31 January 2016

Saat yang bakal dirindui...

Assalamualaikum...

Harini cerah cuaca di luar sana. Alhamdulillah.. sempat la kering baju jemuran mama kat luar harapnya..

Dua beradik ni elok main berdua pagi ni...
Senyap je.. jenguk-jenguk tengah bizi bermain.. memang mama tak lepas peluang la terus ambik hp laju-laju. Nak ambil gambar la apa lagi...kihkihkih


Saat-saat diorang kecil seperti ini, pasti bakal dirindu bila diorang dah besar nanti... waktu tu mungkin diorang dah merantau kemana-mana dah, belajar atau sudah bekerja, atau dah bekerluarga sendiri pun!.

Harap masa jangan terlalu cepat berlalu..

Amin...



Maafkan abang adik.. abang tumpang main kejap je!

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog kecil ini. Hujung minggu yang sedikit boring untuk Eusoff dan Elyass sebab papa kena bekerja...

Mujurlah abang Eusoff ada adik, Elyass.. dan Elyass ada abang, Eusoff.. ada geng nak bermain.. ada geng untuk kejar mengejar.. ada geng nak bergaduh-gaduh rebutkan mainan.

Mainan abang tengah main juga la yang paling-paling menarik di mata Elyass.. Menarik sungguh!! Sampai tahap abang stress teramat sangat kadang-kadang tuu... tak tahu nak lari mana dah nak susun-susun mainan nak main ni!

Salah satu keadaan saat paling tenang untuk abang dapat main adalah bila adik Elyass tidur.. wahhhhhh... memang boleh sakan la bermain tanpa gangguan.. umpama donia ini ana yang punyaaaa... hohohoho


Siap boleh numpang-numpang main kat badan si adik lagi... leh lompat-lompatkan superhero atas perut adik lagi... wah..wah...wah!


Maafkan abang ye adik... abang tumpang main kejap aje..

Abang nak gunakan saat ini dengan sebaik-mungkin.. peace yo..

:)



27 January 2016

"Bag sekolah" untuk Elyass

Assalamualaikum..

Semenjak buka sekolah Januari aritu, tiap-tiap pagi bila abang Eusoff bersiap-siap nak ke sekolah.. Elyass pun bersiap-siap nak galas bag sekolah abang juge.

Tak dapat bag abang yang baru, tarik tangan mama ajak ambikkan bag sekolah abang yang lama. Nak juga galas biarpun bag besar dari tuannya.

Bermula dari itu, kami mula mencari-cari "bag sekolah" untuk Elyass. Susah nak jumpa yang berkenan di hati. Kalau ada pun mahal sungguh.. tak padan dengan bag yang kecil sangat je..

Aritu sewaktu kami ke Cameron Highland, menghadiri majlis kahwin sepupu.. kami terjumpa satu kedai menjual pelbagai jenis cenderamata termasuklah bag comel ini. Harga pun ok.

Terus beli satu. Kami pilih "Monkey" sebab rasa comel je bila Elyass galas nanti!




Mujur la tuan bag berkenan sangat-sangat. Tiap-tiap hari pun galas bag ni.. Dah jadi bag ke rumah pengasuh pun.. isi baju dan pampers.


Extra cute la awak Elyass!!!!!

Love you.


Breath in! Breath out! Move on!!!!

Assalamualaikum...

Mama Eusoff dan Elyass melalui hari-hari yang sedikit sukar seminggu dua ini. Alhamdulillah dalam sukar itu, segalanya sudah beransur selesai...

Betul la orang kata, hidup adalah sebuah perjalanan yang harus dihadapi, bukan masalah yang harus ditakuti..

Breath in, breath out! Move on!

Mujur ada anak-anak dan suami penguat hati penenang jiwa mama. Terima kasih sayang-sayang mama.


4 bag yang bersusun di sini setiap hari bekerja tanpa gagal! :)

Grab and go!

Semoga perjalanan hari kami dipermudahkan Allah. Amin.....


24 January 2016

It'sunny day!! Bawa la kami keluar mama...

Assalamualaikum...

Update di hari minggu lagi... Hari ke-2 hanya di rumah sahaja. Eusoff Elyass nampak boring sangat-sangat dah.

Papa outstation 3 hari.


