11 December 2016

Persediaan persekolahan tahun 1 sesi 2017 :: Koperasi sekolah_Buku & keperluan sekolah

Assalamualaikum...

10 December 2016, hari yang sememangnya dah mama dan papa rancang untuk ke bakal sekolah baru abang Eusoff tahun depan. Tujuannya nak membeli buku-buku tulis dan kelengkapan-kelengkapan yang lain lagi yang memang dah dilistkan oleh pihak sekolah. Ngam-ngam keluar rumah pukul 2 setengah lebih dan sampai kat koperasi sekolah elok-elok sebelum koperasi nak tutup pukul 3.00. Rezeki kami....

Abang muka ketat pergi sekolah. "Saya lapar.... saya nak makan nasi goreng pattaya.." katanya.. erkk..

Jadi settle la membeli beberapa benda yang ada stok ketika ini. Masih ada yang tak dibeli sebabnya stok mungkin akan ada penghujung Disember nanti. Takpe laa.. len kali boleh datang sekolah lagi sebelum buka sekolah tahun depan. Biasakan abang dengan keadaan persekitaran sekolah.

Antara yang dah settle dibeli :


-Buku No. 1 -Garis satu sederhana
-Buku No. 4 -Garis satu besar merah (Jawi)
-Buku No. 5 -Petak sederhana
-Buku No. 9 -Garis empat biru merah
-Buku pemberitahuan
-Buku lukisan
-Fail Peribadi
-Kad 001
-Lencana - 5 unit
-Tali leher -2 unit

Dan item yang masih takde stok;

-Buku Sifir (CM)
-Tulisan rumi tahun 1
-My writing Year 1
-Manual keselamatan
-Baju transisi lengan pendek
-Seluar sukan

Lega sebahagian sahaja.....
Tak dapat lega sepenuhnya.. tapi takpe hujung bulan nanti kita buat lawatan lagi ke sekolah ye abang.. :)

Untuk rekod, Jumlah keseluruhan untuk belian hari ini : RM47.50

22 hari lagi... fuhh..





10 December 2016

Playground, Restoran Golek-Golek & kek Secret Recipe

Assalamulaikum...

06 Disember 2016-Selasa

Hari keboringan melampau anak-anak di rumah. Tiap masa abang Eusoff tanya mama.. "petang ni kite nak jalan mana mama?" Kesian anak-anak.. Mama tak pulak rasa boring sebab banyak kerja design yang nak kena hadap.

Abang Eusoff request nak ke playground. Boleh la.. boleh la... petang tu mama papa bawa anak-anak ke playground, jauh sikit la dari rumah. Takpe la janji anak-anak happy. Berpeluh sakan berlari sana sini, panjat sana sini, gelongsor sana sini. Sepertinya dunia ini ana yang punya!



Papa kata harini papa nak bawak makan tempat best-best.. mama pilih je.. Ish tak reti la nak request-request.. mana-mana pun boleh asalkan tempat makan tu nanti ada nasi goreng pattaya.. (favourite abang Eusoff). Papa bawak pergi Restoran Golek-Golek, restoran yang berkonsepkan suasana kampung yang terletak di Pinggiran Lebuhraya MRR2 di Gombak. Ekslusif restorannya..tapi..tapi nasi goreng pattaya tak dop.. Satu hal nak memujuk si abang Eusoff yang awal-awal dah berdrama bila tahu nasi kegemaran dia tak de. Mujur lama-lama ok dah.. Makan je pun nasi putih, telur dadar dan sup ayam dia malam tu.



Sewaktu nak turun dari Restoran Golek-Golek dengan laluan yang super mencabar tu... terasa peperti nak menjunam kerereta ke bawah.. owh... mama is gementar siap peluk anak-anak kemas-kemas sambil pejam mata kottt..kiki, abang Eusoff sempat request nak makan coklat cake la pulak.. Kesian tak dapat nasi goreng pattaya.. jadi papa kata "boleh la kalau nakkk...." papa u-turn ke Secret Recipe, Taman Melati mencari coklat cake abang. Package mama dan Elyass juga dapat sekali la.. tak leh beza-bezakan kasih sayang kata papa..


Begitulah berlalunya sepetang dalam hidup abang Eusoff dan Elyass. Cerita yang pasti meninggalkan nostalgia dalam hidup mereka bersama papa dan mama diusia kanak-kanak mereka.




08 December 2016

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Assalamualaikum.....

