08 July 2012

Reunion "Mengejut" 2012 @ Puchong

Salam...

Alhamdulillah, buat kali ke-2 di tahun 2012, satu lagi reunion berjaya dilaksanakan. Arrangement mengejut oleh en.suami. Saya sangat bersetuju dengan sesuatu perancangan yang tiba-tiba, sebabnya ia pasti akan terlaksana, berbanding perancangan yang mengambil masa yang lama yang akhirnya berakhir dengan "tak jadi" hehehhehe..

Sebenarnya reunion mengejut ini terlaksana kerana, salah seorang dari sahabat kami, Nora akan balik ke kampungnya di Pahang mungkin dalam tempoh yang lama sebelum dipanggil posting untuk bertugas di mana-mana sekolah nanti..biasa macam tu la kot kalo nak jadi sorang pendidik. Sekarang beliau baru aje abis pratikal di sekolah area Puchong. So, sebelum beliau balik Pahang nie, memang ingat nak lepak-lepak dulu, kot laa lepas ni dah susah nak jumpa... begitu la al-kisahnya...

Lokasi reunion yang tak dirancang, Restoran BRAVO's di Taman Puchong Utama menjadi pilihan. Masa nie kami ber 4 sahaja, en.suami, nora, nanak termasuk la saya. Emil lambat balik kerja katanya. Tapi akan menyusul gak ke Puchong. So kami decide untuk menanti hingga la en.emil sampai. Makanan kat sini boleh la tahan. Tapi bukan di tahap yang sedap ok.. Boleh tahan sahaja... Tapi tak tau la selera orang lain... :-p

Nanak diwaktu mood baik punyer...
Bila dah nanak macam nak buat onar (macam biasa.. :-p) plan ke-2 muncul tanpa dirancang. Round-round area rumah Nora, dan lepak kat kedai makan lain lak..(minum-minum sahaja) sambil menunggu emil sampai. Errkk tapi cam boring lak kan.. sebab baru je pas minum! So, Nora decide jom lepak kat court futsal... Oyeaaahh.. sekali pergi court kosong, dan dalam kereta ada bola... Yehaaa.... futsal time..!! Tapi takde la kitorang main futsal betul.. sekadar sepak-sepak, kejar-kejar dan rebut-rebut bola sahaja... En.suami dengan tenaga lelaki, memang mudah mengalahkan kami-kami yang perempuan nie, walaupun bermain dengan mendukung nanak...! Uissshh geram jerrkk.. :-o Memang berpeluh sakan laa kami... Ada yang terbaring-baring la masa main tuu.....:-) hahahhaha... memang best!! Harap-harap terbakar la kalori yang diambil masa makan tadi.

Berehat seketika bersama kit kat.. Penat!

En.suami muka bangga dapat kalahkan kami..huhh..:-p

Nanak yang asyik dah dukung papa tiap mase...


Dah sampai emil, kitorang gerak ke kedai mamak berdekatan. Lepak-lepak sambil citer-citer pasal isu-isu terkini lagi sensasi... seronok sekali sekala dapat lepak-lepak macam nie.. Mujur nanak ok, cuma kekadang ek...ek..ek.. jugak keboringan. saya umpan bawak pergi 7Eleven beli makanan dan mainan terus ok... :-) Kitorang bersurai dalam kol 1am lebih [hamboi tak agak-agak lepak, konon macam besok coti kan..?? ekekke], dan sesungguhnya perjumpaan secara tiba-tiba ini sangat succes!! Walaupun ramai yang tak dapat menjointkan dirinya.. takpe...memasing ada hal sendiri, nak wat camne kan... :-)

Tak sempat nak ambik gambar bukti kehadiran emil...hihihih..

Next reunion please.... [lepas raya, hopefully...]

Sumber : Google

I LOVE YOU!!!

Salam...,

Pada sesiapa yang sedang tengok entry ini
Saya cuma nak kata....


