26 August 2016

Rindu sungguh rupanya....

Assalamualaikum...

Rindu sungguh bila berjauhan dengan abang Eusoff. Dengan papa Eusoff dan Elyass apatah lagi.. 😒

Elyass asyik la bertanya; 

"Papa? Papa?"
"Abang? Abang?"

Rindu letteww...

Papa pun selalu juga bagi tahu... abang selalu cakap sebelum tidur;

"Saya nak mama.."
"Saya nak Eyashhh.."

Bila jauh rindu-rinduan ye abang...hihi

First time sebenarnya abang Eusoff berjauhan dengan mama dan adik Elyass..


Harap perpisahan seketika ini memberi rasa "PERLU" sangat-sangat Elyass pada Eusoff; dan Eusoff pada Elyass...😍

Insya Allah..

Pagi Sabtu (esok) papa dan abang Eusoff sampai.. mama tak zzzabar!!


25 August 2016

Tips lepaskan susu badan untuk Elyass 😊

Assalamualaikum...


Isnin haritu balik Terengganu dengan si kecil Elyass. Naik bas tanpa papa dan abang Eusoff.. pengalaman baru untuk mama.. mujur Elyass behave sangat-sangat 4 jam perjalanan TBS - Paka.

Sampai kampung, teringat misi yang tergendala.. misi melepaskan susu badan untuk Elyass. Niat nak guna batang pokok bakawali. Zaman abang Eusoff dulu, mencuba dan dukacita dimaklumkan usaha itu gagal.

Gambar batang pokok bakawali adalah seperti di atas nun. Itu lah "batang pokok bakawali" istimewa untuk Elyass..hihi

Dan resultnya...

Hanya dengan sekali percubaan sahaja.. Elyass tewas dengan rasa pahit itu hingga muntah-muntah!... kesian..... Bila dioffer lagi ngeleng laju-laju dan memang dah tak nak dah.

Senang sungguh si kecil sorang ni. Rasa kesian tapi boleh dah putuskan susu badan sebab dia pun dah 2 tahun..

Lebih macho saya sekarang kan..? ☺

23/08/2016 - Elyass berhenti menyusu badan. Tips saya gunakan BATANG POKOK BAKAWALI jee..


19 August 2016

Nak siapkan homework malam ni juga katanya...

Assalamualaikum...

Malam masih muda... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Abang Eusoff baru siapkan homework matematik 10 pages. Fuhhh... tapi abang happy sebab subjek favourite dia kot... Tak nak tangguh-tangguh buat esok.. malam ni juga nak siapkan..



Begini lah fokusnya dia dengan subjek matematik..

video

Tapi bila subjek yang perlu membaca.. belajar mengeja... dia tak suka.. Mengeja pun tak pandai mana lagi ni.. mmmm.....

Rungsing mama...πŸ˜•



Makan la sayang..

Assalamualaikum..

Lambat Elyass makan tengah hari harini.. sebab dah minum susu setengah gelas pukul 12.00 tadi..

Elyass dah tak hisap botol dah.. dari setahun setengah haritu lagi pun.. nak ajar abang stop botol sebenarnya.. dengan dia sekali pun stop juga. Minum susu dalam gelas je.. tapi ok juga.. mudah nak kemana-mana tak susah nak mengangkut susu, termos, botol bagai..

Tengah nak mencuba stop susu badan pula.. tengah fikirkan cara-cara.. letak sirap sudah.. tapi tak jalannn... πŸ˜…

Elyass tengah makan lagi ni.. berentry sambil mengadap Elyass makan.. nampak dah slow dah.. kenyang dah tu..

Selera Elyass pada nasi seperti sudah ada balik.. aritu jenuh paksa suh makan nasi.. memang dia tak nak.. sekarang dah nak dah...



Teringat abang kat sekolah.. makan apa la abang tengah hari tadi..



17 August 2016

Langsir comel Kaison untuk bilik anak-anak

Assalamualaikum...

Entry sebelum ini saya cerita tentang curtain holder bear shape beli di Daiso. Elyass cakap "antekk mama"..πŸ˜„πŸ˜„ 

2-3 hari lepas itu.. papa bawak jalan-jalan ke Kaison di Putra Sunway Mall lepas balik kerja. Kesian agaknya dia tengok mama dan Elyass muka boring duk rumah.

Konon nak jalan-jalan hilangkan boring je.. tup-tup terbeli la langsir untuk bilik anak-anak. Waktu kami pergi ni banyak sangat stock langsir baru yang cun-cun! Rasa semua pun nak beli laaa...πŸ˜…πŸ˜…

Sebab dah lama mencari dan akhirnya ada yang berkenan di mata kami.. terus beli je.


