24 September 2016

Jom makan nasi saing!

Assalamualaikum...

Teringat zaman kecil-kecil dulu makan saing ramai-ramai dengan kawan-kawan bawah pokok ciku tepi rumah. Esok giliran rumah kawan-kawan pula.. Bawak lauk nasi sendiri-sendiri dari rumah. Lauk biasa-biasa je.. tapi sedapnya tak terkata.. 

Best sungguh zaman kecil dulu.. kalau la boleh diulang balik.. pasti ramai yang nak kembali ke detik itu kan?

Zaman abang Eusoff, Elyass dan anak-anak lain diluar sana era moden sekarang ni, tak de dah seperti kita dulu-dulu. Susah nak berlaku dah makan nasi saing ni. Mak ayah sekarang dah tak beri kebebasan untuk keluar seperti kita dulu-dulu.. yela.. depan rumah pun boleh berlaku penculikan.. inikan pula di rumah-rumah jiran... 

Jadinya... makan nasi saing je la di rumah ye anak-anak... makan nasi saing dengan mama dan papa😉

Abang Eusoff dan Elyass biasanya makan nasi secara bersaing, berdua, semeje.. share segelas air. "Sharing is fun.." tag line abang waktu kecik-kecik dulu..hihi



Harap mereka berdua pun menyimpan memori cara mereka.. bila besar-besar nanti nak bercerita balik pada anak-anak mereka bagaimana "memori makan nasi saing" mereka..

Insya Allah..

21 September 2016

BerLaundrybar di awal pagi

Assalamualaikum...

Semoga hari ini hari yang amat lancar sekali perjalanannya.. Insya Allah..

Permulaan hari yang sangat fresh.. seawal pagi keluar rumah... keluar sekali dengan papa dan abang Eusoff.. tapi haluan mama dan Elyass ke Laundrybar je..😊

2 bakul baju nak dikeringkan.. nak jemur di balkoni selangkah Elyass tu memang takkan muat la... jadi penyelesaian yang terbaik keringkan di laundry bar je la.. mood malas nak bersungguh-sungguh jemur bertrip-trip.. 

Itu lah padahnya bertangguh-tangguh dan mengumpul-ngumpul.. mendapat laa.. berbakul-bakul berangkut ke Laundrybar dengan anak kecik....😅

Elyass lak jangan cakap la seronok dia, macam mama bawak gi jalan-jalan tempat best jee.. papa bekalkan bubur nasi sebekas.. sesambil menunggu baju dikeringkan abis licin sebekas bubur nasi.. 



Alhamdulillah tak berperangai pun..

Selamat menjalani hari yang indah ye kawan-kawan semua..😄

Bye..


19 September 2016

Main la dulu....

Assalamualaikum...

Cuti 3 hari... bilik anak-anak dibuka 24 jam. Rupa macam ni la.... dah dua hero sakan bermain tiga hari ini tanpa sekatan. Takpe laa... di mana lagi tempat untuk mereka boleh explore sepenuhnya kalau bukan di bilik sendiri. Kat luar biasanya memang terhad sikit.. mama marah sepah-sepah.. ada waktu-waktu bersepah juga sebenarnya..😅😅


Hari ni Elyass sambung main lagi.. main la dulu.. mood mengemas mama belum ada lagi untuk kemas bilik mereka.. tunggu la satu masa yang akan diberitahu kelak..😜


Mama boleh bertenang tengok tv kat luar bila Elyass ralit dengan mainan...

18 September 2016

Gigi susu pertama abang Eusoff dah patah

Assalamualaikum..

Seminggu sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni, abang Eusoff mengadu gigi dia goyang-goyang, tapi tak sakit pun. Puas pujuk nak bawakan ke klinik gigi untuk terus cabut, tapi tak nak sebab nanti sakit katanya. Kalau paksa kang confirm meronta-ronta la dia nanti, bukan mudah kerja doktor nak lawan tenaga luar biasa abang Eusoff waktu mengamuk tu.. Jadi saya suruh je dia main-main dengan lidah gigi yang goyang tu sebab bila perati elok-elok memang dah nak tercabut sangat dah pun gigi tu. Geram je saya nak tarik pakai tangan.. :p Tapi mustahil la, bukan berani pun.

Elok sebelum balik raya aritu, gigi susu abang yang goyang tu patah akhirnya kat sekolah. Teacher siap balut tisu elok-elok dan pesan balik nanti bagi mama simpan/tanam.


Rongak sudah gigi depan belah bawah abang Eusoff. Nanti tumbuh la gigi kekal kat situ.

