30 July 2015

Selamat Hari Raya ~ Kosong~Kosong..

Assalamualaikum…

Pengakhiran bulan Ramadhan 1436H, membawa bibit-bibit rindu hingga hari ini. Ya Allah kau berikanlah kesempatan untuk aku dan keluargaku melalui lagi Ramadhan di tahun-tahun yang mendatang. Amin..

Syawal yang sedang dilalui, sebolehnya ingin dinikmati… dihayati… sesungguh-sungguhnya.. Kerana nanti bakal akan merindu juga.. Allah.. istiqamahkan jiwaku… untuk terus jadi hamba-Mu yang semakin berubah ke arah yang terbaik.. dan makin baik.. Allah; Kau bimbingi aku, keluargaku, saudara maraku dan rakan-rakanku. Amin…

Alhamdulillah Syawal saya sekeluarga, di Kg Temau Pahang Darul Makmur. Kampung en.suami. Ada abah dan adik serta saudara mara, untuk kami menumpang gembira setiap kali raya. Sungguh meriah! Meriah dengan  gotong royong masak memasak! Meriah dengan makan-makan yang tak pernah habis.. bersambung-sambung je masak memasak, gaya nak berkenduri je.

Eusoff dan Elyass..?

Syawal ke-5 untuk abang Eusoff, dan Syawal per-1 untuk si kecil Elyass… Alhamdulillah mereka gembira di hari raya.. seperti kanak-kanak sebaya mereka juga..! 

Ade citer kelakar ni..abang Eusoff takut dengan bunyi mercun.. apa lagi main dengan mercun itu sendiri memang takkan laaa. Jadinya kegembiraan raya yang sememangnya sinonim dengan bermain mercun tak dapat la abang Eusoff rasa. Rugi tauuuu anak mama nii..

Tapi, rasa syukur gak.. saya tak perlu bimbang keselamatan abang Eusoff tika bunyi mercun berdentam-dentum di luar rumah..sebab saya tau tika bunyi mercun yang membingitkan telinga tu, abang Eusoff confirm sedang memeluk seseorang untuk dia melepaskan rasa takut… =p

Bunyi kelakar kan..? Tapi itu lah abang Eusoff.. 

Alhamdulillah raya kami gembira.. walaupun tak balik Terengganu…mmmm… (Sebenarnya nangis dalam hati.. jiwa rasa sayu tak dapat jumpa ayah dan adik beradik di Aidilfitri ini).

Sekeping dua gambar raya kami.. Susah bergambar bila dah beranak pinak… Tak banyak, tapi adalaa.. untuk kenang-kenangan..


Anak-anak dah berbaju tidur dah pun.... alahai gambar raya sekeluarga kami..
Sedih bagi gambar montot jee... gambar elok berdua depan-depan memang takde.. 

Elyas bersama abang-abang sepupu

Abang Eusoff bersama abang Haris dan atok
Tema warna baju raya utama kami adalah HITAM. Macam berkabung je kan.. =p
Sebenarnya jimat.. mama dan papa recycle tahun lepas punya baju sahajaaaa... anak-anak dua ketul ni je beli baru. Jimat kaedahnya.. =)  

Alhamdulillah Eusoff dan Elyass berkesempatan menziarah pusara arwah Wan di tanah perkuburan RTP Lembah Klau.. Kami rindu arwah sangat-sangat.. Al-Fatihah.

Dikesempatan Syawal yang mulia ini, Saya Diana; penulis Apabilaazambercerita, ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang sudi singgah di ruangan ini; seandainya sepanjang menulis di sini.. ada kata-kata yang tidak sesuai untuk ditulis disini.. dan membuatkan ada yang terasa. Maafkan kekhilafan saya.

~Kosong ~Kosong yaaa..

Semoga Syawal ini..memberi kenangan yang terindah untuk anda semua..Insya Allah..



11 July 2015

My such a good helper!

Assalamualaikum..

Lately ni ada sorang budak ni kan... selalu aje offer diri nak menolong. 
Ringan tulang tau anak mama ni.... Alhamdulillah..

Bukti bergambar yang ditangkap "mama"razzi; pantang nampak dia bizi buat kerja mama terus berlari ambik hp.. nak ambik gambar..

"Frame ni macam tak patut ada kat sini la mama.. saya alihkan kat lain ye... Boleh?.. "


"Banyak nya pensil colour abang ni.. mmmm.. Saya tolong ambilkan, saya tolong letakkan kat bawah ni ye mama..? Abang nak mewarna nanti abang ambil je kat sini... Mama tak susah-susah nak tolong abang ambilkan pensil warna kat rak yang tinggi tu.. "

"Saya tolong mama susun cun-cun hanger, nanti mama nak hanger baju just kutip je kat lantai ye.. mama tak yah mencari-cari hanger dalam kotak dah... kan jimat masa mama..."

Muka tak bersalah tau, sepahkan hanger mama..duduk diam-diam kunyah hanger..

