Assalamualaikum….
Lama dah tak menulis di sini. Rasa kekok sungguh.. =)
Banyak perkembangan tumbesaran Khilfi Eusoff kebelakangan ini tak catat disini. Takpe.. pelan-pelan saya tulis balik ye… masih segar di ingatan sebenarnya..
Tahun 2014, sudah masuk tahun ke 4 Khilfi Eusoff hidup bersama kami. Alhamdulillah… [Sedar tak sedar rasa cam dah bujang-bujang sangat dah anak lelaki saya nih! huhu] Rasa dah sampai masanya untuk mendedahkan alam persekolahan.. Kadang rasa takut nak bagi dia lalui alam itu.. Mama papa lak lebih-lebih takut.. =)
Usia 4 tahun, walaupun pada sesetengah ibu bapa masih terlalu awal untuk menghantar anak seusia ini ke sekolah, namun ramai juga ibu bapa diluar sana yang dah bersedia fizikal dan mental untuk menghantar anak kecil mereka ke sekolah bermula dari usia 3 tahun pun lagi. Fuh..lagi advance kot..
Sebagai mama dan papa, untuk pengalaman pertama kali dalam hidup kami berkaitan bab
menyekolahkan anak ini, sikit sebanyak amat susah untuk membuat keputusan. Kadang terasa Khilfi Eusoff masih terlalu kecil untuk ke sekolah.. kadang terasa, Khilfi Eusoff terlalu anti sosial, tak pandai bergaul bila berhadapan dengan ramai orang. 50% - 50% untuk membuat pilihan.
Dari awal tahun 2013 lagi, kami suami isteri berbincang, bersama-sama berkongsi cadangan serta pendapat baik buruk untuk meneruskan Khilfi Eusoff bersama ibu asuhannya, dan baik buruk untuk menempatkan Khilfi Eusoff di mana-mana pra sekolah yang dirasakan sesuai. Kedua-duanya ada baik dan tidak, bila dikaji dan diteliti.. Poning kepala dibuatnya.. *o*
Rumah Pengasuh
Tak perlu kejutkan Eusoff awal pagi untuk mandi, hanya kejutkan dan salin pampers dan dia akan jalan sendiri ke kereta. Di rumah pengasuh, hanya tiga orang anak asuhan yang dijaga termasuk Khilfi Eusoff.. semua hero dan kebetulan ketiga-tiga adalah sebaya. Pengasuh sendiri hanya ada 2 anak yang dah bersekolah dan ini bermaksud pengasuh boleh memberi tumpuan lebih kepada anak-anak asuhan ini termasuklah Khilfi Eusoff. Pengasuh juga sangatlah pembersih orangnya, jelas dapat dilihat keadaan kebersihan rumah, kebersihan Khilfi Eusoff semasa nak ambil waktu petang. Makan minum terjaga, sakit demam Eusoff pun ibu asuhan sangat ambil cakna waktu untuk memberi ubat. Kuku panjang pun ibu asuhan yang tolong potongkan.. Masuk usia Eusoff 3 tahun setengah ibu pengasuh tolong sekali latih Eusoff untuk potty training.. bagus kan?
Cuma sikit kekurangannya, tiada pembelajaran formal untuk Khilfi Eusoff. Bukan bermaksud ibu pengasuh takde ajar apa-apa… sudah tentulah ada… baca bismillah sebelum makan, ABC, 123..ada.. Cuma pembelajaran secara tak formal… kadang-kadang ajar.. mungkin juga..kadang-kadang tidak… Saya tak salahkan pengasuh sikit pun..sebab tugas pengasuh hanyalah untuk menjaga anak-anak dari pagi hingga ke petang. Tiada bayaran lebih untuk memberi pendidikan pun..