Abang Eusoff jenis susah nak gosok gigi. Tiap-tiap pagi memang kena mengadap dia gosok gigi.. kalau tak mengadap, dia akan gosok sikit-sikit je lepas tu terus basuh berus gigi dan bagitahu mama.. "saya dah siap..!"

Kalau mengadap.. nak tak nak memang dia akan gosok seluruh gigi, dan kalau mama tak puas hati mama akan tolong gosokkan lagi. Dia memang tak suka la mama tolong gosokkan sebab nanti mama gosok kuat-kuat katanya. Alaa..bukan kuat sangat pun...

Teacher kat sekolah selalu suruh abang Eusoff gosok gigi.. (dia bercerita). Ye laa.. gosok gigi main-main mana nak bersihnya... banyak karies gigi yang melekat-lekat kat gigi tu... mama tolong gosokkan pun bukannya tanggal.

Rasa macam nak cuba bawa ke klinik gigi, buat pembersihan gigi untuk abang Eusoff.

Tapi, macam mana la gaya yee.... mesti telangkup, tunggang langgang semua peralatan doktor tu..silap-silap aribulan dengan doktor-doktor kena tendang.. ish.... seram pulak bila digambarkan...

Ooohhh...







17 September 2016

Planetarium Negara & Muzium Negara

Assalamualaikum...

Semalam seharian kami "peram" anak-anak kat rumah.. hari ini hari untuk menebus rasa bersalah pada mereka, jom kita jalan-jalan ye...


Planetarium Negara



Muzium Negara


Setengah hari berjalan-jalan di dua tempat ni, banyak benda-benda best boleh tunjuk kat abang Eusoff dan Elyass.. Cuma, dah lama-lama tu anak-anak macam boring sikit dah. Iye laa.. tempat-tempat pameran macam ni.. memang akan boring sikit untuk usia seperti mereka.

Besar sikit nanti mesti best la tu... sebab masa tu diorang dah boleh relatekan apa yang diorang belajar kat sekolah dengan apa yang diorang tengok kat planetarium dan muzium ni.


Apa-apa pun, sedikit terisi waktu hari ini dengan ilmu-ilmu bermanfaat dari apa yang mereka tengok dan dengar penerangan secara tak langsung dari mama dan papa tadi.


Untuk kenangan... mama videokan jalan-jalan di Planetarium Negara dan Muzium Negara harini.. 


video








16 September 2016

Selamat Hari Malaysia 2016!!

Assalamualaikum....

Cintailah negara kita Malaysia!!!

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh penduduk Malaysia!! Hari ni public holiday dan kami tak ke mana-mana pun.. habiskan masa dirumah bersama anak-anak aje.. main masak-masak. Juga masa untuk rehat bagi papa Eusoff dan Elyass..

Elyass dah bagi hint ajak keluar rumah..😅 dah boring dia duduk rumah walaupun pagi tadi ada keluar ke kedai dengan papa kejap.. Abang Eusoff pulak suka duduk rumah je... tak kisah kalau tak keluar rumah pun.. papa ajak pergi kedai pagi tadi pun dia tak nak.... mmmmmm... 2 karektor berbeza sangat.... 

Tengok petang-petang kalau rajin bawak anak-anak ronda bandaraya Kuala Lumpur. Dah penat fikir mana tempat lagi yang best bawak anak jalan-jalan.. sudahnya, pusing-pusing je la tengok orang..tengok kenderaan....

Bye..


13 September 2016

Salam Aidiladha 1437H

Assalamualaikum...



Alhamdulillah....diizin lagi menikmati hari raya Aidiladha untuk kesekian kalinya dalam hidup kami sekeluarga. Walaupun begitu masih tidak diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah korban. Insya Allah satu masa nanti jika diberi rezeki lebih oleh Allah.. Insya Allah..

Kami beraya di kampung Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah berkesempatan bersolat hari raya.. ziarah kubur emak mertua dan balik ke kampung Temau ziarah sanak saudara sambil-sambil merasa daging lembu korban di sana. Seperti biasa, juadah hari raya memang terbaik. Kenyang perut suka hati la abang Eusoff dan Elyass.

Petang raya terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Tak pernah lagi merasa raya balik secepat ni, dan apa yang best tiada kesesakan di lebuhraya langsung berbanding sewaktu balik kampung hari Sabtu sebelumnya. Kesesakan di mana-mana saja..

Ralatnya, hari raya Aidiladha.. sekeping gambar pun tak ade. Telefon mama tertinggal di KL dan hp papa tak ada bateri manjang.... nasib laa..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H dari kami sekeluarga @ apabilaazambercerita.







09 September 2016

Aktiviti petang :: jom cat!

Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang mendung... Alhamdulillah rasa sejuk sepanjang hari. Kain baju kotor tetap dibasuh juga harini, tetap dijemur, harapnya sempat la kering. Esok dah nak balik kampung.. Isnin nanti kan nak Raya... turn Aidiladha kali ni di kampung Pahang Darul Makmur.

Bag baju dah siap packing, baju raya dah siap gosok dan hangerkan. Kiranya mood ready to go je la ni... 😊 malam ni ke.. pagi esok ke..

Projek petang ni dengan Kashfi Elyass, warnakan huruf dan bentuk Love yang dibeli kat Typo tempoh hari. Beli warna putih dan nak diwarnakan hitam. Tersalah beli warna ritu. Tak naik pula warna putih dengan dinding soft grey kat bilik tidur tu.


Ada perubahan sikit di SOHO saya sekarang. Huruf dan bentul Love ni, untuk diletak di situ la sebenarnya. Rajin-rajin nanti saya share kat sini apa perubahan terkini. Insya Allah..





08 September 2016

One, two, three, five, six, nine, ten!

Assalamualaikum..

Duduk berdua ngan Kashfi Elyass sehari-hari.. banyak masa dihabiskan dengan melayan dia main mainan, makan, tengok tv... kadang-kadang dia pun tolong-tolong mama kemas rumah (tolong cara dia..) tengok mama masak-masak.. perati mama sidai baju, time mama lipat baju bajan sama naik la dia melipat sekali. Masa-masa mama mengadap komputer buat kerja, setia la dia duduk di riba tengok mama buat apa.

Semua bergantung kepada mood Elyass laa.. ada masa mood ok, semua kerja mama beres.. waktu mood dia kurang, kerja-kerja mama tertangguh la.. Masuk umur 2 tahun ni, banyak perangai baru pada Elyass, lately kuat mengamuk. Mungkin sebab dia dah tak menyusu badan dah.. terasa Elyass makin besar dan mama perlukan berganda-ganda tahap kesabaran... bertabah la....

Dalam pada semua aktiviti-aktiviti yang saya sebut di atas, ada juga aktiviti-aktiviti pembelajaran secara tak langsung untuk Elyass. Ajar solat, ikut mama solat sekali dan baca 123 sampai 10! Ajar 2 bahasa.. English dan Malay.. Fokus untuk 2 perkara ini dulu.

Sekali-sekala nampak dia dah boring mengira, ada juga nyanyi-nyanyi lagu ABC dan Alif Ba Ta. Tukar-tukar la..


video

Untuk solat.. datang masa rajin Elyass, memang setia tungging terbalik ngikut mama solat. Masa dia malas, mama solat la sorang katanya...hihihi.. Datang nakal dia, panjat belakang mama.. tergantung kat tengkuk mama.. sabar je la mama ni..😅 asalkan dia rajin mengikut setiap solat mama untuk sementara waktu ini dah syukur Alhamdulillah.. Nak marah lebih-lebih sebab dia panjat, bergantung tu... takut nanti dah tak nak ikut mama solat pulak.. 

Untuk kiraan 123, Alhamdulillah... Elyass dah mampu mengira dengan lancar walaupun ada nombor yang dia skip dalam kiraan.. One, two, three, five, six, nine, ten! Nombor yang asyik dia skip je.. four, seven dan eight. Kalo dia duduk main mainan, menulis ke.. mulut mesti mengira... cuma dia akan kira in English je.. Entah la kenapa..😅 










05 September 2016

Keringkan cadar anak-anak macam ni???!!😵

Assalamualaikum....

Selamat petang semua...... ☺


Petang baru boleh menghela nafas lega sikit.. bersenang lenang ngadap tv sambil duduk-duduk belek hp update blog sesambil perhati Kashfi Elyass main mainan.



Dari pagi jadual padat, buat rutin pembersihan keseluruh rumah.. basuh kain baju kotor berbakul-bakul termasuk lah satu cadar single abang Eusoff. Dah siap juga masak untuk papa dan abang Eusoff balik makan petang nanti.

Semua settle! lega......


Cuma yang tak berapa nak leganya bila rumah kurang ruang untuk menyidai kain baju dalam volume yang banyak, ditambah lagi bila membasuh cadar bagai...


Terpaksa la menahan sakit mata seharian tengokkan keadaan ini. Tapi ok je... jemur dari pukul 9.30 pagi tadi...sekarang dah kering suda dengan bantuan angis kipas je..


Bertabah laa...




02 September 2016

Jalan jem di hari Jumaat

Assalamualaikum...

Stress tau.. Jumaat je mesti jalan jem.. jem je mesti hari jumaat... Tak caye? Tengok ni haa...... 😂😂
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selam Jumaat semua..!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015