28 May 2015

Resepi sup ayam dan lobak Anchor

Assalamualaikum…

Lama tak up disini pasal makanan Elyass..  Makanan Elyass yang saya buat sama je yang dah pernah saya upkan entry di sini, so.. jadi tak nak la ulang-ulang tulis menu yang sama…

Hari ini ada menu baru yang saya cuba; saya namakan sup ayam dan lobak anchor. Sesedap rasa je letak nama. Naper ade Anchor? Sebab saya tumis guna Anchor unsalt butter. Tu aje..kihkihkih

Meh tengok cara simple menu ni:


Bahan-bahan:
1.    2 ketul isi ayam (bahagian dada) -dicingcang
2.    1 biji lobak merah saiz sederhana –dipotong nipis
3.    1 labu bawang saiz sederhana –dipotong nipis
4.    ½ sudu unsalt butter Anchor
5.    Air

Cara masak:
-       Panaskan unsult butter sehingga cair
-       Tumis bawang besar sehingga layu
-       Masukkan daging ayam cincang dan tumis sehingga sedikit masak
-       Masukkan segelas air
-       Masukkan lobak merah, masak sehingga sedikit lembut


Untuk Elyass, saya masih lagi bimbang untuk beri makanan berstruktur sangat kasar. Jadi untuk menu ini, setelah siap dimasak saya kisar menjadikan struktur sedikir halus.

Setelah itu, campurkan dengan bubur nasi kosong.
Yummeh… Elyass makan abis semangkuk. Confirm Sedap!


Lebihan saya masukkan ke dalam bekas kecil-kecil untuk disejuk bekukan. Setiap pagi just campurkan 1 cube ke dalam bubur kosong..


Senang bukan? Selamat mencuba!!



23 May 2015

“Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan?” –(Qs Ar-Rahman: Ayat 13)


Asslamualaikum…

Ambil masa sikit nak mengupdate blog..hihi

Kerja rumah dah siap.. tapi banyak lagi kalau dicari kerja, ada ni.. Tetiba teringat.. segala surat menyurat, resit, slip.. semua belum berfiling.. owhhhh… rimas bila teringat! Ok..pelan-pelan.. nanti siap entry ni.. buat yang itu pulak. Sementara abang dan adik tido..  en.suami takde, kerja di hari weekend.. nasib saya lah..

Ok, dalam saya blogwalking di laman kawan-kawan.. intai sana, intai sini.. bac asana, baca sini… saya walking pulak kat blog sendiri.. baca entry lama-lama.. tetiba rasa terhibur hati.. terasa mengimbau memori.. haa.. tu lah tujuan utama saya berblog.. saya bolah ulang baca…

Tetiba saya tersinggah kat entry ini:



Allahu rabbi…. Antara azam, harapan dan impian, entry bertarikh 17 Januari 2013. Bila dibaca balik entry ni, rasa sebak pulak di dada. Pada saat entry ditulis dengan penuh pengharapan, memasang impian setinggi gunung namun entah bila akan terlaksana. Sesuatu yang tak mampu pun nak dijangka pada waktu tu. Tapi saya tahu.. tahun 2013 hati dah meronta-ronta untuk dapatkan 3 benda yang saya impikan itu.. 

Alhamdulillah… hari ini, 23 Mei 2015; 

Semoga En.suami berjaya dalam bisness 

Alhamdulillah, selain dari masih lagi kerja makan gaji, sedikit-sedikit ada rezeki luar untuk kami sekeluarga. Kutip pengalaman orang kata.

Nampak en.suami penat.. tapi “pencarian” untuk mencari rezeki ikhlas untuk isteri dan anak-anak sangat “manis” bagi dia. Alhamdulillah dikurniakan suami sebaik Kamarul Azam.

Angan-angan untuk berniaga sendiri masih on-going.. Insya Allah suatu hari nanti semoga impian kami menjadi realiti.. doakan kami! 