Anak-anak bangun awal..mungkin sebab malam tadi masing-masing lena awal. Rutin awal pagi mama, buka semua langsir bagi cerah bilik dan seluruh rumah.

Abang Eusoff kata; " It's sunny day!...mama jom jalan-jalan!"

Hihi..mama tak gigih sebenarnya bawak kamu berdua tanpa papa.. banyak sangat kerenah nanti.. adik nangis nak dilepas bebas.. abang nak itu tak dan-dan!

Kita di rumah sahaja ye anak-anak? Tunggu papa balik petang nanti, kita jalan-jalan..


Sepagi ni Eusoff Elyass main-main basikal, traktor je dalam rumah.. sementara tunggu papa sampai..

Selamat berhujung minggu.. Esok cuti lagi..yeayyyy!!


23 January 2016

Hari minggu, hari main mainan!!

Assalamualaikum...


Hari minggu hari pelepasan untuk mainan-mainan ini bermaharaja lela di rumah. Nampak sikit aje.. sebab mana yang favourite je abang Eusoff dan Elyass angkut keluar. Yang tak gemar.. tak terusik pun!

Mula-mula sepahkan dalam bilik je, mama warning.. mainan tak boleh lepas keluar dari pintu bilik tau.... mama buat garisan dengan kaki..

Abang kata, "Ok mama!"


Dah Elyass slow-slow angkut..satu-satu bawak keluar tanpa mama sedar.. abang pun ikut bawa keluar sekali.. sudahnya berkampung lah diorang kat ruang tamu comel tu... takpe la.. asal kamu dan kamu tak ganggu mama buat kerja yee..

Mustahil sangat la mama tak kena ganggu ye..hehhe...

Kejap-kejap Elyass jenguk ke dapur check mama buat pe.. Bawak sekali mainan..susun-susun atas rak hyllis mama kat dapur tu. Sudahnya mainan sampai kat dapur dah pun..!

Sabar...sabar... Sabar je laa..





19 January 2016

Jadual harian (Isnin - Jumaat) abang Eusoff

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog kecil saya.. Semoga sihat sentiasa hendaknya.

2-3 hari ni, blog kecil saya sepi tanpa cerita anak-anak.. Bila mama Eusoff Elyass sangat-sangat sibuk.. ini la jadinya.. Tapi takpe, mama list down dulu.. nanti mama free, mama akan tulis cerita-cerita kamu di sini ye..?

Malam ni curi masa sikit.. update guna hp. Lebih mudah. Sesambil tidurkan Elyass, pun boleh..

Homework - 19/01/2016 -Bahasa Melayu & English

Saat-saat terlampau sibuk dengan urusan seharian buat kita lupa tanggungjawab kepada anak-anak. Nauzubillah!

Untuk tahun 2016, doa saya agar Allah berikan saya kekuatan untuk konsisten setiap hari mengikut jadual yang saya sendiri telah tetapkan untuk abang Eusoff.

Alhamdulillah.. abang boleh ikut jadual tu. Cuma ada-ada masa ngelat juga.. takpe lah.. ajaran bukan boleh terus dengan paksaan. Jadikan kebiasaan dulu.. lama-lama nanti insya Allah jadi rutin!

Balik dari sekolah saya pasti akan bertanya abang Eusoff;

"Sampai rumah nanti, apa yang abang perlu buat dulu?"

Dia akan bilang dengan jari, setiap satu jadual harian balik dari sekolah.. (Isnin - Jumaat)

1- Mandi
2- Gosok gigi
3- Solat
4- Baca Iqra'
5- Buat home work (jika ada) / Ulangkaji
6- Tengok laptop / tv
7- Tidur

Item no. 6 benda yang sangat-sangat abang pujuk rayu papa dan mama..

No 1 - 5 complete, dapat la ganjaran untuk no. 6. Kalo tak complete.. takde harapan la. (Terpaksa guna kaedah ugutan sikit.. baru jalan) Takpe la.. abang dah cuba ikut jadual yang papa mama atur, tak salah untuk sedikit ganjaran.

Sabtu - Ahad
Jadual abang sedikit free and easy.

Setakat ini, jadual masih berjalan seperti yang dijadualkan.. ada-ada masa berubah juga mengikut keadaan. Tapi Alhamdulillah antara "papa dan mama" perlu sokongan sesama sendiri..

Semoga kami terus konsisten.
Insya Allah..






