31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 Tahun!!

Assalamualaikum...

Saya bangga menjadi anak Malaysia..!


Walaupun kebelakangan ini banyak sunguh kes bunuh membunuh, tembak menembak, hinggakan saya rasa kurang selamat bila keluar rumah.. mmmmm... Manusia sekarang sudah hilang pertimbangan, sudah hilang rasa kemanusiaan, sudah hilang kewarasan fikiran. Sakit hati sesama sendiri main pakat tembak bunuh sahaja. bagi yang berkemampuan main pakat upah sahaja. Nauzubillah jauhkanlah kejadian-kejadian yang tidak diingini ini kepada diri kita, ahli keluarga, sanak saudara kita.. jiran tetangga  dan rakan taulan juga.

Semoga Kemerdekaan yang ke 56 tahun ini, Malaysia merdeka dari kes-kes tragis sebegini. Amin....... Kau rahmatilah Malaysia Ya Allah... Berikan kesedaran  kepada hati-hati yang hitam kotor itu untuk berubah.. menginsafi diri.. Semoga seluruh rakyat Malaysia terus kekal hidup penuh harmoni di bumi Malaysia tanpa rasa resah gelisah, tanpa rasa kurang selamat. Ammmmiiiiiiiiiiiiinnnnn..

Semoga krisis-krisis yang berlaku di Mesir, Syria membuka mata kepada hati-hati yang hitam kotor itu untuk bersyukur hidup di Malaysia jauh lebih aman berbanding negara-negara yang sedang bergolak. Menginsafi akan segala jenayah-jenayah yang dah dilakukan di bumi Malaysia.

video

"Kemerdekaan tanah air merupakan satu warisan kepada kita, tetapi kemerdekaan sejati ialah memerdekakan diri dari belenggu kemalasan dan kemunduran. Marilah kita bersama-sama menjadikan kemerdekaan sebenar ini suatu sikap warisan kita"
-Allahyarham Sudirman Hj Arshad-

Semoga Malaysia terus aman harmoni... dilimpahi kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil, tiada malapetaka yang diturunkan Allah ke atas bumi Malaysia... Aminnn..

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 TAHUN
MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..



26 August 2013

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1434 Hijrah]

Assalamualaikum...

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah] - Ini cerita tahun lepas..

Ini pulak cerita pintu terbuka Hari Raya 1434 Hijrah. berlangsung lancar pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah.

Alhamdulillah untuk tahun ini, kami sekeluarga masih lagi diberi rezeki lebih oleh Allah Yang Maha Esa untuk membuat sedikit makan-makan kepada adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Semoga rezeki ini bertambah  berkat apa bila dikongsi bersama. Insya Allah.

Hasrat di hati memang nak masak sendiri.. Tapi apakan daya... kat dapur tu cuma ada kuali dan periuk kecik-kecik..sedang-sedang cukup nak masak untuk 4-5 orang makan je... Jadinya memang tak dapat lah nak menjamu  adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai makan dengan air tangan sendiri. hiihi... munkin satu hari nanti kot...Insya Allah...

Juadah di hari pintu terbuka tak banyak pun.. semua pakai main order saja.. Nasi lemak ayam berempah dan sambal sotong serta lauk-lauk standard lain. Selain tu ada mee hoon sup dan roti jala. Yang saya masak cumalah nugget dan agar-agar koktel berkuah. Dan adalah siikit kuih raya.. beli jugak =p.


Alhamdulillah...ramai yang datang walaupun ada jugak yang takde.. ada yang bekerja...balik kampung, dan ada yang mendapat terlalu banyak undangan rumah terbuka, jadinya tak berkesemptan nak datang... takpe...takpe..

Jom lah tengok gambar disekitar hari pintu terbuka... Setiap gambar ada ceritanya....


















Ramai tetamu yang tak sempat bergambar. Lagi-lagi ketika waktu puncak, rumah penuh amat sampai tak terlayan tuan rumah...maaf sangat-sangat..

Terima kasih pada yang datang ye...


25 August 2013

Beraya ke rumah Blogger - Happy ummi : Rumah Comel Kami

Assalamualaikum...

