29 June 2016

Rindu pelita, bunga api dan mercun.

Assalamualaikum...

Waktu saya sebaya abang Eusoff dulu ni, tengah riang ria bermain bunga api mercun gasing, mercun lebah, mercun das.. dan ada la beberapa jenis lagi yang best dulu-dulu. Yang mampu beli sendiri bunga api je... yang lain-lain tu menumpang jiran-jiran main.

15 hari lagi nak raya, dah mula pasang pelita sekeliling rumah.. kawasan rumah terang berderang disimbahi cahaya pelita. Main kejar-kejar sambil pegang  bunga api kat tangan.. mengekek-ngekek gelak sampai mengah-mengah, berpeluh-peluh.

Paling best bila waktu yang sama juga, bunyi mercun di mana-mana.. macam berlawan-lawan bunyi mercun siapa paling kuat. Padahal bukan la duk setempat masing-masing.. group sini rumah lain.. group sana jauhhhh kat rumah lain.. Kami yang rumah lain ni pun.. tumpang bersorak horayy!! horayy!! bila dapat bunyi mercun yang palingggg kuat.

Macam pesta tau... lebih-lebih lagi dalam seminggu sebelum raya ni... mmm... rindu!

Bila esok dah confirm raya lepas tengok pengumuman raya kat tv.... pakat berlari keliling rumah jerit "esok raya, yeayy!! esok raya, yeayy!!" 

Abang Eusoff dan Elyass...?

Tak merasa semua tu...

Abang Eusoff dari kecil pun kami tak perkenalkan semua benda ni... kalau balik kampung sepupu-sepupu main.. dia menyorok dalam rumah.. takut katanya..

Kesian kan.. tak merasa keseronokan sepertimana mama dan papa rasa zaman kecil dulu..

Bukan tak nak bagi main... tp mendengar macam-macam kejadian yang tak diingini akibat bermain mercun ni.... takpe la tak beri anak-anak main pun.... (walaupun kesian)

Untuk tahun ini, bagi memberi "rasa keseronokan" dua beradik ni menyambut Syawal.. papa pasangkan........



Cukup lah... bukan anak-anak je teruja seronok.. mama papa pun teruja tauuu...

Wahhh dah datang dah rasa nak raya!! Datang dahhh...datang dahhh... hihi

Selamat hari raya!!!!! ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„




28 June 2016

#NasiayamkicapmerryairmiloelElyasstakpose

Assalamualaikum..

Elyass bangun awal sangat arini.. waktu kami baru je siap sahur.. Sampai sekarang masih tak tido lagi pun.


Tunjuk-tunjuk dapur tadi.. sambil sebut "nak..nak.."


Nasi putih, ayam masak kicap, air milo dan biskut merry... Nasi tak terusik.. ayam habis, biskut merry luak 2 daripada 4 keping. Air milo setengah gelas..



Nampak basikal belakang tu..? Siap makan terus naik basikal kayuh satu rumah......๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tido la nak... mama banyak projek nak buat ni..๐Ÿ˜…





27 June 2016

Badan kecil berjiwa besar

Assalamualaikum...

Pagi-pagi melayan Elyass.. Nak tergelak rasanya.. Di tarik-tarik tangan mama nak buka bilik tidur abang aka bilik mainan. Ikutkan saje... rupanya nak suruh mama keluarkan basikal abang yang memang tinggi la dari dia.

Basikal kecil dan traktor kecil dia tak nak pulak.. Eleng-eleng kepala bila mama nak sorong keluar yang itu. Basikal abang juga yang dia tunjuk-tunjukkan...

Badan kecil berjiwa besar si Elyass ni.

Sekarang masih naik basikal tu... Duduk celah antara tempat duduk dan handle basikal, sambil kaki kayuh-kayuh.. pusing-pusing sekeliling ruang tamu kecil ni, sambil babai..babai.. mama..๐Ÿ˜Š

Bergerak basikal... Alhamdulillah..