I LOVE YOU ALL!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebab mengunjungi blog mama saya..
www.apabilaazambercerita.blogspot.com

Nanti datang lagi ye...?

Ikhlas dari saya, Khilfi Eusoff.. :-p

 

29 June 2012

When you lose fat...

Sumber : Google

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk-Mu..

Salam,

Ingat lagi tak entry saya mencari-cari penimbang berat badan?? Nak yang complete bacaan semua bagai tuh…... Entry lama dah pun… tengok kat sini.

Dan…..


Sekarang saya dah dapat apa yang saya nak.. hoyeyyy..hoyeeyy.. Dah nak sebulan pun dapat tapi tak sempat nak update kat diari kesayangan ini. Sebijik sejebong [orang Terengganu kate] sama macam apa yang saya nak tuuu. Yang lagi best saya dapat free lagi!! Alhamdulillah.... Terima kasih untuk kakak saye yang memang baik hati menghadiahkan penimbang ini…hehhe [Bodek nampak….:-p)


 
Tapi…

Bile dah ade penimbang, tak sempat lak saya nak wat entry pasal berat saya yang terkini…hihhihh… [Rahsia dulu boleee…? ] Ingat lagi tak entry ini? Saya mengeluh pasal banyak baju yang dah tak leh pakai tuu..? Alhamdulillah, saya dah dapat pakai semua baju tu…tak perlu nak beli baju-baju baru secara beria-ria….cukup la nak beli baju time nak raya nanti aje…  Baju-baju kebaya zaman muda, belia, remaja dulu pun saya dah boleh sarung balik dah… Termasuk blause-blause kegemaran yang dah tak muat tuuu….

Alhamdulillah…

Hanya pada Allah saya panjatkan syukur atas apa yang dah dikurniakan hari ni…. Menunaikan rintihan hambaNya agar dapat kurangkan berat badan seperti dulu [Alhamdulillah…] Terima kasih Allah kerana mempertemukan saya kepada Herbalife. Ia benar-benar membantu!!

Kepada siapa-siapa yang punya “Azam” seperti saya,

Tiada apa yang mustahil….Jika kita nak dan kita usahakan!! Insya Allah akan kita kecapi jua.. Mungkin, bezanya cepat ataupun lambat sahaja. Yang penting jangan cepat mengalah!! Kita kena Fighting!!!!!!!!  In the end….kita akan dapat hasilnya yang “manissss” sangat.

Sumber : Google
 
Selepas ini,

Saya perlu secara konsisten menjaga pemakanan, jogging at least 3 kali seminggu, ½ jam setiap sesi.. pendek kata sentiasa mengamalkan “gaya hidup sihat” Insya Allah…. 
[Semoga Allah permudahkan] Amin...

23 June 2012

"Learn English with Noddy"

Salam,

Korang pernah dengar tak pasal bende alah nih….? Saya pun baru aje tahu, sebelum nie tak pernah tahu apatah  lagi dengar dan tengok… Mungkin jugak, sebelum nie pernah ade salesman yang offer untuk dengar penerangan tentang bende alah nie kat saya dan en.suami kat mana-mana, tapi mase tuh kami ignore aje orang tuh…agaknye laa…  (Dalam erti kata sebenar: Belum terbuka pintu hati lagi)

