31 October 2016

Pengikut setia mama..😍

Assalamualaikum...

Sekarang, bila petang je hujan.. bila hujan je mesti petang.... πŸ˜… Nak keluar jalan-jalan ngan anak bujang kecik ni pun tak leh..

Elyass dah pandai da..."mama... daii.. jom!"
Ajak gi kedai maksudnya... Baru umur 2 tahun lebih sikit-sikit je, pandai ngajak ke kedai yerkkk....😊 Haiii... besar dah kamu Elyass...

So petang ni mama tak leh bawa adik gi kedai, sebab macam nak hujan dah... duduk je la dalam rumah sesambil main-main mainan.. sesambil ngikut-ngikut mama pergi sana sini yee... setia sungguh dia!

Keje-keje rumah semua dah settle.. petang ni mama masuk office la pulak.. boleh fokus kerja kat komputer dah..!

Elyass duduk sini tunggu mama buat keje ye... sambil-sambil main dengan kereta, lori... sambil-sambil tengok tv yee....





28 October 2016

Elyass sakit mata

Assalamualaikum...

Penyakit dah mula menyerang.. abang demam, batuk, selsema... Elyass selsema dan SAKIT MATA.. mama dan papa perit tekak dan dah mula batuk-batuk manja.... tak best nyee..

Sepanjang tahun pasti dapat package begini beberapa kali..... Normal la tu kan..

Cuma Sakit mata yang jarang-jarang kena... dan sekarang Elyass yang kena.

Bangun tidur, mata bertahi penuh dua-dua belah dan bengkak yang amat sangat.. tapi tak la merah sangat kat mata putih tu.



Bawa ke klinik dan doktor sahkan memang Elyass sakit mata, merah yang teramat sangat dibahagian kelopak mata dalamnya.


Dapat ubat titik dan ubat makan untuk tahan gatal. Memang sah-sah la susah nak bagi makam dan titik ubat. Kena paksa la..sampai muntah-muntah dan nangis-nangis..

Kesian dia...


Harap makin sembuh mata Elyass.. next week ada majlis besar pok De Elyass..πŸ˜„
Abang dah makin ok cuma tinggal lagi batuk sikit-sikit.. mama ngan papa baru nak mula ni... canner gaye ye?...mmmmmmπŸ˜•


21 October 2016

Potty training Elyass

Assalamualaikum..



Kashfi Elyass sudah 2 tahun 2 bulan dan 10 hari harini. Masih terlalu awal ke ye kalau nak mencuba untuk potty training? Terasa nak mencuba... tak cuba mana nak tahu kan.. Jadi, hari ini adalah hari pertama cubaan untuk potty training Elyass. Owhhhh..takutnya.. mama seram nak..! πŸ˜₯

Mandi pagi tadi 9.45 pagi.. cuba suruh Elyass yakyak dan cincing.. cincing sudah.. cuma yakyak nye tak mahu. Eleng-eleng kepala lagi. Mungkin belum masanya kan.. Tapi takpe la.. mama proceed dengan perancangan percubaan ni. Mama cuba untuk kentalkan jiwa..

Siap mandi, pakaian Elyass spender.. pakai seluar baju, sock. Eh.. dia tak menolak pun pakaikan spender.. semuanya ok dan mudah je. Bimbang juga dia menangis taknak pakai spender sebab tak biasa. Tumbs up untuk Elyass..  yeayyy!! Cuma dia macam sekejap-sekejap, pegang-pegang.. hehehe pelik rasanya kot kan.. loose je rasa yer..:p

Tunjukkan toilet bowl.
Kalau nak yayak..cincing... sini tau?? Ingat tau..? Kat sini...sini..tau..
Elyass pandang mama dan..senyum..

Setiap 15 minit memang akan bawa dia tunjuk toilet bowl. Dia eleng kepala sambil cakap "anak!"

Sekarang tengah mentido dibuai.. tak pakaikan pampers pun.
Mudahkan lah pembelajaran ini untuk Kashfi Elyass hendaknya.. Amin..




12.00tgh 
Bergerak-gerak dalam buai.. dah bangun dan sengeh-sengeh je.. mama offer yakyak dan cincing.. dia diam.. mama sambung buat kerja sesambil mulut bertanya-tanya lagi dan lagi.