Penat masih terasa.... selepas seharian berpintu terbuka... Alhamdulillah ramai saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga yang datang.. Itu pun masih rasa terkilan sebab ada lagi rupanya kawan-kawan yang saya terlepas pandang nak jemput... Terkilan sungguh... 

Setahun sekali menjamu makan... sangat lah best. Kalau nak mengharapkan hari-hari biasa... takkan ada lah orang nak datang rumah saya, sebab saya sendiri pun macam tu..segan pulak rasanya tetiba nak datang rumah  orang. Melainkan di Syawal ini memang terpikir nak pergi beraya je rumah kawan-kawan..sebab Syawal memang la bulan untuk kita ziarah menziarahi...

Cerita hari pintu terbuka semalam nanti-nanti saya cerita ye..

Ni nak cerita saya pergi beraya rumah sorang blogger ni... Jaja namanyer.. Kecil comel orangnya.. =) 

Sepanjang berkecimpung dalam dunia blogger ni.. saya bukannya selalu berkesempatan untuk berjumpa kawan-kawan blogger. Cuma dulu, sewaktu saya menyertai Seminar jom Kurus bersama Kelvin Zahari tahun  lepas... Berkesempatan la jumpa ramai kawan-kawan blogger kat situ... Selain tu blogger Tini, Bukan Saya disini, dia datang beraya di rumah  saya kat kampung, dia kawen dengan kawan saya waktu sekolah rendah dulu... Kecilnya dunia kan..?! hihihi

Dan Jaja la blogger seterusnya saya jumpa .. Jaja blogger Happy ummi dan Rumah Comel Kami.. Asalnya memang saya yang tak malu drop komen kat blog Jaja cakap teringin nak pergi beraya rumah Jaja...hikhik. Tapi tak sangka tau, Jaja email balik siap bagi nombor phone dia... Kami bertukar no tepon... dan.. akhirnya Jumaat lepas tertunai hasrat saya nak jalan raya kat rumah Jaja. Kebetulan saya memang ada nak ambil barang area sana dan memang tempatnya dekat sangat ngan rumah Jaja tuh. Jaja kata sekangkang semut je..=p

Sebab Jaja ni orang Terengganu jugak sama ngan saya, jadinya selesa sungguh la nak borak menggunakan bahasa ibunda Tranung kite...


Sampai-sampai.. borak-borang sambil kenal mengenali... bercerita itu ini.. Eusoff dan Zulaika [Echa] dah start kawan-kawan...cepat je dorang leh ngam... Sebab sama-sama anak kelahiran Teranung kot jaja dok..? =)




Jaja masak laksa Muor... mmmmmm...sedap sungguh sampai bertambah-tambah sambil menjilat sudu la saya dan en.suami makan.. Tu pun rasa dok puah makang lagi Jaja weyy.. hihi..


Duduk-duduk borak-borak sambil Khilfi Eusoff buat perangai nangis-nangis.. nakkan mainan-mainan Echa.. Maaf ye Jaja... dah besar ni.. banyak sungguh perangai-perangai tak terjangka Khilfi Eusoff.. Buat hal rumah sendiri boleh tahan lagi..ni buat perangai rumah orang.. lelagi baru kenal ni.. terasa cam... hishhhhhh... [Tak leh gambarkan ngan kata-kata perasaan itu.. huhu..] 

Maaf ye Jaja...

Dalam pukul 10 lebih kami dah minta beredar, Eusoff nampak dah ngantuk sebab tu makin menjadi-jadi buat perangai... Seronok boleh kenal Jaja sekeluarga. Lebih-lebih lagi Echa comel tu... biasanya tengok dalam blog je... =)

Apa yang boleh saya describe jaja ni... dia sangat peramah, lembut dengan anak.. pandai masak, pandai susun atur rumah...hihii [Bukan bodek ye Jaja!! Ikhlas dari hati..]

Echa anak jaja...sangat lah sweet...sweett..
Pandai cakap! Sangat-sangat pandai! Mudah mesra! Baik hati sebab selalu beralah ngan Eusoff... semua mainan dia Eusoff nak konker... termasuklah hanpon jaja..kikiki.. Nak tengok Alif..Ba..Ta.., Upin Ipin. Echa pasrah je..beralah ngan Eusoff... Tak gentle sungguh anak aunty kan Echa sayang..? hikhikhik


Suami Jaja pun peramah!