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚





26 June 2016

Juadah berbuka :: minggu ketiga Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Update juadah minggu ke tiga berpuasa..

Masih memasak seperti biasa pun. Alhamdulillah.. makin hari makin seronok dengan rutin yang satu ini.

Terasa seperti nak berpantun pula..hihihi๐Ÿ˜„

Ramadhan 1437H indah tak terkata,
Memberi peluang merasai "Nikmat" nya seketika,
Juadah berbuka terhidang didepan mata,
Jemput sayang-sayang mama kita berbuka,




Stok lauk dah di hujung-hujung... jadi terpaksa la juadah berbuka 16 Ramadhan... masak saja apa yang ada saja.. Nampak terselit budu di situ...? Tak Tranung la tak makan budu kan.. jadi untuk sesuaikan dengan budu, saya goreng kunyit je ikan sardin.. dan tabur bawang beri aroma wangi.. masak lemak kobis untuk kuahnya. Sosej masak merah tu saje buat tambah-tambah..




Hari ke 17 Ramadhan, berpeluang berbuka bersama-sama dengan kakak-kakak sepupu sebelah en.suami di Cheras.. Meriahnya makanan..... kuih muih banyakkkkk sangat.. kenyang Alhamdulillah.. siap tapau bawak balik kuih badak berendam untuk sahur esok.. 


Kuali periuk kat rumah... simpan rapi arini.. dapur tak berasap laa.... tapi...tapi... harini saya belajar menjala... sukar gak pada awalnya... lama-lama.... menjadi juga..๐Ÿ˜„






Alkisahnya beras cap rambutan masak hari-hari sudah kehabisan.. tinggal beras basmathi je 3 pot.. jadi untuk juadah berbuka puasa 19 Ramadhan, buat nasi minyak je la untuk berbuka.. semua bahan pun dah cukup lengkap ada.. 


Maka terhasil la nasi minyak simple-simple..




Hari Sabtu, 20 Ramadhan berbuka puasa di luar sahaja, ayam penyet AP. Mencari kelengkapan raya untuk anak-anak sebenarnya. Alhamdulillah settle sudah bahagian anak-anak. Bahagian mama papa, lambat pun tak apa.. tak ada pun tak apa... Anak-anak keutamaan utama.. ☺




Maka berakhir la 3 minggu ibadah berpuasa di bulan Ramadhan... tinggal seminggu sahaja lagi..


Sedihnya..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข





24 June 2016

Dapur :: Tambah seri untuk raya

Assalamualaikum...

Apa khabar semua di hari ke 19 berpuasa.. 

Semoga segala urusan lancar hendaknya.. urusan duniawi mahupun ukhrawi. Insya Allah.

Out off topic pasal anak-anak sikit harini.. boleh ye..๐Ÿ˜…


Dekat-dekat nak raya ni, semua pun dah sibuk mengemas rumah kan...? Tukar perabot segala.. kannnn...? Saya pakai perabot mana yang ada aje.. cukup itu je dulu untuk Aidilfitri ini. Dekat-dekat nak raya nanti saya akan buat house cleaning habis-habisan. Dekat-dekat nanti laa.. sekarang ni.. buat cleaning routine yang biasa-biasa je dulu.


Nak cerita sikit pasal dapur kecil saya tu sebenarnya.. Setiap hari pun ruangan ini lah tempat saya habiskan masa. Takde apa nak buat pun.. masuk kejap lap-lap itu ini.. kadang masuk sebab ada dak kecik minta "A'an" heheh


Sampai satu saat terdetik dalam hati.... "bosan je rasa dengan suasana sama ni..."

Sampai la harini, saya nekad nak buat sedikit kelainan.. Elyass tidur pagi ni cepat-cepat saya buat aktiviti:

1- Gantung canvas frame
2- Tampal fridge magnetic kat peti ais

Mencabar juga la.. nak buat item nombor 1. Nak adjust centre.. nak adjust kedudukan selari tak bengkang bengkok... fuuhhh.. 