Tiba-tiba.. Elyass panggil "mama!"
Jenguk-jenguk jeans dan basah.. tapi tak meleleh pun.. mungkin terkucil sikit waktu geliat bangun tidur..

Takpe....

Siap-siap bersihkan.. salin spender dan seluar baru.. tunjung toilet lagi.. lagi dan lagi.. kalau nak cincing atau yakyak.. kat sini tau..!

Elyass senyum.. 😊


Hari tanpa karpet untuk Elyass..πŸ˜…

16 October 2016

Mor..mor? Apa tuuuuu....?

Assalamualaikum....

Lama dah tak mengupdate Elyass tengah makan di meja merah kan... hehehhe..


Saje je... mama Elyass lak dah rasa boring, tiap hari gambar same jee..walaupun makanan yang Elyass makan berbeza-beza..πŸ˜…


Harini nak cerita pasal "mor". Apa sebenarnya mor ni eh?? Hihi

Ceritanya bermula begini........

*jangan drama sangat lah mama!πŸ˜‚πŸ˜‚

Elyass sangat suka biskut. Dalam seminggu boleh habis 3 pax biskut marry/chipsmore.


Dan "mor" yang dimaksudkan Elyass adalah "biskut"... kalo biskut chipsmore..logik la juga kan panggil mor.. tapi semua biskut pun dia panggil more..

Sebabnya...

Kami suka tanya dia "do you want more?"
Dia akan balas "mor" atau kami faham maksud dia "more"...

Sampai lah kesudah dia panggil biskut dengan perkataan "mor"..

Misi ke dapur mencari "mor"

-tamat cerita-

Itu je le ceritanya... harap-harap dengan cakap-cakap oh my english sikit-sikit kat umah boleh la nak mengajar-ajar anak-anak speak in English kan...πŸ˜…

Tak cuba tak tahu....

15 October 2016

Banyak nye kertas😰

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu semua...

Planning untuk hari Sabtu ni, nak meng-clear-kan mana-mana kertas yang boleh dibuang/ direcycle/ difiling... banyak sangat-sangat kertas disumbat-sumbat di rak buku abang. Kertas kerja abang Eusoff... kertas conteng-conteng.. envelope kosong, bil-bil, resit-resit.. pembalut segala bagai... dan banyak lagi lah..!

So hari ni tarik napas panjang-panjang dan jom kita mulakan!!!πŸ’ͺ


Kerja yang kalau dihadap sungguh-sungguh sorang diri, boleh jadi sejam dua selesai je ni... tapi sebab dihadap bersama Kashfi Elyass jadi makan la masa setengah hari...πŸ˜…

Dapat 1 plastik kertas sarap yang boleh dibuang... rasa satu kepuasan yang sungguh nikmat bilamana susut sedikit kadar kertas di rak buku di bilik anak-anak..πŸ˜„

Dan hasilnya........ rak lebih bersih...tersusun dan sangat menyegarkan mata memandang....

*drama sangat mama Eusoff ElyassπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


😍😍

14 October 2016

Pelamin-pelamin tahun 2016😁

Assalamualaikum...

Serupa dah nak kahwinkan anak.. berpelamin bagai..sambut birthday aje pun mama ooiiiii.... Lagi pulak anak-anak bujang tu baru 2 tahun dan 6 tahun jeee pun.....

Hihihi.... takpe la... dah suke kan... nak berpelamin juga macam mana pun..! Tak kire! πŸ˜…πŸ˜…



Sama tapi dok serupa..  cuba nak pelbagaikan cara deco, dengan menggunakan barang yang sedia ada dan dengan ruang dinding yang terhad! 

Boleh la.. Elyass tema colourfull.. dan abang Eusoff tema blue..☺

Tahun depan selagi boleh recycle.. kita recycle lagi barang-barang ni.. cuma tambah-tambah hiasan baru je sikit bagi nak nampak kelainan...

Buat mende-mende ni seperti terapi diri... Best sangat!!!πŸ‘πŸ‘ 

Mana la tahu kan anak-anak nak kahwin nanti pun mama boleh buat sendiri pelamin untuk mereka.. huhuhu... jauh berangan....πŸ˜…

Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015