Terima kasih Jaja sudi menerima kunjungan kami ni. Next time turn Jaja lak singgah rumah kami di Batu Caves ye..? Jemput...jemput...

Dengan berblog saya dapat tambah kawan.. Alhamdulillah..
Lepas ni harap-harap ramai lagi rakan blogger saya boleh kenal.. =)



23 August 2013

Rendang ayam pedas-cubaan pertama & jemputan pintu terbuka...sila..sila..

Assalamualaikum...

Kita masih di dalam bulan Syawal... bulan yang kaya dengan makan-makan. Open house di sana-sini. Open office pun sini sana. Masa yang amat sesuai untuk membesarkan badan dengan jayanya, menternak  lemak dengan bangganya.. =)

Kat office saya majlis makan-makan  bersempena Hari Raya adalah hari ni 23 Ogos 2013  bersamaan 16 Syawal 1434H.  Konsepnya pot luck. Tapi masing-masing dah di beri menu apa yang perlu dimasak [DIMASAK okeyyy...bukan dibeli...bukan diorder...] Rungsing saya bila menu yang saya dapat adalah RENDANG AYAM.

Mesti sape-sape yang terer bab masak memasak ni, apa lah sangat rendang ayam tu kaannn... sambil pejam mata... campak-campak bahan daannn siap! Itu kamu.... tapi saya? Rendah ayam tak pernah dibuat sepanjang 29 tahun  hidup ni tau.... tu yang menggelabah semacam google resepi, tanya orang situ sini.

Memula rasa cam nak ngelat... rasa cam nak mintak tolong kak NgahRohaiza buatkan.. Tapi bila pikir-pikir balik tak best la pulak.. Bila nak pandai kalau tak nak mencuba kan. Jadi  saya cabar diri saya untuk buat rendah ayam.. fuuuhhhhh... kuss semangat...

Balik kerja semalam, Terus singsing lengan kat dapur. Siapkan ape yang patut... cuci ayam, prepare bahan-bahan untuk diblend, perah santan.. Siap semua... saya satukan di dalam kuali..pastu tinggal je..pergi solat... layan Eusoff tengok Mickey Mouse.. tengok tv ngan en.suami... Alahaii santai sungguh!

Erkk.. korang caye ker? hahahah takdenyer  sesantai tu.... Nak siapkan bahan dah berejam... hahahha... Ye ahh.... sedia bahan sambil refer resepi.... Start masak pun..terhegeh-hegeh tengok  resepi...mana nak dimasuk dulu..mana nak kedian... sukat betul-betul macam dalam resepi.... kerat halia, kunyit, lengkuas kira inci tahu?? 3 inci...besar mana... 1 inci besa mana. Haaaa..sampai macam tu sekali.. takut rendang ayam tak menjadi.. lawak sungguh.... Orang lain kejap je pun masak  rendang..  Saya start 6.30pm pukul 10.00 malam baru siap... lama sungguh......

Resepi saya ambil di sini : Rendang ayam pedas [Kredit kepada Kak Liza a.k.a Chef Hanieliza]
Saya copy sini resepi untuk reference saya akan datang. 

RENDANG AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam
gula

Bahan Mesin

3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

Ni je bahan-bahannya..

Ayam tu tengah nak cuci ngan limau.. cuci kasi bersih gitu... baru la rasa tanpa was-was nak kasi anak suami, dan kawan-kawan makan....


Bahan yang telah diblend sempurna oleh en.suami


Masak dengan api yang perlahan.. digaul rata..

2 cawan santan pekat dimasukkan... dan biar je sampai kering.

Dan hasilnya........


Nampak menggiurkan bukan.... =p

En.suami kata.. "mmmmm....dap!" 
Alhamdulillah...cubaan pertama saya en.suami kata berjaya!! 
Tapi tak tahu la kene selera kengkawan atau tidak.... Tawakkal sahaja la....

Harap-harap laku.... kkikikiki...

Sebenarnya, terasa cam senang je nak buat rendang ayam/daging/kerang. Cuma rajin ngan tidak aje... [Diri sendiri plak terasa..kahkahkah]. Lepas nih boleh lah buat lagi! hihi

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempena Syawal ini... saya berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat blogger untuk datang ke rumah saya, diadakan sedikit jamuan makan bersempena Syawal 1434H ini. 
Jika ada berkelapangan..., on da way melalui Batu Caves...singgah-singgah la ye...?

