29 April 2016

Elyass bantu mama sidai baju

Assalamualaikum...

Selamat pagi Jumaat... indah cuaca harini.. udara nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, bunyi kicauan burung, bunyi meoww sang kucing-kucing, buat hati Elyass gundah gulana mengintai-ngintai dari cermin sliding, nak menjenguk kucing agaknya.

Awal-awal pagi harini dah siap basuh baju, sidai baju dengan bantuan si kecil Elyass.. Slow sikit siap kerjanya.. tapi layankan aje laa... Duduk berdua, kena lah saling lengkap melengkapi.. kan Elyass...😊

Baju hasil satu hari semalam.. banyaknya baju abang Eusoff dan Elyass laaa...

Kecil-kecil ni ajar bantu membantu harapnya nanti bila sudah besar jadi anak yang ringan tulang nak menolong mama dan papa.. Insya Allah.

Entry tanpa gambar Elyass buat kerja memang tak best.. πŸ˜Š

Untuk kenangan kemudian hari mama tepek di sini kenangan anakanda Elyass, bantu mama sidai baju...

Tolak bakul dari dapur bawa ke depan.. sibuk dengan hanger-hanger sekali.

Ambil baju dan hanger satu-satu bagi mama.. memang slow la keje gini..

Dah bawah-bawah tak sampai dah.. jerit marah-marah sebab tak leh ambik dah..

Tada...siap dah jemur baju.. Baju dan hanger Elyass yang tolong hulurkan.. keje mama sangkut kat atas nun je..

Ya Allah... Penat hanya Allah sahaja yang tahu.. tapi saya happy sebab boleh tolong mama  Alhamdulillah..








27 April 2016

Orang Tranung kene panda makang keppok Lekor

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari pembaca blog kecil saya..

Breakfast Elyass pagi ni keropok lekor Tranung je. Nak suap nasi berlauk, (nasi putih, lauk ayam gulai) eleng-eleng kepala tak nak.. jadinya mama goreng keropok lekor, tiga ketul juga Elyass habiskan. Orang Tranung kang, kene lah panda makang keppok lekor Elyass orkkk :)



Selera Elyass tak seperti abang Eusoff. Dia boleh makan semua benda.. bukan nasi sahaja. Senang kerja mama, sediakan stok biskut/roti banyak-banyak kat rumah pun ok dah untuk Elyass ni. 

Abis makan, terus tidur.. kekenyangan sungguh gayanya. Sampai tika dan saat ini masih tak bangun pun.

Ok lah, nak sambung bekerja lagi!

Bai...








25 April 2016

Reunion Group Branok84 - Lopo Blue River, Hulu Langat Selangor

Assalamualaikum..

Weekend yang berlalu semalam adalah weekend yang super sibuk untuk Eusoff dan Elyass.
Terpaksa joint mama dan papa ke 2nd Reunion Group Beranok 84 di Lopo Blue River, Hulu Langat Selangor, 2 hari 1 malam. Haaaa... kantoi dah lah umur mama dan papa ye.. hihih..

Apa lah yang ada pada angka kan.... seandainya jiwa tetap muda remaja gittew... :)

Tak nak cerita panjang perihal reunion... yang pasti memori yang sangat indah untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Rasa keseronokan yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata.. Semangat setiakawan yang tiada tandingan, mungkin kerana kami sekampung dan membesar bersama-sama sebagai anak peneroka. Semoga ukhuwwah ini sentiasa berpanjang untuk selama-lamanya.. Insya Allah.

Nak tepek sikit gambar. Biar ia terpahat kukuh juga di sini.. dan di dalam hati.



Dan..abang Eusoff pun dapat jumpa kawan-kawan dia.. Mandi pool sama-sama dari celik mata sampai la ke petang nya.. setiap kali suruh stop dulu, naik... dan setiap kali itu lah dia merengek-rengek nak mandi pool dengan kawan-kawan lagi.. 

"Please..mama..."

Waktu nak balik, mama pulak rasa sedih..sebab bukan mama dengan papa sahaja yang terkesan dengan reunion ini.. tapi abang Eusoff pun terkesan sama... dapat kawan-kawan yang sekepala dengan dia.. setiap masa pun nak terjun kolam kejenya.... :)

Harap lepas ini abang boleh jumpa kawan-kawan abang tu lagi ye...?? Insya Allah..