Tapi end up.. hasilnya puas hati jugak la.. tampal dengan uhu patafix sahaja.. lebihan dari tampal canvas frame dalam bilik anak-anak tempoh hari.


Canvas frame lama dah order dan lama juga dah dapatnya.. tersimpan dalam bilik ke-3 je.. Alang-alang nak beraya ni, kita sangkut la... bagi sedikit kelainan untuk ruang dapur kecil ni.


Untuk item nombor 2, saya bimbang sebenarnya.. bimbang Elyass buat main fridge magnetic bahagian bawah-bawah tu...
Buat je la dulu. Tengok nanti macam mana keadaannya..

Fridge magnetic banyak-banyak ni..asalnya dulu memang tampal kat situ juga.. cabut waktu nak buat kitchen cabinet. Sudahnya sampai ke sudah tak tampal-tampal balik. Sampai satu tahap terasa nak bagi kat anak-anak sedara je semua fm tu..


Tapi..tapi...tapi..


Sayang sangat sebenarnya.. sebab semua fm itu adalah kenangan saya pergi mana-mana dan banyak juga pemberian dari kawan-kawan pun. Jadi harini saya gigihkan diri.. susun elok-elok kat sini balik.



Terpikir untuk buat tempat khas untuk letak fm ni.. tp takde idea la nak letak mana + takut berhabuk kalau tempatkan kat dinding tinggi-tinggi..

Biarlah fm disini dulu.. saya suka nampak penuh-penuh camni.. walau agak berisiko sikit dengan tangan kecil comel Elyass nanti tu.. boleh di ajar, Insya Allah.


Owh... ini pun saya tukar. Semangat! Semangat! Semangat!☺☺



Tambah satu reminder board untuk papa.. kadang semua benda nak diingat.. tapi sampai masa tak bagi tahu papa pun.. Dah terbengkalai kerja masak memasak....

So ada board ni.. apa yang abis je zass zass zass tulis sini. Papa masuk dapur terus nampak.. dan faham-faham la yeee..hihi

Papa.... harini ni last beras untuk masak berbuka tau.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Sila beli...hihi


Dapur kecil saya dah nampak sedikit ceria berbanding sebelum. Sedap sikit mata memandang,  Ye laa... tiap-tiap hari pun memang nak kene check ini sini kannn...? 










21 June 2016

Elyass demam pula harini..

Assalamualaikum...

Hari ke 16 berpuasa..

Elyass bangun awal.. waktu abang tengah siap-siap nak kesekolah.. tak merengek nak mandi dan bersiap-siap dengan abang pun dan tak nangis mengikut papa masa keluar rumah juga.. kebiasaannya dia la yang sibuk waktu-waktu itu..

Rupanya badan dia panas... demam..

Lepas menyusu.. berikan ubat.. dan tidur sampai sekarang. Masih belum bangun walau dikejutkan.. celik mata, tutup balik sambung tidur... penangan ubat agaknya..

Syafakallah anak mama. Bangun nanti kebah demam ya..





20 June 2016

Juadah berbuka :: minggu kedua Ramadhan 1437H

Assalamualaikum..

Berlalu sudah minggu kedua Ramadhan.. menjadikan hari berpuasa telah pun berjumlah 15 hari termasuk hari ini. Sayu rasa hati sekejap sahaja setengah bulan telah berlalu pergi..

Alangkah bestnya jika setiap bulan pun adalah bulan Ramadhan..

Kali ini update menu berbuka di sini untuk minggu kedua. Masih lagi bertahan untuk memasak untuk suami dan anak-anak di Ramadhan ini, Alhamdulillah.






Berpuasa hari ke 12 Ramadhan... masak-masak untuk dibawa berbuka bersama-sama kawan-kawan. Masing-masing bawa sedikit makanan/kuih muih untuk berbuka. Sebab tu lauk semua pun dalam bekas duduknya...