Tempat   : Batu Caves [Kalau serius nak singgah email no phone kat saya ye..? Nanti calling2.
Tarikh     : 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah [Sabtu]
Masa        : 12.30 ~ 05.30

"Semoga rezeki yang sedikit inimendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya Allah"


Selamat Hari Raya!





Cerita Hari Raya 1434H

Assalamualaikum..

Lama sungguh berehat dari menulis disini. Hari ini baru terasa ada kelapangan sikit.. dah tak reti nak mula macam mana dah...

Hari ini 16 Syawal 1434H.. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat melalui bulan yang mulia ini... 

Tahun  ni persiapan raya kami ala kadar sungguh. Persiapan tersangat last minit. Baju raya en.suami, Eusoff..., baju raya abah.. semuanya beli sebelum balik kampung nak beraya keesokkan harinya. Pakat ambik saje sebab nak kejar masa. Kuih raya satu habuk pun takde. Kuih order pun tak sampai-sampai kat tangan kami. Almaklum la en.suami seminggu tak ke office sebelum raya. Kuih raya sampai kat office je le... Dugaan sungguh..

Tapi dalam ala kadar tu beraya gak kami..Alhamdulillah..

1 Syawal saya berlalu dengan penuh kegembiraan walaupun disebalik wajah ceria saya tersembunyi kesedihan yang amat sangat bila mengingatkan arwah emak tersayang.. Syawal ini genap setahun emak meninggalkan kami. 

Kerinduan dan ingatan kepada arwah emak mertua juga sama.. Tahun ini merupakan tahun ke-3 arwah meninggalkan kami.. tidak pernah hati ini  tidak rindu...

Al-Fatihah untuk mereka yang sudah tiada.

Bercerita tentang raya, tahun ini giliran beraya disebelah keluarga en.suami. Sebenarnya, tahun pertama beraya dengan ketiadaan arwah  emak... hati saya menginginkan untuk beraya dengan ayah dan adik beradik di Terengganu. Saya mahu berkongsi rasa sedih dan pilu bersama mereka di pagi raya. Duduk bersalam memohon ampun dan maaf dari ayah tercinta di pagi raya... Kepusara bonda membaca yassin beramai-ramai bersama, Namun saya akur.. saya perlu adil untuk en.suami juga.

Alhamdulillah.... bila dah sebok menolong mak  Ngah  dan  kak Ngah di dapur boleh la saya lupa rasa sedih tu..

Sambutan raya di kg Temau pun tak kurang bestnya. Meriah bila ramai-ramai raya bersama. Lagi bertambah  meriah dengan hidangan juadah yang macam-macam ado....=) Kesihatan en.suami pun dah pulih macam biasa.. bertambah-tambah rasa gembira di hari raya. 


Raya tak bergambar mane.... gambar keluarga satu ni aje... Tu pun tak semenggah mana.. En.suami pegang pinggan nasi nak suap Eusoff makan... Boleh la dari takde kan...

Raya ke-3 dapat balik Terengganu... yeayyyyy!! Tapi dah takde sapa-sapa kat rumah.. Sedih sungguh la.. Masing-masing dah balik ke  keluarga mertua pulak.. apa leh  buat... Tapi tetap lah best sebab ayah kan ada!  Lepas rasa kerinduan 1 Syawal. Sampai-sampai terus peluk cium ayah..salam mohon  ampun maaf. 

Raya ke-4 barulah saya berpeluang ke pusara emak. Setiap kali balik kampung tempat wajib pergi adalah ke pusara emak. Syahdu terasa saat bacakan Yassin untuk arwah.. Teringat saya arwah emak pernah berkata semasa hidupnya "kalau emak mati, ada ke tidak anak-anak datang bacakan yassin untuk  emak
-Ada mak...ada...adik akan sentiasa bacakan Yassin untuk emak.. dan adik akan  datang melawat emak. =(

Semoga doa saya untuk arwah emak Allah terima, Insya Allah....

Selamat hari Raya.



07 August 2013

Semakin beransur baik.. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya!!