Kami berjaya mendapat rumah idaman 

Untuk yang ini, Alhamdulillah di tahun 2015 angan-angan ini bakal menjadi realiti… Kadang rasa dalam mimpi.. Tapi tu lah… dalam pada “seperti mustahil” tapi Allah tunjukkan cara.Syukur Alhamdulillah. 

Sedang menunggu proses-proses yang memang mengambil masa pun. Sabar lah duhai hati.. Sedangkan dari 2013 boleh menanti inikan pula untuk 4-5 bulan ini… 

Mau bagi adik kat Khilfi Eusoff 

Owh…yang ini… 

Impian yang entah bila terdetik di hati.. tapi tercatat di entry pada 17 Januari 2013. Allah mengizinkan kelahirannya pada 11/08/2014, pada hari Isnin.

Kashfi Elyass Bin Kamarul Azam..





 “Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan?” –(Qs Ar-Rahman: Ayat 13)






22 May 2015

Cari bahan-bahan makanan Elyass -May

Assalamualaikum..

18 Mei 2015-Isnin

Stok makanan Elyass dalam ice box dah makin berkurang. Tinggal  cuma puri betik, puri labu, puri brokoli, puri bayam, puri kismis je.. Dalam ice box masih ada ubi unggu yang belum diproses menjadi puri. Bilis pun tak sempat lagi nak sangai untuk dikisar halus. Unsalt butter masih tak terusik. Insya Allah, weekend nanti mau cuba..hihihi..

Balik dari kerja, terus laju-laju ke Giant.. perlu restock makanan Elyass.

Dan hasil pencarian makanan Elyass:
 

1- Buah manga manis
2- Lobak merah
3- Baby peas
4- Sweet corn
5- Isi ayam (takde dalam gambar)

Masa untuk memproses!

=)


21 May 2015

Selamat Hari Guru 2015

Assalamualaikum..

Setahun sudah berlalu dari sambutan hari guru tahun 2014. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…
Sehingga usia 31 tahun kini, dengan berkat bakti, jasa, dan pengorbanan “GURU” saya mampu menjadi seperti hari ini. Terima kasih cikgu.
Semoga perjuanganmu mendidik anak bangsa mendapat balasan akhirnya, bukan hanya di dunia mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tapi diakhirat sana juga, tidak putus-putus mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Insya Allah.


Ramai sungguh guru sepanjang hidup saya, termasuklah guru terawal saya, arwah emak dan ayah. Semoga kalian diberkati didunia mahupun akhirat kelak. Amin..
......................................................................................................................................................


Tahun ke-2 abang Eusoff di alam persekolahan di usia 5 tahun di Children Islamic Centre (CIC), Taman Samudera. Alhamdulillah semakin banyak peningkatan abang dalam pelajaran.
Terima kasih teacher atas kesabaran mendidik abang Eusoff, melayan kerenah abang Eusoff.


Semoga semua teacher diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda dari Allah atas kesabaran melayan kerenah seorang anak didikmu –KHILFI EUSOFF. 

Doakan Khilfi Eusoff menjadi manusia berguna dunia dan akhirat ye teacher...
Istimewa untuk 8 orang teacher di CIC, Taman Samudera daripada abang Eusoff:




Selamat Hari Guru..



 

20 May 2015

Gigitan kasih penuh sayang pertama Elyass dari seorang sahabat

Asslamualaikum…

Tajuk drama yang amat...hihihhii..

Tiap-tiap petang, wajah-wajah dambaan hati yang dirindui.. tentu-tentu la permata hati, abang Eusoff dan baby Elyass....... dan...papa juga!

11/05/2015 -Isnin

Masuk kete je, benda pertama saya terjah dulu.. dah tentu la Elyass.. Peluk-peluk, cium, gomol..kasi gelak seposen dua.. baru perhatian beralih ke papa pulak.. Terus dapat report dari papa Elyass kena gigit.

Apa!!??….