Alhamdulillah... di Ramadhan ini, bersama-sama menjayakan ziarah Ramadhan ke rumah kawan yang diuji sakit oleh Allah. Sesungguhnya berat sungguh dugaan yang Allah berikan padanya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Semoga Allah berikan kesembuhan padamu sahabat. Amin, Amin..Ya Rabbal Alamin..



Puasa hari ke 13, kami balik kampung Raub, berbuka bersama atok dan pok de, Eusoff..Eyass. Sebelum bertolak balik masakkan sedikit juadah berbuka.. sampai bandar Bentong singgah beli kuih muih untuk tambah-tambah.

Favourite en suami tentulah murtabak dan ondeh-ondeh. Bubur nasi untuk Elyass, dan ikan bakar untuk abah. Kering tekak tengok air-air kat situ, tergoda pula tengok air sanquick.. jadi beli dua plastik.. tahun lepas-lepas rasanya sebungkus RM2.00... tapi sekarang dah RM3.00 ๐Ÿ˜ฐ.. omakaiii...

Malamnya berkesempatan bawak abang Eusoff dan Elyass bertarawikh di masjid kat kampung... Alhamdulillah.. seronok rasanya bila ke masjid dan dapat berkenal-kenal dengan kawan-kawan arwah emak. Menu moreh adalah mee kari, kuih muih dan rambutan.. Sedap! ๐Ÿ‘


Percubaan pertama memasak nasi beriani.. Bimbang tak menjadi tapi tawakkal sahaja. Ikut elok-elok resepi.. Alhamdulillah menjadi je. En suami kata sedap.. yeayyy..!

Ayam masak merah digantikan dengan ayam gulai.. berturut-turut makan ayam masak merah muak pulak nanti.


Berlalu dua minggu Ramadhan.. sayu rasa hati..


๐Ÿ˜ข






19 June 2016

Selamat hari bapa 2016

Assalamualaikum....

Selamat hari bapa untuk papa, ayah dan abah. Terima kasih sebab jadi yang terbaik untuk kami.


Mama lukis, abang Eusoff warna dan Elyass conteng..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Konon-konon nak buat kad untuk papa... tapi recycle guna used envelope.. sudahnya dah kemana-mana... sempat ambil gambar dan wasap saja untuk papa sempena hari bapa ini...

Sayang papa
Sayang ayah
Sayang abah

Semoga kalian panjang umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.. 

Amin....





17 June 2016

Roti bakar dan scrambled egg untuk Elyass

Assalamualaikum..

Hari ke 12 berpuasa.. 

Harini Elyass bangun lambat.. mama dah kemana-mana dah pun, dia masih mentido. Mungkin sebab semalam hujan hingga ke sahur... sejuk...sedap tidur ye..

Bangun-bangun.. tak mintak mandi macam biasa pun.. tunjuk-tunjuk dapur terus. Lapar la tu...

Apa ye nak masak untuk Elyass... simple dan dia pun suka makan.

Buat roti bakar dengan scrambled egg la. 



Tak abis makan pun.. banyak sangat rasanya..

Siap makan... jom mandi!! 

Yeayyy..

*Petang ni nak masak rendang ayam untuk berbuka. Wish me luck ye.. first time nak mencuba..๐Ÿ˜Š






16 June 2016

Mama bertukor ijaoo....

Assalamualaikum....

Lama dah mama tak berukar ijaoo pasal "satu perkara" ni.. last time dulu tika abang Eusoff umur 1 tahun 6 bulan... haaaa cerita itu ada sini... meh mengimbau memori..

Nanak mahu asah bakat kasi tajam... hehe

Malam tadi mende yang paling ditakuti Elyass akan buat saat-saat dia membesar ni.. terjadi jua akhirnya.. lama dah berjaga-jaga..berpesan-pesan pada papa dan abang Eusoff.. mata tak pernah lepas pandang tika memberi Elyass memegang "menda alah" tu.. (sentiasa bawah kawalan) akhirnya depan mama, papa dan abang... dia mencurahkan hasil seni di wallpaper bilik tidur mama papa dengan rakus sekali tanpa mama, papa dan abang perasan pun. ๐Ÿ˜ฃ

Waktu tu mama tengah memerhati abang membuat homework, papa pulak tengah bercakap di telefon. Biasanya kalau abang nak buat homework.. saat itu juga Elyass pasti nak pensil dan buku juga. Memang selalunya bagi je... tapi sentiasa berjaga-jaga dan berpesan-pesan kat mana je dia boleh conteng.

