31 July 2013

The Chicken Rice Shop @ Berbuka hari ke 21

Assalamualaikum...

Banyak hari dah rasa tak menulis di blog ini. Rindu sebenarnya tapi sebab kekangan masa, rindu pun.. tak leh buat apa-apa... Alhamdulillah hari ni ada ruang dan peluang, harus lah kene update.

Hari ini dah hari yang ke 22 kita berpuasa. Ramadhan sudah ke penghujungnya. Tak berapa hari dah pun lagi nak bertemu Syawal yang dinanti-nanti. Sedih..sayu rasanya. Terasa Ramadhan yang dilalui sangat cepat tempoh waktunya berlalu. 

Tunggu masa berbuka lepak kat playground
sambil makan kepok lekor..

Berbuka  puasa hari ke 21.. saya merasa berbuka berdua aje ngan anak bujang saya, Khilfi Eusoff.. Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun saya yakin dan pasti mesti ada satu hari saya akan berbuka sendiri (sewaktu tiada anak) dan berbuka berdua (bila dah ada Eusoff). Rasanya..biasa-biasa aje... Takde apa yang nak disedihkan... En.suami kerja mencari rezeki untuk anak isteri. Haruslah isteri redha aje..

Semalam kami dating berdua berbuka di The Chicken Rice Shop kat Giant Batu Caves aje... Booking meja dari tengah hari sebab takut takde tempat nanti. Lepas booking teringat Ramadhan 1433H.. Terasa macam pernah melalui detik keadaan ini la... =) Terus tengok balik entry Ramadhan lepas.. dan saya senyum sendiri.. hihi.. 

Pertama kali di Ramadhan ini -Berbuka berdua dengan nanak di tempat yang sama, meja yang sama kami berbuka semalam... Menu je sikit berbeza.. 

Adakah bila en.suami takde, selera makan saya adalah di The Chicken Rice Shop..? hahha tetiba tertanya kat diri sendiri... =) Entah arr... yang pasti dah dua tahun berturut-turut macam ni.. Tengok tahun depan lak camne kan...?

Alhamdulillah... berbuka puasa dikala Eusoff sudah menginjak 3 tahun adalah lebih mudah.. lebih tenang dan damai... Khilfi Eusoff dah semakin behave.. Dah faham bila ditegur, terus mengikut kata... Berbuka berdua tahun lepas, keadaan lebih huru hara sikit.. Ye laa Eusoff umur baru nak masuk 2 tahun.. apa la yang di tahu..

Sebab nanak dah besar, makan pun dah banyak...sebab dia pandai dengar kata mama, jadinya mama orderkan set special untuk dia.. Little Chick Junior Combo... 


Nampak nanak seronok sangat sebab set untuk kanak-kanak ni diorang serve dalam pinggan yang comel complete ngan sudu dan garfu.. Dah tentu-tentu la Khilfi Eusoff teruja lebih... =)

Ini buktinya... ( '_____' )


Dan sebab Khilfi Eusoff budak baik jugak... Eusoff dapat adiah sekor Little Chick yang omel angat!!


Tahun lepas saya ambil set promosi Ramadhan.. Tahun ni, tak teringin lak..walaupun nampak ayam percik tu macam menggiurkan aje.. Rasa nak makan yang ringan-ringan aje...Erkk.. Ringan le sanggaattt kan..? =)

BBQ Chicken Noodles dan Pai Tee

Milo Untuk Khilfi Eusoff dan tea 'O' untuk  mama..

Alhamdulillah... walaupun tanpa en.suami depan mata.. kenyang tetap  kenyang kan Khilfi
Eusoff? hihiih

Seronok spend time berdua ngan nanak sekarang.. Lepas solat magrib kat situ, mamanyer nih round satu Giant carik baju raye.. Nanak ngikut je.. Muka nampak penat dan pasrahhhhh.. Dah dapat dua pasang, ada hati nak meround lagi dan lagi.....

Tetiba dengar suara kecil tapi kasar bunyinye "amma... nak alik.. "

Hahah...kesian.... =)



20 July 2013

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitulhidayah Puchong, Selangor

Assalamualaikum...

Hari ini en.suami bawak berbuka puasa kat sini,


Sekali sekala dapat joint majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, rasa sedih hati... Begitu gembira dan  bermakna untuk mereka, dijemput berbuka puasa dengan hidangan makanan yang sedap-sedap, dapat pulak sumbangan duit dan barang-barang yang diberikan oleh Kelab Bermotosikal NSC Bikerz Clan tersebut. Semoga bukan hanya dibulan Ramadhan sahaja mereka gembira sebegini, tapi dibulan-bulan lain juga tetap mereka boleh tertawa, senyum gembira kerana masih ada orang yang mengingati  mereka dan memberi sumbangan-sumbangan yang sepatutnya untuk mereka.

Pengerusi Kelab Bermotor NSC Bikers Clan sedang mengagihkan
sumbangan kepada anak yatim

Sungguh kecil lagi mereka ini... Bagaimanalah erti Ramadhan untuk anak-anak yatim ini kan? Saya tak boleh nak fikir apa rasa mereka. Walaupun pada hakikat nampak gembira, seronok, berlari-lari ke sana ke mari.. tapi saya tahu di hati kecil mereka ada rindu yang tak mampu diungkapkan oleh kata-kata oleh mereka, betapa rindunya mereka pada keluarga, terutama ibu dan ayah. Rindu akan insan yang sudah pergi meninggalkan mereka ketika mereka masih lagi memerlukan perhatian dan kasih  sayang seorang yang bergelar ibu/ayah.