Ini antara yang ada yang sempat bergambar


Sampai-sampai rumah... abang bisik,

"Mama, saya nak pergi holiday again.. tempat tadi tu..please...."

Hati mama berkaca, rasa rindu kawan-kawan sekampung yang baru berpisah semalam.. :(

video














21 April 2016

Selamat datang ke dapur Chef Elyass dengan resepi Cekodok manis

Assalamualaikum...


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian....,

Selamat datang ke dapur Chef Elyass. Menu istimewa saya hari ini adalah cekodok manis untuk makan petang. Mudah sahaja resepi saya ni...semuda ABC, 123. Bahan-bahan pun sikit sahaja yang diperlukan.

Bahan-bahannya adalah:

-Gandum secukup nak
-Gula secukup rasa
-Air secukup perlu


Campur semua bahan dan gaul rata sempurna. Jangan terlalu banyak air, bimbang cair..jangan terlalu kurang air nanti cekodok kerass.. :) Jangan terlebih gula nanti manissss, jangan terkurang gula nanti tak jadi la cekodok manis..hihihi

dan goreng sampai masak kekuning-kuningan..


Makan panas-panas sedap tauuu..! Tapi saya suruh mama tiupkan sebab saya tak leh makan kalau panas-panas sangat ni...


Bersambung lagi di lain episod, dalam rancang..................

"Selamat datang ke dapur Chef Elyas!!"


:)




20 April 2016

Mimpi sampai sekolah dah :)

Assalamualaikum...

Awal harini masuk SOHO.

Ada banyak kerja yang sedang berkejar untuk disiapkan. Jadi house manager, kerja rumah + kerja ofis juga.. Alhamdulillah.. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami.

Papa abang dah ke destinasi masing-masing. Mama slow-slow menyelesaikan tugas-tugas mama selaju mungkin. Sebab si kecil Elyass sedang sambung tidur saat dan ketika ini.

Shhhhhhhhh... Harap lama-lama sikit yee.. boleh mama laju-laju buat kerja.. :)


Siap mandi, siap pakai baju... minta pakaikan sock, minta nak galas bag sekolah.. minum susu... sudahnya mentido.... Agaknya mimpi dah sampai sekolah dah tuuuuu.... :)

Comel sangat!

Geget nak?????







19 April 2016

Air :: Ann

Assalamualaikum..

Rindu pada tuan empunya badan waktu kecil dulu...sekarang dah besar dahhh..

Kashfi Elyass dah pandai cakap sikit-sikit..

Mama
Papa
Abang

3 perkataan tu dah fasih sangat dah..cuma tambah sikit pelat-pelatnya bunyi comel sungguh. Rasa nak cubit-cubit mulut tuu... :p Ada satu perkataan ni.. dalam sehari berpuluh kali la dia sebut. Berpuluh kali tepuk, mama papa abang sebab nakkan benda alah ni kat dapur.

Ann = Air

Kenapa "Ann"? Mungkin nak sebut air la tuuu... tapi belum cukup matang lidahnya untuk menyebut. Jadilah bunyi "Ann" sahaja. Takpe, mama papa dan abang sudah faham bahasa Elyass..

"Kena tulis entry dalam blog pasal "Ann" ni mama, sebelum kita lupa. Sebab ini pun sebahagian dari kenangan pembesaran Elyass" -Papa

Supportive sangat kan papa Eusoff & Elyass??

Macam cerita ni; carita kecil-kecil abang Eusoff..zaman dahulu kala.. masih boleh baca dan geli hati pulak kenapa la abang panggil dengan perkataan ni.
Rere & abad
Guli :: rara

Abad = telur -waktu ni abang umur 3 tahun.

Terkini, panggilan telur abang bukan "abad" dah tapi "pat"..ye sampai sekarang umur 6 tahun.

Pat = telur






15 April 2016

Kashfi Elyass, budak kuat makan..

Assalamualaikum...

