14 October 2019

Anak Pok Yah Kreatif


Rindu sangat untuk menulis lagi di sini.
Eusoff dan Elyass makin besar.. sari demi sehari..
dan mama merasakan makin kurang tenaganya sehari ke sehari. Maklum lah makin berusia..hihi

Nak tahu perkembangan terkini Eusoff dan Elyass?

Boleh ke FB personal mama seperti di atas ye.
Jangan lupa add friend.. dan tengok-tengok jika ada yang menarik untuk diorder.


Bye.. 

24 February 2017

Syurga dan Neraka dari sudut pandang abang Eusoff

Assalamualaikum...

Berbulan tak aktif berblog, Alhamdulillah semangat tu datang kembali. Demi memori bersama anak-anak.. mama gagahi jua mendesign sambil celah sekejap mengupdate di sini. Idea menghuraikan apa yang dah di statuskan kat FB Nordianah Alias.. Tak perlu la nak memikir modal apa untuk bercerita di sini.

Abang Eusoff orangnya sangat "susah". Bila mood takde, dia akan senyap membisu. Lagi-lagi waktu balik dari sekolah. Tak kira sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan, petangnya. Sampai pernah la mama "merajuk" sebab tak nak jawab soalan-soalan mama..hihi.. Mama kuat touching, anak tak layan soalan.. mula la sendu-sendu.. sampai abang Eusoff memujuk.. "maafkan saya mama...saya sayang mama.." Berair semua, mata, hidung..mulut.. gara-gara memujuk mama..😁

Harini mood dia sangat terbaik!

Masuk kereta.. terus cium adik peluk mama, dan bercerita pasal syurga dan neraka. Mama pulak yang mendengar teruja sangat-sangat. Datang satu rasa.. eh..tak sangka sungguh menda-menda ni keluar dari mulut dia. Ye.. first time dalam hidup dia bercerita perihal syurga dan neraka. Gambaran dia pun maha dahsyat juga laa.. (dari sudut pandang seorang budak 7 tahun)

Copy sini status fb harini..


Inspirasi mama
=============
"Mama..,
kat syurga have pool.. smell great! It's a nice place..! 😄
Kat Neraka have ayam busuk, have snake, have lion, have tiger.. have fire.. it's not smell great and have someone not nice too..😓"
Harini belajar pasal syurga neraka agaknya. Masuk kereta terus tak sabar-sabar bagi penerangan kat mama! 😍
-Pandangan syurga neraka dari sudut pandang abang Eusoff-
*English caca marba :)
4 days left!!! (PROMOSI FEBRUARI 2017)
💋 Photo Mug (Rm15) / Magic Mug (Rm30)
💋 Iron Label (Rm60)-260pcs
💋 Bunting/Banner (Rm2.00/sekaki)


Huraian dia sangat panjang berjela lagi.. tapi mama ambil pendek-pendek saje. Huraian dia sampai la kami sampai rumah tadi. Kena waktu baik.. mood comey Alhamdulillah sejuk perut mama mengandungkan awak abang. Tapi kalau datang mood tak berapa comey.. heheh..susah nak describe la. 

Mama tak akan cerita sisi nagetif anak-anak di fb mahupun Blog. Biarlah ia yersimpan rapi dalam hati mama dan papa sahaja. Tak elok la bercerita.. tak nak aura-aura nagetif menjadi perkongsian buat semua..

English abang sangat lah tunggang langgang. Tapi dah dia suka guna, biar la dia guna. Ada-ada masa kalau mama tahu untuk betulkan, terus betulkan je. Tapi kalau tak tahu.. terpaksa la mencari sumber-sumber yang diyakini untuk dirujuk.

*Mama dan papa tak reti sangat English..tapi mama dan papa akan usaha sehabis baik agar anak-anak pandai English.. biar pun tergeliat lidah2 kami speaking kat umah..😂😂


23 February 2017

Just want 1 school, not two school :(

Assalamualaikum...

Curi masa..curi masa... mencatat kenangan untuk anakanda berdua.