Tak leh nak cakap lebih...sebak rasa..

Yang bestnya, selesai ucapan dari pengerusi kelab tersebut, tinggal dalam 1/2 jam sebelum berbuka, anak-anak yatim ini berkesempatan membonceng motor berkuasa besar ini dan round-round sekitar kawasan Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Sungguh excited dan teruja mereka dapat merasa pengalaman yang tak pernah dapat mereka lalui ini. Pasti akan menjadi kenangan yang paling best dalam hidup mereka!

Apa juadah berbuka puasa hari ini?


Nasi beriani, kuih muih dan buah-buahan

Dan juga hidangan donut pelbagai perisa oleh Mamam Bakery & Cake. Sedihnyer belum sempat nak pergi ambil, donut dah habis... Laku betul! Tak merasa nak rasa.. =p 



Di majlis berbuka puasa ni, Khilfi  Eusoff baik-baik saje... cuma bila ada yang menegur cepat-cepat menyorok kat  mama dan papa. Ntah la... kadang terasa nanak ni anti sosial je. Susah nau bila berjumpa orang yang tak kenal.. Kat rumah bukan main bising mulut.. kat luar, lagi-lagi bila berjumpa orang yang dia tak kenal terus senyap  tak bersuara,  nak suruh salam pun susah... Memang patut hantar sekolah tahun  depan ni.. Bagi nanak bergaul dengan ramai orang, agar self confident  dia dikhalayak  ramai tinggi! Kan......?

Tapi kalau bab makan...confirm tak tolak.. Pastilah belum apa-apa dia yang berbuka dulu. Agaknya nasi beriani tadi kena dengan selera nanak.. Abis licin sesenduk nasi... Lapar agaknya.. Tu yang tak de feel nak beramah  mesra  tu kot..... =)



Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam ayat Al-Quran dan Hadis:

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

• “Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)

• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.


Selamat berpuasa hari ke-12!


Pendaftaran Persekolahan Khilfi Eusoff 2014

Assalamualaikum...

Puasa hari ke-11... Lagi-lagi di hari cuti..sangat best rasanya, bangun sahur 4.30am, en.suami decide nak drive thru McD aje, pekene Spicy Chicken Mc Deluxe. Layan dalam kereta depan McD. Feeling habis!

Lepas subuh sambung tidur balik sampai lah tersedar nanak yang kejutkan mintak susu. =)

Hari ini ada agenda penting nak kami laksanakan. Pendaftaran persekolahan nanak bagi sesi persekolahan 2014. Berdebar pun ade! 

Kenapa terlalu awal pendaftaran untuk persekolahan tahun depan sedangkan sekarang baru Bulan Julai? Sebabnya kami kejar harga promosi Nisfu Sya'ban. Banyak kurang berbanding pendaftaran di bulan-bulan lain. Promosi ini akan berakhir 24 Julai 2013. Tu yang cepat-cepat kejar tu... =)

Untuk melaksanakan misi itu kami perlu ke Giant dulu untuk ambil gambar ukuran passport nanak yang terbaru. Untuk urusan yang satu ini mamanye ni dah hangin satu badan. Susah sungguh Khilfi Eusoff nak bekerjasama untuk ambil gambar je pun! Strategi papa belikan nanak komik Upin & Ipin, tak jalan...., suruh bergambar dengan paksaan lagi la tak berkesan langsung. Boleh buat nanak nangis lagi kuat ada la.... Jalan terakhir biar aje nanak duduk-duduk belek komik ngan papa kat situ, dan saya curi-curi ambil gambar menggunakan kamera kedai. Banyak keping gak la cubaan mengambil gambar tu... hingga la dapat satu gambar yang ok nanak pandang kamera, tapi muka tak puas hati masam mencuka...! Tuan kedai kena crop balik gambar nanak  tu dan letakkan backgroud biru kat belakang. Boleh laa..asalkan kami dapat gambar pasport terbaru nanak.

Masam mencuka!

Lepas tu terus ke school nanak untuk urusan pendaftaran sekolah dia. Nervous sangat-sangat..!! Uiiii anak bujang saya dah nak sekolah tahun depan nih! Dah tentu lah mama papa nyer yang nervous lebih. Bimbang pun ada, kot nanak tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan persekolah yang memang terlalu asing bagi dia sekarang ni.

Lagi satu yang buat saya bimbang, untuk kemasukkan ke sekolah ini diwajibkan tidak memakai pampers dan tidak berbotol susu. Botol susu saya boleh kata Khilfi Eusoff boleh aje sehari tak berbotol, tapi tang pampers tu..susah sikit. Sampai sekarang usaha untuk ajar Eusoff tanpa pampers cam tak betul-betul berjaya lagi. Harapkan weekend aje.. tu pun kalau weekend keluar berjalan, tetap pakaikan pampers kat nanak. mmmm... camne ye... risau lah.. Kang nanti kot tak sempat Eusoff sesuai kan diri dengan tidak berpampers. Dah lah minggu orientasinya 16~27 Disember 2013 ni dah! Pendeknya masa..tak terkejar rasa!

mmmm....sempat ke tidak eh?!