Asslamualaikum...

Esok dah hari terakhir di Ramadhan 1434H. Sayu rasa hati...

Hari ini, kesusahan hati saya pada en.suami sedikit terubat bila abang-abang datang rumah bagi semangat dan bantuan! Sungguh terubat rasa susah hati yang dipikul sorang. Terima kasih abang sekeluarga dan abang ngah! Tanpa korang mesti rasa lebih hiba menanggung ujian ini sorang diri..

Pagi tadi abang dan abang ngah sahur di sini..sementara menunggu pagi, nak menghantar en.suami membuat pemeriksaan darah lagi sekali. Tapi kali ini kami memilih untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Malam tadi di badan en.suami sudah naik bintik-bintik merah... susah hati kami adik beradik. Kalau ikutkan hati kami, mahu aje kami mengusung en.suami malam tadi jugak...tapi empunya badan berkeras tak nak. Katanya sakit ambil darah kat Hospital Selayang masih terasa... Lagi nak ambil darah di tengah-tengah malam nih, jadinya dia taknak, melainkan esok pagi, ok... manja kannnn...? Jadi kami akur dengan kehendak empunya badan, tunggu aje lah pagi besok baru bawak en.suami ke HKL.

Bintik-bintik di tangan..

Abang dan abang ngah temankan kami ke HKL.. Terharu rasa hati... Terima kasih abang-abang semua.. Tanpa kalian mesti saya menangis nak hadap benda ni sorang. Dengan tak tahu jalannya nak ke HKL. adeehhh.. Ada GPS pun, tak berani kot nak ke area sana sendiri..

Alhamdulillah pagi ni en.suami sudah tidak demam cuma masih tiada tenaga. Dengan bintik-bintik merah sudah naik disesetengah bahagian badan. Itu yang mendebarkan sebenarnya.

Urusan di HKL juga lancar,  cuma dengan keadaan ramai orang di bahagian pesakit luar, terpaksalah kami sabar menunggu giliran. Urusan mengambil darah pun cepat sangat lagi-lagi hari ni terjumpa pulak saudara sendiri di bahagian mengambil darah, urusan jadi sangat mudah. Siap pesan..ambil pelan-pelan tau, suami saya takut sakit..hihihi =) 
Terima kasih Lisa!


Mununggu result pun sekejap sahaja. Tak sampai 10 minit. Alhamduliallah jika dilihat pada result platlet darah en.suami masih dalam kadar yang tidak membimbangkan. Antara 150 - 400, platlet en.suami adalah 227. Namun begitu masih perlu berjumpa doktor untuk dengar apa kata doktor lak.


Rumusan dari doktor, en.suami bebas dari DENGGI. Alhamdulillah. Perihal bintik-bintik merah itu, doktor kata jika seseorang terkena demam virus juga boleh berhadapan dengan masalah keluarnya bintik-bintik merah sebegitu. Entah lah kesahihannya... itu fakta dari doktor bukan saya ye... =) Kata doktor lagi mungkin ini masalah hormon en.suami.. Errkkk.. hormon??? Kami balik dengan 1000 tanda tanya... Ermmmm.. =p

Bebas dari denggi..Alhamdulillah..

Tapi en.suami tetap lemah lagi... Tenaga belum ada 100% dalam badan. Duduk lama, sakit pinggang.. selera makan belum ada.. makan sikit dah nak muntah.. Jalan lama, cepat letih.

Tapi dah boleh bergurau senda ngan nanak. Seminggu gak la nanak terabai..hari ni dah boleh gurau-gurau panjat belakang dah..

Senang hati melihatnya.

Insya Allah kami balik Kampung Pahang besok. Insya Allah hari raya ke-3 kami balik Kampung Terengganu lak.. Tak sanggup kami nak beraya di perantauan nih.. no..no..no..! =)

Harap-harap Allah melancarkan perancangan balik kampung kami.

Harap-harap juga en.suami akan recover sepenuhnya sebelum menjelang 1 Syawal 1434H ini. Semoga kegembiraan Syawal ini dapat kami berkongsi bersama. Insya Allah..


Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan;

Sebab designer kami sakit, guna balik kad raya tahun lepas je laaa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH
MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP DALAM SETIAP PENULISAN DI BLOG INI. 