Tapi malam semalam... Elyass diluar kawalan mata-mata kami... dan dia menulis bukan di tempat sepatutnya..


Mama bertukar ijaoo tika dan saat tu.

Sempat babab tangan dia sedas dua.. sambil mulut mama berleter-leter dah.. mmmmm... nangis teresak-esak dia disitu sambil pandang mama sepertinya muka meminta ampun.


Mujur la pensil... gigih mama padam dengan pemadam dengan sangat berhati-hati... tak nak ada kesan cela di wallpaper tu..


Kesian plak kena babab tangan.. tapi patut rasanya beri sedikit pengajaran.. arap lepas-lepas ni dia beringat bila pegang pensil.

Abang Eusoff sangat behave pasal conteng-conteng dinding. Pernah sekali dia buat seperti di entry atas nun, abang pun kena babab tangan dengan mama.. macam Elyass kena.. lepas tu tak de dah.. Alhamdulillah. Dia belajar dari pengajaran yang dia dapat.. 

Harap Elyass ni pun sama.. Harap ini pertama dan terakhir ye nak...

Mama tak suka nak bertukar ijaoo nih.
Mama tak nak "marah" mama meninggalkan "cela" dihati anak-anak mama.... mmmmmm...

Maafkan mama ye abang Eusoff dan Elyass.

*Ijaoo - ijaoo pun sempat mintak papa cepat-cepat ambil telefon nak ambil gambar untuk kenang-kenangan..hihi.. takde la ijaoo mana pun sebenarnyaaaa.... masih under control..hehhe ☺








15 June 2016

Menyorok di sudut sambil peluk bantal

Assalamuikum...

Hari ke 10 berpuasa...


Sepagi mengerjakan rumah.. kemas-kemas mana yang patut. Kemas mainan abang dan adik yang berselerakan.. rimas melihat lego kecil-kecil di mana-mana.. terpijak ni sesungguhnya sakit tak terperi..

Siap semua... lega la mata ni.. fresh rasanya.

Teka, ketakutan melampau apakan yang mengakibatkan budak kecik ini menyorok di sudut dengan mata butang sambil erat-erat memeluk bantal...????


Yee... betul......

-vacum-

Selamat berpuasa semua...☺




14 June 2016

Elyass tak puasa ehhh...

Assalamualaikum...

Lama tak buat entry pasal cerita makan-makan Elyass..

Hari ni abang Eusoff ke sekolah dan papa ke office.. lepas sahur, terlena pula mama dengan Elyass, gara-gara stayback buat kerja-kerja design.. Jadi pagi tadi En.papa je uruskan abang ke sekolah.

Bangun-bangun tadi.. Elyass dah tarik-tarik baju dia.. itu tandanya minta nak mandi. Lepas mandi siap-siap pakai baju segala, tunjuk-tunjuk ke dapur.. itu tandanya minta nak makan.... Kalau nak minum je dia biasanya akan sebut "a'ann" sambil tangan tunjuk ke dapur.

Balance ayam masak merah semalam memang siap-siap simpan untuk Elyass seketul... dan buat scrambled egg sikit..

Sekarang.. Elyass makin tak suka makan nasi. 2-3 minggu ni nampak sangat dia seperti menolak nasi... kalau suap... dia muntahkan balik.. cuma pilih makan ayam/telur yang digaul dengan nasi tu je..

Mengikut mama ke..๐Ÿ˜ฎ??

Saya tak makan nasi.. start 2008 - 2016.. 9 tahun dah..

Mungkin kot..