Urusan pendaftaran berjalan dengan mudah aje...submit segala borang pendaftaran yang dah saya siap-siap isi kat rumah dilampirkan sekali dengan term & regulation yang dah ditandatangani oleh parent tanda faham dan setuju, satu salinan surat beranak, satu salinan kad pengenalan nanak, serta gambar 2 keping. Itu sahaja.

Urusan pembayaran perlulah dibayar bila invois diterima by email nanti.

Harap-harap segala urusan Allah permudahkan. Lebih-lebih lagi urusan Eusoff dan pampers tu...mmmmmm.. Amin..

Daftar kat sekolah mana..? Lain entry nanti saya cerita ye..?

Selamat Berpuasa..




19 July 2013

Fullhouse Wangsa Walk @ Berbuka hari ke-10

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..selesai sudah berpuasa untuk hari ke-10.. Dalam tak sedar dah seploh hari dah kita berpuasa ye.... Ayat biasa dalam entri-entri sudah.. "sekejap sungguh masa berlalu pergi".. Esok sudah hari ke-11, semoga perjalanan puasa di hari minggu besok baik-baik saja... disamping banyak agenda untuk diselesaikan besok hari. Harap running smoothly, Insya Allah.

Hari ini berbuka kat luar lagi. Mood nak masak memasak untuk berbuka tak datang-datang lagi.. Besok dah ada perancangan untuk berbuka di luar. Lusa pun  sama.... Seminggu bekerja memang berbuka dengan membeli di bazar Ramadhan aje. 

Berbalik kepada perihal berbuka puasa hari ini.Tetiba tekak menginginkan western food. Dah mintak kebenaran en.suami masa kat office lagi dah.. "boley la...boley la.. boley la.." Macam biasa, en.suami akan approved lagi, untuk berbuka puasa di Fullhouse, Wangsa Walk.





Balik kerja tadi terus berkejar ke sana, bimbang kot-kot Fullhouse Restaurant betul-betul dah full house! Kang dan kempunan... =)  Tapi Alhamdulillah, masih ada kosong, tapi meja kat luar-luar aje la... Kat dalam dah penuh! Takpe la... kat luar pun ok.. Masih lagi terasa suasana restauran Fullhouse yang comel tu dengan dekorasi-dekorasinya yang arrrgghhhhhhhh chomelll sungguh! 

Sampai tak berkelip mata Eusoff menengokkan di satu sudut ruang sebelah meja makan kami ada patung comel bernama Tracy.. di samping gabungan dekorasi-dekorasi lain yang sungguh memikat hati. 


Karpet menghijau memenuhi lantai seolah-olah berada di taman yang lapang..hijau saujana mata memandang di tambah dengan segala meja makan, kerusi segala putih seputihnya sesaja. Segala-galanya cantik sungguh! Kalau dapat makan kat dalam lagilah woww!!! melihatkan dekorasinya yang sungguh "omg cantiknya!" itu...

 

Menu kami di hari ini adalah..

Cik Isteri punye..

Grilled Chicken Chop with Black Pepper Sauce [Main Course] + Watermelon Juice [Drink] +Sepotong Watermelon & Sepotong agar-agar [Dessert & Fruits] -RR19.90

En. Suami punyer..

Masala Breaded Chicken Cutlet [Main Course] + Honey Lemon with Aloe Vera [Drink] +Sepotong  Watermelon & Sepotong agar-agar [Dessert & Fruits] -RM22.90



Terdapat 6 menu special yang dipromosikan di Full house di bulan Ramadhan ini selain dari 2 yang kami order, terdapat fullhouse Special Curry Laksa -RM16.90, Beef Bacon Mushroom Aglio Spaghetti -RM19.90, Fullhouse Classic Nasi Lemak- RM19.90, dan  Italian Seafood Marinara -RM23.90.

Setiap main course ini dihidangkan bersama air, dessert dan buah.

Photo credit to https://www.facebook.com/fullhousecafes

Yang bestnyer, pelanggan yang ke-8 dalam satu-satu group dapat makan dengan free mana-mana pilihan 6 menu di atas..

Rasanya... sedap! Tak mengecewakan la... Walaupun portion ayam dia kecik... dengan buah dan dessert juga sama, dipotong kecik... tapi ok la... ngam-ngam je rasa lepas berbuka, tak terlalu kenyang dan takde la masih lapar lagi.. dalam erti kata lain tak kenyang melebih-lebih.

Cuma terkilan sungguh kami, Khilfi Eusoff langsung tak nak rasa makanan yang kami order tu. Sepanjang kami berbuka nanak sebok duk melayan Pocoyo sambil mulut ulang-ulang.."nak asyik..nak asyik..nak asyik" Serba salah lak rasa kat anak kecil tu... Selera kemelayuan... tak pandang western-wester food nih! Nasi jugak yang dimintak.. Nak order lain, dapat lambat dah pulak nanti.. jadinya kami decide tapau je la kat mana-mana nanti..