Makan pagi, saya akan suapkan Elyass sekali sewaktu suapkan abang makan pagi sebelum ke sekolah. Biasanya memang akan masak nasi sebab abang adalah "budak nasi" biasanya masak nasi goreng.. ada-ada masa nasi putih berlauk.. Pagi, biasanya dia makan sikit je.. 3-4 suap je..agaknya sebab masih sangat pagi kan..

Gambar ni, waktu makan petang.. makan nugget.

Dalam pukul 10.00 ~ 11.00 Elyass akan mintak biskut dan susu. Kat rumah memang kena ada je stok biskut.. kadang tak kira masa pun ke dapur sendiri dan tunjuk-tunjuk bekas biskut sambil bising mulut dalam bahasa dia. Berulang-ulang makan.. habis sekeping, ke dapur lagi minta sekeping lagi.. sampaikan kadang tu habis 4-5 keping. Suka sangat dengan biskut. Setakat hari ni, memang tak boleh takde biskut mery dan biskut tiger tu. Itu biskut favourite Elyass.

Sedap sangat sampai bolat mata Elyass...hahha

Tengah hari Elyass akan makan nasi . Lauk yang paling dia gemar kalau mama masak ayam masak kicap atau ayam masak lemak. Sesenduk kecil nasi memang boleh habis. Kalau mood makan dia sangat-sangat bermood, dia boleh makan sampai dua senduk kecil nasi tu. Kalau mood ala-ala je... dah siap-siap sediakan nasi tu.. dia boleh eleng kepala taknak makan.

Waktu petang, kalau tak berikan dia biskut... ada masa buat cekodok manis, malas sikit mama goreng nugget je.. semua pun Elyass makan..

Makan malam, Elyass akan makan nasi sama-sama dengan abang dan papa sekali. Waktu ini selera dia memang berganda-ganda..sebab makan nasi saing kan.. tengok abang bertambah, dia pun hulur pinggan sekali nak tambah.. nak lawan abang makan. Padahal nasi dia semua pun ke lantai.. berapa biji sangat la masuk mulut pun.

Biasanya saya akan suap Elyass, baru lah dia akan betul-betul makan. Kalau tak dia bagi lantai je makan nasi-nasi tuu.. :p

Untuk makan Elyass, sedikit mudah berbanding abang.. Semua benda pun Elyass boleh makan.. tak memilih.. sayur pun dia boleh telan, kalau dah gaul-gaul dengan nasi. Macam abang, sayur sikit je.. dah muntahkan balik semua yang dia makan tadi. Lain anak-lain ragamnya..

Tolong mama hantar pinggan kat singki..Good job..good job..

Tolong mama hantar gelas kat singki.. Such a good boy!

Duduk dengan mama seharian, memang saya akan suruh Elyass membantu apa yang dirasakan dia boleh buat. Hantar pinggan dan gelas ke singki.. (seperti gambar di atas), ambil air sendiri di mesin Coway (air saya dah siap-siap isikan dalam gelas), masukkan balik mainan-mainan yang dia main ke dalam box mainan balik... tolong mama lapkan air yang dia sendiri tumpahkan, kutip nasi-nasi yang jatuh di lantai selepas siap makan.

Semua tu...dia boleh buat bila disuruh..

Bukan nak mengarah-ngarah.. tapi nak ajar Elyass, boleh membantu mama apabila mama perlukan bantuan.. Orang kata, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Kannnn...........







14 April 2016

Abang Eusoff demam, batuk dan selsema

Assalamualaikum..

Abang Eusoff demam, batuk dan selsema.

Start tak sihat waktu di sekolah hari Selasa lagi. Sementara menunggu abang dan papa sampai rumah petang selasa tu, papa whatsup gambar abang longlai di pangkuan papa dalam perjalanan balik rumah. Sedih pulak.. sebab abang kalau demam memang berhari-hari..sebab susah makan ubat. Kena gaya pujuk baru makan.