Abang Eusoff 100% copy papa... hidup tak lengkap tanpa NASI. Makanan lain dia tak makan. Kalau makan pun sesuap dua je.. exactly mengikut papa..




Kemas-kemas bilik ke-3 awal puasa aritu.. terjumpa tray ikea ni. Lama dah beli untuk Eusoff guna waktu kecil-kecil dulu.. berpindah aritu susun celah-celah almari... dah terlupa..

Kebaikan guna tray ini... kurang sikit kerja mengelap menyapu lantai... nasi/air tumpah atas tray tu je.. siap makan angkat pergi singki dan basuh je tray tu..

Baju Elyass pun kurang kotor dah berbanding sebelum..

-Kalau makan tak duduk diam.. mesti kotor/basah baju, nasi air bersepah di lantai juga pun..... biasanya kalau anak-anak makan saya perati dan terus cakap "makan elok-elok..makan elok-elok.."

Harap bila dah sentiasa ajar gini..anak-anak behave sampai besar.. Insya Allah... 

-Saya sekadar berikhtiar-





Juadah berbuka :: minggu pertama Ramadhan 1437H

Assalamualaikum...

Part yang paling membahagiakan bila penat berperang tung..tang..tung..tang.. memasak didapur.. adalah, apabila suami dan anak-anak makan dengan penuh selera dan bertambah-tambah.

Hati kecil pasti berbunga-bunga bilamana abang Eusoff dengan ikhlasnya memuji masakan mama sedap.....

"Mmmmmm....sedapnya mama masak.."

Si kecil Elyass pula... diam-diam makan, sedar-sedar angkat pinggan nak tambah lagi..

Masak biasa-biasa saja.. tapi suami dan anak-anak rasa luar biasa sedap agaknya. Alhamdulillah.. Untuk kenangan... letak sini gambar seminggu juadah berbuka kami di Ramadhan ini.







6 Ramadhan spesial sikit menu berbuka sebab abang-abang saya berkunjung ke rumah untuk berbuka bersama-sama. Memang kena sediakan menu istimewa la. Cubaan pertama memasak nasi daging. Alhamdulillah memang menjadi! Serta ketupat sutong... teringat-ingat sampai hari ni. Aishhhh..Nanti nak repeat buat lagi...


7 Ramadhan, berbuka rumah abang.. menu nasi beriani.. saya gantung kuali..๐Ÿ˜Š




13 June 2016

Elyass tolong belikan bahan masak untukk berbuka????

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke dua berpuasa yakni hari ke-8 dah. Alhamdulillah.. 

Hari ke 7 berpuasa, saya gantung kuali.. berbuka kat rumah abang dengan menu nasi beriani.. Ya Allah sedapnya... nikmat Allah mana lagi yang mampu didustakan.

-Tiada-

Untuk hari ni menu berbuka ayam masak merah dan siakap goreng garing-garing untuk berbuka puasa dan air sirap bandung. Siap dah ayam masak merah dan air bandung.. kejap lagi goreng siakap je.

Awal-awal pagi tadi ada budak kecik dah tolong mama beli barang-barang dapur untuk masak berbuka. Berpagi-pagian menolak troli... penuh troli pulak tu.. 

Nampak ada ayam, daging, telur, kobis, tomato, lobak merah, jagung, terung.... dan macam-macam lagi la..

Senang hati mama harini tak yah nak ke kedai..sebab dah ada yang tolong belikan. Stok seminggu nampaknya nii...... best..best..best..

Terima kasih Kashfi Elyass..

Mama love you sayang..










11 June 2016

Update 6 hari Ramadhan..

Assalamualaikum...

Hari ini enam hari sudah berpuasa di bulan Ramadhan.. cepatnya masa berlalu pergi.. 