Tengok Pocoyo tanpa ganggu langsung papa ngan mama berbuka..bagus..!

Ni bukan senyuman semata je..senyum sambil mintak asyik =p

Laju-laju le kami makan.. berkejar tapau nasi untuk nanak dan pastu solat maghrib...


Jalan-jalan sebelum berbuka tadi, sempat sambar sepasang baju raya nanak kat F.O.S.. Ok la...harga baju kanak-kanak yang berpatutan dan banyak pilihan baju yang menarik. Kalo anak perempuan lagi lahh baaannnyyakk pilihan.... =)

Selamat berpuasa hari ke-11!



17 July 2013

Malaya Steamboat @ berbuka hari ke-8

Assalamualaikum...


Dah 5 hari berbuka dengan membeli di Bazar Ramadhan, 2 hari berbuka di Kampung Pahang, maka hari ini teringin sungguh nak berbuka di luar. Pujuk punyer pujuk, en.suami makan pujuk Alhamdulillah. Tekak teringin makan Steamboat. Tak nak makan jauh-jauh.. jadinya Malaya Steamboat Buffet Restoran, lokasinya di Sri Gombak aje yang menjadi pilihan. Ok la dengan harga untuk seorang dewasa RM26.70+, kanak-kanak 4-12 tahun RM10.50+. Masih lagi harga mampu bayar.

Ramadhan 1433H yang lepas, disini juga menjadi lokasi kami berbuka puasa beramai-ramai bersama abang-abang dan kakak-kakak ipar dan juga anak-anak buah:

Berbeza rasanya berbuka sekeluarga kecil kami bertiga, dengan berbuka beramai-ramai bersama mereka. Lagi happening masa berbuka puasa yang lepas. Sangat best. Bila la agaknya Ramadhan ini dapat kami berbuka bersama lagi... Masing-masing sibuk dengan urusan harian memasing, dengan kerjanya, anak sekolahnya. Dihujung minggu lak, banyak sungguh plannya. Rindu rasa ke anak-anak buah semua. 

Perancangan untuk bebuka puasa di kampung Terengganu beramai-ramai hujung minggu depan. Harap-harap tertunailah harapan ni.. Insya Allah.

Berbalik kepada cerita berbuka puasa, Sesampai di Malaya Steamboat, tak ada orang pun lagi. So, boleh la kami pilih meja yang paling strategik untuk kami bertiga. Dah tentu lah hujung-hujung, senang untuk kami yang ada anak kecil ni.


Keadaaan restoran yang bersih, dengan dekorasi yang simple dan menarik. Untuk kemudah bersolat disediakan satu ruang solat, boleh memuatkan dalam 5-6 orang dalam satu masa, tapi terpaksa berkongsi lelaki dan perempuan. Tak apa, itu tidaklah menjadi masalah asalkan ada tempat bersolat, sudah cukup bagus bagi saya. Sebab kalau makan buffet, tak seronok lak rasanya makan berkejar-kejar. Selesai berbuka dulu dengan segelas air, solat Maghrib dulu, dan lepas itu boleh la menikmati hidangan yang macam-macam ada itu.

Pilihan makanan di Malaya Steamboat ini boleh dikategorikan banyak jugak. Dari pilihan bahan-bahan steamboat itu sendiri, dan juga makanan buffet lain. Untuk hari ini, ada disediakan nasi goreng, nasi putih, telur rebus masak merah, ayam masak lemak nenas. Ada juga mushroom soup bersama garlic bread. Pilihan air juga banyak jenis, sejuk mahupun panas, ada ABC dan juga ais krim serta buah-buahan. Tidak dilupa kurma untuk dimakan diawal berbuka. 

Antara yang sempat di ambil gambarnya.. ni pun masa dah nak balik..

Kenyang, Alhamdulillah. Tertunai hajat nak makan steamboat. 

Licin.... =) Diana bertukar jadi Diani...haha..bolee laa..

Bagi kawan-kawan yang masih lagi mencari-cari tempat berbuka, mungkin boleh cuba di Malaya Steamboat Buffet Restaurant ini. mana tahu kene pada selera anda kan..... Pada saya makan di mana-mana waktu berbuka, memang selera aje.. kata lapar kan... =)

Tolong mempromosi.. beramal jariah di bulan puasa.. 

Selamat berpuasa hari ke-9!!




16 July 2013

Berbuka puasa di Kg Temau, Pahang

Assalamualaikum...

Sudah 7 hari kita berpuasa hari ini. Alhamdulillah, semangat menyambut bulan yang mulia ini,  masih lagi terasa hingga ke hari ke 7 ini. Insya Allah biarlah hingga ke penghujung Ramadhan. Ameen...

Masih lagi gigih bangun pagi-pagi menyediakan menu sahur en.suami. Biarpun menu yang sangat-sangat simple sahaja.. tapi itu lah azam saya di Ramadhan ini. Teringat Ramadhan tahun lepas, kadang kami bangun untuk minum air semata, sebab isterinya ni "tak rajin" nak masak. =p

Semoga tahun ini tahun yang semakin matang untuk saya. 

