13 March 2013

4 Tahun sudah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum..


14 March 2013, genap 4 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tercinta. Alhamdulillah..

Hidup bekeluarga bahagia hingga kini.. Walau diuji dengan pelbagai dugaan, jatuh, bangun, rebah, tergolek dalam mendirikan rumah dan tangga, tingkap, pintu, atap segala... kini kami mampu tersenyum bahagia.. Rezeki Allah itu tidak putus-putus... dan kekadang Allah beri lebih dari apa yang kami perlukan.... Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat kurniaan-Mu Ya Allah.. =)

Kehadiran Khilfi Eusoff tercinta menambahkan seri rumah tangga yang dibina.... Alhamdulillah atas kurniaan terindah ini Ya Allah.. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah....

Semoga rumah tangga kami kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.. Insya Allah..

En.suami,
Terima kasih kerana menjadi pelengkap hidup saya. Menjadi papa yang terbaik untuk nanak comel itu. Terima kasih atas segala-galanya. We Love you papa!!

Teringat detik-detik maha mendebarkan 4 tahun lepas.. masih kukuh diingatan...takkan terpadam di dalam kenangan..sampai bila-bila....

Akad nikah @ Terengganu 14 Mac 2009

Majlis bersanding @ Terengganu 14 Mac 2009

Majlis bersanding @ Pahang 21 Mac 2009

Bila diingat...menambah rindu detik itu...
Detik bahagia menjadi raja sehari 
Detik berdebar saat diijabkabulkan
Detik bergelar isteri kepada seorang suami...

Detik manis tika ditepung tawar arwah emak tersayang.... rindu padamu emak..=(
Detik manis tika ditepung tawar ayah tercinta...
Detik manis tika ditepung tawar arwah emak mertua, ayah mertua..

Saya rindu akan segala-galanya....




11 March 2013

Perihal Risik merisik : 09 Mac 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... majlis merisik adik bongsu saya yang berlangsung pada Sabtu, 09 March 2013  berlangsung dengan lancar dan sempurna, Alhamdulillah..

Sebenarnya ada sedikit kebimbangan, sebab kami adik beradik bukan lah berpengalaman akan hal risik merisik nih. Dulu turn abang-abang semua, arwah emak masih ada...dan semua urusan memanglah emak yang aturkan.. Tinggal kami pergi memeriahkan suasana atau lebih tepat lagi meramaikan rombongan majlis sahaja.

Untuk kali ini, kami perlu muafakat adik beradik... try and error jugak laksanakan hal risik merisik nih... Alhamdulillah semua berjalan ok.. run smoothly.... Alhamdulillah.. =)

Disebabkan hanya hantaran untuk merisik sahaja.. kami adik beradik decide untuk tidak terlalu decorate seperti hantaran pertunangan atau perkahwinan yang heavy dengan bunga-bungaan, ribbon-ribbon dan segala bagai perhiasan lagi... Kami lebih memikirkan untuk satu hantaran yang simple.. sebagai buah tangan dari kami kepada bakal adik ipar =)

Namun begitu kami still mahukan something yang menarik, lain dari yang lain... Yang sedap mata memandang...wah..wah..wah..melampau betul kan keinginan kan? =p

Jalan-jalan cari barang kat Nilai 3.. kami berkenan satu kotak.. gabungan hitam dan purple gelap.. cantik nampak ekslusif dan modern.. harga pun agak "boleh tahan" Tapi demi untuk adik bongsu kami... demi untuk buat yang terbaik untuk dia.. kami proceed kotak ini.. Tak perlu apa-apa perhiasan dah.. masuk barang-barang dan tutup! Haa...simple sahaja kan hantaran merisik kami..

Untuk kotak cincin, pilihan kotak cincin hitam berbentuk hati dan diserikan dengan batu-batu permata tiruan berwarna purple.. perfect! Matching dengan kotak hantaran tadi... =)



Cantik dan cukup simple... tapi bila dah balik rumah..fikir punyer fikir.. tak ke simple sangat pulak nanti.. so, pecah kepala la fikir apa yang nak ditambah untuk nampak lebih sempurna... =p

Tetiba terpikir kan blog http://brideinmaking.blogspot.com. Memang tiap-tiap hari ah berkunjung ke situ.. Kalau tak baca pasal hal-hal kraf, baca pasal cik Merah yang comel tu.. ataupun baca pasal hal-hal dekorasi rumah pemilik blog.. Kagum dengan kretiviti Faeza... Mana tahu kan dapat rumah sendiri nanti leh dekorasi rumah cantik-cantik macam faeza punyer... =)

Ting!! Keluar idea, saya nak buat pantun merisik.. Lakaran indah di atas sekeping kad, dengan corak-corak yang cantik. Itu semua saya serahkan pada Faeza untuk memikirkan corak bagaimana yang sesuai. Orang yang kreatif semestinya banyak idea kreatif kan.. saya maklum akan hal itu.. =)

Tugas saya hanya beri 3 rangkap pantun yang indah aje...

