30 April 2015

Instrument Lego –Drum set

Assalamualaikum..

Bila dah kate tetiba terasa ada hobi baru… -permainan lego, pantang weekend je memujuk en.suami pergi Mr. Diy Jusco AU2. Minggu lepas dia sibuk dengan kerja-kerja ofis.. tak terlayan permintaan macam-macam isteri dan anak-anak. Ok..nebermind.

Minggu ni, balik dari majlis makan-makan keluarga.. Terus tuntut janji.. nak beli lego lagi. Alhamdulillah tertunai hasrat nak menambah koleksi lego Eusoff. Kali ini beli Instrument Lego- Drum set. Eusoff seronok.. mama pun seronok sama!

Balik rumah tak menyabar-nyabar nak buat. 



Lego Drum set yang ini kurang susah berbanding piano set. Ambik masa nak pasang tak lama. 40 minit je kot. (Malu kalau orang terer main lego baca nih..hihi) Start en.suami panaskan makan malam.. sampai la diorang dah siap makan.. siap lah juga lego ni.. terer tak..terer tak mama Eusoff?? 




Dah siap 2 jenis.. semangat tambah berkobar-kobar la pulak…. Mmmm… Ini kah yang dinamakan hobi?? Hahaha






29 April 2015

Cari bahan-bahan makanan Elyass -April

Assalamualaikum..

Hari ini 29 April 2015 (Rabu) hari yang sungguh tak sihat. Petang semalam berhujan padahnya hari ini, pening kepala yang sangat teruk. Selesai hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh, terus ke klinik. Dapat MC 1 hari. 

Alhamdulillah, boleh rest..

Kebetulan en.suami bercuti, elok ambil kesempatan untuk mencari stok makanan Elyass. Tanpa anak-anak, aktiviti membeli belah sungguh mudah walaupun kepala sakit sangat-sangat....

Hasil pencarian bahan-bahan makanan Elyass hari ini;


1. Pankek pisang Adabi
2. Anchor Unsalted butter
3. Ikan bilis
4. Betik
5. Lobak merah
6. Brokoli
7. Ubi Unggu

Bulan depan Elyass dah 9 bulan. Nak cuba bagi pankek pulak untuk dia. Tadi masa membeli kat Giant, ada tester pankek ni. Ada dua perasa, vanilla dan pisang. Saya ambil pisang sebab rasa dia lagi sedap. Pankek berstruktur lembut, jadi sangat sesuai untuk diberi makan kepada baby dalam usia 9 bulan dan ke atas. Sebab dah  ada gigi untuk mengunyah.

Abang Eusoff pun boleh makan sama-sama dengan adik.

Anchor unsalted butter tu, saya nak cuba menu tumis-tumis untuk Elyass nanti. Dah google dan dah mencari-cari resepi kat youtube. Nanti saya cuba buat dan saya share lagi di sini ye..?

Bai..





18 April 2015

Resepi Puri Mangga

Assalamualaikum

Jom berpuri lagi...

Malam ni tambah satu jenis lagi stok puri Elyass, puri mangga!

Pastikan pilih mangga yang jenis manis tau.. jangan la tersalah beli mangga belum masak atau memang jenis mangga yang masam. Mangga jenis gitu sesuai untuk mama-mama je yang makan tau... Takut menggundang anak kecil cirit birit je bagi masam-masam ni. Kesian tau..

Tak sure la mangga saya beli ni jenis apa. Dah seminggu pun beli, cuma masa je belum ada untuk proses jadi puri. Dah seminggu dalam fridge, sudah masak ranum tapi elok je tak buruk. Sambil-sambil potong untuk buat puri, sambil-sambil saya ngap seketul dua. Yummy...... manis sungguh!

Ok, meh tengok camne cara saya menyediakan puri mangga untuk Elyass. 

Check it out!


1. Sediakan mangga. Jumlah mangga bergantung kepada banyak mana stok puri yang dikehendaki. 
2. Kupas kulit mangga. Potong mangga kecik-kecik untuk memudahkan proses mengisar.
3. Mangga yang telah dipotong kecik, dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga betul-betul halus. Saya campurkan dengan sedikit air agar puri tidak terlalu likat.
4. Hasil mangga yang telah dikisar halus.
5. Puri sedia untuk dimakan! Lebihan puri boleh dimasukkan ke dalam bekas kecil-kecil atau bekas ais kiub yang bertutup untuk disejuk bekukan.