Langsir untuk langsir bilik anak dah berganti yang baru.. mujur match je dengan konsep bilik anak-anak.. takde la lain sangat. Walaupun curtain holder bentuk bear warna coklat.. tapi ok aje... konsep campur-campur janji sedap mata memandang.



Kain langsir tebal. Tapi masih juga telus cahaya dari luar.. mungkin sebab warna langsir cerah kot. Tapi tidak la terlalu transparent.. masih selamat dari pandangan orang luar. Kami beli saiz 140cm x 240cm, langsir labuh hingga ke bawah.. effect tinggi la kononnya.. ☺

Mission accomplish!


15 August 2016

Bear shape curtain holder from Daiso

Assalamualaikum...

Hunting langsir untuk bilik tidur anak dah lama sebenarnya... untuk sementara waktu ni, gantung sahaja langsir lama dari rumah sewa pertama dulu lagi.. warna coklat gelap..

Yang sangat tak best, langsir ini telus cahaya. waktu malam jika diturunkan langsir pun tetap telus pemandangan sehingga ke dalam jika lampu di pasang.

Sampai harini pun belum jumpa lagi langsir untuk bilik anak-anak yang berkenan dihati. Dengan corak dan warna yang comel-comel dengan harga yang comel juge.. belum pun! 

Tapi..tapi.. mende alah ni pulak yang saya jumpa. Hihi.. comel sungguh! Dah berpuluh-puluh kali pergi Daiso belum pernah lagi terjumpa benda ni.. walaupun awal-awal dulu memang pernah mencari curtain holder untuk langsir sliding ruang tamu dan curtain holder untuk langsir master bed room. Tapi tak terjumpa lak yang ini. πŸ˜…


Alang-alang jumpa dan terus berkenan.. ambil la dua, untuk pegang langsir bilik anak-anak. Matching je untuk warna langsir sekarang.

Sebelum ni, langsir anak-anak ikat dengan pengikat rambut je..(memang beli khas untuk ikat langsir dorang..)

Comel sangat di mata mama.. biarpun anak-anak bukan lah kisah pun..πŸ˜‚πŸ˜‚






14 August 2016

Rare :: Teksi penuh koleksi mainan

Assalamualaikum...

Agaknya rezeki abang Eusoff dan Elyass.. terjumpa "benda" rare.. terjumpa atok yang mempunyai teksi yang dihias penuh satu badan kereta.


Kagum sungguh dengan minat mendalam atok ini, menghias teksi beliau dengan segala mainan comel-comel dan ada juga mainan yang boleh buat meremang bulu roma macam ular, mengkarung, cicak, biawak dan segala macam lagi.. Banyak sungguh! Yang pasti setiap ruang penuhh, dalam kereta, luar kereta, mahupun dalam bonet! Serius minat yang sangat mendalam-dalam nih. Sikit masa lagi agaknya seperti mainan-mainan bergerak dah jadinya teksi ni kat atas jalan rayaπŸ˜…πŸ˜…. Tapi atok ni memenag terbaekkk dan best sangat.πŸ‘


Bukan anak-anak je teruja dan kagum.. mama dan papa anak-anak pun teruja dan kagum tahap tak tahu nak kata apa dah. Satu teksi tu mama pusing-pusing-pusing, sambil mulut mengukir senyum tak putus. Serius kagum yang amat mendalam..

Atok pulak sporting suruh bukakan pintu kereta untuk dua beradik ni tengok hiasan dalam kereta pula. Memang nakk laaa... Eusoff dan Elyass memandang-mandang tak berkelip. Memang nampak sungguh di riak wajah abang Eusoff "kegeraman" pada mainan-mainan tersebut. Tapi dia tahu la, itu atok yang punya, takde la dia meminta-minta..


Atok suruh bergambar kenangan dengan kereta dia tu. hehe.. memang la takkan lepaskan peluang ni. Confirm mama akan abadikan cerita Eusoff dan Elyass terjumpa teksi rare ini di blog ini.


Dalam 15 minit juga kami pusing-pusing kereta atok, tengok kiri kanan, depan belakang, luar dalam.. Elyass dah nangis-nangis tunjuk nakkan mainan atok..hihi.. bukan reti lagi Elyass ni kan... 


Abang Eusoff dan Elyass salam dulu dengan atok sebelum mintak nak beredar..
Atok bagi hadiah spek kat dua beradik ni... Katanya nak gi berkelah elok la pakai spek. Terima kasih atok.... (standby untuk penumpang kecik agaknya spek ni.. beriya atok buka bonet ambik spek)


Kami jumpa atok teksi waktu nak keluar rumah pagi nak ke Ulu Yam weekend lepas...