Terus laju-laju check seluruh tubuh Elyass, kat mana kena gigitnya.


Ok.. kat lengan kiri, bersusun bekas gigi.

Pengasuh Elyass mintak maaf sungguh-sungguh en.suami cerita, dia tak perasan waktu kejadian. Sedar-sedar Elyass dah menjerit kesakitan. Ceritanya Elyass rebut mainan kawan.. dan mendapat balasan cash dan-dan itu juge… hahhah

Eh…. Tak rasa nak marah la.. anak-anak kecil.. bukan tahu apa.. Pengasuh pulak bukan lah sepenuh masa boleh perati anak-anak kita.

Entry sekadar mencatat cerita untuk dikenang-kenang bila dah tua..

Sekian.



07 May 2015

Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka & it’s a picnic time!

Assalamualaikum

Bercuti panjang memang sangat awesome! 

01 May 2015 – Hari pekerja
02 May 2015 - Saturday 
03 May 2015 – Hari Wesak
04 May 2015 – Cuti Ganti untuk Hari Wesak

Maka dengan itu, kami, warga Selangor Darul Ehsan dan seangkatan dengannya mendapat 4 hari cuti.. yippiiii!! 

Jadi ke Melaka, Bandaraya Bersejarah lah kami 4 beranak.

Rehatkan minda, rehatkan fikiran dari beban kerja, keluar sikit dari ruang lingkup kehidupan harian biasa-biasa.. Biarpun dengan anak-anak kecil, fizikal takde lah boleh rehat mana, tapi Alhamdulillah tetap terasa segarnya jiwa.. Manfaatkan masa berkualiti bersama anak-anak dan suami.. itu yang sangat-sangat bermakna.

Alhamdulillah, perancangan percutian singkat menjadi juga.. sambil menyelam sambil-sambil meneguk air orang kata, so kami bercuti sambil menghadiri undangan ke majlis perkahwinan.

FUGA VILLAGE



Percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village, Pengkalan Balak, Melaka. Booking last minit memang sangat haru sebab semua chalet/homestay kat Pengkalan Balak fully booked! Gigih gak lah mencari hingga jumpa juga Fuga Village kat Booking.Com. Tu pun hanya ada 3 bilik aje yang kosong. Cepat-cepat confirm booking sebab takut melepasss.. Lepas tu baru mencari-cari review dari pengunjung yang pernah duduk kat situ.. ye lah nak tahu la kan best ke idak..
Tak banyak review lagi pun, ada terjumpa 2 – 3 review positif pasal tempat ni… Tengok dari gambar-gambar macam menarik, tertarik kau memang debomb! Cantik…ekslusif..
Rupa-rupanya Fuga Village adalah satu chalet baru beroperasi January 2015. Baru beberapa bulan.. oooo… tempat masih baru, mesti la best kan.. Accommodations confirm masih baru!

Nak tahu detail; boleh chek sini:

Untuk kami 4 beranak, One-Bedroom Chalet pun dah cukup, pool view lagi... Ada aircond, kipas, katil queen size, rak baju, peti sejuk kecil, kettle, bilik mandi terbuka.. (owh..ini sangat rare bagi kami) wifi, free parking.






Tapi untuk pakej ini, tv takde.. boring sikit lah.. Saya tak sure untuk sementara waktu ini je takde, atau akan datang nanti ade atau macam mana. Tak tertanya la pulak. Tapi untuk The Villa confirm ada TV.


Review sikit:

video

Tempat ni sangat best, bagi yang nak berhoneymoon boleh manfaatkan masa berdua di dalam chalet yang sangat cantik! View di luar chalet ini pun sangat cantik, bersih mata memandang. In house pool tak besar sangat, tapi ok la kalau nak berendam 4-5 orang dewasa.. Kalau ramai-ramai mungkin tak sesuai kot. Kolam kanak-kanak adalah takde..