Nak upade secara pukal sahaja lah untuk enam hari perjalanan puasa....๐Ÿ˜Š


Abang Eusoff tak berpuasa lagi pun setakat ini.... hari pertama berpuasa cuba-cuba pujuk abang puasa sekerat hari.. dia tak nak.. awal-awal pagi bangun dah minta susu..๐Ÿ˜„ Ada hari-hari.. saya biarkan dia tengok tv..main mainan dengan Elyass, buat tulis-tulis sikit... sudahnya makan pukul 12.30 - 1.00... kira boleh bertahan setengah hari dah tu, tanpa dia sedar kan... Slow-slow.. tahun depan mungkin abang lebih reti dan boleh ajar puasa penuh sehari.

Berbaki seminggu cuti sekolah.. 2 hari kami hantar abang ke sekolah..Isnin dan Rabu. Hari-hari lain abang di rumah sahaja.. Mama perlukan dua hari tersebut untuk kemas rumah yang tengah berserabut.. tengah membaik pulih bilik ke-3 yang sangat-sangat sarat tuu.. punggah keluar semua barang.. berkampung elok di tengah ruang tamu sampai la ke hari ini.. sebelum di agih-agih pada yang memerlukan.

Elyass, seperti biasa, sibuk dengan rutin harian dia.. main..makan.. main kejar-kejar dengan abang.. puas main bergaduh pulak.. punca utama berebut mainan laaa. Tapi bila abang ada kat rumah ni nampak seronok sungguh dia ada geng.. sampai mama plak tak reti nak larang dah.. rumah bersepah tak nampak rupa dengan mainan semua diorang punggah.. Takpe la.. bagi peluang sempena abang cuti sekolah kannnn....

Berbuka puasa. Alhamdulillah.. tahun pertama setelah 7 tahun kahwin.. dapat sediakan sepenuhnya dengan air tangan sendiri. Bila tengok suami dan anak-anak makan berselera dan bertambah-tambah walaupun lauk biasa-biasa sahaja.. rasa satu kepuasan yang teramat sangat. Semoga saya istiqamah hingga ke penghujung Ramadhan.. Amin..

Teringin menjenguk ke bazar.. tapi masih belum sampai seru setakat hari ini. Dengar cerita makin mahal harga kuih muih ya... seram rasanya..










06 June 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Assalamualaikum...


Ramadhan yang ke enam dalam hidup abang Eusoff
Ramadhan yang ke dua dalam hidup Elyass

Alhamdulillah.. kami masih diberi kesempatan untuk melalui lagi bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog kecil kami.
Selamat berpuasa :)







02 June 2016

Misi menyiapkan homework lagi

Assalamualaikum...

Hari ke empat bercuti sekolah..
Misi menyiapkan homework lagi.


Esok, Sabtu dan Ahad nak berjalan-jalan.. tiga hari tak tengok homework pastinya... jadi hari ini abang perlu siapkan homework Matematik 6 pages. Fighting abang!!!!


Matematik sepertinya subject favourite abang. Macam mana tahu? Dia sendiri yang bagitahu.. "Mathematic is my favourite!"- tapi tak pasti lah sejauh mana kebenarannya... :) Memang nampak dia sangat excited waktu membuat kira-kira.. Harap sampai ke besar la hendaknya.. Amin...Amin.. Ya Allah!


Kalau subjek ini.. saya rilek sikit... pantau je dari jauh.. kalau kiraan salah.. saya betul kan. Selalu mulut laju mengira dari tangan yang menunjuk.. macam mana tak salah..๐Ÿ˜ฐ

Tugas rasmi Kashfi Elyass memang mengacau abang! Memang abang tahu itu.. dan terpaksa lah abang bertabah sikit.. Dalam ketabahan buat homework sambil adik kacau abang tu... siap juga homework Matematik. Sengeh sampai telinga satu lagi homework dah siap.. Hip..hip..horrayyy!!๐Ÿ˜Š


Tinggal 2 lagi homework tak siap -Bahasa Melayu dan latihan ABC.. kena siapkan sebelum pergi bercuti. Minggu depan kena buat latihan yang mama sediakan pulak.. Insya Allah..

Dah nak Ramadhan kita kan..? Alhamdulillah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015