Untuk berbuka pulak, hanya menu bazar Ramadhan sahaja menjadi pilihan setakat ni. Faktor balik kerja, kadang rasa letih berkejar lak nak melayan si nanak Eusoff, jadi pilihan kami terus ke Bazar Ramadhan sahajalah. Pilihan makanan, lauk pauk, jangan cakap ah banyak sungguh. Sediakan duit secukupnya dan main tunjuk-tunjuk sahaja lah. Tapi tahun ni nafsu membeli makanan terasa cam kurang sangat. Adakah sebab faktor usia..? Hahahaha... 

Cuma balik kampung Temau, Pahang hujung minggu baru ni baru dapat merasa juadah yang fresh dari dapur. Dapat merasa juadah.air tangan Mak Ngah, Kak Long dan Kak Ngah.. terasa nikmat yang lain macam sungguh. Berbeza dengan masakan beli di bazar Ramadhan.

Tengok...bannnyyyakkk kan..? =)
Gambar kredit to Kak Ngah Rohaiza

2 kali berbuka di kampung, Sabtu dan Ahad malam, memang mewah dengan makanan berbagai-bagai. Macam-macam ada. Ada satu ni memang first time saya tengok cara pembuatannya. Kalau kat Terengganu glamer nasi kerabu. Tapi kat Pahang ni glamer ngan nasi ulam. Ooooo..... saya baru tahu ni.. 


En.suami kata sedap!
Sampai balik ke Batu Caves pun masih disebut-sebut sedapnya nasi ulam..
Saya tak dapat nak merasa kesedapan nasi ulam tu.... kecewess...

Selamat berpuasa hari ke 8 untuk semua!

Daaa..


14 July 2013

Ost Ramadhan Yang Hilang -Seperti Dia by Amelia AF3

Assalamualaikum...

Korang ada follow tak cerita Ramadhan yang hilang, bersiaran di slot Samarinda TV3? Cerita khas sempena Ramadhan 2013 yang sarat dengan mesej dan pengajaran berguna.


Saya pun pastilah follow jugak, sebab jalan ceritanya yang best! Tapi ada jugak malam yang terlepas tengok sebab balik terawikh dah terlambat. Jadinya gigihlah menunggu tayangan ulangannya.. Waktu sahur ada ditayangkan balik cerita ni. Waktu lain tak pasti pulak saya.

Dan saya jugak dah jatuh cinta dangan lagu ini, "Seperti Dia" ost Ramadhan Yang Hilang. Suara Amelia AF3 sungguh sesui dengan lagu ni.. Menujuk jiwa dan kalbu gitu.


Korang suka tak dengan lagu ni?

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua..



13 July 2013

Cerita Ramadhan saya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ini sudah Ramadhan ke-4. Sekejap sungguh masa berlalu.. Tanpa tak sedar nanti tup..tup.. Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Masa tu banyak hati-hati akan merasa sedih tak terhingga takut tidak berjumpa lagi Ramadhan seterusnya. 

Sumber : Google

Sementara kita berada di awal Ramadhan, jom sama-sama kita menghayati dengan penuh kekusyukkan, ketawaddukkan, menginsafi segala kekhilafan, mengamalkan segala amalan baik-baik sahaja, yang mana di 11 bulan yang lalu kita terlepas mengamalkannya. Membuang jauh segala amalan-amalan buruk yang kadang ada yang sudah sebati dengan jiwa kita yang leka ini.

Insya Allah dengan memohon doa dari-Nya, bersangka baiklah dengan-Nya, agar Dia mempermudahkan segala amalan yang telah diniat untuk kita lakukan sehabis baik di Ramadhan ini berlangsung dengan jayanya. Biarpun kita menganggarkan apa yang dilakukan itu tidak 100% sempurna, namun nilai kesungguhan setiap amalan yang cuba kita lakukan itu, hanya Allah sahaja yang tahu nilai % nya.

Yang penting, kita cuba untuk lakukan sesuatu yang baik di Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini. Semoga berkat Ramadhan ini juga, Allah membuka pintu hati kita untuk terus menerus melakukan amalan-amalan baik ini dibulan-bulan lain juga. Insya Allah...

Hari ni balik kampung Pahang, tak sabar nak sama-sama berbuka dengan keluarga dan sanak saudara. Terutama abah dan adik.. =) Balik kampung Temau rumah Mak Ngah dan Apak. Disitulah tempat kami sekeluarga kecil, berkumpul menumpang bahagia dan gembira setelah arwah emak tiada. Terima kasih Mak Ngah, terima kasih Apak.. Terima kasih kakak-kakak dan adik tersayang. Tanpa mereka, di manalah kami nak menumpang bahagia...

Ramadhan ke 3 tanpa arwah emak.. Walaupun tempoh 3 tahun realitinya satu tempoh yang sudah agak panjang, namun kenangan Ramadan bersama arwah di tahun 2009 tetap hijau diingatan. Arwah bersungguh-sungguh menyediakan segala hidangan berbuka; masak yang sedap-sedap walaupun tika itu arwah emak tidak lah sihat sangat. Betapa ikhlasnya seorang ibu memberikan yang terbaik untuk anak menantu. 

Ramadhan 2010, merupakan bulan kesedihan dan kedukaan kami, tanpa sempat kami berbuka walau 1 hari dengan arwah, arwah jatuh sakit di bulan Ramadhan itu. Satu ujian yang amat getir bagi kami sekeluarga. Dengan waktu itu saya sedang sarat mengandungkan Khilfi Eusoff, ingin memberikan khidmat sehabis baik untuk arwah agak terbatas. Terasa ralat sangat-sangat memandangkan saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kecil itu.