Kawasan yang sangat privacy, pagar buluh yang tinggi disekeliling chalet ini, sangat terlindungan dari pandang orang luar. Memang tak nampak! Nak intai pun tak nampak. Keluar masuk dari chalet ini adalah berkunci.. Pengunjung chalet ini diberi kunci untuk masuk dan keluar. Untuk security sangat selamat.

Kalau datang dalam group yang sedikit besar, mungkin lebih happening. Boleh buat bbq, dan aktiviti-aktiviti sukaneka disini.

Kalau teringin nak mandi pantai memang kena keluar dari Fuga Village, jalan kaki sikit kat depan tu ada pantai awam.. ok lah takde jauh mana pun..
 
Overall, percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village sangat best! Dihidangkan dengan bilik yang sangat bersih..tip top! Walaupun malu-malu mandi di bilik mandi terbuka..hahahhahah… mandi dengan baju kot, takut kapal terbang melintas =p Owner, Ms. Amee yang sangat friendly.. dengar kadar harga yang sangat ok.. RM170/night. Ok sangat dah…


Nak menikmati percutian di Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka? Cuba lah.. mana tahu sesuai dengan jiwa anda yang inginkan privacy.

Last but not least, 

Gambar dak kecik tengah syokkk berbath tub di Fuga Village:


Aktiviti kami di Pengkalan Balak:

"it’s a picnic time!"-abang Eusoff.


Ala kadar je pun… beli sikit-sikit makanan/minuman gerai sana, gerai sini… hampar tikar, duduk mengadap laut sambil makan-makan.. dah cukup bermakna “picnic” bagi abang Eusoff.. terpancar di riak wajak… senyum sambil makan sausage… sambil sesekali kacau-kacau baby kat dalam car seat..hihiih.. Baby Elyass pun syok je duduk di car seat sesambil layan angin pagi.. 

Mama makan mee hoon, papa makan nasi putih berlauk, abang Eusoff makan sausage je, baby Elyass minum susu je.. Simple je menu picnic kami…hiihi

Puas hati tengok senyuman abang Eusoff.. Walaupun tak dapat penuhi permintaan abang nak main kite. (Kite patah masa nak main..huhuuh...)

Belum terlambat nak wish..selamat hari pekerja kepada semua...! 
Apalah makna sebuah syarikat, kecil mahupun besar, tanpa kita pekerja-pekerja..kaannn =)

Bai..





05 May 2015

Resepi puri ubi kentang

Assalamualaikum...

Pernah sekali saya cuba beri Elyass rasa sikit kentang lenyek KFC. Sikit sangat tak cukup agaknya, menjerit-jerit nak lagi..hihi...

Bila anak dah suka, mama terus pasang niat nak buatkan puri kentang / kentang lenyek untuk Elyass. Resepi yang sangat-sangat mudah dan simple. (Saya rasa semua resepi baby pun mudah, atas kita nak buat ataupun tidak aje..)

Biarpun cara pembuatan yang sangat mudah, izinkan saya share cara pembuatannya di sini ye...?



1. Sediakan beberapa biji kentang. Kentang dikupas kulit dan dipotong kecil. Dibasuh bersih.
2. Setelah itu masukkan ke dalam steamer dan steam selama 30 minit. Bagi yang tiada steamer boleh juga merebus kentang tersebut.
3. Kentang yang sudah lembut, dikisar sehingga halus. 
4. Sedia untuk dihidang kepada si kecil anda.
5. Lebihan tadi bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kecil bertutup untuk disejuk bekukan.

Untuk sos ala-ala KFC saya tak buat la.. cukup kentang lenyek je untuk Elyass. Itu pun sudah sedap menjilat sudu. Makan semangkuk tak cukup... dia mintak lagi..hihi


video


Nampak berselera kan...?






03 May 2015

Resepi puri brokoli

Assalamualaikum..

Hari ini nak share di sini, satu menu dan cara penyediaannya. 