Sekolah
Hari pertama persekolahan di tahun 2014 dengan baju seragam sekolah |
Perlu kejutkan Khilfi Eusoff setiap hari pada pukul 7.00 pagi. Mandi dan gosok gigi. Kena hadap setiap hari keadaan Eusoff menangis untuk mandi pada awal-awal persekolahan dulu, menangis siap pakej muntah-muntah masa nak gosok gigi. Pada awal dulu rasa tertekan juga… sewaktu 2 minggu orientasi di penghujung tahun 2013. Tapi lama-lama, kami handle dengan senyuman je.. terutama papa la.. sabar sungguh ngan kerenah anak bujang sorang nih.
Masuk tahun 2014, Eusoff masih lagi berkeadaan sama.. Cuma sudah sedikit under control.. mungkin sikit demi sedikit, dia sudah dapat menerima kenyataan yang setiap hari akan mengalami keadaan yang sama. Akan dikejut awal, perlu mandi dan gosok gigi. Lama-lama Eusoff nampak makin REDHA..hhihihi
Dengan keadaan sekolah yang ramai murid.. Dah tentu takkan dapat layanan sepenuhnya dari teacher. Makan minum pun atas kehendak budak-budak.. nak makan, makan.. Tak nak makan..tak makan la kott.. Harap-harap teacher masih simpan makanan, takut-takut diorang akan mintak balik makanan waktu lapar nanti.
Kalau kes Khilfi Eusoff, uihh dia sangat kuat makan.. Jadi mama dan papa tak bimbang
pasal makan..sebab kalo suruh makan memang dia akan habiskan makan dia.. untung-untung siap minta tambah makanan lagi..kikiki Memang macam tu lah cerita teacher pasal Khilfi Eusoff, kuat makan! =)
Day care untuk Khilfi Eusoff di sebelah petangnya juga ditempat yang sama. Kami suami isteri maklum ramai juga ibu bapa meletakkan anak di sini selepas habis waktu persekolahan. Sekali lagi Eusoff takkan dapat layanan sepenuhnya dari teacher. Takpe -takpe… anak-anak dalam proses membesar, perlu lebih berdikari, bukan? Sudah masanya Khilfi Eusoff berdiri di atas kaki sendiri...chayok!! chayok!!
Kat sekolah juga teacher tolong sambung potty training untuk Eusoff.. Alhamdulillah…mama papa suka!! Thank you teacher. Satu perkembangan positif Khilfi Eusoff, teacher bagitahu Khilfi Eusoff dah bagi tahu nak kecing.... Alhamdulillah!! Cuma pernah la terlepas sekali dua...ops!! =p
Dari segi pembelajaran, setiap hari kami yakin, Khilfi Eusoff belajar. Kami akan tanya setiap hari apa yang dia belajar di sekolah… Dia akan menjawab, tulis…lukis..aner.. [warna], kadang kami boleh dengar, dia sebut ABC dalam nada berlagu.. kadang boleh dengar Alif atas aaa….. Ba atas baaa… Papa ku ulang ari kota, enek-enek si kokok iga.. dan bannnyyyyak lagi..
Kat sekolah juga ada diajar solat, rutin setiap hari diorang akan sembahyang Zohor dan Asar berjemaah. Alhamdulillah…
Cuma yang tak best setiap petang, dalam pukul 6.30.. kami akan ambil Eusoff dalam keadaan belum mandi… dan keadaan dia waktu tu memang sangat berpeluh..macam baru lepas main kejar-kejar… Normal la tukan anak lelaki... melasak tu pasti!
Nampak tak ada pro and cont meletakkan anak-anak dirumah asuhan dan meletakkan anak-anak di sekolah… Masing-masing ada kebaikkan dan ada kelemahan.. Terpulang pada kita ibu bapa untuk memilih yang mana terbaik untuk anak-anak dalam proses pembesaran ni.
Cuma perbezaan yang paling ketara bagi kami adalah yuran. Hantar ke sekolah + day care selepas waktu persekolahan adalah lebih tinggi berbanding hantar di rumah pengasuh. Namun, apalah ada pada nilai RM itu jika kita kaji balik apa kebaikan-kebaikkan ilmu yang anak kita perolehi disekolah sepanjang seharian tu.
CIC -Where Leaders are born, Insya Allah... |
Babaiiiiiiii.. =)