Harini pun sedikit kelam kabut. Sebab papa outstation. Jadi tugas mama kena ambil sekolah agama, hantar sekolah kebangsaan dan ambil dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah dalam sakit/berat kepala.. settle semua tugas tu! Awal pagi je papa hantar abang ke sekolah agama.

Mama yang mengantar, mengambil pun macam penat sikit...heheh..sikit je la.. Inikan pula anak kecil usia 7 tahun. Harini dah berbunyi-bunyi sewaktu hantar ke sekolah kebangsaan. Saya copy sini status tengah hari tadi di : Nordianah Alias

Inspirasi mama
=============
Mama, i'm so sleepy...😖
Boleh saya just want, one school.. not two school mama?
.....sepi.....
👇si kecik ni pun sleepy.. tersengguk-sengguk waktu balik dari hantar abang ke sekolah kebangsaan.
*maaf kalo penggunaan English abang salah :p
5 days left!
==========
-Photo Mug / Magic Mug
-Iron Label
-Bunting/banner Rm2.00 sekaki

Cerita pasal abang, gambar si adik..hihi.. boleh jee..😊

Dia minta nak satu sekolah je.. tak nak dua sekolah.. katanya dia penat, dia ngantuk..

Allahuakbar.. sedih pun ada waktu dengar luahan rasa abang Eusoff tu... mmmm.. tapi tak mampu nak tunaikan permintaan dia. Sebab mama dan papa hantar ke dua school adalah untuk abang dapat ilmu duniawi dan abang dapat juga ilmu ukhrawi. 

Waktu mama sebaya abang dulu pun, mama kena pergi dua school, sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Kebangsaan. Cuma bezanya... mama start sekolah agama darjah 3, dan kalau tak silap 3 hari seminggu je.. 

Yang abang ni, seawal 7 tahun dan 5 hari seminggu, Isnin - Jumaat, penuh.

Ye..mama faham.. abang penat, abang letih. tapi sabar yee.. alah bisa, tegal biasa. Insya Allah lama-lama nanti abang mampu nak menghadapi keadaan macam ni. 

-Abang dah lancar membaca Iqra'
-Abang dah boleh mengeja rumi, tapi merangkak-rangkak

Takpe.. mama yakin abang BOLEH!

21 February 2017

Can mama, but just a little bit

Assalamualaikum...

Terasa seperti hilang rentak dah nak berblog. Tak reti nak karang ayat dah..hihi.. Up status di Nordianah Alias atau lebih nak suruh orang kenal sebagai "Anak Pok Yah Kreatif", simple-simple je pasal Eusoff dan Elyass. At least terupdate la juga perkembangan diorang walaupun tak jelaskan secara terperinci..


Tujuan asal aktif fb sebenarnya nak berniaga sahaja pun.. takut kalau terlalu hard selling.. nanti kawan-kawan, customer-costumer boring kan.. jadinya kita up juga lah status perihal anak-anak sebagai selingan untuk bacaan santai semua. 


Harini hari kelam kelibut..


Dalam pukul 9.00pagi air paip takde setitik pun. Abang balik sekolah agama 10.30. Kalau air masih juge belum ada.. naya ni.. Sebab abang, balik sekolah tak kira pagi atau petang.. sah-sah peluh basah baju! Terus terfikir, mandikan je dua beradik ni kat masjid (depan sekolah agama abang)


Gigih berangkut semua bag sekolah, baju sekolah, tuala, sabun mandi, bedak, perfume, lotion, sikat... demi nak siapkan dua beradik nih.. Lelah sungguh..! Tapi mama success.. dalam kelelahan itu..hihi.. Pukul 11.10, settle siapkan dorang, dan terus bawak makan nasi.. dan tapaw bekal di kedai sahaja.. Pukul 12.20 sampai sekolah kebangsaan abang..


Up sini status fb tengah hari tadi. Ini pun kira gigih juga ni.. sebab hati tercuit-cuit.. terkiki dalam jiwa, nak biarkan dulu, update nanti-nanti takut lupa.. Abang dah ke dewan sekolah, mama masih depan sekolah dalam 5 minit.. up status ini dulu! 


