27 November 2015

Macam mana nak suruh anak-anak tidur asing ye..? Tolong saya..

Assalamualaikum...


Bukan main berkejar-kejaran dengan masa sungguh sekarang. Nak update pasal bilik anak pun tak sempat lagi.

Bilik anak-anak dah siap da... Alhamdulillah.. Dorang dah boleh main-main dengan selesa di bilik sendiri. Cuma part mainan tu.. bawak keluar yang mana favourite abang Eusoff dan Elyass je.. Lagi 2 kotak besar mainan, simpan sahaja la dulu.

Niat mama nak abang tidur bilik sendiri tak kesampaian juga lagi... walau secantik mana pun mama papa dah buatkan, tetap nak tidur dengan mama papa juga, di bilik mama papa!

Kawan-kawan yang ada pengalaman, boleh share kat saya tak macam mana strategi untuk memikat hati anak-anak untuk diorang tidur sendiri di bilik mereka?
Sekarang struggle sungguh kami tidur berempat di atas katil queen size... Sakit-sakit badan tidur berhimpit tauu.... :)

Umur 5 tahun masih nak tidur di bawah ketiak papa mama... apadaaaaaa.....

Dari 3 tahun aritu dah cuba ajar.. angkat bawa ke bilik sendiri di tengah-tengah malam.. elok pulak jalan sendiri panjat katil mama papa balik..

Sudahnya.. kami tewas juga..

Silap mama papa gak kurang kegigihan.. Tak leh salahkan abang ajee..

Insya Allah.. tahun depan.. kita tengok camne!

Fighting mama papa!!



23 November 2015

Musim tak sihat anak-anak..

Assalamualaikum..

Abang Eusoff demam, batuk dan selsema......
Dari Sabtu baru-baru ni lagi. Kesian tengok, melepek je.. segala apa yang masuk mulut mesti keluar balik.. Agaknya demam nak kurus ye dak..? hihih..

Harini tak ke sekolah. Papa jagakan kat rumah je..


Elyass pulak.. dah start batuk... seperti sebelum-sebelum ni.. abang mula dulu, mesti berjangkit adik dan lepastu confirm papa..


Harap-harap sekejap je la sakit-sakit ni menyinggah kat anak-anak.. Anak-anak sakit, tak ceria rasanya...

Gws Eusoff dan Elyass.....


13 November 2015

Dilema mama :: Di mana abang Eusoff nak mengaji..


Assalamualaikum..

Bercerita pasal pindah memindah… senyap seketika pasal anak-anak. 


Alhamdulillah… anak-anak sihat.. lagi-lagi abang Eusoff, bertambah sado dari hari ke hari..kihkihkih..

Bermula kehidupan kami di rumah baru, dengan perjalanan kehidupan yang “baru” bagi kami untuk sesuaikan, abang Eusoff pun masih bercuti dari mengaji. Sungguh mama papa tak sempat.. Untuk dua minggu ini, hanya sempat untuk pantau abang Eusoff sembahyang maghrib dan isyak berjemaah je, dengan mama dan papa. Ada masa-masanya tak sempat juga. 

Selebihnya.. mama, papa masih dengan rutin masak makan malam dan sikit-sikit mengemas rumah sesambil melayan Elyass main. Malam-malam kami, memang tidur awal sungguh.. esok nak bangun awal pagi untuk awal ke tempat kerja.

Weekend pulak dengan urusan itu ini di luar, balik rumah dengan sesi mengemas yang tak pernah sudah..

Mujur abang ada mengaji di sekolah. Takde lah tinggal langsung baca Iqra'..

Ikut perjanjian dengan ustazah Awien, tempoh sebulan ini, November 2015; kami bercuti dulu dari menghantar abang Eusoff mengaji dengan ustazah. Nak biasakan dengan keadaan baru dan nak uruskan apa-apa yang masih tak selesai. Ustazah Awien ok-ok saje.

Sebenarnya mama dalam dilemma. 

-Teruskan mengaji dengan Ustazah Awien.

Balik kerja 6.00ptg.
Ambil abang biasanya 6.30ptg
Terus ke rumah ustazah untuk mengaji.. Siap terus balik rumah..

Dilemanya adalah.. sampai rumah mesti lewat.. Maghribnya kena singgah mana-mana.. nak melayan kerenah anak-anak dalam perjalan lagi.. Bila boring confirm diorang akan berperangai, terutama Elyass.. Balik nak masak lagi... 

-Cari tempat untuk mengaji berdekatan dengan rumah

Nak dapat info susah sungguh… Takpe, kalau kata memang perlu sangat-sangat untuk pilihan kedua ni saya perlu ringankan mulut bertanya jiran tetangga. Mustahil la dalam kawasan perumahan takde guru mengaji. 

-Mama/papa yang mengajar abang ngaji

Boleh memang sangat boleh. Cuma si abang, kalau dengan mama/papa susah sungguh nak bersungguh-sungguh. Kadang panas pulak hati mama, tengok abang gaya cacing kepanasan waktu mengaji. Satu lagi, bimbang kekangan masa.. tak sempat mama/papa nak ajarkan.. nanti seronok la abang, kejap-kejap cuti..kejap-kejap cuti... eh..eh..eh..

Untuk ulangkaji boleh je mama ajarkan kat rumah.. Tapi sebolehnya nak cari guru Al-Quran yang boleh membimbing abang Eusoff.

Dilema sungguhhh...Insya Allah.. semoga Allah permudahkan dilema mama ini. Amin...





05 November 2015

Rumah sewa kedua

Assalamualaikum...