Malam tu dalam demam melepek je kat katil.. abang mintak nak buat homework. Katanya kena siapkan nanti teacher marah. Hati mama dan papa, terharu sungguh rasa.. sebab tengok daripada keadaan, abang demam dengan badan sangat panas tambah batuk dan selsema, nampak sangat lemah.. tapi masih juga minta nak siapkan homework yang dia dapat haritu. Cekal sangat gayanya.. Alhamdulillah.. mama papa suka.. Kekalkan! :p

Mama, papa bagikan je.. sebab dia bersungguh... Dalam payah, badan tak sihat tu..abang siapkan juga homework matematik dua pages. Dalam payah, abang gigih mengira tambah nombor dengan alat kira-kira.. Walaupun kiraan mulut tak selari dengan kiraan jari tarik bola-bola tu.. Takpe mama, papa bantu mana yang salah.. Siap je homework, abang minta nak tidur dalam bilik mama, papa malam tu.. 





Hari Rabu, abang masih demam, batuk, selsema dan hari ini pun masih sama.. dah dua hari abang tak bersekolah. Tiap-tiap hari pun sebut homework yang dah siap tu tak hantar lagi kat teacher. 

Takpe esok Jumaat, harapnya abang dah sihat sepenuhnya. Insya Allah..

Homework esok boleh hantar. Esok mesti abang dapat homework dua kali ganda pula dari teacher yang kena buat weekend nanti. Ye laaa.. dah cuti dua hari kan?

Bertabahlah abang...hihi..






12 April 2016

"sedapnya mama masak..mmmm..sedap...!!" -Abang Eusoff

Assalamualaikum..

Berpagi-pagian mengadap pc harini. Awal sikit masuk office... ada kerja yang perlu disettlekan awal-awal pagi. Sambil-sambil tu boleh la update blog sekali... :)

Sekarang jarang bercerita tentang abang Eusoff.. maaf ye abang sayang....


Abang Eusoff sekarang masih menjalani rutin harian seperti dulu-dulu.. awal pagi ke sekolah dengan papa, dan balik rumah belah petang dengan papa juga. Pagi bersekolah, dan petang daycare.

Cuma rutin makan dulu-dulu, tiap-tiap hari singgah kedai breakfast dan dinner, tak de dah... breakfast makan kat rumah je.. tiap-tiap hari bekalkan abang untuk bekal sekolah. Balik sekolah petang, makan malam kat rumah je. Alhamdulillah... masa kerja dulu rasa tak mampu nak buat, eh..eh..eh.. bila dah jadi house manager nih.. boleh laaaa.... :)

First day haritu, abang Eusoff macam buat perangai.., minta nak makan kat kedai. Minta nak makan nasi goreng pattaya... Masa tu semacam ada satu rasa kecewa sangat sebab abang tolak mentah-mentah apa yang saya masak. Bertegas nak makan kat kedai seperti kebiasaan. Cuba pujuk, cakap elok-elok..pelan-pelan.. sambil peluk... cium-cium sikit, cakap, "mama masak sedap-sedap ni... untuk anak kesayangan mama...cuba rasa, sedap... abang kan suka mama masak..." Memang last-last makan juge.. abis sepinggan. Siap minta lagi nak tambah pun. Abang macam tu lah cara pujuk dia. Kena pujuk elok-elok.. hati dia cepat je cairnya. 

Sampai la ke hari ni pun, dia dah tahu.. makan kat rumah yang mama masak. Dia akan makan bertambah-tambah... sambil makan tu, sambil bagitahu mama, "sedapnya mama masak..mmmm..sedap..." Luruh hati..jantung mama ni tiap-tiap hari, sebab selalu sangat dapat pujian sekarang ni..

Sekarang, kalo nak offer beli makan kat luar, abang pulak dah yang paksa mama masak.. tak nak makan kat kedai katanya..hahahha...

Ada-ada masa, especially weekend, bila keluar beraktiviti.. ada juga la makan kat luar.. bukan la nak berbekal juga dari rumah kannn...hihi

Alhamdulillah...

Seronok dengan rutin harian sebagai house manager..
Semoga untuk masa-masa mendatang bertambah-tambah seronok..

Ya Allah..permudahkan lah..

Amin.








11 April 2016

Cuaca panas & Elyass cucuk satu tahun setengah..

Assalamualaikum..