Harap nanti-nanti leh jumpa atok teksi rare lagi. Boleh cuci-cuci mata tengok teksi atok lagi..😊






13 August 2016

Wodden Letter and Symbol from Typo KLCC

Assalamualaikum...

Hajat yang dah sangat-sangat lama.. pencarian di Kaison hampa, sebabnya selalu takde yang saya nak. Kalau ada pun kecil benor saiznya. Cari kat Daiso atau Mr.Diy tak pernah ada pulak. Sudahnya menggunakan talian hayat di page Kelab Kaki Deco. Cuba-cuba bertanya.... Alhamdulillah ada yang sudi berkongsi, kat Typo ada menda yang saya nakkan tu. 

Typo?? Memang tak pernah saya tahu. Berhuhu la saya sambil bertanya balik ape Typo tu? 

Rupanya satu kedai yang menjual pelbagai barangan comel-comel sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun untuk koleksi peribadi. Ada alat tulis, buku nota, mug, magnetic, bantal comel-comel pun ada dan macam-macam lagi la! 

Sama macam Kaison, Daiso atau Mr.Diy ke..? Tak sama sangat la. Tapi ada juga barangan-barangan yang dijual disini yang sesuai untuk dijadikan dekorasi rumah ala-ala rumah mat saleh gitu... Yang paling penting barang yang saya cari selama ini pun memang ada kat sini.. - WODDEN LETTER

Bukan nak banyak huruf pun. Nakkan E dan D sahaja.

E- Eusoff/Elyass
D- Diana

Setiap satu huruf berharga RM15.00. Beli dua huruf percuma satu lagi huruf. Senang cerita tiga ketul huruf adalah RM30.00. Pada saya harga yang berpatutan dah. Terus en.suami balik kerja petang, ajak ke Typo. Kat mana-mana pun saya ok je. En.suami pilih Typo kat KLCC sebab dekat dari rumah dan perjalanan lancar tanpa jem sikit pun!

Here we are!! At Typo KLCC.


Dapat 2 ketul wodden letter dan 1 ketul wodden symbol, terus balik rumah.

Letter E untuk tampal kat pintu bilik Eusoff dan Elyass.
Letter D untuk tampal kat SOHO mama.
Symbol <3 entah la nak letak kat mana. Tengok la mana-mana sesuai nanti.. Terasa seperti tersalah pilih warna untuk letter D. Tak naik pula warna putih dengan dinding bilik tidur warna kelabu cair tu. Tengah fikir nak beli cat je nak cat balik warna hitam.


Nah... belanja gambar pintu bilik abang Eusoff dan Elyass, sebelum dan selepas... 
Takde apa yang best pun sekadar tampal huruf E di pintu je pun. Tapi hati mama rasa happy, sebab dah lama berhajat dan akhirnya tertunai sudah.




Berseri-seri sikit pintu bilik anak-anak.. :p


  

12 August 2016

Hadiah birthday Elyass

Assalamualaikum...

Hadiah birthday Elyass? Heeee... takde apa yang special selain dari kasih dan sayang yang melimpah ruah siap tumpah-tumpah.


Ada la seketul, hadiah biasa-biasa.. saja nak gembirakan anak-anak.. Kami belikan jam tangan!


Part hadiah walaupun niat untuk si kecil, si besar pun kena belikan juga.. kalau tak sedih la perasaan dia. Jam RM9.90 je.. 

Yang best nye.. Elyass macam kebiasaan dia, akan menggunakan sepenuhnya apa yang diberi padanya. Berbaloi belikan untuk dia. Jam ni dia pakai 24 jam, kecuali nak mandi. Siap mandi minta pakaikan balik.... πŸ˜…πŸ˜…

11 August 2016

Elyass Turn-Two!

Assalamualaikum...

Bila tiba saat ulangtahun kelahiran anak-anak, mama papa pastinya teruja lebih! Namun dalam teruja itu, pasti terdetik rasa sedih.. setahun ke setahun anak-anak membesar.. dan pasti juga mama papa makin men-tua. Saat anak-anak masih kecil di depan mata, sebolehnya "saat" ini digunakan sepenuhnya, biarpun penat, jerih dan perihnya membesarkan mereka. Kerana sampai saat dan ketika, mereka pasti melangkah jauh ke dunia luar sana, meninggalkan zaman kanak-kanak mereka, meninggalkan papa dan mama juga... sob..sob..sob... *Lap air mata..