Hinggalah hujung bulan Mei baru-baru ini, tengah jalan-jalan kat Gaint Batu Caves, en.suami ditegur oleh sorang salesman nih.. offer untuk duduk dulu, dan dengar penjelasan dari beliau.. Saya nampak en.suami duduk! dan saya dari jauh dah cam geram je…sebab masa tuh dah nak maghrib dan kitorang kene cepat-cepat carik barang yang nak beli pastuh balik!
Ingat nak tarik lengan en.suami, nak kata.. “takpe la encik, kitorang nak capat nih!..terima kasih aje laa” Tapi dah sampai dekat tuh..tetiba terpandang kat tv kecil yang diorang pasang…. Citer kartoon..dan nanak sangat focus pada bende tuh.. Saya tarik kerusi dan joint duduk sebelah en.suami… muahahhaha.. Konon la nak ajak en.suami beredar cepat-cepat dari situ kan.... Alih-alih saya yang terjoint sekali..
Mula-mula dengar, dalam hati “ye ke…? Ye ker..? Cam tipu jerk.. tipu la tuh..” heheh..jahatkan…? Tapi bile dengar lama-lama.. fakta-fakta tentang perkembangan otak baby..macam mana baby boleh belajar dari keadaan sekeliling,  mula-mula rasa cam best je…pas tuh teruja… pas tuh apa kata kita cube!! Tak salah untuk pembelajaran nanak kan?
Last-last kami suami isteri decide untuk tutup mata dan beli sahaja untuk pembelajaran nanak. Harap-harap masih belum terlambat untuk nanak saya 1 tahun 7 bulan itu belajar semua ini. Orang lain anak 6 bulan dalam kandungan dah beli ok…. Keluar fresh-fresh dari pewot dah boleh start belajar “Learn English With Noddy” ini.. Sangat advance.. 
Buku nanak.... Banyak nyeerr....

Buku mama dan papa..... Guide book ofcoz!

Alhamdulillah, setakat sebulan nanak dengan Noddy ini… ada perkembangan positif yang kami nampak.. Nanak sudah boleh sebut beberapa perkataan English yang dia dengar dari program ini, rainbow=ebow, car=karng.. (motif tambah ng?? anak kelahiran Terengganu la katakan..geggeg), train=een, bye=bye, dan ada la beberapa words lagi...  Nanak jugak boleh nyanyi-nyanyi ikut lagu Noddy walaupun tak berapa nak faham perkataan dia. Boleh feedback apabila Noddy say bye!.. Nanak pun say bye!... Yang saya amat-amat terkejut, apabila part Mr. jumbo kata "No..no..no.. I'am grey!!" dengan suara garau dan besar, boleh lak nanak nak ajok ikut dengan suara yang besar gak... Alahaiiiii...comel je...! Yang bestnyer sepanjang lebih kurang 12minit program ini, nanak memang focus! Ada part-part yang dia suka…nanak senyum dan tepuk tangan! So sweet…. Dah abis seround, nanak mintak lagi….nak..nak.!! Feedback positif lagi! Alhamdulillah.. Semoga dia tak boring-boring ngan program ini, Insya Allah.

Banyak tahap/modul/siri dalam “Learn English for Noddy” ini… mengikut tahap usia nanak membesar.. Untuk nanak saya, TAHAP 1 dulu… Dah agak banyak penguasaan dalam tahap 1, beralih lak ke TAHAP 2, dan seterusnya… Hopefully dah sekolah nanti, nanak pandai English ye… :-)

Agak-agak ada tak program macam nie untuk penguasaan Al-Quran eh.... Saya nak carik laa..... Ilmu dunia dan ilmu akhirat...moga-moga nanak saya boleh pelajari kedua-dua ilmu ini dengan jayanya..Insya Allah... :-)

22 June 2012

Jom Kurus dengan Kelvin Zahri

Salam....
Ada yang berminat nak joint? Klik banner ini...
1.     Kenapa anda ingin join seminar ini 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..! Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk saya apabila, mendapat khabaran dari blog Kelvin Zahri. Tak sia-sia saya jadikan blog Kelvin Zahri sumber rujukan “panduan blog untuk kurus” di blog saya. Terima Kasih Kelvin atas khabaran gembira ini.. Ribuan terima kasih kepada PuanBee.com dan Prince Court Medical Centre.

