur pun untuk buat puri Elyass, persediaan untuk masuk 6 bulan.


Label tarikh terkini adalah isi kandungan makanan ye..

Dan-dan pulak masa tu pengasuh dah berkali-kali bagi tahu Elyass dah patut diberi makan, (masa tu Elyass baru 5 bulan setengah kot) mula-mula buat tak tahu, tapi bila fikir balik takut Elyass menangis sebab lapar kat rumah pengasuh, nanti menyusahkan pengasuh lak.. jadi papa beli la 1 tin nestum dulu untuk dihantar ke rumah pengasuh. Nak nangis tau rasa masa tu.. terpaksa beri dalam keterpaksaan. Takpe lah.. nak buat canner.. redha je saya masa tu.. 

So Elyass merasa gak la makan nestum 1 tin kecik…

Lepas tu, saya tak mau tunggu dah… Apa nak jadi, jadi lah.. ajak papa pergi beli berang-barang makanan Elyass.. segera! Tak nak tunggu-tunggu dah sebab lepas ni NO to nestum!

So lepas tu berpuri lah saya.. uiiiii..seronok sangat.. cam main masak-masak. Bagi Eusoff buat pun nak je dia ni.. Kupas-kupas, potong-potong, steam, blend, tuang dalam bekas.. dah! Sesenang ABC, 123..! Sampai 4 menu saya buat.. nampak sungguh tak menyabar.. Puri mangga, puri carrot, puri peach dan puri epal.



Saya tahu untuk memberi makan baby yang baru diperkenalkan makanan pejal ni perlu mengikut 4 day rules. Untuk memastikan dalam tempoh 4 hari tersebut jika baby kite mengalami alahan pada satu-satu makanan, mudahkan untuk kita tahu, dan untuk tempoh seketika stop dulu makanan tu.

Tapi.. 

Sebab mama tak menyabor nak bagi anak rasa semua puri…. Kesian Elyass… padahnya dia membuang sembelit.. menangis-nangis dia masa membuang.. saya tak dapat pastikan makanan manakah di atas yang tidak sesuai dengan perut Elyass.. adakah mangga? Epal? Peach? Atau carrot? Buntu memikir tau… lahaiiii..

Bekal harian ke rumah pengasuh, 1 untuk tengah hari dan 1 untuk petang

So stop kejap semua makanan di atas dan saya bagi puri pisang.. Alhamdulillah.. sembelit Elyass dah ok dah lepas tu.. uiiiii… susah tau kalau tak ikut rules….hihih.. dapat dah pengajaran..

Alhamdulillah lah..lepas sembelit Elyass dah ok, start balik bagi semua puri tadi dah tak sembelit dah.. mungkin jugak perut dia terkejut kot terima makanan pejal..? mmmm…mungkin jugak. Tapi lepas tu dah ikut rules dah….

Belajar dari pengalaman….

Seronok betul buat makan untuk Elyass.. Nampak ikhlas dia nikmati setiap puri yang mama buat. Dan setiap kali makan juga habis licin semua puree disapu bersih.. Alahaiiiiii.. luluh rasa jiwa bila Elyass senyummmm… tanda kenyang!



Setakat hari ni.. dah banyak dah puri Elyass makan, puri mangga, puri carrot, puri peach, puri betik, puri epal, puri brokoli, puri keledek manis, puri jagung, puri kurma, puri kismis, puri pisang dan puri labu.

Alhamdulillah semua puri tak memberi apa-apa alergik untuk Elyass, Cuma kadang-kadang najis Elyass sedikit keras tapi tak la sampai sembelit dan menangis-nangis nak membuang. Mungkin makanan pejal sudah makin sesuai untuk perut dia.

Puree Mangga..Yummy!!

Akan-akan datang nak test resepi lain-lain lagi. Makin besar baby.. makin banyak bahan makanan yang boleh dicuba. Tapi ingat 4 days rules ye…….

Insya Allah berkesempatan nanti saya tepek resepi ye..

Bulan depan, Elyass dah 8 bulan.. Alhamdulilah dah nak masuk bulan ke-3 , sediakan puri secara konsisten untuk dia.. Semoga terus diberi kekuatan untuk beri yang terbaik untuk anak-anak... Amin..

Babai..



13 March 2015

Nama saya Kashfi Elyass!

Assalamualaikum....

Sekarang waktu rehat.... jadinya ambik peluang nak menulis kejap.. Nak lepas rindu. =p
 
Khilfi Eusoff sudah 4 tahun 5 bulan. Bulan Oktober nanti genaplah dia 5 tahun. Dah besar dah pun... Bila dah beradik kami panggilkan dia abang.. dia pun dah gelarkan diri dia "saya" atau kadang-kadang nama dia sendiri "Eusoff". Masa bergerak sangat pantasss... tak sedar anak-anak pun dah membesar!
 
Saya belum pernah bercerita perihal adik Eusoff kat sini kan?. Kat fb pun memang takde update apa-apa pun, gambar apatah lagi..memang takde.

Tapi di blog terasa rindu nak menulis.. nak bercerita. Dah pasang niat satu hari nanti nak kembali ke sini.
 
Terasa sayang perihal perkembangan baby baru ni..satu apa pun tak bertulis. Sayang sebab kenangan pembesaran dia berlalu tanpa ada catatan macam abang Eusoff dulu.
 
Saya nak start menulis la kalau ada kelapangan. Boleh ye..? =)
 
Baby baru saya namanya KASHFI ELYASS
 
Alhamdulillah bulan ni adalah bulan ke 7 hidup dia di muka bumi ni. Cepat masa berlalu. Tak terkejar saya..sedar-sedar Elyass dah melepasi banyak fasa...
 
1. Menangis dengan teruk sekali sehinggakan pengsuh tak nak jaga dia.. Terpaksalah saya menggagau malam-malam buta dalam hujan mencari pengasuh baru untuk dia.

2. Konflik memberi fully bf dan akhirnya terpaksa mencari fm.

3.  Elyass dah mula meniarap

4. 6 bulan -masa untuk makan Elyass

5. Elyass dah mula mengangkat badan untuk merangkak

.........

Banyak.....

Slow2 saya nak menulis.. semoga dipermudahkan.

Bukan nak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.. tapi untuk perkongsian kepada siapa yang berminat nak baca, dan yang penting sebenarnya untuk catatan memori kenangan pembesaran anak-anak tersayang..

Nak kenal Kashfi Elyass tak....??

Kashfi Elyass Bin Kamarul Azam - 5 hari

Gambar terbaru Insya Allah akan menyusul nanti..

Terima kasih kerana sudi membaca.. Babai..


09 March 2015

Assalamualaikum semua...

Assalamualaikum...

Lama saya menyepi.. =)

Rindu nak berblog lagi macam dulu-dulu.. 
Beranak dua, sangat kelam kabut.
Tak reti nak bahagi masa dengan sempurna lagi..

Insya Allah akan datang nanti.. saya nak kembali menulis di sini.. =)

Apa khabar semua kawan-kawan semua..
Masih ada ke yang menyinggah di sini ye..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015