Panasnya cuaca kat luar.. kat dalam rumah pun terasa bahangnya.. Mujur lah ada aircond, waktu panas melampau boleh buka untuk berikan rasa dingin. Jika tidak bersauna dalam rumah la gayanya mama dan anak kecil sorang ni. 

Cuma part baju jemuran, seronok sangat..sebab jemur sekejap dah boleh angkat lipat dah. Tak perlu tunggu lama-lama menjemur seharian. Lancar kerja urusan kain baju sekarang ni. Tak menggunung ganang macam dolu-dolu... :)

Cuaca-cuaca panas ni, sedap dapat pekena ais krim. Memang gemar sangat dak kecik ni makan ais krim. Tapi tak abis pun satu tu..mama jugak yang kena abiskan.


Pagi tadi cucuk 1 tahun setengah Elyass.. bimbang sangat dia menjerit-jerit sakit kena cucuk.. tapi sangat mengejutkan dia relaks je.. tak dengar suara langsung..menangis lagi la tak... Tak sakit agaknya kot eh..? macam kena gigit nyamuk je kot.. mama dan papa yang lebih-lebih pegang anak sambil tutup mata.. :p


:)





10 April 2016

Sebelum & Selepas :: bersih bilik anak-anak

Assalamualaikum...

Banyak gambar bilik tidur juga bilik mainan abang Eusoff dan Elyass yang saya tepek kat dalam ni nampak bersih..kemas...tersusun...rapi... aje kan?

Bila dah bersih mengemas, lepas tu confirm la akan ambil gambar. Untuk simpanan.. Bila ada idea nak menulis nanti berguna juga gambar-gambar tu. Bilik waktu bersepah, huru dan hara, lintang pukang pun ada juga saya ambil...ada...ada..... cuma jarang sangat update menda-menda yang tak berkemas, tak tersusun, yang huru dan hara..

Buka apa... tak best pulak pembaca blog kecil ini mendapat aura-aura tak best kann...

Haaa..tapi hari ni saya nak reveal la sekali (Jarang-jarang sekali je... boleh yerr???) hihihih. Tahap yang maha teruk dah nih.. Lintang pukang habis... :) Gambar ni, diorang main ramai-ramai.. berkebetulan sepupu-sepupu ada datang, dan berkebetulan juga anak-anak kawan mama datang rumah. Puas hati diorang main waktu ni. Suka pula saya tengok..

Sebelum...


Selepas...


Penat mengemas? Sikit laaa...hahahha

Tapi dak kecik berdua tu pun kena menolong sama la.. mana aci, dorang yang sepahkan.. mama sorang yang kene kemaskan...

Tolong menolong ye anak-anak mama.... :)



09 April 2016

Selamat berhujung minggu, Syukur dengan segala nikmat-Nya..

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu... Seronoknya cuti kan... Dulu waktu bekerja, hari Sabtu dan Ahad memang hari yang sangat-sangat dinanti. Nak rehat puas-puas! Nak main ngan anak-anak puas-puas! Nak sediakan masakan yang special dari hari biasa yang best-best!... nak keluar jalan-jalan dengan suami dan anak-anak..nak gi tempat best-best!

Sekarang tak bekerja, perasaan sama juga tetap saya rasa. Tak ada beza pun.. tetap saya plan nak rehat santai-santai dengan suami dan anak-anak, nak habiskan masa bermain-main dengan anak-anak, plan juga nak masakkan masakan yang best sikit berbanding hari-hari biasa... 

Lagi bertambah seronok sebab en.papa kata hari minggu, hari untuk mama berehat sepenuhnya.. sebab hari biasa mama dah penat uruskan Elyass, uruskan rumah tangga, uruskan makan minum suami dan anak-anak. en.papa pun dah plan nak jalan-jalan hujung minggu.... (Walaupun saya tak kisah sangat pun.. sebab hari biasa, saya cukup rehat dah sebenarnya). 

Syukur Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat memahami..

Apalagi nikmat Allah yang mampu saya dustakan?? Tiada......
Syukur dengan nikmat rezeki, nikmat diberikan suami memahami dan anak-anak comel, sihat, cergas, cerdas... nikmat keharmonian rumah tangga juga..