Terus kepada persoalan, Kenapa saya ingin ikut serta di dalam seminar ini?
Terus terang saya katakan perkara pertama yang terlintas di fikiran saya waktu pertama kali membaca entry Kelvin Zahri ini, adalah:

 Saya inginkan inspirasi/semangat!
Apakah itu inspirasi?
     Inspirasi ialah idea pencetus untuk melakukan sesuatu kerja.
Selama saya mengawal pengambilan makanan harian secara sendiri-sendiri dengan sokong padu oleh suami, Alhamdulillah.. Allah memberi saya kekuatan untuk melaksanakan misi itu. Setiap hari dengan sedikit azam dan sokongan suami, saya mampu mengawal kuantiti makanan yang diambil, dan yang lebih penting saya mampu mengawal kualiti makanan yang diambil, terutamanya pengawalan kualiti dari segi pengambilan minyak dan lemak. Alhamdulillah ada peningkatan dalam penurunan kg saya walaupun ianya bukanlah satu angka yang besar.


Selama sebulan saya menghitung hari dalam misi mengurangkan kg ini, saya rasa kurang inspirasi dan semangat. Sememangnya kata-kata semangat dari suami tidak pernah putus, tapi dirasakan saya mahukan lebih dari itu. 

Kata-kata semangat dari kawan-kawan sepejabat?? Saya merupakan pekerja baru di tempat kerja sekarang, dan mungkin faktor itu membuatkan kata-kata semangat dari kawan-kawan di tempat kerja adalah kurang. Saya pula jenis yang tidak suka menghebohkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. Lagi-lagi berkaitan ingin mengurangkan kg ini. Bagi saya ini merupakan isu sensitif, tidak semua orang suka akan isu ini, dan paling saya tak nak apabila ada orang yang akan memperlekehkan misi saya ini. Dari inginkan inspirasi, saya terus down!
Dalam mencari-cari inspirasi dan semangat, saya usahakan dengan membaca majalah-majalah kesihatan seperti Rapi, majalah Wanita, saya juga membaca blog-blog yang juga mempunyai misi yang sama seperti saya. Saya juga membaca blog-blog kesihatan termasuklah blog Kelvin Zahri ini. Alhamdulillah..saya rasa Azam saya untuk kurangkan kg, disuntik semangat dalam setiap pembacaan majalah-majalah dan blog-blog. Lagi-lagi ada blog yang menceritakan kisah-kisah kejayaan hasil dari plan-plan diet yang diikuti.
Hasil dari semangat itu akhirnya saya pula yang membuka blog sendiri, Apabilaazambercerita.. sebuah blog yang menceritakan  perjalanan misi mengurangkan kg saya yang saya definasikan kepada umum “Cerita saya yang penuh dugaan dan cabaran.. “Azam” yang dimaksudkan adalah keinginan, tekad dan harapan saya” Alhamdulillah.. Semakin bersemangat saya apabila, ada kawan-kawan blogger yang berkongsi minat yang sama dan saling memberi kata-kata semangat untuk mencapai misi itu!