Malam-malam ni, terajin pula scroll muka buku.... Paling best tengok makanan-makanan jualan la, servis delivery sampai ke muka pintu.. menggiurkan sungguh.... Tapi sabar..sabar... nasi goreng dah siap masak sekuali untuk papa dan anak-anak. 😅

Terpandang satu share daripada page: Ibubapa Cemerlang. Sangat "tersentuh" hati kemamaan ini..😅

Saya panjangkan lagi di sini untuk pembacaan semua. Sangat bermanfaat sebagai panduan membesarkan anak-anak. 

Kredit kepada: facebook.com/ibubapacemerlang

















07 December 2016

Kerja mama & jadual anak-anak

Assalamualaikum...

Update cepat-cepat sementara sempat.

Sehari dua ni mama sibuk dengan kerja-kerja design.. Alhamdulillah... Mama cuba tidak abaikan anak-anak dengan jadual harian mereka.. tetap cuba mengikut jadual.. cuma ada la terbabas sikit sini-sana.. Masa terpanjang, terpendek.. 

Tapi takpe mama dan abang Eusoff masih di landasan yang betul...😂

Untuk Sabtu dan Ahad baru ni memang beri kelonggaran untuk abang.. tak yah ikut jadual.. tapi tetap kena solat, ngaji, reading, colouring dan lain-lain yang mama fikir perlu disamping masa terbanyak abang adalah tengok tv..😅

Sekarang mama masuk ofis dulu ye..siapkan mana yang sempat cepat-cepat.. Elyass jap lagi bosan dah main, mesti cari mama nak dukung, nak itu nak ini.....



Anak-anak pula dengan aktiviti di bilik mereka. Sekarang waktu main mainan.. (11.00 - 01.00) dan ikut la apa yang mereka nak buat. Bilik dah seperti tongkang pecah dah punnnn... takpe.. mama siap kerja kang kita kemas sama-sama..





Bismillah.... 

02 December 2016

Sedap tidur Eusoff & Elyass..sejuk..

Assalamualaikum...

Semalam hujan lebat sangat.. rasanya hujan sampai ke pagi.. dah nak cerah bumi baru la berhenti.. Tidur dalam kesejukan.. nikmat sungguh rasa. Kalau tak, malam-malam biasa.. sejuk kami dengan bantuan aircond je.

Sedap tidur abang Eusoff dan Elyass. 
Gambar diambil waktu 6.30 pagi tadi. Cuaca sejuk, tidur peluk adik.. sangat nikmat kan bang? heheh


Selamat memulakan rutin untuk 02 Disember 2016 kepada semua pembaca blog kecil kami. Menghimpunkan cerita-cerita kenangan membesarkan anak-anak. 

Semoga segala urusan kalian dan urusan abang Eusoff mengikut jadual yang dah mama tetapkan 😊 berjalan lancar.. Amin!


01 December 2016

Abang boleh ikut jadual..👍

Assalamualaikum...

Hari pertama di bulan Disember 2016.. sejuknye.. dari pagi bawa ke petang mendung.. waktu tidur 2.00 - 4.00 (2 jam) anak-anak, mama pun layan mentido sekali. 

Sekarang dah bangun dah... cuma Elyass masih lagi dibuai mimpi.. sedap eee tido, malam kang abis la mama😅

Progress ikut jadual abang hari pertama, Alhamdulillah.. setakat waktu entry dipublish, sangat good. Cuma ada la masa dan ketika.. kena ulang-ulang suruh.. dia buat lembik badan la..... "saya penat la mama nak reading lagi ni.." dan macam-macam lah! Mama kene banyak sabar.... bukan sabar arini je.. kebe sabar 30 hari akan datang juge. Insya Allah..

Yang penting kena bertolak ansur. Abang dah bertolak ansur ikuti jadual yang mama dah tetapkan.. mama pun bertolak ansur pendekkan masa sini sikit.. sana sikit... bila abang dah ngadu "penat la mama..", "saya nak tengok cerita ni sampai abis sikiiit lagi mama"... dan banyakk lagi permintaan dia.

Takde la bulat-bulat ikut masa jadual.. benda yang boleh dipertimbangkan dengan budi bicara.. mama pertimbangkan....





Excited abang dengan reading sebab dia dah boleh reading dah.. Alhamdulillah... Cuma perlu diperlancarkan lagi terutama perkataan yang panjang-panjang..

30 hari to go abang.. Insya Allah abang boleh!

Dah request nak beli story book banyak-banyak dah...😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015