15 January 2016

Eusoff dan Elyass menerima kunjungan Angah Adam!

Assalamualaikum...

Hari ni seronok sungguh abang Eusoff dan Elyass... menerima kunjungan angah Adam Mukhriz. Elyass yang dah tidur pun boleh bangun balik.. sekarang dah 11.42pm pun dua beradik tu tak nampak gaya mengantuk lagi. Mencabar gayanya esok kejutkan abang bangun pagi ke sekolah.

Takpe la... mama bagi peluang..main puas-puas ngan angah.

Esok pagi-pagi angah nak balik dah...




Elok pulak 2 beradik tu mengadap angah... tunggu angah siap pasangkan lego bot.

"Angah hebat!" Kata abang Eusoff; sebab pandai pasang lego.. :)




11 January 2016

Abang Eusoff dah ingat nama papa dan mama..!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... habis waktu bekerja memang saat yang sangat ditunggu-tunggu. Masa untuk bertemu anak-anak. Pandang wajah diorang.. hilang segalan tekanan kerja seharian.

Abang Eusoff monday blues pagi tadi.. gara-gara tak dapat breakfast dulu. Biasanya memang tak breakfast pun.. cuma tapaukan bekal je. Jarang-jarang sekali ikutkan juga permintaan abang, cuma pagi tadi agak terlewat jadi tak dapat penuhi permintaan abang.. moody sampai ke sekolah..

Berbalik kepada tajuk entry.

Excited sungguh first time mama dengar.. tak tahu bila abang dah hafal nama-nama kami.. nama dia sendiri dan nama adik memang dah lama abang tahu.. cuma tang nama papa dan mama tuuu.... hehehe...

video

Sesungguhnya abang dah sangat-sangat besar dah..! Sekejap sungguh 5 tahun berlalu :)




10 January 2016

"Syafakallah atok" -abang Eusoff & Elyass

Assalamualaikum..

Update menggunakan hp je..

Kami sekarang di Hospital Bentong.. melawat atok. Atok masih tak boleh keluar hospital lagi.. sehari dua nanti harap-harap atok boleh keluar. Insya Allah.

Abang Eusoff bersungguh-sungguh nak tengok atok.. "Ciannn atok.." katanya..

Susah betul nak melawat... mana-mana hospital pun tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke wad. Kami faham.. mesti ada sebab undang-undang begitu kan..?

Tapi mama papa keraskan jugak.. seludup masuk budak dua ketul ni jumpa atok.. atok rindu cucu-cucu.. cucu-cucu pun rindu nak jumpa atok.. especially abang Eusoff la..


Abang Eusoff tanya.. "mana doktor mama?" Tuuuu.. mama tunjuk. Dia jawab "doktor tu superhero kan mama?" Hihi.. mama iye kan aje.... soalan-soalan yang tak terduga keluar dari mulu abang.. heheh..

Kejap je dapat jenguk atok..pastu ada guard datang mintak kerjasama bawak abang Eusoff dan Elyass keluar dah! Alaaaaa...

Atok cepat-cepat baik ye..! Abang Eusoff dan Elyass sayang atok. Mama dan papa pun sayang atok juga!

Papa terus sambung teman atok kat wad; mana kala si kecil dua orang ni... di sini;






09 January 2016

Mereka bergabung! Meletop! :)

Assalamualaikum..

Tiap-tiap hari dah rasa seperti satu kemestian, update cerita mengenai anak-anak. Mencatat memori di sini. Boleh kan..? Tak menggangu ketenteraman sesiapa yang membaca kan? Disini umpama diari kehidupan kami. 

Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa tanamkan rasa kasih, rasa sayang ke dalam hati mama dan papa untuk terus mendidik, membimbing dan membesarkan Eusoff dan Elyass.. Setakat mana Allah izinkan.

Semoga dalam hati kecil anak-anak ini juga Allah tanamkan rasa kasih, rasa sayang, rasa "perlu" mereka kepada kami.. bukan hanya sewaktu kecil ini, tapi sehingga la mereka besar nanti... Sewaktu mama dan papa sudah tidak berdaya nanti.. Insya Allah.. Amin..Amin....

Makin membesar abang Eusoff dan Elyass.. makin nampak keserasian antara mereka. Mereka dah jadi geng! Yeahhhhhh...

Bergabung!! Meletop!!