Gigih tau tak...hihi... :) 



Inspirasi mama
=============
Kebelakangan ni banyak barang sekolah abang hilang tanpa dapat dikesan. Tanya tuan badan pun, dia jawab tak tahu. 😥 Tupparware biru (bekas nasi) + botol air.. bekas pensil.. pensil.. pensil warna.. pemadam.. pembaris.. penggorek😵
Harini niat nak beli alat tulis kat koperasi sekolah. On the way hantar tadi, bg tau la niat mama tu.
M : abang, nanti kite gi koperasi jap ye. Mama nak beli barang-barang abang.
A : Ma, parents not allowed!
M : 😒
A : Just kids can go inside school.
M : 😧 What ever la abang. Tapi mama kena masuk gak kejap nak beli barang-barang abang.
A : Can mama, but just a little bit.
M : 😲 (Just a little bit?????) Kikikikikiki.. geli hati mama bang.. -ticer tirah baca ni malu mama tauuu bang..😂😂😂
Alert promosi
----------------
1. Photo mug / magic mug
2. Iron Label
3. Bunting/banner Rm2.00/kaki


Sampai ke malam ni pun masih terasa geli hati.. Punya dia suka nak cakap English.. ikut dan dia je cakap apa-apa pun.. Mesti dia confident sangat dengan ayat dia tu.. Owh abang...hihi

Memang dia suka nak bercakap English.. sampai kami kat rumah pun broken English dengan dia.. Entah betul..entah tidak.. kami tibai je.. demi nak support abang Eusoff speak in English.





19 February 2017

Hero no 1 & 2

Assalamualaikum...

Sepanjang minggu peram anak-anak di rumah especially Elyass.. Abang Eusoff dari pagi sampai ke petang, sibuk bersekolah.. memang masa dia banyak duk luar rumah dah..

So, weekend kali ni.. habis je mama settle-settle kerja design... papa pelawa kami jalan-jalan. Dekat-dekat je papa kata.. masuk kl Jam.. jadi hindari la ke sana katanya.

Kashfi Elyass seronok bukan main nak jalan-jalan. Khilfi Eusoff minta duduk rumah je.. nak tengok tv. Boring katanya jalan-jalan.. Hari biasa masa banyak dihabiskan duduk luar rumah kan.. jadi weekend ni dia mintak duk rumah je😅😅

2 anak, 2 perangai..

Keluar la juga kami... mama pun dah boring duduk rumah mengadap design je.. jadi hari minggu masa untuk cuci-cuci mata le...

Nah.. sekeping gambar dua beradik.

I'am hero no. 1 - Khilfi Eusoff
I'am hero no. 2 - Kashfi Elyass


Baju mama designkan khas untuk anak-anak terchinta.. 😍😍

Jenguk-jenguk la fb : Nordianah Alias sesambil cuci-cuci mata.. Lagi afdol.. add friend la sekali yee.. nanti kite approved! Hiii..

11 February 2017

Sibuk sangat di Anak Pok Yah Kreatif.. blog sunyi dan sepi :(

Assalamualaikum...

Allahuakbar.. terabai rase blog kecil cerita anak-anak ni.. bilamana mama banyak habiskan masa di fb: Nordianah Alias (Anak Pok Yah Kreatif) Kat sana pun selain berniaga kecil-kecilan promot apa yang ada... terselit juga cerita anak-anak dalam ruangan;

Inspirasi Mama
===========

Ada ke pembaca blog kecil saya ni.. Kalau la ada.. leh la add fb saya tu..hihihi.. Leh baca kisah abang Eusoff dan Elyass di sana juga.. :) sesambil cuci mata tengok barang jualan sayeee... hiihii

Abang Eusoff dah masuk bulan ke dua bersekolah darjah 1.
Elyass dah masuk tahun ke-3 hidup dia.. Bulan 8 genap lah 3 tahun.

Banyak cerita anak-anak yang tak sempat tulis disini. Sedih sungguh rasanya... :(
Macam mana nak mengimbau memori nanti kalau tak bercerita di sini? Insya Allah mama kena ambil juga sikit masa dalam kesibukan berniaga/mendesign. Ye... Insya Allah.. Insya Allah..

Nah untuk kenangan, tempek sini gambar dua beradik satu sorang. Pengubat duka dan lara mama... :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015