Sekarang datang mood nak bercerita tentang rumah sewa.

Ini entry lama dahulu, bercerita pasal rumah sewa pertama kami. Rajin-rajin boleh la baca ye..?

Rumah sewa pertama

Banyak kenangan yang kami cipta disitu. Susah senang di awal perkahwinan disitu, Eusoff membesar sehingga usia 9 bulan juga di situ. Sedih nak meninggalkan rumah yang kami jadikan "Rumah kami Syurga kami" tu.. Tapi hidup perlu tetap diteruskan.... Melangkah juga kami meninggalkan segala memori, yang kami simpan rapi di dalam hati sanubari...hingga kini!

Silaturrahim dengan owner pun kami masih jaga, sampai hari ini. Alhamdulillah.

Saat ini, kurang seminggu kami mengulangi saat-saat sedih itu. Kami jadikan rumah sewa kedua kami "Rumah kami Syurga kami" Kami buat indah-indah untuk kami selesa di situ. Untuk anak-anak membesar dengan keadaan yang sangat selesa. Agar kehidupan berkeluarga kami seronok, rumah tangga aman sentosa.. ya!





-Boleh dikatakan keseluruhan ruang kami cat baru kecuali dapur, tandas dan bilik ke-3.

Di rumah sewa kedua, kami bermula dengan perlahan-lahan.. cukupkan mana-mana kelengkapan yang kurang. Lengkapkan segala keinginan yang dulu tak mampu kami adakan. Eusoff membesar dari 9 bulan sehingga ke 5 tahun. Elyass dari 2 bulan sehingga ke 1 tahun 3 bulan. Sungguh banyak memori kami di situ.. Sedihnyaaaa.....

Owner chinese yang sangat baik hati... layan kami macam kawan-kawan..





Kami melangkah keluar 31 Oktober 2015 (Sabtu) -9.30 malam.. Eusoff dan Elyass melambai-lambai ke arah rumah. Eusoff faham yang kami akan meninggalkan rumah itu. Elyass sekadar mengikut apa abang buat aje... Saya tinggalkan rumah sewa kedua dengan mata berkaca.. (En.suami tak perasan.. shhh.. kalau dia baca entry saya ni.. habis la dia akan gelakkan saya...hahah)





Dulu, bila becakap abang Eusoff bahasakan "rumah kita".
Sekarang abang Eusoff gantikan rumah tersebut dengan istilah "rumah lain"

Aisshhh... sungguh berat hati nak meninggalkan lagi memori-memori terindah empat tahun setengah tu..

Takpe... dirumah baru ini, pasti akan tercipta lagi memori-memori indah itu. Rumah sendiri memori pastinya lebih manissssss hendaknya Insya Allah.

Gambar-gambar saya letak di sini untuk kenang-kenangan...







04 November 2015

Sudah selamat berpindah

Assalamualaikum...

Rindu sungguh nak menaip-naip di sini. Tapi apakan daya, seminggu dua ni tempoh huru hara yang maha dahsyat kami. Bukan mudah rupanya nak berpindah rumah dengan barang-barang yang sangat banyak serta beranak kecik. Sungguh menguji mental dan fizikal. 

Cukup lah sekali ini saje! Serik dah rasa.. (Gaya teruk nau berpindah kan...? hihiiii)

Sampai harini pun rasa penat tu masih ada.. tambah lagi penat mata melihat barang-barang berpindah aritu, tak bersusun atur sempurna pun lagi.. Takpe la.. pelan-pelan buat.. lama-lama nanti ok la tu kan.. Memang perlu ambil masa...

Barang tak semua buka dari kotak pun.. semua pakat susun dalam bilik ke-3. Penuh dan padat dulu di situ.. Mana yang penting dah dibawak keluar.. Baju anak-anak, baju kerja saya dan suami, barang-barang untuk kegunaan harian kami, barang-barang dapur.. semua dah dibawa keluar....

Untuk master bedroom dan bilik anak-anak, termasuk dapur 70% sudah nampak sempurna tinggal lagi nak susun-susun bagi cun je dah. Nak bercun-cun bagai yang tak menahannn tu kan..? Hihihi.. Kalo ikut kan rasa hati, nak je tak tidur malam buat semua tu.. tapi dah makin bertambah usia, tak larat dah nak bersungguh-sungguh seperti muda-muda dulu.. (Pernah saya tak tidur malam untuk kemas satu rumah sebab nak nampak bersih, tersusun sempurna - itu cerita zaman muda mudi laa, sekarang tak dahh..)

Slow and steady aje lah! Lama-lama nanti menjadi lah!

Lantai rumah pun masih berpasir.. walau di sapu dan di mop dah beratus kali dah... Aishhh... nak berpijak pun rasa tak best! Mujur anak-anak bukan jenis penggeli... dorang layankan aje dengan keadaan sekarang..

Update sikit pasal bilik tidue Eusoff dan Elyass;

Katil dah pasang, rak buku dan rak mainan dah masuk bilik dah.. meja, kerusi belajar semua.. termasuk la white board conteng-conteng tu.. Semua dah susun elok-elok... Tinggal lagi nak keluarkan buku dari kotak..susun elok-elok atas rak. Sama juga dengan mainan-mainan segala..

Bila la masa tu akan ada untuk kerja-kerja ini agaknya ya....mmmmm

Weekend nanti la harap-harapnya...

Jamu gambar bilik Eusoff dan Elyass yang dah cat. "Blue" seperti permintaan abang Eusoff. Nanti-nanti ada masa update lagi progress bilik anak-anak ye... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015