Apabila saya rasakan progress penurunan kg saya sedikit perlahan…saya rasa sedikit kecewa, namun begitu saya tahu saya perlu kuat semangat..jangan cepat mengalah. Saya sudah berusaha gigih.. dan saya sudah dapat keputusan yang saya inginkan…walaupun cuma hanya dalam jumlah yang sedikit.. Saya tidak perlu terlalu kecewa kerana itu!
Semangat saya ditopup balik apabila saya menjumpai produk Herbalife.. Hehe.. Ini bukan jalan pintas untuk kurus ok.. Ya, saya tahu… saya perlu teruskan usaha mengawal kalori dalam pengambilan makanan, disamping membuat senaman secara konsisten, dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan produk Herbalife adalah sebagai makanan tambahan! Alhamdulillah… Progress penurunan ada, walaupun bukan juga dalam angka yang besar, namun penurunan itu konsisten, itu yang saya mahukan. Bulan ini merupakan bukan kedua saya bersama Herbalife dan hasil dari produk ini disamping amalan-amalan gaya hidup sihat saya, saya semakin positif dalam hidupan harian.
Saya sedia maklum, bukan selama-lamanya saya boleh menggunakan produk ini hanya semata-mata untuk kurangkan kg ini, memandangkan harga yang sedikit mahal itu.. Cukuplah sehingga saya dapat berat badan yang idea…dan mungkin pada waktu itu saya perlu hentikan pengambilan Herbalife ini. Insya Allah, saya akan terus meneruskan amalan-amalan gaya hidup yang sihat itu sehingga ke akhirnya.
Dan kini, saya gigih tiap-tiap hari mencari semangat-semangat baru untuk saya teruskan misi ini, dan akhirnya saya terjumpa “Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Bloggers” dan saya amat-amat teruja! Saya tekad untuk mencoret entry ini hingga ke akhirnya untuk memastikan saya menjadi salah seorang yang boleh menyertai Seminar ini. Saya inginkan lebih ilmu dalam bagaimana cara yang betul untuk tampil lebih kurus. Saya impikan sesuatu keajaiban yang akan berlaku! Insya Allah…
2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Saya suka bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri. Terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Namun begitu terdapat tiga perkara yang paling utama, iaitu:
1.       Makan mengikut nafsu
Nafsu makan merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dikontrol. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan macam saya ini. Kadang-kadang perumpaan seperti “Hidup untuk makan”, amat bertepatan sekali!  Padahal perumpamaan sebenarnya adalah “Makan untuk hidup”.

Perut sudah menghantar signal “kenyang” kepada otak, namun nafsu masih lagi mahukan makan-makan dan makan… Bukan hanya makan pada waktu-waktu makan yang sepatutnya sahaja, tapi juga makan pada waktu-waktu yang bukan sepatutnya..terutama sekali makan pada waktu tengah malam. Makan pula dalam kuantiti yang banyak dan bertambah-tambah. Sehinggakan pada satu tahap termuntah balik apa yang dimakan.

Perkara ini pasti tidak akan terjadi jika diri sendiri sedar akan akibat dari makan mengikut nafsu ini dan bersedia untuk membentuk kesedaran akan tabiat makan itu.

2.       Tidak mengawal  kalori dalam pemakanan
Apabila sudah makan mengikut nafsu sahaja, jadi setiap apa yang dimakan tentulah tidak akan menitik beratkan kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut. Negara kita amat kaya dengan makanan yang penuh dengan kalori. Umpamanya untuk makan pagi, sudah terhidang Nasi Lemak, Roti canai, Nasi Minyak, Pulut kuning berkuahkan rending daging, lontong, kuih karipap, dan banyak jenis makanan lagi. Minuman pula Tea tarik, milo, kopi, nescafe dan banyak lagi.

Tidak terkecuali makan tengah hari dan malam.. yang memang banyak pilihan makanannya.
Jika setiap apa yang memasuki ruang kerongkong tidak diambil berat isu kalori, sudah pastilah masalah berat badan berlebihan akan menghantui sepanjang kehidupan. Lebih teruk lagi jika disusuli dengan sakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan lain-lain penyakit merbahaya lagi.

3.       Tidak Bersenam
Perut yang sudah penuh diisi dengan bermacam-macam makanan tinggi nilai kalori, sudah tentu mengakibatkan badan menjadi berat, lemah dan tidak bertenaga. Sudahnya tilam empuk yang menjadi pilihan. Nak berjalan pun sudah tidak berdaya untuk mengangkat kaki. Apatah lagi untuk bersenam.

Tanpa senaman cergas untuk menggalakkan pengeluaran peluh inilah yang akan mengakibatkan kekuatan otot berkurang, ketahanan jantung dan paru-paru menurun, dan seterusnya terjadi pengumpulan lemak di dalam badan yang tentunya berakhir dengan masalah berat badan yang berlebihan ataupun obesiti. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015