Bukti... jom tengok video pendek ini..hihhhii..

video

Rumah sekarang bising dengan gelak tawa dorang je.. Biasanya, penghujung kepada gelak-gelak tu akan berakhir dengan menangis. Dah aksi tolak menolak, panjat memanjat, kejar mengejar, akhirnya ada la salah sorang yang dapat sakitnya.  Biasanya adik.. tapi jarang sekali abang pun merasa jugee..

Dah hilang sakit, boleh pulak sambung bergelak balik.. Hai la anak....

Satu ciuman untuk abang

Cubaan memanjat abang

Ok..kaki sebelah dah naik atas da...

Yeayyy dapat!!

Bila tengok dua beradik yang makin membesar ni.. terasa sayu dihati..membesar dengan pengasuh, dari lahir hingga la ke hari ini. Abang pulak 3 tahun kebelakang ini, menghabiskan banyak masa dengan teacher di sekolah. Bila agaknya mama mampu sepenuhnya menjaga kamu berdua ye..? Sepenuhnya.... Insya Allah.. suatu masa nanti! 

Doakan saya..








 

08 January 2016

Atok kami tak sihat...doakan ye.. -Eusoff & Elyass

Assalamualaikum..

Eusoff, Elyass hanya ada atok dan aki je dah.. atok dan wan kami dah tak ade.. Kadang terbayang-bayang, jika arwah atok dan wan masih ada, mesti Eusoff, Elyass manja sangat-sangat dengan mereka. Pasti!

Tinggal sekarang, hanya atok dan aki je.. Alhamdulillah.. masih ada tempat untuk Eusoff, Elyass bermanja.. Walaupun manja dengan atok, aki lelaki ni, takde la semanja dengan atok dan wan perempuan..

Elyass main dengan atok..

Atok Eusoff, Elyass tidak sihat semenjak dua menjak ni. Tekanan darah tinggi dan bacaan kencing manis yang tinggi.. Demam lama, melarat 3-4 hari... 

Sedihnya..

Semakin berusia, semakin ketahanan tubuh badan kurang.. Doakan atok Eusoff dan Elyass sihat seperti sediakala ye....

Kami sayang atok kami..


07 January 2016

Gunting rambut :: Kashfi Elyass

Assalamualaikum..

31 Dec 2015, hari terakhir di tahun lepas. Melihatkan rambut Elyass dah panjang dan tuan rambut sendiri pun dah naik rimas, jadi tiba masanya untuk potong pendek..


Harus la 3K {Kamarul, Khilfi dan Kashfi} posing dulu...

Papa kata, sayang la.. rambut korea tu....hihi

Korea tak korea, serabut sangat dah nengoknya..! Erkk.. Korea ke??! :p

Bila diingat balik zaman abang Eusoff sebesar Elyass dulu, bawak gunting rambut..umpama ke medan perang.... Tapi Kashfi Elyass lain.....lain sangat!

Sedikit mudah... wink! wink!


Masuk kedai gunting rambut, terus letakkan dia di kerusi. (kerusi dewasa dilapik papan untuk tinggikan ) Duduk tegap tak bergerak sambil sengeh-sengeh tengok cermin depan. Tengok kiri tengok kanan.. senyum... Uncle pasangkan kain di leher untuk cover seluruh badan tu... dia perati je kot cermin.. rilek.. cool jer...


Cool kan?? Siap naik-naik kening, senyum-senyum tengok cermin.

Start bunyi mesin.. dah nampak gaya tak senang duduk. Start je mesin potong rambut dah mula nangis.. kena mama pegangkan juga la.. Tapi Elyass tetap di kerusi. Menangis di kerusi tidak berganjak pun. Mama tenangkan sikit-sikit, gosok-gosok badan.. tapi dia tetap la juga menangis sambil mulut "ma..ma....ma...ma...!"


Masa ni dah ek..ek..ek sikit dah..tapi masih pun lagi nampak relak je..

Bukan lama mana pun gunting rambut. Kejap je. Siap kerja uncle dia pun senyap dahh.. Tinggal sedu sedan je..

Good job sayang.. you did it!!


Hasilnya..




06 January 2016

Abang belajar mengaji dengan Ustazah Diana dan Ustaz Azam

Assalamualaikum..

Cerita abang Eusoff mula mengaji.. jom baca!