Urusan dengan Faeza, sangat lah mudah... Semudah ABC, 123.. 2-3 kali berbalas email..akhirnya saya dapat artwork dari Faeza.. Sangat cantik dan saya terus confirm untuk printing je...

Harga? Sangat berbaloi.. =) Tq tau Faeza... len kali boleh la berurusan lagi... hihi

Ni hasil kerja tangan kreatif Faeza...


Dan ini hasil setelah dimasukkan barang-barang, diselitkan kad comel terisi pantun yang mewakili maksud kedatangan kami... simple-simple sahaja....



Dan sekeping dua gambar ketika majlis merisik..majlis simple yang sweet sangat..
Yang paling sweet nyer en.suami jadi jurucakap majlis pihak lelaki.. Ayah main petik jer... Nak tak nak en.suami kene lah jugak main peranan kan...


Tak sabar menunggu 25 Mei nanti...majlis bertunang la pulak..

Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan urusan adik saya.. Semoga jodoh ini anugerah dari Allah yang paling sempurna untuk hidupnya..

Kalau emak ada..mesti dia gembira kan Kim..? =(

Last but not least...
Ini lah orang yang dirisik...comel tuannya..semoga jodoh itu ada untuk kalian berdua.. Insha Allah..


Saya lak rasa tak sabar...... Excited kot nak dapat adik ipar... =p




09 March 2013

Berkelah @ Pantai Remis Kuala Selangor

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama merancang, merancang dan merancang aktiviti bersama keluarga.. Namun setiap kali perancangan biasanya tak pernah lagi terlaksana, ada je hal-hal yang tak dapat dielakkan. So perancangan hanya tinggal perancangan aje..
Tapi kali ini, kami Berjaya dengan success merancangan aktiviti bersama keluarga : Berkelah di Pantai Remis, Kuala Selangor. Perancangan yang tidak dirancang, tapi cara sebegini yang akhirnya terlaksana. Lazimnya begitu lah….


Lauk pauk simple..tapi tetap berselera..

Yang pergi tak ramai, saya sekeluarga, bapa mertua dan adik ipar serta sepupu sekeluarga. Biarpun tak ramai tapi happening! Kak ngah masak ayam percik, nasi putih, saya lak masak ikan tongkol masak lemak cili padi bersama terung, ayam masak merah,  ikan kembong goreng, masak lemak pucuk ubi. Untuk pancing selera abah perlu lah masak resepi ala-ala kampung. Baru lah makan bertambah.. ditambah lagi dengan pemandangan laut terbentang luas saujana mata memandang dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa…. Memang asyik gitu.. Sedar-sedar je pinggan dihulur mahu bertambah..=)
Sampai sana dalam 3.30 petang dah…. Perut pun dah menyanyi riang mintak diisi… Air laut masih lagi nun di tengah laut… Mujur lah angin tetap ada menghembus mesra menyambut kedatangan kami.
Bentang tikar, hidang semua juadah yang dibawa..makanya menjamu selera lah kami beramai-ramai, sambil mata menjamu keindahan alam semulajadi.


Subhanallah.. Indah alam ciptaan Allah..Alhamdulillah

Cantik pemandangan… kapal-kapal besar nun tengah belayar di lautan… burung bangau mencari makan di gigi air di tengah laut sana. Burung-burung bebas terbang berkicau diudara……. Kiri kanan kami ada keluarga lain yang turut sama juga berkelah..ada yang sudah siap menjamu selera, menikmati pemandangan yang indah bersama ahli keluarga mereka juga..


Nanak yang sangat teruja.. 

Makin lama kami menunggu..siap makan segala..lepak-lepak sambil gelak-gelak, borak-borak, nanak lak gembira tak terkata bermain-main berkejaran ngan abang Aish dan along Haziq... air laut semakin pasang hingga la sampai ke anak-anak batu... Angin laut makin galak menghembus.. Best.. Jarang-jarang sekali menikmati keadaan sebegini terasa nikmat luar biasa... Balik Terengganu pun jarang saya dapat menikmati keadaan sebegini disebabkan kekangan masa.