SEMOGA SYAWAL INI MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN UNTUK KITA SEMUA.
SELAMAT BALIK KAMPUNG!!


05 August 2013

Tidak sihat lagi.. Bagaimanalah Syawal kami..

Assalamualaikum...

Selamat balik kampung ye pada semua yang dah memulakan perjalanan balik ke kampung halaman. Tinggal lagi 3 hari untuk menjelangnya Syawal yang dinanti.. Haruslah semua tak sabar-sabar nak menjejaki kampung halaman yang  dirindui, bertemu mata dengan bonda dan  ayahanda tercinta.... 

Hari ini hari ke-6 en.suami demam on/off... dan keadaan badannya teramat lemah. Sepanjang perkahwinan ini adalah sakit yang paling teruk en.suami. Biasanya kalau dapat demam cukup sehari dua saja. Makan ubat pasti kebah. Cuma kalau batuk dan selsema boleh jadi 4-5 hari juga. Tapi tetap boleh ke tempat kerja, badan pun sihat aje..

Sepanjang 6 hari, sudah 3 kali kami ke klinik swasta 31/07, 02/08 & 04/08 ... jawapan tetap sama, demam.. dibekalkan ubat demam, antibiotik, ubat sakit otot/badan, ubat sakit tekak... sama je ketiga-tiga klinik. Terakhir kami pergi klinik semalam, klinik panel en.suami.. kami mengharapkan doktor nak buat test darah atau apa-apa yang membuatkan hati saya lega.. Tapi tetap sama, kami hanya dibekalkan ubat-ubat, ubat yang "kuat sikit" dari sebelum kata doktor. Besok, 05/08 kalau keadaan tetap sama baru datang balik untuk test darah.

Di klinik 02/08

Pasrah.....walaupun dalam hati saya rasa tak tenang dengan  keadaan en.suami yang bertambah lemah. Tapi doktor nak lagi kami tunggu...

Balik dari klinik, en.suami berikan duit suruh ke Giant Batu Caves, carikkan kasut raya Khilfi Eusoff.. Katanya kita takpe tak beraya..tapi kelengkapan anak perlu ada jugak! Sakit..tapi sempat lagi fikir pasal anak... =(

Petang hari yang sama, dalam pukul 5.15 petang, dalam keadaan en.suami yang tak bukak mata, hati saya rasa hiba. Tak sanggup nak lalui Syawal yang dah nak kunjung tiba dengan keadaan en.suami macam ni.

Saya pujuk rayu en.suami berbekalkan air mata, nak bawak dia ke Hospital Selayang. Saya tak sanggup nak tunggu sahaja. Saya mahukan satu keputusan yang jelas. Kalau teruk keadaan dia, boleh bertindak cepat untuk warded dan dapat dipantau doktor. Kalau keadaan dia ok.. dah tentu lah hati saya legaaaaa...

Alhamdulillah..air mata saya mahal bagi en.suami.. dia setuju dengan apa yang saya nak buat. Eusoff saya tumpangkan kat rumah kawan. Nak bawa takut mengganggu kelancaran di sana. Tahu lah Khilfi Eusoff dah boring nanti macam-macam ragam dia tunjukkan. Saya drive ke Hospital Selayang. Sebab en.suami tak "buka mata" sangat, dengan keadaan kene baringkan sit kereta sampai habis sebab tak larat nak duduk lama katanya. Mujur GPS jadi penyelamat. Saya bukanlah seorang yang tahu jalan-jalan ni. Biasanya jadi mem kat sebelah je. Tapi sebab keadaan maha terdesak,rupanya saya boleh!

Kat Hospital Selayang kami terus ke bahagian Kecemasan, urusan lancar Alhamdulillah, telah diasingkan untuk bahagian fever. En.suami dah lemah sangat. Saya dudukkan dia di ruang menunggu dan saya berkejar membuat pendaftaran dan ambil nombor giliran. Mujur tak ramai orang..menunggu pun sekejap sahaja. Selesai berjumpa doktor, explain sejelasnya.. Doktor ambil darah, disamping beberapa ubat telah diberi.Saya tak jelas sangat pasal ubat-ubat tu, tapi apa yang saya tahu salah satunya ubat untuk melegakan sakit perut. [En.suami sakit perut, mungkin sebab tak makan dah 5 hari]. Untuk mengelakkan hydration doktor masukkan sebotol air ke dalam badan. Mungkin sebab tu jugak en.suami lemah, Kurang air dalam badan.