Setahun ke setahun, kami setia menghitung.... dan selagi termampu, pasti akan mencoret kenangan itu di sini... lebih-lebih lagi "di setiap ulang tahun kelahiran mereka". Insya Allah.

Nak baca bagaimana sambutan birthday Elyass untuk satu tahun yang lepas? Di sini : Elyass Turn-1!


Untuk tahun ke dua sambutan kelahiran Elyass hari ini, 11 Ogos 2016, kami sambutnya malam tadi, sambutan yang ala kadar sahaja. Seperti tahun lepas, tahun ini kami sambut berempat juga. Syukur Alhamdulillah..... walaupun kecil-kecilan, namun boleh nampak betapa Elyass sangat-sangat seronok dengan sambutan kali ini. Sepertinya dia mengeti dan faham.



Abang Eusoff pula, sangat sporting tahun ini, berbanding tahun lepas, kuat touching! hehehe... Tahun ini abang Eusoff dah 6 tahun, dan abang dah matang.. dah boleh menerima segala macam perancangan papa dan mama. Dia dan papa ke Giant Batu Caves balik dari sekolah tadi belikan kek, pizza, dan topi birthday. Bukan main teruja abang, Elyass nak sambut birthday..




Birthday Elyass, berjalan lancar seperti yang kami rancang.. Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak sebab behave sangat dan beri kerjasama yang terrrrrrbaek!! Dua beradik ni gembira sangat-sangat, dapat sambut birthday, nyanyi sama-sama lagu happy birthday, makan makanan kegemaran mereka ; kek coklat dan pizza.. (Mereka berkongsi kegemaran yang sama)

Semoga menjadi kenangan manis letting untuk mereka.. Insya Allah.




Ucapan dan harapan mama untuk Elyass, sama sahaja seperti tahun sebelum.. mama copy and paste lagi untuk tahun ini dan tambah sedikit harapan lagi yer Elyass sayang..? :p

Untuk anak mama papa; Kashfi Elyass:


Alhamdulillah... anak mama sudah 2 tahun.

Terima kasih Allah menganugerahkan kami anak yang sangat comel, sihat tubuh badan, sempurna fizikal dan mental. Semoga anak ini membesar dengan rahmat keberkatan-Mu. Cemerlang hidupnya di dunia, gemilang hidupnya di akhirat kelak, Insya Allah.. Ya Allah, Kau permudahkan kami dalam membesarkan anak ini.. Amin..

Tepek video di sini untuk kenang-kenangan..


video

Happy birthday sayang!








10 August 2016

Dekorasi dinding untuk birthday Elyass

Assalamualaikum...

Harini laju-laju settle melipat kain baju, sementara Elyass mentido. Sebab ada tugasan penting nak diselesaikan sebelum anak bujang tu bangun.

Nak buat pelamin untuk birthday boy. Elyass genap 2 tahun esok 11 Ogos 2016. Sekejap sungguh masa berlalu setahun ke setahun tanpa sedar. Dulu baby.. sekarang dah tak berapa nak baby dah pun.. besar sangat dah..πŸ˜…πŸ˜…

Pelamin la sangat kann...hihi.. tak la.. sekadar dekorasi  di dinding untuk sambutan birthday malam ni je. Sambutan kecil-kecilan, papa, mama, abang Eusoff dan birthday boy, Elyass sahaja.



Mama teruja lebih sokmo. Nak bagi cun-cun sikit kan.. warna-warni gitu.. baru la menarik sambutan tu walau kecik je pun..

Guna bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah je.. tak keluarkan kos apa-apa pun.


Elok-elok siap tampal menampal kat dinding... Elyass bangun.. terkedek-kedek jalan keluar bilik..

"Waaa... ateeekk ama....!!"

Hihihi.. suka la tuee... mujur Elyass behave je tak usik walau mama siap-siap tampal awal pun.

2 tahun dah kamu esok.. mama sedih..πŸ˜‚

Update :: pelamin yang dah siap untuk Elyass..hihi





09 August 2016

Eusoff & Elyass Picnic @ Ulu Yam, Selangor

Assalamualaikum...

Ahad baru-baru ni, abang Eusoff dan Elyass gi picnic dengan kawan-kawan mama papa. Abang Eusoff dan Elyass jumpa kawan-kawan. Picnic dekat Ulu Yam je, dekat je. Abang Eusoff dan Elyass dah tak takut air dah. Walaupun air sungai.