Siap!!

Simple dimple bukan. Jom lah cuba...! Mesti anak kecil anda menjilat sudu...

Bai..


16 April 2015

Berkongsi hobi – Permainan LEGO

Assalamualaikum..

Weekend aritu, en.suami ajak jalan-jalan cari barang. Kami 3 beranak follow je lah.. Ajak ke Daiso, memang lah tempat favourite saya! Barang yang en.suami cari ada. So, berlama-lama lah kami kat situ, sebab barang yang dia cari dalam jumlah yang banyak lah juga. Tapi, takde banyak barang pun yang saya berkenan. Pelik bin ajaib! =p

Akhirnya ambik juga satu pack tisu basah untuk mop lantai, stok kat rumah dah abis. Eusoff ambik juga satu mainan.

Lepas keluar dari Daiso, rasa teringin plak ke Mr.DIY. Ini pun tempat favourite saya. Kadang masuk tak beli apa-apa pun, tapi rasa puas dapat jenguk-jenguk saje.. Lain macam sungguh rasa puas tu! Pelik bin ajaib! Lagi.. =p

Kat situ, Eusoff dapat satu mainan LEGO, RM17.50. Saya beli 3 ikat penyangkut baju. Tu je..

Baguskan kalo tiap-tiap kali ke Daiso, Mr.DIY macam ni kan..? Selamat sikit poket en.suami..  Kalau kat sini ada Kaison, dah tentu saya terjah juge.. tapi takde.. so jimat le masa.

Nak cerita perihal mainan yang Eusoff beli di Mr.DIY sebenarnya. Mukaddimah panjang nau-nau..

PERMAINAN - LEGO

Sebelum-sebelum ni dah berpuluh-puluh mainan LEGO yang kami dah beli kata bang Eusoff. Tapi jarang yang dapat kami buatkan hingga menjadi objek yang sepatutnya. Kalau yang senang untuk dipasang tu.. biasa ada lah yang menjadi. Kalau yang susah tu.. biasanya dah buka plastik, terus je hilang sikit-sikit bahagiannya.. last-last kutip-kutip masukkan satu bekas- LEGO yang tak pernah menjadi! kihkihkih

Tp yang kami beli kali ni, LEGO Instrument -Piano, semangat saya lain macam sikit. Bermula rasa kesian kata bang Eusoff, tiap kali beli LEGO tak pernah menjadi seperti di gambaran luar kotak tu.. Lama-lama naik syok pulak memikir-mikir mana nak sambung..mana nak sambung lego nih.

Beli LEGO yang dulu-dulu, Mesti abang Eusoff hampa, bukak kotak kenapa tak pernah dapat macam kat gambar luar kotak?? [Dalam hati dia ada terlintas soalan macam tu mana nak tahu kan…] So, kali ni memang saya cuba untuk gigih. Elyass dah handover kat papa, suruh jaga.. sebab mama nak wujudkan LEGO Instrument –Piano depan mata abang, seperti digambarkan di kotak luar.

Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh!

Dah la rabun, main pulak LEGO kecik-kecik yang amat. Gigih sungguh saya, sambil jarang-jarang sekali kena jawab soalan abang Eusoff “ Mama, LEGO piano dah siap..?”

Tunggu ye abang..sikit je lagi..sikit je.. (Padahal baru assemble tapak piona yang mule-mule..)

Wahhhh.. menguji minda sungguh buat benda alah nih! Lagi senang buat puri Elyass kot.. =p

Alang-alang dah buat…biar le siap sepenuhnya kan.. Kesian plak nak menghampakan harapan abang Eusoff. Jarang-jarang sekali dak kecik Elyass merangkak keluar bilik.. Saje letteww papa lepaskan tu……

Selepas berhempas pulas assemble LEGO abang Eusoff dari pukul 2.30pm ~ 8.00pm, berenti kejap-kejap untuk mandi, solat, layan Elyass, layan abang Eusoff, layan papa, makan… akhirnya siap jugak!!! Wahhhhhhhhhh… tepuk untuk diri sendiri okehh..





Rasa puas menyiapkan sebuah LEGO Instrument-Piano untuk abang. Nikmat puas tu lain macam rasanya. Lagi nikmat dari window shopping di Daiso, Mr.DIY mahupun Kaison…. Serius!!