Masa ambil darah, dan ubat-ubat dimasukkan ke dalam badan, en.suami lemah sungguh... Dia muntah-muntah, bibir dan  muka pucat. Sayu rasa hati melihat keadaan dia macam tu.. Saya pegang tangannya dan genggam erat-erat. Moga dapat saya salurkan kekuatan ke dalam dirinya yang lemah tu..

En.suami minta nak baring sebab  tak larat.. tapi takde katil kat situ, jadinya  masuk air sambil duduk aje. Kesian  lak... Nampak en. suami relax... dan dah kurang pucat bibir dia. Alhamdulillah.

Result darah keluar petang tu jugak. Doktor kata result ok...dan tak perlu warded. Lega sikit hati saya walaupun tak lah lega sepenuhnya.

Balik rumah keadaan en.suami tetap lemah. Malamnya dia demam lagi. On/off macam biasa.. Bila ditanya macam mana rasa keadaan sekarang. Dia jawab dah sihat sikit. Tapi keadaan tetap sama.Terbaring tak bukak mata. Cuma malam tadi en.suami mampu makan bubur nasi 6 sudu! Alhamdulillah..

Tak kuatnya saya nak melihat keadaan en.suami sekarang. Tapi ikhtiar tetap tak akan abis.. Setiap ubat-ubat yang doktor bagi, saya pastikan en.suami makan ikut waktunya. Taknak perut dia kosong, saya paksa juga makan..walaupun hanya roti sebab tak nak perut sakit lagi. Minum air sebanyaknya sebab tak nak dia terhydration. Nak buat bubur nasi sup ketam hari ni sebab malam tadi nampak ada selera makan bubur nasi. Juga bagi minum air 100+ dan air kelapa.

Hari ni saya emergency leave. En.suami tetap macam tu keadaannya, dan kesian Eusoff tak sihat jugak.. badan panas dan batuk-batuk, muntah. Tinggal 2 hari je lagi nak kerja sebelum raya, 07/08 office saya bercuti.  Tapi takpe lah.. masa ini mereka amat perlukan saya.. dan saya perlu disisi mereka.

Kadang rasa sedih, en.suami berkorban duit membelikan Prudential BSN Takaful Insuran untuk saya dan Khilfi Eusoff. Katanya kalau mama dan nanak sakit senang tak perlu nak menunggu lama tunggu turn di hospital kerajaan. Terus ke mana-mana hospital swasta dan boleh dapatkan rawatan dengan selesa di situ. Mudah kalau mama sakit, boleh bawa nanak sekali ke situ. Tak perlu nak fikir ke mana nak tumpangkan nanak. 

Tapi insurans diri sendiri tak nak beli sebab jawapan dia, banyak lagi komitment lain yang dia perlu fikir. Apalah sangat dengan keadaan dirinya. Kalau sakit pergi je la Hospital Selayang...

Sedihnya...pengorbanan suami yang tak pernah berbelah bagi untuk anak dan isteri...

Cepat baik abang... 

Sihat nanti kita pergi cari baju raya abang ye....

=(

Terima kasih pada kawan-kawan yang msg/call beri petua dan nasihat. Terima kasih pada ayah, adik beradik semua...abah dan adik, juga saudara mara! Walaupun kamu semua jauh di sana, tetap call, msg, whatsup bertanyakan khabar berita. Itulah penambah kekuatan saya sebenarnya.

*Tetap berjaga-jaga, kalau keadaan tetap seperti ini dalam sehari dua nanti saya akan bawa ke Hospital Selayang lagi.
*Perlu jugak ambil insurans untuk en.suami nanti... Hal ini terjadi betul-betul menjadikan pengajaran untuk saya.



01 August 2013

Dugaan tiba dipenghujung Ramadhan, sabar....