Rileks je berendam dengan kawan-kawan.. siap main-main lagi kat sungai tu. Bila ajak naik, muka abang mencuka tak nak naik sebab nak main air lagi. Papa berendam sama dengan anak-anak.. mama duduk memerhati je dari jauh, melihat keseronokan dua beradik mandi manda, sambil borak-borak dengan ibu-ibu yang lain.




Sesekali buat aktiviti begini, jelas diwajah anak-anak rasa "gembira"... "teruja"..
Ye laa... selalu, kalau tak duduk di rumah.. papa bawak pergi jalan-jalan shopping mall.. tak pun ronda-ronda Kuala Lumpur. Sesekali anak-anak berpeluang, back to nature.. excited bukan main rupanya mereka.



Elyass walaupun dipangkuan papa sentiasa, tapi matanya melilau pandang sekeliling, tengok bird, monkey yang berkeliaran kat situ, mencari makan.. tengok a'an (air) yang mengalir tenang, bunyi deruan air sungai... bunyi burung, unggas, cengkerik.. menarik perhatian telinga dia. Memerhati dan mengamati... Tak meragam langsung dia haritu!


Ni kawan-kawan mama dan papa yang super best! Super sporting! Superman & Superwomen..hihii

dan kawan-kawan Eusoff dan Elyass yang Supersweet.... 

08 August 2016

Tawaran penempatan anak-anak ke tahun 1 sesi persekolahan 2017

Assalamualaikum..

Aritu dah register persekolahan abang Eusoff: Selesai daftar persekolahan abang tahun 1, 2017

Hari ini dah selesai membuat pengesahan penempatan secara dalam talian.. dan Alhamdulillah abang Eusoff telah mendapat penempatan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2017, seperti yang dipohon.


Ibu dan ayah yang ada anak-anak bakal ke tahun 1, 2017 boleh berbuat demikian sekarang.
Hendaklah membuat pengesahan penempatan di sekolah yang telah diluluskan mulai 16/07/2016 hingga 30/09/2016 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak-anak ibu dan ayah semua.

Sudah membuat pengesahan... print je terus surat tawaran penempatan tersebut. Tak yah tunggu sekolah pos surat ke rumah dah..

Jika tidak bersetuju dengan penawaran penempatan, masih boleh membuat rayuan untuk penukaran sekolah, juga secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah 30/09/2016.

Berkongsi-kongsi info untuk manfaat bersama..

Hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi abang Eusoff di CIC. Tahun depan bermula fasa baru dalam hidup abang. Bersekolah di sekolah yang "besar" berbanding sebelum.

Sampai harini pun, kalau bercakap pasal "sekolah" abang tahun depan, sepertinya dia masih tidak bersedia untuk bertukar sekolah..

"Saya nak sekolah CIC, jeee.. bukan sekolah lain!"

:).... jangan la ada adengan nangis menangis lagi untuk tahun depan nii.....
Abang kan dah big boy...


06 August 2016

Kanvas frame & MALMA mirror

Assalamualaikum..

Harini 06/08/2016

Ikutkan rasa hati nak je ke Putrajaya harini, ada Rumah terbuka anok Terengganu di perantauan, bersama YAB Menteri Besar Terengganu.. tapi bila memikirkan membawa dua orang hero ni.. rasa lemah semangat.. jadinya masak di rumah saja la tengah harini, ayam masak lemak, goreng kunyit udang, telur dadar dan sambal belacan.

Bismillah.

Memandangkan plan nak keluar petang sikit nanti, nak tengok baby  baru kawan satu universiti dulu (teruja sangat nak tengok baby nih.. 7 tahun penantian.. akhirnya dapat juga menimang cahaya mata, Alhamdulillah..), elok la masa yang ada dimanfaatkan untuk buat kerja-kerja yang dah lama pending ni haaa alasannya sebab mende alah ni baru semalam belinya.


Kalini beli Uhu patafix ProPower untuk kuasa lekatan yang lagi power!

Ada sekeping kanvas frame untuk di sangkut di bilik ke-3.. dan 4 keping MALMA mirror dari Ikea untuk di sangkut di ruang tamu... semua pun bawa dari rumah lama dulu dah.. cuma tak bersangkut hingga la ke hari.

Ok siap!





Dulu...sekecil-kecil frame MALMA tu pun kami drill dinding untuk gantungkan... sekarang tampal aje dengan Uhu Patafix, mudah. Rasa nak ubah kedudukan.. cabut elok-elok frame dari dinding dan letak la kat lain pulak.

Masih ada 2 frame yang masih tak bergantung ke dinding... tapi yang itu memang terpaksa drill elok-elok ke dinding sebab ianya berat. Pending lagi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015