Kelas mengaji abang Eusoff

Post saya November 2013, 2 minggu selepas berpindah ke rumah baru, dan bermula lah episod, abang Eusoff tiada guru mengaji.

Dilema mama :: Di mana abang eusoff nak mengaji..

Sepanjang November, abang bercuti dari mengaji.. mama papa super sibuk, mengemas-ngemas rumah yang sangat bersepah. Tambah lagi nak serasikan diri dengan kehidupan baru. Sekali sekala dapat juga mengajar abang mengaji.. Tapi kebanyakkan masa memang tak sempat. 

Bermula Disember,  dengan kesibukan pergi kerja, balik kerja.. weekend dengan urusan diri dan keluarga, tak ada masa pula untuk mencari guru mengaji untuk abang, dan sebenarnya memang ada pun guru mengaji area-area situ. Cuma tiada masa untuk kami mencari.

Setelah berbincang dengan papa, menilai sebaik-baiknya.. kami membuat keputusan, guru mengaji abang Eusoff adalah mama dan papa. Insya Allah.


Bermula Disember hingga ke hari ini, abang akan mengaji 5 hari seminggu bermula Isnin - Jumaat, selepas solat Maghrib. Sabtu dan Ahad cuti dari mengaji.

Alhamdulillah.. berbekalkan semangat mama kepada papa, dan semangat papa kepada mama.. setakat hari ini masih konsisten mengajar abang mengaji. Kecuali jika ada hari-hari beraktiviti diluar dan terpaksa balik lewat ke rumah.

Tapi kan, kesian abang tau.. dapat guru mengaji yang garang..!! :p (Mama latuu...)
Confirm la mama kena garang tau sebab abang suka nak main-main masa ngaji. Bila garang sikit baru takut.. Baru serius nak ngaji.

Adik Elyass tumpang mendengar dan menyibuk sekali... Alhamdulillah.. harap-harap Elyass boleh kenal mengaji awal berbanding abang.

Progress Iqra' abang lambat sikit...
Sekarang masih di Iqra' 1... (Silap mama papa juga, kami start untuk abang mengaji di rumah sedikit lewat) Awal 5 tahun aritu. Di sekolah pun abang memang ada belajar mengaji. Silibus Iqra CIC sendiri. So bila mama papa tanya, abang dah Iqra' berapa? Teacher tak sure untuk menjawab.. it's ok teacher..

Tapi kan, abang memang sangat-sangat mengenal dah.. Tq teacher CIC!
Jadi senang ustazah Awien dulu..dan Ustazah Diana dan Ustaz Azam arini untuk mengajar abang Eusoff.

Tahun 2016, mama papa nak pecut!! Semoga Allah permudahkan! Semoga abang Eusoff memberi kerjasama yang hebat!

Doakan mama papa abang Eusoff, berjaya ye jadi ustazah dan ustaz terhebat untuk anak-anak..

Amin..amin..amin..


05 January 2016

Penutup cuti-cuti 2015 :: Percutian singkat ke Port Dickson

Assalamualaikum..

Orang kata barang yang lepas jangan di kenang. 
Tapi.. kenangan manis tahun lepas, meh le kita kenang-kenang balik tahun 2016 ini.

Pic Kredit : http://portdickson.info/guest-hotel-spa.htm
11/12/2015 (Jumaat) bersempena dengan kelahiran Sultan Selangor... setelah memikir-mikir.. kesian anak-anak, terutama abang Eusoff, walaupun cuti sekolah dia tetap juga ke sekolah seperti biasa.. jadi jom la bawa anak-anak berjalan-jalan. Perancangan last minit! Hari ni booked untuk check-in besok. Mujur ada je hotel yang masih kosong. So, kami ke The Guest Hotel & Spa, Port Dickson. 

Matlamat utama, kami mencari hotel yang ada swimming pool. Untuk first time memperkenalkan pool kepada Elyass... :) Nak test, berani ke penakut ke..? Abang Eusoff pun kecil-kecil dulu penakut sungguh dengan air.. sekarang mari kita tengok..macam manaaaaa.... :)

Hotel ok..selesa..bersih.. breakfast pun memuaskan. Banyak pilihan makanan. Abang Eusoff suka sebab ada nasi lemak dan sausage! 

Sangat suprise, abang Eusoff dan Elyass sungguh teruja mandi manda kat pool tu.. Ingatkan takut... Tak dahh.. yeayy!