"Mainan abang saya ambil keluar dari kotak boleh mama? Saya nak susun elok-elok kat luar kotak.. senang nanti abang nak main pilih je mana-mana yang abang suka"
Mainan sedang dalam proses bawa keluar, satu-satu dikeluarkan dengan penuh hati-hati

"Mama nak botol susu saya ye...? nah meh saya tolong mama carikkan dalam kotak barang-barang saya dan abang ni.."


"Banyak eee buku abang...banyak eeeeeee.... nak pinjam buku abang boleh mama?? Nanti saya simpan balik tau... janji..janji.."

Sebahagian pertolongan Elyass yang sempat dibuktikan dengan gambar..

Ada banyaaakkkk lagi... pertolongan ikhlas dari Elyass untuk mama.. Terima kasih sayang. Sesungguhnya mama sungguh terharu... rasa nak nangis pun ada! hahahhah





06 July 2015

Kecil-kecil gebu bambam

Assalamualaikum...

25 Disember 2014 - Tarikh gambar,

Lebih kurang Elyass umur 4 bulan lebih-lebih pada waktu ni...

Rindu nya masa ni... kecil-kecil comel..
Sekarang ni masih kecil juga lagi... tapi kecil-kecil gebu bambam.. sedap peluk..... 

Sekarang sedang menikmati saat-saat kecil Elyass.. Jangan terlalu cepat membesar ye sayang... 


Love you and abang till the moon and back!

-Mama-

05 July 2015

Resepi puri Pear

Assalamualaikum..

Lama tak tepek resipi sini kan? Sebab memang takde resepi baru pun. Resepi sama je buat untuk Elyass.. Ulang-ulang yang itu aje.. 

Kira ni resepi baru lah.. hihihi

Biar lah cara buat sama je pun macam puri epal.. tapi untuk catatan kenangan pemakanan si kecil Elyass... saya share juga la di sini..


1. Sediakan beberapa biji pear yang nak di purikan. Saya guna 3 biji sahaja. 
2. Basuh bersih dan kupas kulit pear dan potong kecil.
3. Steam pear tadi. Bagi yang tiada steamer, rebus dengan air sedikit pun sudah memadai.
4. Masukkan ke dalam blander. Masukkan sedikit air/jus pear hasil dari steam/rebus. Blend sehingga halus [mengikut kesesuai usia anak-anak]

5. Boleh diletakkan di dalam bekas kecil untuk disejuk bekukan.

Puri anda sedia untuk diberikan kepada si kecil!


Selamat mencuba ya...



04 July 2015

Cari bahan-bahan makanan Elyass -Julai

Assalamualaikum...

02 Julai 2015

Masa untuk re-stock makanan Elyass.. bahagian  makanan Elyass dalam peti sudah kosong sekosong, kosongnya..  Kesian dak kecik tu...

Abis kerja, laju-laju ke Giant. Almaklum la bulan puasa..rushing nak berbuka nanti. Plan nak beli banyak.. tapi mengenangkan kekangan masa untuk memproses, jadinya saya beli je beberapa jenis yang saya rasa mampu untuk siap proses terus balik nanti. 

Ini je pun..



1- Mangga manis
2- Pear
3- Carrot
4- Labu
5- Bayam

Benda sama je... kecuali buah pear tu... belum pernah lagi saya buat untuk Elyass... Jadi untuk kali ni mama tambah satu lagi resepi baru untuk Elyass rasa ye.. =)

Biar pun kaedah memproses sama je pun macam epal.. tapi tetap saya nak share..
Nanti senang-senang ye.. Insya Allah..

Setelah siap diproses, hasilnya... stok sudah penuh kembali!


Bye!



03 July 2015

Kawan GIRL saya, suka saya!

Assalamualaikum...

Lagi 3 bulan, abang Eusoff dah nak genap 5 tahun usia. Sekejap sangat masa berlalu. Mulut abang sekarang, bukan main pandai! Cok..cek..cok..cek aje kejenya.. Tapi bila dengan teacher senyap! Ala-ala budak pendiam sangat... tak tau la naper.

2 malam lepas, sedang abang Eusoff asyik tengok tv, saya masa tu tengah layan ragam Elyass mengamuk nak tidur.. Papa dah layan mata.., tetiba abang Eusoff bersuara,


"Mama... kawan girl saya, suka saya.. kawan boy saya tak suka saya"

Erk.. saya terkejut sebenarnya dengan apa yang abang Eusoff share tu.. First time kot abang Eusoff share cerita pasal kawan-kawan kat sekolah..

Saya balas;

"Kenapa kawan girl awak, suka kat awak?"

Dia jawab;

"Sebab saya botak.." sambil senyum semewek..
  
Saya tanya lagi;

"Kenapa kawan boy awak tak suka awak?"

Abang Jawab;

"Entah........"

abang Eusoff terus sambung tengok tv, lepas tu saya tetap bertanya lagi nak kan jawapan yang pasti.. dia buat tak tahu jee... sakit ati tauuu... buat tak layan kite!  

Esoknya saya terus tanya teacher dia... ye laa.. kalo betul kawan-kawan boy tak nak kawan ngan dia.. nak mintak la teacher tolong buat apa-apa yang patut.. Tak sanggup rasa anak kita takde kawan kat sekolah. Bimbang dia takde semangat nak belajar kalau kawan-kawan tak nak kawan ngan dia.