Awal-awal dulu semasa baru cuba nak perkenalkan menu puri brokoli ni kat Elyass, saya rasa sangat pelik. Sedap kerr? Tapi saya berpegang kepada "Belum cuba belum tahu..dah cuba nanti tahu lettew..".

Ok saya buatkan je lah.. memandangkan sayur brokoli juga mempunya manfaat yang tersendiri. Ia juga merupakan sejenis sayur yang disyorkan untuk baby.


Ok cara penyediaan yang sangat mudah; ikut langkah-langkah berikut:


1. Satu pokok brokoli
2. Dipotong kecil-kecil, dibasuh bersih.
3. Masukkan ke dalam steamer dan stim lebih kurang 20 minit. Itu anggaran masa saya.
4. Setelah brokoli lembut, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus
5. Masukkan ke dalam bekas kecil-kecil dan sedia untuk disejuk bekukan.

Senang kan?

Saya bagi puri brokoli campur dengan puri kurma ataupun kismis. Alhamdulillah anak kecil saya tu sangat suka. mmmm... Elyass sangat mudah makan dan tidak memilih. Jadi kerja menyediakan makanan untuk dia sangat mudah.

Saya pun pernah cuba puri brokoli semata-mata, tetap Elyass makan hingga habis.

Sedap le tu.....





02 May 2015

CIC Space Sport Day 2015

Assalamualaikum…

Dulu dengar je cerita pasal kawan-kawan joint program sukan sekolah anak-anak. Tahun ni.. dah berkesempatan pun saya! Feeling excited melampau-lampau! =) Tahun lepas tak dapat joint sebab saya tengah menghitung hari kelahiran Elyass kat Terengganu. Alhamdulillah tahun ni ada peluang.. =)

Bertempat di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 04 April 2015 (Sabtu) seawal 9.30 pagi, murid dan ibu bapa perlu sampai sebab pukul 10.00 pagi dah bermula majlis perasmian. Memang awal sungguh la kami pagi tu..siapkan abang Eusoff dan Elyass.


Dalam hati dah ada rasa tak sedap..takut abang Eusoff buat perangai tak nak joint.. Emosi abang tak leh nak jangka.

Sampai kat sana, papa slowkan kereta kat pintu masuk utama ke stadium tu.. tetiba abang kata “Eh, teacher laaa… babai teacher..eh kawan-kawan laa..”

Sesambil en.suami cari parking dekat-dekat ngan dewan. Alhamdulillah dapat.. siap-siap parking nak keluar kereta, abang Eusoff meragam.. tak nak turun sini, nak balik rumah.. Alamak… Abang Eusoff dah mulakan mainan dia dahhhhhhh... fuhhhh..tarik napas panjang-panjang saya masa tu.. Tak nak marahkan dia, sebab lagi marah lagi panjang emosi tak stabil abang tu..

Pujuk memujuk dengan penuh kasih sayang... Ambik masa dalam 15 minit jugak la. Tapi tak makan pujuk….Kena fikir cara je.. Tak kan nak balik camtu je sebab dah sampai sini kan..

Takde ikhtiar lain dah selain mintak bantuan teacher pujukkan. Kira last choice dah ni. Kalau tak jalan juga hai-hai-bai-bai je la Space Sport Day 2015 ni.

Tapi...tapi...tapi....

Memang abang Eusoff sangat cair dengan pujuk rayu teacher…. Tak sampai 5 minit pun.. siap pakai kasut dan berpimpin tangan dengan teacher sampai lah dalam stadium.. Mama, papa dan baby ikut dari belakang jauh-jauh… sambil gelak-gelak mengenangkan betapa powernya seorang "TEACHER".

Teacher pakaikan kasut

Berpimpin tangan dengan teacher masuk ke stadium

Alhamdulillah… akhirnya abang Eusoff joint jugak CIC Space Sport Day untuk tahun 2015 ni. Walaupun awal-awal, masam mencukanya muka anak bujang tu.. Tapi lama-lama abang Eusoff dah ok... Dah boleh senyum dan gurau-gurau ngan kawan-kawan. 