Ramadhan 2011 dan sehinggalah Ramadhan ini, kami lalui tanpa arwah.. Kami kehilangan sesuatu yang sungguh berharga. Kehilangan yang teramat nyata. 

Al-Fatihah untukmu duhai emak. 


Mengimbau kenangan Ramadhan lalu, terasa mata berkaca.. mengalir air mata tanpa sedar.
Rindu pada mereka yang telah tiada.. Rindu yang tak terungkap dengan kata-kata.. 
Lebih lagi di bulan yang mulia, Ramadahan Al-Mubarak!






11 July 2013

Wall makeover by Na, anda mahu..? Saya juga... =)

Assalamualaikum...

Perasaan sangat teruja, bila mendapat perkhabaran dari blog Nadia Farahida, tentang beliau sedang mencari 3 buah rumah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang untuk dimakeover cantik-cantik dan setiap satu makeover bernilai RM500 yang mana sepenuhnya ditaja oleh Wall makeover by Na!

Bagi yang berada di luar kawasan yang disebutkan, tetap berpeluang menang hadiah iaitu 6 Stensils dengan design menarik pilihan Madam Na bernilai lebih RM90 setiap satu untuk dimenangi!!
      
Saya teruje tahap tak tahu nak start entri ni dari mana dan  macam mane.. =)
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana sudah lama saya inginkan hasil kreatif dari Wall makeover by Na ini menghiasi dinding ruang tamu rumah saya.

Sangat admire dengan design ini..
dan berhasrat mahukan design ini di ruang tamu rumah saya


Satu masa dulu, selepas melihat entry Nadia tentang dinding di kediamannya telah
dimakeover cantik oleh Wall makeover by Na.. saya terus jatuh cinta! Terus teringin dan mengidam sangat-sangat...! Sungguh!! Tak tipu..

Entry-entry Nadia ini membuatkan air liuq saya meleleh tak sedar...haha [ok...ini bohong! =p]

Wall makeover paling murah dan cantik 
Hasil kreatif Wall makeover by Na, dengan Kalimah Allah di dinding bilir tidur utama.

Siapa nak makeover rumah secara percuma 
Hasil kreatif Wall makeover by Na, dengan pink polkadot yang sangat-sangat sweet di bilik tidur tetamu. [Naperlah saya tak terperasan langsung pasal GA Nadia yang ini. Kalo tak confirm joint gak..huhuh]

Dan Nadia ceritakan ketiga-tiga bahagian dinding yang telah di Wall makeover by Na di dalam entry ini:

Nadiafarahida dalam Utusan Malaysia
Dua bahagian yang disebut di atas, dan satu bahagian lagi ruang nak masuk rumah warna coklat yang menggunakan teknik cat dan plaster pokok buloh itu...arrrgghhh... sangat lah cun melecun!!

Berganda-ganda, bertambah teringin, mengidam...semuanya ada...alahaaiiiiii!!!

Dan-dan tu jugak saya terus like fan page Wall makeover by Na dan terus pm bertanyakan price ter-latest. Price yang diberitahu pasti sangat berbaloi dengan hasilnya nanti [saya sedia maklum tentang itu], namun hati kecil saya berkata, saya kurang mampu.. T   T sedih sungguh...

Tiap-tiap hari saya melihat update status Wall makeover By Na di fan pagenya... tiap-tiap hari jugak lah hati saya merintih mahukan dinding rumah saya cantik seperti dinding-dinding rumah mereka itu. Kadang berkongsi rasa dengan en.suami pasal hal ini, biasanya kami pujuk hati masing sama-sama, sabar dulu... ada rezeki nanti Insya Allah.. hajat itu pasti dipermudahkan.

Sedih mengingatkan... keinginan yang NAK sangat-sangat, namun terbantut dengan fulus yang TAK MENGIZINKAN... =( 

Ruang tamu rumah saya tidaklah besar mana, balik rumah sehabis seharian kerja di office kat sini lah  kami tiga beranak menghabiskan masa. Terlalu besar manfaat ruang tamu ini. Tempat berkongsi, berbahagi kasih sayang kami anak beranak. Jika diserikan dengan hasil kreatif Wall makeover by Na, alangkah lebih bermakna momment itu! 

Meskipun rumah sewa cuma, tidak salah untuk diberi sentuhan kreatif Wall makeover by Na.  Rumah sewa yang pastinya menjadi Baiti Jannati kami selama mana kami masih disini. Menyaksikan tumbesaran nanak kami, Khilfi Eusoff. Pastinya makin berkembang mindanya, dengan rumah yang bersih, cantik dan menarik... Lagi-lagi dengan adanya hasil kreatif Wall makeover by Na.., confirm bertambah-tambah berkembang minda dan tumbesaran Khilfi Eusoff bila setiap hari  memandang dinding yang super duper cantik itu... hiiihi...hopefully..!