Bila melihat abang Eusoff tersenyum gembira, melihat sebuah piano kecik comel di depan mata! Bertambah-tambah puas dan nikmat..



Tetiba rasa macam dah bertambah satu hobi baru saya –LEGO!

Dah start-start survey display rak kat ikea ko… hahahhahahha (tak hagak-hagak..baru dapat assemble 1 jenis LEGO je pun…) muahahahhaha… [Gelak jahat..cittt]

Mama dan abang Eusoff boleh share hobi dah.. Best! Best! Best!
Rasa nak pergi Mr. DIY je laaaaa….mmm…mmm….mmmm

Bai!





15 April 2015

Apabilaazambercerita sudah berubah wajah

Assalamualaikum....

Aritu dekat setahun blog ni sunyi..sepi..
Penangan berbadan dua... abis mood berblog semua kelautan Hindi.. Memang tak jenguk.. update apatah lagi.. Blog walking pun takde..

Pendek kata, memang tutup blog.. kunci ngan mangga!

Sekarang dah come back slow-slow... hehe =)

Sebab rasa rugi tak mencatat disini tentang anak-anak. Ibarat blog ni diari tumbesaran anak-anak je pun. Jarang-jarang sekali perihal kekeluargaan. Itu je... perkongsian ringan-ringan orang kata. Pasal rumah tangga, masalah dalaman, emosi tak stabil.. gaduh sana, gaduh sini, tak puas hati... unsur-unsur nagetif kita tak mo share sini.. No..no..no...

Alhamdulillah..

Sebab mood berblog dah makin stabil, terasa nak beri nafas baru le plak kat blog ni.. kasi berseri-seri gitu...

Atas bantuan Sue Haida, dari UMISUE Studio... angan-angan saya menjadi realiti..



Cepat kerja Sue ni..

Pagi tanya-tanya.. confirm nak buat..chit chat sikit-sikit...
Petang dah tunjuk artwork.. setuju, terus berubah wajah blog comel saya ni..

Ni hasil kerja-kerja tempahan edit blog dia... Tempahan Edit Blog March 2015
Kalau berminat boleh la contact Sue ye..

Hasil kerja sangat berbaloi-baloi dengan harga.

Cuba la.. perubahan yang sebegini mampu membangkitkan semangat berblog anda gitu....

Bai..!






14 April 2015

Resepi Puri Labu

Assalamualaikum..

Abang Eusoff kata pumpkin la mama… tan (bukan) labu.... sama je la abang oiii…. Puri labu ke pumpkin ke.. benda sama je.. Oh my English! la abang Eusoff nih..hihi

Sebut pasal puri labu, bukan Elyass je gemar.. saya pun! Rasa lemak-lemak labu, sudah cukup manisnya walaupun tanpa campuran apa-apa sumber pemanis. 

Nak tahu lebih lanjut apa khasiat labu? Baca sini ye.. KHASIAT LABU KUNING

Buah labu untuk bayi
Buah labu sangat baik untuk bayi, terutama untuk bayi yang telah selesai masa pemberian ASI ekslusif 6 bulannya. Kandungan nutrisi dan besar manfaat buah ini serta teksturnya yang lembut, adalah sesuai untuk bayi.

Saranan penyajian buah labu
Buah labu dapat direbus,, dikukus atau dipanggang dengan berbagai variasi. Untuk bayi, Anda dapat memberikan puri labu yang dapat dicampur dengan buah atau daging ayam atau jenis sayuran lainnnya. Anda pun dapat memasak buah labu  menjadi pancake, pie, kudapan kecil lainnya yang sangat baik untuk anak dan keluarga.

Cara penyediaan puri labu cara saya; simple je..


1. Sebiji labu masak
2. Buang kulit labu termasuk bijinya, labu dipotong kecil-kecil
3. Kukus selama 40 minit
4. Masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus, tambah air jika puri terlalu pekat
5. Hasil setelah dikisar
6. Puri labu yang telah siap boleh lah dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk disejuk bekukan.

Puri labu boleh dimakan begitu sahaja. Ada hari-hari saya bekalkan Elyass bubur nasi kosong campur dengan puree labu.


Sedap sehingga menjilat sudu..nyummm..nyum… nyummm…




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015