Alhamdulillah..

Yang pasti.. saya perlu terus positif dengan tugas seorang House Manager :)

Selit gambar curi dari abang Eusoff.. Guna hp mama pulak tu.. abangrazzi betul tauu dia ni..



:)







08 April 2016

Acara melipat baju dengan Elyass

Assalamualaikum..

Settle dah melipat 2 bakul kain yang menimbun.. seperti yang memang dah diduga... kerja melipat kain baju sangat lah mencabar jika diteman si Kashfi Elyass sorang ni. Suka nak menolong sama...


Kain baju yang mama dah lipat elok-elok ditolongnya punggah balik... Urut dada dah mama kamu ni Elyass.. marah sikit pandai pulak buat muka kesian.. Mama diam..buat-buat tak layan dia, konon-konon macam nak marah laaa, pandai pulak datang dekat bagi mama ciuman setepek kat pipi pastu tepuk-tepuk mama, sambil panggil "Ma!..ma!..maa!" Hehehhe.. terus tak jadi marah sebab comel sangat!

Dalam melipat kain baju sambil melayan Elyass kesana sini hangkut baju yang mama nak lipat, punggah kain baju yang mama dah siap lipat.. tolak bakul.. isi pulak bakul dengan kain... laju-laju mama ambik kain-kain yang dia hangkut.. laju-laju lipat akhirnya siap juga 3 bakul tu.


Fuhhhh...lap peluh!! Patut menang award dah mama nih.. supa tangan sotong dah rasa. 

Ini cerita abang Eusoff tolong mama melipat baju. Umur 3 tahun abang Eusoff waktu ini. Sama perangai juge bila baca balik kisah lama ni.. Memang mengacau juga waktu mama melipat kain baju. Dah nak budak-budak kan.. macam ni la ragamnya.

Acara melipat baju

:)



06 April 2016

Jom jogging dengan Elyass...

Assalamualaikum...

Duduk kat rumah je seawal buka mata hingga la ke malamnya pula tanpa dapat menghirup udara segar luar rumah sangat la tak best. Saya yang tua ni pun rasa seperti itu, apatah lagi anak kecil seusia Elyass. 



Sebab tu dalam jadual harian saya rasa perlu masukkan aktiviti jogging setiap petang. Berlari-lari anak mengejar Elyass.. dapat dua pusingan taman perumahan ni memang dah berpeluh satu badan. Elyass lagi lah berpeluh.. kejar cat.. kejar bird..sambil mulut bising jerit-jerit bahasa dia.



Datang angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman rasanya. Rasa sihat dan segar.. Alhamdulillah.

Sambil-sambil menghirup udara segar..sambil-sambil mengeluarkan peluh.. sambil-sambil memperkenalkan Elyass dengan keindahan alam ciptaan Allah. Pokok, daun, kucing, burung, awan, air... dan banyak lagi apa yang nampak depan mata sepanjang berlari-lari anak tu. Sambil-sambil menunggu papa dan abang Eusoff balik dari kerja dan sekolah juga..

Banyak sambil-sambilnya..hihi



Elyass seronok... mama pun seronok sama..
Semoga mama konsisten dengan jadual yang mama dah buat.

Amin..amin..amin..







05 April 2016

Deep cleaning :: Sudut mainan dan rak buku anak-anak

Assalamualaikum...

Semalam, sehari sebagai house manager.

Check list nak buat banyak, daya upaya nak buat tu tak tahu takat mana mampu sebabnya assistant saya ni, sibuk nak membantu sama. Ringan tangan sungguh.. memang boleh dipuji! Cuma mama takkan sempat la nak kejar schedule kerja yang mama dah buat kalau comeyy sibuk nak membantu sangat niii.. :) Kerja yang sepatutnya boleh siap 1-2 jam, mama ambik masa 1 hari tau..

Hari ini, hari untuk membuat kerja pembersihan 1 rumah, termasuklah sudut mainan dan rak buku anak-anak. Tengok la mana yang aje yang sempat dulu. 

Sebenarnya lama dah geram ke habuk-habuk di rak mainan dan rak buku anak-anak. Cuma masa je yang takde.. Sekarang dah ada masa, so.. tugasan utama hari ini :: Deep Cleaning - Sudut mainan dan rak buku anak-anak.