Andai kata kami keluar dari Baiti Jannati kami ini nanti, biarlah sentuhan kreatif Wall makeover by Na tetap di sini. Agar penyewa selepas kami nanti dapat sama-sama merasai keindahan seni Wall makeover by Na ini. Insya Allah. 

Semoga berkat Ramadhan ini, ada rezeki saya untuk mendapat free Wall makeover by Na. Namun, jika rezeki tak berpihak kepada saya, pastinya Allah sudah menetapkan satu ketentuan, saya perlu lipat gandakan usaha untuk mendapatkannya dengan usaha sendiri~~Saya pasrah..

Mungkin perlu mulakan dengan menabung.. Sikit-sikit lama-lama hasil kreatif Wall makeover by Na pasti terpampang di dinding ruang tamu rumah kami. Insya Allah..
Tapi izinkan masa tu saya sebut Nadia Farahida adalah best friend saya...mujur-mujur dapat harga rendah berbaloi-baloi......huhuhu kan Nadia??


p/s :
Segala syarat-syarat sudah dipenuh.. sudah like fan page Wall makeover by Na, fan page Nadia Farahida juga.





10 July 2013

Sahur pertama 1434 Hijrah, haruslah caye rasmi...=)

Assalamualaikum..

Sementara menunggu masa sahur habis...nak update blog la kejap.. Nanti solat Subuh terus, baca Al-Quran 1~2 muka dan terus siap-siap untuk ke kerja. Itu perancangannya untuk hari ini dan hari-hari mendatang. Harap-harap saya kuat mengikut apa yang dah dirancang...

Tak tidur dah kot.. Bimbang terbabas tak sedar..

Sahur pertama di Ramadhan ini, nasi goreng sahaja untuk en.suami..cukup lah dari takde apa-apa kan.. Nampak selera je makan walaupun subuh-subuh hari. Alhamdulillah..

Khilfi Eusoff? Confirm lah bangun merasmikan Sahur pertama di Ramadhan ini. Makan nasi goreng siap bertambah.. Alahaiii...


Ok, dah Subuh.

Bye!

09 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari ini Selasa.. 09 Julai 2013, bersamaan 30 Sya’ban 1434 Hijrah. Bermakna besok merupakan 1 Ramadhan 1434 Hijrah. Alhamdulillah… Allah memberikan umur yang panjang sihat tubuh badan, bertemu lagi Ramadhan yang dinanti-nanti dan dirindui ini.

Ramadhan ini, Ramadhan pertama tanpa ibunda tercinta. Pasti kami akan terasa kehilangan yang teramat sangat.. Kehilangan sebutir permata yang menjadi penyeri dalam kehidupan kami sekeluarga. Al-Fatihah buatmu emak. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan inayyah-Nya. Amin..

Ramadhan ini, Ramadhan ke-3 untuk Khilfi Eusoff. Masih terlalu kecil untuk anak kecil itu mengerti akan erti Ramadhan. Namun begitu, saya mahu nanak merasai kegembiraan melalui bulan yang penuh keberkatan ini, sebagaimana saya melaluinya tika masih kecil dulu.

Merasa ke Bazar Ramadhan sekali sekala waktu petang… Bersesak-sesak dengan ramai orang.. Masa kecik-kecik dulu tak panggil Bazar Ramadhan pun sebenarnya.. biasanya hanya disebut pasar sahaja. 

Merasa waktu berbuka puasa dengan hidangan lauk pauk yang sedap-sedap di depan mata. Sungguh sedap..biasanya waktu kecil dulu makanan berbuka adalah hidangan makanan yang arwah emak masak. Kalau pergi beli makanan kat pasar biasanya hanya kuih muih sahaja. Itu pun hanya sejenis dua sahaja. Teringat pulak menu nasi minyak, nasi ayam, nasi dagang, mee goreng basah masakan emak... arrghh..rindu semua itu..

Merasa suasana makan sahur di pagi hari… Arwah emak kejutkan hinggalah anaknya ni bangun bersahur. Makan sambil mata tertutup... Kadang-kadang tak bangun pun kalau dah sangat mengantuk. Semua itu kenangan indah zaman kecil-kecil yang tak akan terpadam di ingatan.

Merasa  ikut emak ke masjid sembahyang terawikh…walaupun tak faham emak sembahyang apa yang lama sangat.., siap boleh main-main kat belakang ngan kawan-kawan. Seronok betul.. Kadang tak sabar nak pergi masjid sebab nak jumpa kawan-kawan. =) Suasana yang dapat dirasa sebulan je dalam setahun. 

Dapat main mercun dan bunga apa!!! Yeayyyy… 

Ahhh...banyak sangat kenangan lalu.... Walaupun dah lama sungguh dah berlalu semua tu.., walaupun arwah emak pun sudah tak ada, setiap apa yang saya lalui tetap menjadi warna warni dalam ingatan yang takkan pernah hilang.. sampi bila-bila..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan di alam maya.
Semoga setiap amalan di Ramadhan ini diterima dan diberkati-Nya Insya Allah.

=)

08 July 2013

Proses pembelajaran : diuji Eusoff..adeehhh..

Assalamualaikum...

Masih lagi perihal proses pembelajaran Khilfi Eusoff, tanpa pampers.. 
Terasa weekend yang maha sibuk. Sibuk mengatur peepee/poopoo nanak. Tak jadi keje lain, asyik mengekori dia kemana-mana.... Kalau wat kerja pun, tetap setengah jam datang balik offer nanak ke "Oyet"... itu sebutan dia le tu... Toilet.