Best cousin forever.. Insha Allah..=)

Sayangnya..air laut sangat lah tidak mengizinkan untuk mandi-manda... keruh... Kami maklum akan keadaan ini. Sememangnya begini lah keadaannya.. Mujurlah anak-anak kecil buka jenis yang suka nak main air. Lagi-lagi Khilfi Eusoff yang takut dengan air pool...apatah lagi air laut camni.. tak heran dia kata.. =p
Aktiviti tambahan petang itu sementara menunggu senja berlabuh.. main layang-layang "Angry Bird warna pink" hihih.. kasi lah chance anak-anak riang menikmati layang-layang.. Anak-anak riang yang dah tua sebenarnya...hihiihi


Pok De & Eusoff dan "Layang-layang Angry Bird Pink"

Kanak-kanak riang sedang bermain layang-layang.. =p

Perbincangan cara betul menaikkan layang-layang setinggi mungkin..haha



Nanak dalam cubaan merampas tali layang-layang.. =)


Sudah menghampiri senja..kami berkemas, untuk misi seterusnya menikmati kelazatan Ikan bakar @ Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Tempat femes yang menjadi bualan ramai... =) Dah sampai di Kuala Selangor tak lengkap rasa nya tidak singgah di sini.




Thanks buat sepupu semua, Kak Ngah, Abang Man, Die, dan si comel Haris dan Haziq.. tak lupa buat abah dan adik tersayang.. Kesudian korang untuk ikut serta yang menjadikan aktiviti kali ini terlaksana..
Tanpa korang... berkelah je lah kami kat rumah depan tv bertiga sambil tengok Upin & Ipin...hehehhe =)

04 March 2013

Dua ciuman untuk Khilfi Eusoff..

Assalamualaikum...

Nanak sudah sangat besar..
Sudah masuk 1 tahun 5 bulan.. banyak perangai yang dah macam-macam.. =)
Tetap comel dan sweet...

Satu ciuman dari mama, satu ciuman lagi dari papa..

Sayang sangat-sangat..tak tergambar ngan kata-kata..=)


02 March 2013

Chicken chop in the house!!

Assalamualaikum..

Bebaru nih balik kerja, en.suami tanya nak makan pe? Dua-dua kekeringan idea untuk makan apa.. Ye lah, nak masak lauk-lauk bagai penat kot balik kerja dah nak maghrib.. sekali-sekala masak ok lagi.. kalau dah tiap-tiap hari macam dah tak berapa nak ok lah.... ~~alasan...hihi

Tetiba en.suami cadang masak chicken chop..hoho..
Macam best! Apa kate try masak kali nih..bukan makan beli kat kedai... Ok boleh.. tadak hal lah kalo cuma sekadar masak chicken chop...hahah..cakap besar! kehkehkeh

Beli semua barang-barang masak chicken chop kat satu kedai yang memang hanya menjual bahan-bahan steam boat, chicken chop, lamb chop dan segala-gala chop lah... Harga adalah murah jika menjadi ahli, dan kami adalah ahli di kedai itu.. Banyak gak ar kurang kalo jadi ahli.. Lupa lak apa nama kedainya... Len kali kalo pergi lagi, ambik gambar sekeping dua.. saya kongsi pasal kedai ni okeh..?


Akhirnya chicken chop menjadi...cuma ayam sedikit keras sebab masak lama sangat...
Start masak dengan api yang sedikit kuat.. jadinya kulit luar dah nampak masak sangat dah..tapi isi dalam masih mentah. Jadinya kenalah masak sekali lagi dengan api yang perlahan. Hasilnya ayam jadi keras sikit. Takpe lah untuk makan sendiri.. kalau nak serve kat tetamu memang lah kategori tersangat gagal. =)

En.suami cam biasa jawab sedap je.. walaupun hakikatnya tak sedap.
Untuk sos kami hanya guna sos cili dan sos black papper, sedikit salad dan french frice untuk menampakkan kerealan chicken chop seperti di kedai~kesian..

Apa-apa pun sangat kenyang..orang Terengganu kata "kenyang betok" =p




01 March 2013

Ceria di 01 March..seceria warna henpon pink!

Assalamualaikum...
Sudah masuk March dah pun...sekejap sangat berlalu 2 bulan pertama di tahun 2013.
Alhamdulillah..kehidupan dilimpahi kegembiraan sentiasa bersama suami dan nanak tercinta. Setiap hari memikirkan bagaimana ingin lebih meningkatkan kualiti diri dalam kehidupan, kualiti amal ibadah kepada Allah S.W.T juga. Semoga usaha kami suami isteri dipermudahkan.... Amin..
Hari ini, bangun pagi-pagi nanak buat perangai comel sikit.. Minum susu dalam buaian. Sampaikan mama dan papa dah nak pergi kerja, lampu, kipas dah tutup pun..dia tetap relax je dalam buai.. Nak mengangkat.. menjerit-jerit.."Tak nak!...nak uwaiiii.." Alahaiii anak..
Dipujuk-pujuk lelama mengalah la jugak... Tu pun sebab mama bagi hanpon mainan yang beli semalam. Pink jugak pilihan hati... aiissshhhhh... Normal tak anak lelaki sukakan warna pink eh? [Harap-harap ini hanyalah sementara....huhu]
Saya tepek di sini, gambar ceria warna-warni nanak di pagi hari 01 March... Seceria warna hanpon nya... layan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015