Assalamualaikum…

Hari ini 01 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H. Hari ke 23 berpuasa…tinggal lagi 6 hari sahaja lagi untuk seluruh umat Islam seantero dunia menjalani ibadah puasa. Sayangnya mahu menghadapi Ramadhan yang bakal berlalu pergi.. Masih adakah peluang untuk saya melaluinya lagi di tahun 1435H? Wallahu'alam bissawab… Hanya Dia yang maha mengetahui.. aturan hidup hamba-hambanya.. Ada rezeki pasti ketemu lagi bulan penuh barakah, Ramadhan Al Mubarak! 

Hadirnya dinanti-nanti, perginya pasti dirindui…

Dalam pada sibuk semua umat Islam sedang menyediakan persiapan menunggu Syawal yang bakal tiba…. Jangan dilupa zakat fitrah ye semua.. =) Mana yang belum, cepat-cepat buat pembayaran di kuanter-kuater zakat berhampiran dan yang paling penting! buatlah pembayaran kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Bagi yang nak tahu tentang kadar Zakat Fitrah bagi tahun  1434H ini boleh la rujuk di sini :

Semoga membantu =)

Alhamdulillah en.suami sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai  ketua keluarga di awal puasa hari tu.... Walaupun hanya dalam nilai yang kecil, semoga agihannya nanti mampu memberi senyuman  kepada golongan-golongan  yang layak menerimanya, sebagai bantuan sebelum menjelangnya Hari Raya nanti,  Insya Allah..

Sudah berada di minggu akhir berpuasa, masing-masing mesti dah siap sedia dengan segala keperluan untuk beraya kan...? Perabot rumah..langsir baru.. kuih muih raya, baju bajan raya, kasut raya segala..... kan....? Itulah part yang paling best untuk isteri-isteri sekalian, dan part yang paling memeningkan untuk si suami sekalian kan...? hihih.. Apa-apa pun persiapan biarlah berpada-pada, tidak berlebih-lebihan... Berbelanja ikut budget.. Kalau terover budget jadinya nanti lepas beraya, sambung puasa enam, sambung puasa ganti...dan sambung puasa lagi hingga ke hujung bulan sebab fuluss dah kering. hihi Kalo mak pak je kene puasa itu tak jadi hal la lagi... jangan anak-anak kecil ikut kene puasa, puasa susu..puasa nestum... alahaiiii kesiannya.... Moga perkara ini tak terjadi pada kita.. Pandai-pandai la berbelanja di musim raya ni...

Belanja raya saya... mmmm..sedih sangat...

Baju raya Khilfi Eusoff baru dapat sepasang.. Mase berbuka puasa kat Fullhouse aritu.. beli kat F.O.S. Itu sahaja..

Baju mamanya dah dapat 2 pasang, beli kat Giant bebaru ni masa berbuka berdua bersama Khilfi Eusoff kat The Chicken Rice Shop. Cukup dah tu..! Tapi kalo en.suami nak beli lagi...ambil nyiru saya tadahkan.... =)

Kuih raya, en.suami dah tempah kuih tart nanas kat kawan office dia. Saya lak dah order popia nestum kat kawan tempat kerja. Itu sahaja kuih raya setakat ni.

Duit raya, dah tukar la sikit-sikit... Banyak tukar nilai yang kecik-kecik je... "Tukar kecil ramai yang merasa, tukar besar kurang yang merasa"... haaaa... pepatah tu!

Selain itu... takde apa-apa dah...

Baju en.suami? Belom ada apa-apa pun!

Hati  dah excited nak membeli keperluan raya. Dah list down mana yang perlu, terutama barang-barang untuk Khilfi Eusoff... tapi hajat tak kesampaian lagi walaupun puasa berbaki hanya 6 hari je dah lagi... 

Sebabnye en.suami demam teruk tiba-tiba. Dah 2 hari MC. Malam ni pun masih demam teruk lagi.. Menjelang pagi menggigil-gigil kesejukan. Sakit seluruh badan. Dari lepas maghrib tadi, tidur aje. Nampak tersangat lah lemah. Kesian dia... Terasa hari-hari saya dan Khilfi Eusoff tak seronok bila papa jatuh sakit! mmmm...

Mana-mana keperluan raya tu, nanti-nanti la beli..masih sempat lagi.. =p Kalau tak sempat beli..guna je laa mana yang ada.. Tetap beraya jugak nanti..

Apa boleh buat, dugaan di hujung Ramadhan bersabarlah.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015