Teacher dia gelak lepas saya citer...=)

Teacher kata takde lah.. elok je dia berkawan dengan semua kawan sekelas dia tak kira lelaki ataupun perempuan.

Fuhhhhh... Lega saya dengar..

Teacher kata, cuma Eusoff ni jiwa sensitif kat sekolah.. kalau ada apa-apa, mesti dia merajuk. Merajuk plak ada port-port yang dia akan duduk situ layan perasaan rajuk tu. Kadang teacher pujuk.. Kadang teacher mintak tolong kawan-kawan yang pujukkan.

Biasa ada sorang kawan girl dia akan setia pergi pujuk dia waktu dia merajuk tu. Agaknya kawan girl itu lah Eusoff maksudkan kot.. hihihih

Teacher kata biasa kawan boy tak layan la waktu-waktu dia merajuk. Suruh tolong pujuk pun memang dorang tak layan nyer.. Patutnya lelaki kena la jiwa kental Eusoff! Ni manje.. patut la kawan boy tak suke.. hahah

Terjawab la sedikit sebanyak persoalan saya.. Itu lah kot sebabnya.. Bukan isu besar lah.. 

Harap semakin membesar abang Eusoff, jiwa abang semakin kental tau... Baru la lagi ramai kawan girl suka.. ahaksss!

Papa kata, mama dah ada calon menantu!

Kihkihkihkih.. Rasa nak kenal je kawan girl abang Eusoff.. booking buat nantu...kikiki


 

02 July 2015

Gunting rambut Hari Raya

Assalamualaikum....

28 Jun 2015 - Ahad 

Dah 5 tahun kami menempuh keadaan kritikal seumpama ini... Tak tahu lah bila akan berakhir...hihi Memang sangat sukar, susah, payah dan apa-apa lagi lah perkataan yang seumpama dengannya...

Dah banyak kedai gunting rambut yang kami pergi.. Ada yang tak sanggup nak buat pun.. Sampai tahap macam tu tau... haiishhh..

Mujur lah ada satu kedai gunting rambut kat Ukay Perdana ni yang memang sanggup menghadap abang Eusoff ni walaupun tahu risiko yang bakal akan dia dapat. Menggelupur.. dan silap-silap hari bulan mendapat tendangan berkuasa hebat... uiiii...sakit.. Papa yang memeluk abang lagi lah.. berpeluh-peluh..! 

Walaupun agak jauh dari Batu Caves ke Ukay Perdana tu.. kami sanggup!

Rambut raya abang Eusoff tahun ni... tak dapat lah nak berfesyen-fesyen kacak aiiihhh... Botak sudah..=)

Owh... si kecil Elyass pun botakkan sekali.. Tapi suprise sungguh.. dak kecik tu steady je dibotakkan kepala.. tak melawan pun! Harap-harap mudah la sampai ke besar, Insya Allah... Tak ambik plak video Elyass, hp dah takde space nak ambik video... melepas moment best tu...mmmm.. 

video

Haa... letak vidoe kat sini.. besar nanti abang Eusoff tengok ye kesusah mama papa handle abang... nak gunting rambut je pun sayang oooiii...

=)


01 July 2015

Berbakti pada tanah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan balik ke kampung Terengganu Darul Iman di hujung minggu kedua Ramadhan 1436H, dapat lah berbuka puasa bersama keluarga di sana. Hujung minggu pertama Ramadhan dapat berbuka puasa bersama keluarga di Raub, Pahang.

Berbahagi-bahagi masa berbuka bersama keluarga. Alhamdulillah.. diberi kesempatan!

Balik Terengganu aritu... sampai sana dah tengah malam. Pagi esoknya bawak Elyass meround kawasan rumah aki. Teruja mata memandang... sungguh kagum dengan usaha ayah berbati kepada tanah.

Segar sunggu mata memandang..


Daun-daun yang tumbuh melata tu, ayah kata ubi keledek.. Ayah tak bagi tahu confirm saya tak tahu.. macam ni pokok ubi keledek rupanya ye... hihi


Daun-daun ubi keledek pun berwarna-warna ye.. ada hijau, ada unggu... Ada pokok ubi kayu dan pokok serai juga..


Pokok limau nipis yang merimbun tu... buah pun dah banyak.. Pokok serai berpokok-pokok.. 


Abang Eusoff sama-sama melawat kawasan... Pokok betik pun banyak... Tengok ada betik yang dah terlalu masak ranum.. gugur macam tu je.. sayang... 



Pokok betik lagi.... Tak ambik plak gambar pokok rambutan dan manggis.. Di belah kawasan yang lain...


Ada projek la nak buat la tu... tunjuk-tunjuk tu...

Ni lah ayah saya... makin dimamah usia, walaupun badan tak lah sihat sangat.. tapi berbakti pada tanah tetap menjadi hobi utama dia.. 

Semoga Allah panjangkan usia ayah untuk terus beribadah kepada-Nya, dan terus dapat berbakti kepada tanah.. Insya Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015