Masam sungguh, tak nak senyum langsung

Akhirnya dah boleh main-main dengan kawan-kawan

Abang Eusoff joint satu sport; PASSING THE PLANET.


Sebab stadium tu besar, dan sport game pulak kat tengah-tengah.. ibu bapa tak boleh masuk ke kawasan game, jadi tak berkesempatan nak ambil gambar abang tengah main dari dekat. Rasa macam alaaa.... tak best nyer tak dapat ambik gambar. Nampak dari jauh macam abang seronok betul.. Main passing-passing ball. 

Abang dapat no 3. Yeayy.. Mama, papa proud of you abang!

Passing the planet game

Sangat happening sport day ni... melihatkan stadium yang besar penuh dengan lautan pelajar-pelajar cilik Children Islamic Centre serta tenaga pengajar dan juga ibu bapa, hati saya merasa amat teruja!



Abang Eusoff dan teachers CIC Taman Samudera

Mama, papa dan baby Elyass @ CIC Space Sport Day 2015

Alhamdulillah, sampai ke akhirnya abang Eusoff di CIC Space Sport Day 2015. Tapi tak sempat pun joint pengumuman pemenang dan pembahagian hadiah sebab abang Eusoff dah sangat lapar dan Elyass pun mula dah nak meragam. Jadi kami balik awal.. Medal abang Eusoff dapat hari isnin, teacher bagi kat school.

Sebelum lupa, baju biru adalah dari Group Che Wan; mewakili planet NEPTUNE.



Alhamdulillah pengalaman yang best untuk dikenang-kenang. Pasti akan saya cerita balik bila abang Eusoff dah besar-besar nanti

=)




01 May 2015

Resepi stok bilis baby

Assalamualaikum…

Kembali lagi dengan resepi untuk makanan baby.

Masuk je usia Elyass bulan ke -8 aritu, April 2015, saya dah mula berikan bubur nasi dalam menu harian dia. Alhamdulillah..abis semangkuk dia makan, licin.. Menu awal-awal aritu bubur nasi campur ngan serbuk ikan bilis aje pun. Itu pun dah cukup menyelerakan..nyumm..nyum..

Syukur sangat Elyass bukan seorang baby yang cerewat pasal makan.

Mulanya ingat nak masak je bubur nasi dan terus masukkan bilis 4-5 ekor. Siap masak, kisar halus pulak. Fikir punya fikir, waktu tak berkejar dengan masa, mungkin cara itu sangat sesuai. Tapi dalam waktu berkejar-kejaran terutama di awal pagi.. macam leceh sikit.

So, saya rasa buat stok bilis lagi praktikal untuk saya.

Pembuatan yang sangat senang. Saya buat ni pun saya rujuk resepi kat internet. Alhamdulillah.. ramai yang tak lokek ilmu.. So saya panjangkan lagi resepi ini untuk mama-mama lain pula.



1. 3 gengam ikan bilis yang telah disiang (buang kotoran dan kepala). Beli bilis yang dah siap siang lagi senang. Basuh sehingga bersih, rendam seketika. Disejat seketika untuk pastikan ikan bilis tadi sedikit kering 
2. Setelah itu ikan bilis tadi disangai tanpa minyak sehingga masak. Warna ikan bilis berubah warna sedikit kekuningan.
3. Sedia untuk dikisar.
5. Hasil bilis dikisar halus, dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
6. Bubur nasi kosong bersama serbuk ikan bilis sedia untuk dimakan Elyass..

Setelah itu stok bilis ini bolehlah disimpan di dalam bekas. Bila nak makan bubur hanya tambahkan sedikit serbuk bilis ini untuk memberi perasa masin kepada bubur anak-anak kecil.

Senang kan?? So selamat mencuba..


Peneman setia mama di dapur







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015