Turunkan storage mainan, lap habuk yang dah menempel 2-3 bulan disitu. Lap sebersih-bersihnya. Kain lap warna puth dah bertukar hitam dah pun, ish..ish..ish... Mainan saya longgokkan setempat. Mana yang dah pecah dan rosak, kumpul dalam satu plastik bag untuk dibuang. Mainan yang masih elok dan masih melepasi tahap piawaian elok dan selamat, saya sorting balik mengikut kategori. Sesudah itu saya letak balik kotak-kotak tersebut di atas rak.. Settle satu bahagian!




 

Bahagian rak buku, ambil masa lama, berfikir... kat bahagian mana saya nak bermula?? Banyak sangat benda bertenggek di sana-sini. Buku lintang pukang kedudukan. Abang Eusoff dan Elyass, pakat tarik je buku yang diorang nak. Bila suruh simpan.. mereka sumbat je ikut suka hati. Resit-resit, dokumen-dokumen, surat menyurat, bill-bill pun banyak yang tak sempat nak filing, lipat dan selit-selit je mana-mana pun..... asal duduknya di situ :p

Tarik napas, hembus napas, jom lah mula..


Semua isi rak buku, angkat turun semua. Masa ni khidmat Elyass sangat lah membantu. Mana-mana buku kecil-kecil tu..suruh je dia bawa keluar.. memang rajin, keluar masuk, keluar masuk tolong mamanya ni.. Rak buku lagi dahsyat habuk dan debunya.. seram tengok.. mengelap sambil hachum-hacchuum dah pun.. Atas rak yang paling atas pun lap habis.. kasi bersih-sebersihnya .. 

Kosongkan dan sedia untuk lap habuk/debu

Segala isi yang telah dikeluarkan.. 

Dalam box, berisi dokumen-dokumen yang perlu difiling

Mulakan dengan susun buku-buku abang Eusoff.. susun ikut kategori. Susun ikut tinggi rendah.. Seterusnya, resit-resit, bill-bill.. mana yang boleh dibuang, masukkan dalam satu plastik. Mana yang patut disimpan, filing elok-elok dalam file masing-masing.. Betapa tak ada masa, banyak dokumen dari 2015 yang belum filing, termasuk lah dokumen pembelian rumah.. So, hari ini, hari menfiling juga. 

Part yang paling sangat cerewet adalah membersihkan dan menyusun elok-elok segala alat tulis dan sepupu sepapatnya. Mana pensil dan pensil warna kena sharpkan. Senang abang nak menulis, mewarna. Susun mengikut bekas masing-masing. Sebelum ni, bercampuk adur segala.. ikut letak je dalam bekas mana pun.

Tengok tangan si kecil yang sedang "membantu"
Bila dah siap susun elok-elok atas rak.. sedap mata memandang. Nak cari apa-apa pun mudah sebab semua terletak, tersusun elok mengikut kategori. Tuju dan ambik je. Yang penting, bebas dari habuk untuk sementara waktu. 2-3 bulan lagi kena repeat deep cleaning lagi. 2-3 minggu lagi perlukan susun atur semula sebab yang pastinya kawasan ini pasti akan berserabut kembali.

Bertabah la mama... :)

Rak mainan dan rak buku, selepas operasi pembersihan

1. Pen/mechanical pensil 2. Pensil warna 3. Pensil 4. Gam/Gunting/Pembaris/Pemadam/Penggorek

Atas- Al-Quran, buku latihan dan buku kerja abang & Bawah- buku mama dan file-file rumah -tumpang sekaki

Nak tahu berapa lama masa untuk kerja-kerja pembersihan sudut mainan dan rak buku anak-anak ni?? Seawal pagi.. dan betul-betul siap pukul 5.00ptg.. :p
Terima kasih duhai pembantu yang sangat setia.. KASHFI ELYASS..


Nak baca cerita pasal kerja pembersihan rak buku abang sebelum-sebelum ini?
Kat sini ceritanya - Jom kemas rak buku dan alatan belajar Eusoff











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015