24 February 2017

Syurga dan Neraka dari sudut pandang abang Eusoff

Assalamualaikum...

Berbulan tak aktif berblog, Alhamdulillah semangat tu datang kembali. Demi memori bersama anak-anak.. mama gagahi jua mendesign sambil celah sekejap mengupdate di sini. Idea menghuraikan apa yang dah di statuskan kat FB Nordianah Alias.. Tak perlu la nak memikir modal apa untuk bercerita di sini.

Abang Eusoff orangnya sangat "susah". Bila mood takde, dia akan senyap membisu. Lagi-lagi waktu balik dari sekolah. Tak kira sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan, petangnya. Sampai pernah la mama "merajuk" sebab tak nak jawab soalan-soalan mama..hihi.. Mama kuat touching, anak tak layan soalan.. mula la sendu-sendu.. sampai abang Eusoff memujuk.. "maafkan saya mama...saya sayang mama.." Berair semua, mata, hidung..mulut.. gara-gara memujuk mama..😁

Harini mood dia sangat terbaik!

Masuk kereta.. terus cium adik peluk mama, dan bercerita pasal syurga dan neraka. Mama pulak yang mendengar teruja sangat-sangat. Datang satu rasa.. eh..tak sangka sungguh menda-menda ni keluar dari mulut dia. Ye.. first time dalam hidup dia bercerita perihal syurga dan neraka. Gambaran dia pun maha dahsyat juga laa.. (dari sudut pandang seorang budak 7 tahun)

Copy sini status fb harini..


Inspirasi mama
=============
"Mama..,
kat syurga have pool.. smell great! It's a nice place..! 😄
Kat Neraka have ayam busuk, have snake, have lion, have tiger.. have fire.. it's not smell great and have someone not nice too..😓"
Harini belajar pasal syurga neraka agaknya. Masuk kereta terus tak sabar-sabar bagi penerangan kat mama! 😍
-Pandangan syurga neraka dari sudut pandang abang Eusoff-
*English caca marba :)
4 days left!!! (PROMOSI FEBRUARI 2017)
💋 Photo Mug (Rm15) / Magic Mug (Rm30)
💋 Iron Label (Rm60)-260pcs
💋 Bunting/Banner (Rm2.00/sekaki)


Huraian dia sangat panjang berjela lagi.. tapi mama ambil pendek-pendek saje. Huraian dia sampai la kami sampai rumah tadi. Kena waktu baik.. mood comey Alhamdulillah sejuk perut mama mengandungkan awak abang. Tapi kalau datang mood tak berapa comey.. heheh..susah nak describe la. 

Mama tak akan cerita sisi nagetif anak-anak di fb mahupun Blog. Biarlah ia yersimpan rapi dalam hati mama dan papa sahaja. Tak elok la bercerita.. tak nak aura-aura nagetif menjadi perkongsian buat semua..

English abang sangat lah tunggang langgang. Tapi dah dia suka guna, biar la dia guna. Ada-ada masa kalau mama tahu untuk betulkan, terus betulkan je. Tapi kalau tak tahu.. terpaksa la mencari sumber-sumber yang diyakini untuk dirujuk.

*Mama dan papa tak reti sangat English..tapi mama dan papa akan usaha sehabis baik agar anak-anak pandai English.. biar pun tergeliat lidah2 kami speaking kat umah..😂😂


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. ada ternampak posting beli learn english with noddy dkt giant bt caves kan.. sekhairiah rupanya. nak tanya.. lps dh few years ni byk tak perkembangan positif lps bljr with noddy.. skrg Khilfi dh standard 1 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Allahuakbar lamanya saya tak mengupdate blog. Aktif di fb je skrg.. kalau la ajakrebyz dtg berkunjung lagi ke sini... ini feedback saya ye.

      Syukur Alhamdulillah.. saya tak sure asbab saya beli program Noddy atau memang kehendak khilfi sendiri.. English dia sangat ok.

      Untuk perbualan harian memang banyak di guna English.

      Buku2 noddy yang saya beli dulu dah rosak belaka.. sebab memang guna sangat2. Skrg adik dia pula belek-belek buku tu. Sikit sebanyak ada juga la dpt..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015