Abang Eusoff nampak takut-takut mula-mula jer, tapi lama-lama dah berani.. berbanding waktu dia kecil dulu.. memang takkan masuk dalam pool tu.. Sampai sudah! Basah pun tak! Tapi sekarang abang dah layannn... ajak naik, boleh pulak dia kata "mama, saya nak mandi pool lagi...please..."



Elyass, awal-awal macam takut juga.. tapi bila dah beberapa kali cubaan papa merendam dia dalam pool tu.. akhirnya nampak dia pun layan... yeayyy!!! Siap main-main tepuk air.. terpercik kat abang, gelak bukan main.. seronok ye kenakan abang..



Selain nak bawak anak-anak mandi pool..sebenarnya nak bawak juga diorang ke Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery di Port Dickson ni. Yang Jauh-jauh masih tak mampu nak pergi.. so kita pergi yang dekat dulu lah.. Itu pun dah buat abang Eusoff teruja sangat-sangat dah.. 

Naik ke tingkat atas, ada pulak patung hantu tuuu.. abang Eusoff dah takut dan ajak balik dah.... "saya takut mama.." katanya.. haiish la anak..

Dapat la ambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan.



Dewasa RM20.00 dan kanak-kanak RM15.00



Nak terjun dalam toilet ke tuu..?








Perjalanan balik ke KL, kami singgah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson..jalan-jalan tengok pemandangan. Dapat makan aiskrim pasu yang super best! Makan keropok dan minum air kelapa. Belikan abang bubble.. dan main tiup-tiup bubble. Niat di hati nak buat lukisan Elyass dan abang Eusoff, Alhamdulillah dapat buat... Mujur la anak-anak mama behave waktu pakcik nak lukis muka awak-awak tauu...


Elyass behave sangat-sangat..

Abang muka tua 3 tahun.. hhahahha




Abang Eusoff kasi mama papa, surprise lagi bila dia request nak main roller blade..
Sudah besar sangat ke kamu wahai anak?? dah pandai meminta nak main benda alah ni.. Ada je roller blade yang boleh disewa, tapi papa tak berani nak beri. Katanya takut jatuh.... abang Eusoff tak pandai lagi..

Boleh pulak abang jawab.. "saya pandai la mama... please..mama..please.."

Kesian... sebab menidakkan kemampuan anak-anak..
Tapi mama papa belum yakin pada abang untuk bermain benda-benda macam ni, yang berisiko besar untuk abang cedera.

Tunggu la 2-3 tahun lagi. yeerr...?

Itu sahaja percutian singkat 2 hari satu malam kami di Port Dickson.

Ke Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery
Bermalam di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson
Mandi pool di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson
Ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Balik! 

Anak-anak gembira, mama papa suke.. :)



04 January 2016

Eusoff kembali ke sekolah sesi 2016!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... hari ini 04 Januari 2015 (Isnin), hari pertama persekolahan abang Eusoff. Berjalan dengan lancar sekali. Tak ada esak tangis.. tak ada adengan tarik menarik. Permulaan yang baik untuk abang di hari pertama persekolahan 6 tahun sesi 2016.

Semoga Allah memberkati perjalanan abang menuntut ilmu ye... Good luck untuk 1 tahun lagi abang di CIC Prima Samudera.


Malam tadi abang dah sangat-sangat excited. Mama masukkan buku-buku ke dalam bag, siapkan stokin dalam kasut, bekal makan dan bekal air siap-siap basuh dan semuanya letak setempat.

"Esok saya sekolah ye mama?" -Ye..

Kejutkan abang awal, hari pertama persekolahan kena la, bertenang.. tidak huru hara. Abang membantu sungguh hari ni.. bangun tak menagis, mandi tak menangis.. gosok gigi tak menangis. Siap-siap pakaikan baju sekolah, galas bag.. dan mintak mama take picture (Macam faham-faham je, memang mama pun nak ambil beberapa keping gambar abang untuk kenang-kenangan).

Sebab awal, adik pun siap mandi.. mintak pakaikan kasut macam abang.. dan nak galas bag lama abang. Layan aje sementara masih awal. Jalan kehulu kehilir rumah mengikut abang. Macam dia pun hari pertama sekolah jugak.. :)

Jom lah bergambar sama-sama abang!!



Good luck abang dan adik!! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015