Hari Sabtu, berjalan dengan jayanya..

Hari ahad..juga success di siang harinya.. tapi mama diuji pada malamnya.. haisshhhh..

Dalam  beringat-ringat.. kalau nak encing/eyak  pergi mana??  "Oyet"
Kang nanti tanya lagi... dia jawab lagi "Oyet"
Lege hati mama.. terasa nanak dah pandai jawab... maknanya dia faham lettu..

Malamnyer, tengah-tengah tengok Upin & Ipin, senyapp jee...... saya ngah layan tv.
Tetiba terperasan, nanak tengok bawah..tengok mama, tengok bawah.. tengok mama...
Haisss ada bende tak kene.. ni.. Muka cam buat salah.

Raba-raba dengan tangan dah rasa basah...aduiiiiiii....nanak kencing di toto depan tv..
Naik angin tetiba..! 

Tapi masih berfikir waras...ok..  kene cool... kene cool...cool..
Tapi terfikir nak ajar sikit, biar dia tahu apa yang dia buat tu salah.

Saya amik hanger kecik...babab kat bontot... sambil mulut bebel sikit-sikit...
Haaaa... nanak muka  takut cam buat salah besar.. kikiki cian.. Tapi tetap nak bertegas sebab nak  dia tahu apa yang dia buat tu adalah salah.

Terus bersihkan apa yang patut... pakaikan baju seluar balik.. pastu tanya nak kecing kat  merata-rata lagi tak? Ngeleng-ngeleng dengan bersungguhnya dan jawab "anak...."

Kalau nak kencing, kene pergi mana?
Nanak jawab "Oyet..."

Haisshhh tahu tapi......... 

Minggu depan lak sambung sesi pembelajaran...
Lambat la sikit prosesnyer... gap 5 hari...!






07 July 2013

Sesi latihan Eusoff tanpa pampers

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam telah bermula sesi pembelajaran Eusoff tanpa pampers.. Semuanya berjalan lancar.

Semalam, sepagi kami ada hal di luar, jadinya sesi pembelajran adalah bermula lebih kurang pukul 4.00 petang.  Mujur Eusoff ok aje, pakaikan pampers  ok, tak pakaikan pun ok. Cuma dia ada rasa pelik tanpa pampers.. mungkin rasa... "ahhh, caye ase ebasshh..." hahahha

Mama nyer nih memang sungguh-sungguh bimbang dalam tempoh tu.. takut Eusoff terbuang yang kecil  mahupun yang besar. hahahha

Besar tu tak bimbang sangat sebab dari pagi dah 2 kali membuang... huhu ( ' __-)

Tempoh masa yang saya anggarkan, setiap 1/2 jam saya akan tanya, nak encing/yakyak tak...?

Respon Eusoff adalah ok, 

1-Dia jawab "na-nak" sambil ngiling-ngiling... - ok tak nak lagi la tuu..
2-Dian angguk..dan terus berdiri -ok bermaksud dia nak.. bukak seluar, dan terus berlari ke toilet..shiiii....shiiii.. sekali dua, terus la nanak encing.... owhhh.. senang, kalau dia beri kerja sama macam ni...hihihi

Ada situasi di mana jadi jugak macam ni..

3- Dia annguk, dan terus berdiri, sudah bukakan seluar terus berlari ke toilet.. mama shiii...shiii... sekali dua, tak keluar-keluar dan nanak cakap "udahhh".. hahhaha situasi ini adalah "mama terkena.." takpe lahhh..

Jom tengok anggaran masa untuk semalam.. Lebih kurang dalam setiap 1/2 jam.. betul!

06 Julai 2013
1. 04.45 pm
2. 05.30 pm
3. 06.15 pm
4. 06.58 pm
5. 07.48 pm
6. 08.50 pm
7. 10.20 pm

Pukul 08.50 hingga 10.20 tu jarak jauh sikit..tak tahu lah naper padahal itu dalam tempoh dia habiskan susu sebotol.. Selang 15 minit saya bertanya, tapi nanak tetap tak nak.

Lepas 10.30 nanak dah tidur dan saya dah pakaikan pampers. Masa tidur tak leh la nak kontrol kan. Jadinya tiba-tiba terbuang....lencun la kami bertiga... haru...

Esok Insya Allah mahu cuba lagi... dan hari-hari seterusya..cuba dan terus mencuba..
Cuma berfikir-fikir balik, sepanjang nanak di rumah pengasuh nanti macam mana..? Perlu ke saya bagitahu pengasuh tentang ini..? Pengasuh Eusoff ada jaga lagi 2 budak. Sorang sebaya Eusoff dan seorang 1 tahun lebih. Tak menyusahkan dia ke?

Rasanya jika latihan ini berterusan setiap hari mungkin Eusoff akan lebih mudah nak menyesuaikan diri berbanding jika di hujung minggu sahaja kan..?

Kawan-kawan yang dah ada pengalaman, mungkin boleh bagi pendapat, perlu ke saya bagitahu kepada pengasuh tentang hal ini...

Serba salah rasanya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015